Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti


Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti | Dulu kinah ni agak setia dengan satu jenama rempah ratus ni. Iyelah selalu ikut mak pergi ke kedai dan ke pasar confirm beli jenama tu je la. Kite yang anak ni ikut je, apa yang mak beli. Tapi sejak dah kawin ni, kinah suka nak mencuba sesuatu yang baru. Asyik pakai rempah tu je, sesekali nak juga tekak ni try jenama lain. Apa jenama kinah tak cuba semua dah try dah. Tapi entahla, bila try jenama Rempah Ratus Mak Siti  ni terus jatuh cinta.

Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak SitiKisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak SitiKinah kenal dengan jenama Rempah Ratus Mak Siti ni pada expo MAHA beberapa tahun yang lepas. Saja nak ke sana tengok pameran tu. Bila sampai ke booth Rempah Ratus Mak Siti, masa tu tengah ada offer. Beli satu pek yang dah diorang packing hanya RM20.00 je, kalau tak silap la masa tu. Benda dah lama huhu. Dalam packing tu, ada pelbagai rempah seperti sup, soto, sup bunjut, kari, rendang. Dah alang-alang sampai sana, rembat satu packet besar. Tak sangka berbaloi betul beli satu packet besar tu. Sedap rupanya Rempah Ratus Mak Siti ni. Sejak dari itu, kinah cari Rempah Ratus Mak Siti je la. Harganya pun takdela mahal sangat. 
Mungkin ada di antara korang yang pernah dengar jenama Rempah Ratus Mak Siti ni kan, terutamanya orang Johor. Baru kinah tahu rupanya dah 40 tahun dah jenama Rempah Mak Siti ni.
  Di Sebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak SitiKata orang disebalik kejayaan sekarang, banyak ujian pahit dan manis yang perlu ditempuhi oleh Puan Siti Khawa Jannah dan suaminya, Tuan Mohd Hafizan Yusoff untuk menaikkan jenama Mak Siti. Pada asalnya perniagaan Mak Siti ni dijalankan secara kecil-kecilan saja bagi menyara keluarga ketika itu. Pada masa tu, hanya orang kampung dan bandar-bandar kecil saja yang tahu kewujudan Mak Siti ni. Lama-kelamaan Mak Siti telah mula dikenali.
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak SitiMenjadi pengasas sesuatu produk atau jenama terkenal menjadi idaman setiap orang. Tapi ramai yang tidak pasti dengan langkah pertama yang perlu diambil, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi, bagaimana mereka perlu menempuhi semua cabaran itu serta menempuhi pelbagai halangan tersebut sehingga mereka berjaya. Menjadi anak kepada pengasas kepada sesuatu produk atau jenama bukanlah berada di tempat yang selesa, tak ramai yang tahu betapa mereka perlu bekerja dengan lebih keras lagi untuk mengembangkan perniagaan yang sedia ada milik keluarga mereka ini.
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak SitiDahulu, Puan Siti sering tertekan kerana di bahunya terpikul beban dan harapan untuk memajukan perniagaan mereka sedangkan beliau tiada pengalaman untuk mengendalikan perniagaan mereka. Selepas beliau tamat belajar dan ceburi perniagaan keluarga, perniagaan tersebut mengalami masalah di mana berlaku penyelewengan dalam kalangan pekerja dan ramai juga pekerja yang tidak yakin dengan kemampuannya.
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak SitiTerdetik dalam fikirannya, mengapa Rempah Mak Siti tidak mampu untuk bersaing dengan jenama-jenama lain yang ada di pasaran Malaysia mahupun antarabangsa. Meneruskan legasi perniagaan turun temurun bukan satu tugas yang mudah lagi-lagi untuk memastikan perniagaannya akan terus bertahan dan menjadi legasi suatu hari nanti.

Ladang Dan Kilang Rempah Mak SitiPada awalnya kilang Mak Siti diusahakan di 2 lot rumah kedai sahaja. Di atas lot kedai tersebut keluarga ini meneruskan kehidupan mereka sebagai peniaga. Tidak kenal erti siang dan malam kerana disitu perusahaan rempah dan disitu juga tempat tinggal mereka

Pada tahun 2000, apabila perniagaan mereka semakin berkembang, keluarga ini membuat keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor. Di sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar dan menjalankan pelbagai aktivti seperti perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalah pengedaran rempah ratus. Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 spesis rempah ratus dan herba

Ladang dan kilang yang terletak di Batu 12, Jalan Muar - Pagoh, Johor, juga telah mendapat pengiktirafan sebagai “The Largest Herbs & Spices Plantation" oleh The Malaysia Book of Records (MBR)

Restoran Mak SitiSelain daripada mengusahakan ladang Rempah Ratus Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah) atau lebih dikenali sebagai Mak Siti turut mengusahakan sebuah restoran Melayu yang sememangnya terkenal dengan nilai dan elemen tradisional yang diwarisi dari zaman ke zaman. Bahan-bahan masakan yang sering digunakan seperti cili, serai, ketumbar, santan kelapa dan rempah ratus dilihat terus kekal hingga hari ini dan membuatkan rasa serta keenakannya tidak banyak berubah. 
Produk Rempah Ratus Mak SitiKalau korang nak tahu, Rempah Mak Siti adalah produk semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan juga sesuai mereka yang vegetarian. Antara produk utama Rempah Ratus Mak Siti ialah serbuk rempah kari daging, serbuk rempah kari ikan, serbuk rempah sup, serbuk rempah sup soto, serbuk rempah rendang, sup tulang, sup punjut, sup soto, dan raja sup. Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak SitiKini, syarikat telah mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan rempah dalam botol seperti emping cili (chili flakes), serbuk cili, daun limau purut, serbuk daun limau purut, serbuk kayu manis, serbuk halia, serbuk lada putih, serbuk lada hitam, dan serbuk kunyit. Produk-produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS pada tahun 2017 dan mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pengguna.

Mengapa Rempah Ratus Mak Siti Menjadi PilihanPertama kali mencuba rempah Mak Siti ni kinah dah jatuh cinta. Sebabnya rasa rempahnya lain dari yang lain dan masakkan kita jadi lebih sedap. Satu lagi, harganya pun murah. Nak dapatkan rempah ni pun mudah sebab kinah tinggal dekat je dengan TESCO. Habis je stok mintak suami pergi belikan

Di Mana Nak Dapatkan Rempah Ratus Mak Siti NiKorang boleh dapatkan Rempah Ratus Mak Siti ni di TESCO, Mydin, Jusco, AEON BIG dan Giant. Ada juga kinah dengar dekat kedai Eco pun ada dijual. Kinah dah dapatkan stok Rempah Ratus Mak Siti yang dah nak habis kat dapur tu. Korang bila lagi
Kisah Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti
Untuk Maklumat Lebih LanjutFB Mak Siti : https://www.fb.com/rempahratusmaksitiInstagram Mak Siti : https://www.instagram.com/rempahratusmaksitiTwitter : https://twitter.com/Siti_Mak_SitiYoutube : https://www.youtube.com/channel/UChxWo-JlDGsXLERsPo4xMFQ

Tags/Kata KunciRempah Mak Siti, Rempah Ratus, Mak Siti

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.apekinah.com/2019/06/kisah-disebalik-kejayaan-rempah-mak-siti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rempah Ratus Mak Siti Kisah Disebalik Kejayaan

Rempah Ratus Mak Siti Kisah Disebalik Kejayaan

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 1007 hits
Assalamualaikum Musim raya nie mesti ramai yang hidangkan makanan masakan selain kuih raya Kalau hendak makan lemang mesti ada rendang Kalau hendak makan mee kari mesti ada kuah karinya Kalau hendak hidangkan Soto Ayam mesti ada sup soto Se...
Rempah Ratus Mak Siti Segar Dari Ladang Disebalik Kejayaan

Rempah Ratus Mak Siti Segar Dari Ladang Disebalik Kejayaan

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 851 hits
Assalammualaikum Pernah dengar Kaki Masak atau Kaki Dapur confirm pernah dengar tentang rempah ratus dari Pagoh Johor Bahru ni 40 tahun dalam pasaran ia merupakan salah satu jenama produk yang wajib ada di dapur kerana kelainan rasa yang be...
Kisah Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

Kisah Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 909 hits
Masakan Mudah Dan Sedap Dengan Rempah Ratus Mak Siti Hai Korang Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin Lama cuti bermakna lama lah blog tak update Raya sakan katakan hihi So macam mana dengan raya korang Pasti sakan juga kan Oh yer bila ber...
Sejarah Disebalik Kejayaan Rempah Mak Siti

Sejarah Disebalik Kejayaan Rempah Mak Siti

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 1453 hits
Sebagai seorang ibu dan isteri tentunya setiap hari kita memasak kan Air tangan ibu lah sebagai pengerat kasih sayang sesama keluarga walaupun sekadar goreng telor sahaja pun bagi sis dah cukup sedap kalau ibu yang masak hehe memang tak bol...
Rempah Mak Siti Merentasi Generasi Rempah Ratus Yang Dipercayai

Rempah Mak Siti Merentasi Generasi Rempah Ratus Yang Dipercayai

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 713 hits
Hai semua belum terlambat lagi rasanya nak mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin pada semua kawan kawan dan follower El El dah start kerja hari ini Korang masih bercuti ataupun baru start bercuti Malam raya El dah start demam M...
Rempah Ratus Mak Siti Pilihan Utama Pelbagai Jenis Masakan

Rempah Ratus Mak Siti Pilihan Utama Pelbagai Jenis Masakan

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 1506 hits
Bersempena dengan musim perayaan pastinya aktiviti masak memasak merupakan aktiviti utama pada musim perayaan untuk dijadikan sebagai hidangan pada hari raya dan juga untuk disajikan kepada tetamu tetamu yang datang berkunjung Apabila melib...
Rempah Mak Siti Pilihan Hati Setiap Surirumah

Rempah Mak Siti Pilihan Hati Setiap Surirumah

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 578 hits
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Selamat Hari Raya buat semua kenalan dan readers sekalian Masih dalam mood raya ke tu Bila tiba hari raya mesti pelbagai juadah disediakan kan Apa menu kengkawan semua dihari raya untuk keluarga dan tetam...
Nasi Beriani Gam Hanya Guna Rempah Mak Siti

Nasi Beriani Gam Hanya Guna Rempah Mak Siti

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 1414 hits
NASI BERIANI GAM HANYA GUNA REMPAH MAK SITINie resipi utk makan lebih kurang 10 12 org
Sup Tulang Merah Bonda Menggunakan Rempah Sup Mak Siti

Sup Tulang Merah Bonda Menggunakan Rempah Sup Mak Siti

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 786 hits
Assalammualaikum Dunia Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Tiap kali pi Johor Pak Faiq dok menyebut je tempat makan mana yang jual Sup Tulang Merah puas menggoogle tapi still tak jumpa Last last Mak Tok bagitau kawan dia masak Sup Tulang...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia