Rempah Mak Siti Merentasi Generasi Rempah Ratus Yang Dipercayai


Hai semua, belum terlambat lagi rasanya nak mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin pada semua kawan-kawan dan follower El. El dah start kerja hari ini. Korang masih bercuti ataupun baru start bercuti?Malam raya El dah start demam. Mana tak demam minggu tu El kerja kuat buat kuih raya, cuci rumah dan beli apa yang patut. Tetiba mil cakap semua berkumpul rumah El. Eh takan lah nak tengok rumah tak cantik. So 2x jugaklah El pergi ikea. Haha..alah takde beli apa pun beli yang kecil dan murah jer..
So malam raya El dah start demam. Malam raya pun El masih buat kuih raya tau. Siang tu El gigih letak pulut dalam daun palas. Dah siap, El pun rebus dan buat rendang untuk berbuka. Mujurlah ada Rendang Mak Siti. Jadi masak jadi senang. Sekarang ni semua rempah ratus Mak Siti mesti wajib ada stok di dapur. Dah macam bff pulak. Kerja masak pun cepat, sedap dan senang.

Malam raya tu El bertukanglah 3 ekor ayam untuk buat rendang. Alhamdulilah semua puji rendang El tu. Alah bukan puji El, puji perencah Rendang Mak Siti. Kalau tak ada perencah rendang Mak Siti memang kelam kabut kat dapur tu. 

Macam-macam produk Mak Siti ni. Korang pernah try tak produk-produk Mak Siti ni. Menyenangkan kerja2 masak didapur. Pagi raya tu menu yang El masak, Rendang Ayam, Gulai Ikan Kering, Nasi Minyak, Kurma Daging dan Ayam Ros. Semua pakai produk2 rempah dari Mak Siti. Alhamdulilah semua kenyang dan puji sedap hihi. 


 Sejarah dan latar belakang di sebalik Kejayaan Mak Siti
Pada 1973, bapanya mengambil keputusan membuka sebuah kilang rempah menggunakan jenama ‘Mak Siti’ di Gombak, Selangor. Kini Mak Siti merupakan jenama rempah ratus yang sudah sebati dalam kalangan suri rumah dan tukang masak.
Namun, bukan mudah meneruskan legasi perniagaan ini lebih-lebih lagi Siti Khawa Jannah Nasuha, 38, terpaksa bergelut untuk mengembangkan perniagaan milik keluarganya.

Pada awalnya, Siti Khawa tertekan kerana pada bahunya terpikul harapan dan beban untuk memajukan perniagaan keluarga sedangkan dia tidak mempunyai pengalaman. Selepas menamatkan pengajian, dia terjun dalam dunia perniagaan keluarga dan keadaan pasaran Mak Siti waktu itu tidak menentu. Berlaku penyelewengan dalam kalangan pekerja dan ramai pekerja yang tidak percaya akan kemampuannya. Perlahan-lahan, Siti Khawa memperbaiki pengurusan perniagaan dan dia berjaya bangkit untuk memastikan jenama itu bertahan.
Mengimbau permulaan jenama Mak Siti, legasi ini merupakan usaha bapanya, Nasuha Kasian dan ibunya, Siti Hajir Salleh. Bapanya sanggup bekerja di beberapa kilang rempah untuk mendapatkan ilmu dan kepakaran tentang rempah ratus. Menurut Siti Khawa, seperti sirih pulang ke gagang, pertemuan bapanya dengan bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman sekitar 1997 kemudian membawa perniagaan ini ke kampung halaman mereka di Muar iaitu di Jalan Pagoh.
Keluarganya mengambil keputusan untuk membuka kilang atas tanah berkeluasan 1,295 hektar di Jalan Pagoh. Kemudian, mereka menanam pelbagai jenis tanaman rempah ratus dan herba yang kini berjumlah lebih 6,000 jenis hingga menubuhkan beberapa anak syarikat lain yang turut mengeluarkan produk yang berbeza.
Sementara itu, menceritakan detik awal pembabitan dalam perniagaan, Siti Khawa berkata, minat berniaga tercetus sejak di bangku sekolah dan keinginannya untuk membantu meringankan beban ibu bapanya yang bersama-sama menguruskan perniagaan ini.

Selepas menamatkan pengajian Sarjana Muda Kepujian Kewangan (Akauntan) di Universiti La Trobe, Melbourne, Australia pada 2005, Siti Khawa kembali ke tanah air membantu ibu bapanya menguruskan perniagaan rempah ratus tersebut dan dilantik sebagai Pengurus Besar Nasuha Enterprise Sdn.Bhd.
Bagi Siti Khawa, usaha mempertahankan perniagaan keluarga daripada satu generasi kepada satu generasi selama lebih 40 tahun amat mencabar terutama apabila berdepan persaingan sengit jenama rempah ratus lama dan baharu.“Berniaga bukan mudah kerana ia memerlukan bakat, kesungguhan dan paling penting perlu ada ilmu. Elemen lain ialah keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab. Tidak berhenti menambah ilmu serta cekal ketika berdepan pelbagai cabaran.
“Jika tiada semua elemen ini, kita perlu cari sampai dapat kerana kesemua elemen itu bakal menentukan sama ada kita mampu menjadi usahawan berjaya atau sebaliknya. Ini kerana sebarang kesilapan boleh membuatkan kita kecundang dalam perniagaan.
“Hendak bangunkan semula perniagaan bukannya mudah kerana memerlukan semangat juang yang tinggi. Justeru, jangan sesekali menyerah kalah dan buat sesuatu hingga berjaya,” katanya yang turut berjaya menamatkan pengajian ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Malah katanya, sejak ibu dan bapanya melibatkan diri dalam dunia perniagaan, Siti Khawa telah menyaksikan sendiri betapa sukarnya mereka menempuhi segala cabaran demi sebuah kejayaan.
“Memandangkan ibu bapa saya telah membawa perniagaan mereka ke tahap sekarang, tugas dan cabaran utama yang perlu saya lakukan ialah mengembangkannya lagi warisan perniagaan yang telah diasaskan ini,’’ ujarnya.Dalam pada itu, falsafah hidup Siti Khawa ialah jangan mudah berputus asa.‘’Saya tidak pernah merasa berputus asa dalam mengejar impian. Setiap halangan dan cabaran yang mendatang akan menjadi dorongan semangat untuk saya mengejar cita-cita,’’ tegasnya.
Siti Khawa mengakui rutin harian amat padat. Adakalanya dia perlu menghadiri mesyuarat hingga lewat malam. Namun, katanya, apabila terdapat waktu yang terluang, dia akan mengisi waktu yang berharga tersebut dengan sebaik-baiknya.
‘’Saya amat suka membaca dan melancong bersama keluarga dan ternyata aktiviti yang saya lakukan ini dapat membantu menenangkan fikiran dan melupakan sejenak kesibukan tugasan harian,’’ ujarnya.
Menurut Siti Khawa, segala kekuatan datang daripada ahli keluarga dan juga rakan-rakan yang tidak henti-henti memberikan sokongan dan juga semangat kepadanya. Dia bersyukur kerana dikurniakan suami dan juga anak-anak yang mengambil berat terhadapnya.
Rempah-rempah Mak Siti ini korang boleh dapati di semua hypermarket, kedai-kedai runcit. Esok lusa kak ipar dari KL nak mai. Ok El dan standby rempah2 Mak Siti untuk bersilat didapur haha. Korang nak tahu lagi pasal produk2 Mak Siti boleh layari website https://www.maksiti.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.eldarwena.com/2019/06/rempah-mak-siti-merentasi-generasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 1195 hits
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti Dulu kinah ni agak setia dengan satu jenama rempah ratus ni Iyelah selalu ikut mak pergi ke kedai dan ke pasar confirm beli jenama tu je la Kite yang anak ni ikut je apa yang mak beli Tapi seja...
Rempah Ratus Mak Siti Kisah Disebalik Kejayaan

Rempah Ratus Mak Siti Kisah Disebalik Kejayaan

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 1008 hits
Assalamualaikum Musim raya nie mesti ramai yang hidangkan makanan masakan selain kuih raya Kalau hendak makan lemang mesti ada rendang Kalau hendak makan mee kari mesti ada kuah karinya Kalau hendak hidangkan Soto Ayam mesti ada sup soto Se...
Rempah Ratus Mak Siti Segar Dari Ladang Disebalik Kejayaan

Rempah Ratus Mak Siti Segar Dari Ladang Disebalik Kejayaan

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 852 hits
Assalammualaikum Pernah dengar Kaki Masak atau Kaki Dapur confirm pernah dengar tentang rempah ratus dari Pagoh Johor Bahru ni 40 tahun dalam pasaran ia merupakan salah satu jenama produk yang wajib ada di dapur kerana kelainan rasa yang be...
Kisah Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

Kisah Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 910 hits
Masakan Mudah Dan Sedap Dengan Rempah Ratus Mak Siti Hai Korang Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin Lama cuti bermakna lama lah blog tak update Raya sakan katakan hihi So macam mana dengan raya korang Pasti sakan juga kan Oh yer bila ber...
Rempah Ratus Mak Siti Pilihan Utama Pelbagai Jenis Masakan

Rempah Ratus Mak Siti Pilihan Utama Pelbagai Jenis Masakan

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 1507 hits
Bersempena dengan musim perayaan pastinya aktiviti masak memasak merupakan aktiviti utama pada musim perayaan untuk dijadikan sebagai hidangan pada hari raya dan juga untuk disajikan kepada tetamu tetamu yang datang berkunjung Apabila melib...
Sup Tulang Merah Bonda Menggunakan Rempah Sup Mak Siti

Sup Tulang Merah Bonda Menggunakan Rempah Sup Mak Siti

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 786 hits
Assalammualaikum Dunia Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Tiap kali pi Johor Pak Faiq dok menyebut je tempat makan mana yang jual Sup Tulang Merah puas menggoogle tapi still tak jumpa Last last Mak Tok bagitau kawan dia masak Sup Tulang...
Nasi Beriani Gam Hanya Guna Rempah Mak Siti

Nasi Beriani Gam Hanya Guna Rempah Mak Siti

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 1415 hits
NASI BERIANI GAM HANYA GUNA REMPAH MAK SITINie resipi utk makan lebih kurang 10 12 org
Sejarah Disebalik Kejayaan Rempah Mak Siti

Sejarah Disebalik Kejayaan Rempah Mak Siti

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 1454 hits
Sebagai seorang ibu dan isteri tentunya setiap hari kita memasak kan Air tangan ibu lah sebagai pengerat kasih sayang sesama keluarga walaupun sekadar goreng telor sahaja pun bagi sis dah cukup sedap kalau ibu yang masak hehe memang tak bol...
Rempah Mak Siti Pilihan Hati Setiap Surirumah

Rempah Mak Siti Pilihan Hati Setiap Surirumah

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 579 hits
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Selamat Hari Raya buat semua kenalan dan readers sekalian Masih dalam mood raya ke tu Bila tiba hari raya mesti pelbagai juadah disediakan kan Apa menu kengkawan semua dihari raya untuk keluarga dan tetam...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah