Rempah Mak Siti Pilihan Hati Setiap Surirumah


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Selamat Hari Raya buat semua kenalan dan readers sekalian.
Masih dalam mood raya ke tu?
Bila tiba hari raya, mesti pelbagai juadah disediakan, kan?
Apa menu kengkawan semua dihari raya untuk keluarga dan tetamu yang datang bertandang ke rumah?

Macam cik mimi ni, buat rendang aje.. Lepas tu beli lemang. Itu untuk hari raya pertama je. Maklumlah, raya diperantauan gitu.. Feeling raya pertama nakkan rendang dan lemang aje.. Teringin nak masak macam-macam. Tapi siapa nak makan? Maklumlah, ramai jiran tetangga beraya dikampung halaman. Kita yang tak balik ni, masak ala kadar je la dulu. Lepas tu jiran pula hantar juadah. Dah menjadi banyak.



Tapi, kalau belah johor ni orang suka buat soto kan? Ke belah family kita je suka makan soto ni. Hehehe..
Selalu orang cakap, nak buat soto ayam ni renyah. Ehhh, renyah ke?? Kita rasa senang je. Nak-nak dah tersedia rempah mak siti ni tau. Kalau tak percaya, korang pergi la cari rempah mak siti ni, beli la banyak-banyak buat stok dekat rumah. Senang. Time nak masak, capai je. Settle.



Macam baru ni, kita nak masakkan ayam masak kicap lauk untuk anak-anak. Nak cepat, kita gunakan je rempah mak siti ni. Kenapa nak pening kepala cari macam-macam rempah. Guna je rempah ni, zaassssss, siap! Lepas ni nak buat soto ayam pulak, nak berbalas pinggan jiran. So, kita kasi merasa soto ayam cik mimi masak pulak. Kalau ditanya kenapa rasa sedap, harus la share info #RempahMakSiti la jawapannya.

Asik la puji #RempahMakSiti ni, mesti ada yang nak tahu kisah sejarahnya kan? Ni antara yang kita dapat kongsikan dengan kengkawan semua.





DISEBALIK  KEJAYAAN REMPAH RATUS MAK SITI


Pada awalnya Mak Siti ditubuhkan untuk menyara keluarga pada ketika itu secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Berkat usaha dan pengedaran yang pada masa itu dibuat di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil akhirnya Mak Siti dikenali.
40 tahun dalam pasaran, Rempah Mak Siti memang sangat terkenal di Johor Bharu. Produk yang ‘wajib’ ada didalam dapur rumah ini menjadi kesukaan ramai kerana kelainan rasanya yang bebas dari penggunaan perasa, pewarna dan juga pengawet.



Kemunculan resepi turun temurun yang asli ini sebenarnya ada jalan cerita, pahit manis buat Puan Siti Khawa Jannah dan suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusoff yang menyambung legasi perniagaan keluarganya.
Setiap orang yang berjaya pasti ada permulaan yang hebat, cabaran yang besar dan semangat yang kuat yang ada dalam diri mereka. Menjadi pengasas produk atau jenama terkenal adalah idaman ramai orang.
Tapi ramai yang tidak pasti apakah langkah pertama yang mereka perlu ambil, apakah cabaran yang akan dihadapi dan bagaimana mereka lalui semua cabaran dan halangan sehingga menjadikan mereka terkenal.
Orang kata menjadi anak founder adalah satu anugerah! Di saat orang lain bergelut nak mulakan perniagaan tapi bagi mereka, lahir-lahir saja bisnes dah ada untuk mereka. Tapi ramai yang tak tahu betapa mereka terpaksa bergelut untuk mengembangkan bisnes milik keluarga mereka ini.
Puan Siti dulu selalu tertekan kerana di bahunya terpikul harapan dan beban untuk memajukan bisnes keluarga sedangkan beliau tidak mempunyai pengalaman. Selepas beliau habis belajar dan terjun dalam dunia bisnes keluarga, keadaan bisnesnya adalah tidak tentu arah. Berlaku penyelewengan di kalangan pekerja dan ramai pekerja yang tidak percaya kemampuannya
Terdetik dalam fikirannya, kenapa Rempah Mak Siti tidak mampu untuk bersaing dengan jenama-jenama lain yang berada di pasaran Malaysia dan antarabangsa. Meneruskan bisnes yang dah bertapak sejak turun temurun bukan satu tugas yang mudah lagi-lagi nak pastikan perniagaannya akan terus bertahan dan menjadi legasi satu hari nanti.
Sampai satu tahap beliau rasakan yang sales dah stagnant, tidak ada perubahan dan beliau anggap pasaran dah mula tepu dan tiada lagi masa depan untuk perniagaannya di Malaysia.
Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan Pengurus Besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah membuat pembaharuan serta penjenamaan baru rempah ratus MAK SITI daripada paket biasa sehingga sekarang diperkenalkan rempah ratus di dalam botol.

Rempah Mak Siti adalah produk yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegetarians. Produk utama adalah Serbuk rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup. Kini produk rempah ratus Mak Siti ada dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket (TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin).
Syarikat kini mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan produk rempah dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit. Produk-produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS 2017 baru-baru ini dan  mendapat sambutan yang amat menggalakkan.


Sebelum meneruskan legasi keluarga, Siti Khawa menimba pengalaman kerja daripada bawah. Siti Khawa pernah menimba pengalaman bekerja sebagai pelayan restoran, juga sebagai kerani di sebuah firma audit dan perakaunan. Setelah itu, Siti Khawa diberi mandat oleh keluarganya untuk meneruskan legasi keluarga.. Minat yang mendalam Siti Khawa dalam perniagaan sebenarnya timbul sejak kecil lagi. Semasa berumur sekitar 8-10 tahun, Siti Khawa telah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Siti Khawa tidak perasan akan minat tersebut sehinggalah pada masa itu, Siti Khawa berniaga air dan jajan di Kawasan perumahan beliau.Perasaan berniaga pada masa itu hanyalah sekadar suka-suka. Perniagaan kedua yang diceburi adalah apabila beliau cuba berniaga keronsang dan rantai tangan dan leher yang dibuat sendiri daripada manik yang dipelajari oleh seorang kenalan. Dan perniagaan ketiga adalah apabila beliau mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan sebagai seorang pustakawan kerana terdapat terlalu banyak buku yang dibaca beliau kemudian dipinjamkan kepada kawan-kawannya dimana pinjaman buku tersebut memerlukan deposit. Ketiga-tiga pernigaan tersebut dilalui semasa beliau di zaman sekolah rendah lagi.
Sewaktu mula-mula bekerja dengan Mak Siti adalah antara detik mencabar ketika itu. Beberapa situasi dimana pada ketika itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam selok belok ilmu perkilangan sehinggalah pengedaran. Antara cabaran lain pada ketika itu adalah untuk menjaga team yang rata-rata nya lebih matang daripada Siti Khawa pada ketika itu.



Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja yang lebih matang daripada siti Khawa pada ketika itu yang melibatkan sejumlah amaun ratusan ribu ringgit. Walaubagaiamanapun, pengalaman- pengalaman ini yang mendewasakan siti Khawa. Atas sebab itu, siti Khawa bertekad untuk benar-benar mempelajari ilmu dan selok- belok perniagaan walau apa pun terjadi.
Persaingan produk bukanlah perkara utama Siti Khawa. Siti Khawa akan hanya fokus kepada pesaingan yang melibatkan diri sendiri iaitu “ adakah tahun ini kita buat lebih baik daripada tahun sebelumnya”.
Setiap kali apabila merasa mahu putus asa, sebenarnya di saat itulah saat yang kita patut bangkit dan melawan perasaan itu. Siti Khawa juga tidak gemar melayan perasaan sedih terlalu lama. “Sekiranya ada sesuatu cabaran berlaku, Siti Khawa yakin itu adalah proses pembelajaran untuk ke peringkat yang lebih baik dan seterusnya”Ujarnya.
Perancangan mereka untuk 2019 adalah untuk memperluaskan lagi jenama Rempah Mak Siti ke seluruh negeri dan juga untuk memberi pendedahan kepada pengguna Mak Siti yang kini, mereka boleh peroleh produk Mak Siti di dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa.


Tonggak utama Puan Siti khawa semestilah ibu dan bapanya,Ibu dan bapanya adalah seorang yang amat kuat bekerja dan berusaha dalam memperbaiki kehidupan. Ini adalah kerana pada asalnya keluarga ini bukanlah daripada kalangan keluarga orang berada. Tidak asing lagi bila diperkatakan perniagaan rempah ratus yang terkenal iaitu MAK SITI . Lebih 35 Tahun perniagaan rempah ratus ini diusahakan oleh Pengasas Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah Urusan) dan Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah).
Pernah juga ibu bapa di kutuk dan dihina kerana pada masa dahulu kononnya bekerja di dalam sektor kerajaan adalah amat dihormati berbanding dengan berniaga “hanya rempah sahaja”. Ketika itu, perniagaan rempah ini diambil enteng kerana belum nampak lagi “buah dan isinya”.
Ternyata, itu semua bukanlah satu pengakhiran. Ianya merupakan pembakar semangat keluarga ini untuk terus berusaha menjadi yang lebih berjaya.
Kilang Mak Siti pada awalnya diusahakan di 2 lot rumah kedai sahaja. Diatas lot kedai tersebut dimana keluarga kecil ini meneruskan kehidupan sebagai peniaga. Tidak kenal erti siang dan malam kerana disulah perusahaan rempah dan disitulah juga tempat tinggal.

Pada tahun 2000, keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila perniagaan mereka semakin berkembang. Disana sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar. Di Muar tersebut pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalan pengedaran rempah ratus. Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 species rempah ratus dan herba.
Ladang dan kilang   terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Muar, Johor  yang merangkumikawasan seluas 3,200 ekar. Ladang ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai “ The Largest Herbs & Spices Plantation’ oleh The Malaysia Book of Records (MBR).

Selain daripada mengusahakan ladang Rempah Ratus Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah) atau lebih dikenali sebagai Mak siti juga mengusahakan sebuah restoran . “Melayu sememangnya terkenal dengan nilai dan elemen tradisional yang diwarisi dari zaman ke zaman. Bahan-bahan masakan yang sering digunakan seperti cili, serai, ketumbar, santan kelapa dan rempah ratus dilihat terus kekal hingga hari ini dan membuatkan rasa serta keenakannya tidak banyak berubah”.ujar Mak Siti

Walau apa cara sekali pun, masakan Melayu tetap dilihat sebagai antara masakan yang unik dan enak dengan gabungan rasa manis, pedas, masin dan masam. Jika ditanya rahsia keenakan masakan Melayu sudah tentu disebabkan rempah asli atau bahan asas yang segar.

Bagi Mak Siti, keistimewaan hidangan yang ditawarkan pihaknya terletak pada konsep masakan ibu yang disediakan oleh beliau sendiri.

Misalnya, kesemua hidangan yang disajikan di sini menghidangkan masakan Melayu tradisional yang pastinya berpatutan dengan harga yang ditawarkan.

“Kami menawarkan lebih kurang 40 jenis masakan Melayu asli tanpa masakan gabungan (fusion Food) seperti yang ditawarkan di mana-mana restoran lain yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur.

“Sebab terlalu banyak restoran menyediakan masakan gabungan, saya ingin berikan suatu kelainan terhadap sentuhan masakan asli yang pastinya lebih kena dengan selera orang tempatan,” jelasnya.

Dari pelbagai variasi lauk-pauk seperti gulai sayur nangka, ikan bakar, pecal, sayur lodeh, daging masak lada hitam dan ulam pastinya membangkitkan selera mereka yang menggemari masakan Melayu asli.

Mak Siti berkata, restorannya ini mempunyai penggemarnya tersendiri. Bukan setakat orang Melayu, Cina malah pelancong asing juga berminat dan gemar pada masakan Melayu .

Seperkara lagi yang menarik tentang restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan perasa tiruan seperti MSG. Sebaliknya, Mak Siti memilih untuk mempelbagaikan rempah dan herba Melayu asli daripada Rempah Ratus Mak Siti serta memastikan pemilihan bahan mentah seperti sayur, ikan, ayam, daging segar supaya kualiti keenakan masakan sentiasa terjamin.

Bahan-bahan yang digunakan dalam rempah ini terdiri daripada bahan yang segar dan bebas daripada sebarang bahan awet serta ejen pewarna. Dengan adanya rempah ratus yang dihasilkan menggunakan bahan segar dan dikisar menurut standard kualiti cukup tinggi, pastinya mudah untuk sesiapa menyediakan pelbagai resipi kegemaran di rumah tanpa perlu risau rasa masakan berubah daripada kebiasaan.

“Di sini, kami mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Pelanggan boleh memilih menu daripada pembuka selera, salad, sup, masakan laut dengan harga berpatutan. Kami juga menyediakan menu percubaan, iaitu hidangan dalam kuantiti kecil untuk tujuan rasa.

Dengan cara ini tetamu kami dapat merasa lebih keistimewaan dan membuat pilihan yang sesuai dengan cita rasa mereka,” ujar anak kelahiran Perak ini.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.syamimisaad.com/2019/06/rempah-mak-siti-pilihan-hati-setiap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rempah Ratus Mak Siti Pilihan Utama Pelbagai Jenis Masakan

Rempah Ratus Mak Siti Pilihan Utama Pelbagai Jenis Masakan

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 1507 hits
Bersempena dengan musim perayaan pastinya aktiviti masak memasak merupakan aktiviti utama pada musim perayaan untuk dijadikan sebagai hidangan pada hari raya dan juga untuk disajikan kepada tetamu tetamu yang datang berkunjung Apabila melib...
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 1195 hits
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti Dulu kinah ni agak setia dengan satu jenama rempah ratus ni Iyelah selalu ikut mak pergi ke kedai dan ke pasar confirm beli jenama tu je la Kite yang anak ni ikut je apa yang mak beli Tapi seja...
Rempah Ratus Mak Siti Segar Dari Ladang Disebalik Kejayaan

Rempah Ratus Mak Siti Segar Dari Ladang Disebalik Kejayaan

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 851 hits
Assalammualaikum Pernah dengar Kaki Masak atau Kaki Dapur confirm pernah dengar tentang rempah ratus dari Pagoh Johor Bahru ni 40 tahun dalam pasaran ia merupakan salah satu jenama produk yang wajib ada di dapur kerana kelainan rasa yang be...
Nasi Beriani Gam Hanya Guna Rempah Mak Siti

Nasi Beriani Gam Hanya Guna Rempah Mak Siti

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 1414 hits
NASI BERIANI GAM HANYA GUNA REMPAH MAK SITINie resipi utk makan lebih kurang 10 12 org
Sejarah Disebalik Kejayaan Rempah Mak Siti

Sejarah Disebalik Kejayaan Rempah Mak Siti

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 1453 hits
Sebagai seorang ibu dan isteri tentunya setiap hari kita memasak kan Air tangan ibu lah sebagai pengerat kasih sayang sesama keluarga walaupun sekadar goreng telor sahaja pun bagi sis dah cukup sedap kalau ibu yang masak hehe memang tak bol...
Sup Tulang Merah Bonda Menggunakan Rempah Sup Mak Siti

Sup Tulang Merah Bonda Menggunakan Rempah Sup Mak Siti

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 786 hits
Assalammualaikum Dunia Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Tiap kali pi Johor Pak Faiq dok menyebut je tempat makan mana yang jual Sup Tulang Merah puas menggoogle tapi still tak jumpa Last last Mak Tok bagitau kawan dia masak Sup Tulang...
Kisah Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

Kisah Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 909 hits
Masakan Mudah Dan Sedap Dengan Rempah Ratus Mak Siti Hai Korang Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin Lama cuti bermakna lama lah blog tak update Raya sakan katakan hihi So macam mana dengan raya korang Pasti sakan juga kan Oh yer bila ber...
Rempah Ratus Mak Siti Kisah Disebalik Kejayaan

Rempah Ratus Mak Siti Kisah Disebalik Kejayaan

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 1007 hits
Assalamualaikum Musim raya nie mesti ramai yang hidangkan makanan masakan selain kuih raya Kalau hendak makan lemang mesti ada rendang Kalau hendak makan mee kari mesti ada kuah karinya Kalau hendak hidangkan Soto Ayam mesti ada sup soto Se...
Rempah Mak Siti Merentasi Generasi Rempah Ratus Yang Dipercayai

Rempah Mak Siti Merentasi Generasi Rempah Ratus Yang Dipercayai

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 713 hits
Hai semua belum terlambat lagi rasanya nak mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin pada semua kawan kawan dan follower El El dah start kerja hari ini Korang masih bercuti ataupun baru start bercuti Malam raya El dah start demam M...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization