Remaja Melayu Mangsa Terbaru Najib



A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Hina LGBT: Terlepas cakap atau petanda gangguan mindaSEJAK akhir-akhir ini, dengan kemungkinan ke penjara semakin hari semakin nyata, bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, menjadi semakin pelik dan mengejutkan.
Yang terbaru beliau tiba-tiba menonjolkan dirinya sebagai seorang yang pakar dalam hal hantu, orang mabuk dan LGBT.
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Dalam percubaan menyangkal kesungguhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) meringankan beban tol lebuh raya, Najib dilaporkan berkata cadangan kerajaan itu akan hanya menguntungkan hantu, orang mabuk dan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual.
Rasanya banyak orang tidak hairan kalau Najib nampak begitu pakar dalam hal hantu, makhluk ghaib, serapah jampi dan mandram.
Sebagai orang yang lama belajar di England dan mengamalkan gaya hidup hedonis – makmur dan berfoya-foya - kita tidak hairan kalau dia biasa dengan pemabuk.
Tapi apabila Najib melibatkan LGBT sebagai kumpulan yang akan mendapat manfaat daripada sistem baru tol yang dicadangkan itu, jelaslah dia juga pakar dalam hal gaya hidup kumpulan itu.
Yang mengeluarkan nada menghina dan merendahkan pengguna lebuh raya tol adalah Daeng Najib walaupun selepas itu dia memohon maaf kerana kononnya terlepas cakap.
Alasan terlepas cakap ini sudah menjadi terlalu biasa sehingga tidak membawa apa-apa erti lagi.
Mencarut dan menggunakan bahasa kesat sudah menjadi kebiasaan, sama ada kerana dia dilahirkan bermulut celupar atau kerana gangguan mental yang semakin meningkat.
Dalam keadaan yang terdesak dan tersepit seperti yang dia hadapi itu, kita telah lihat bagaimana orang bertindak di luar batas kesiuman.
Malah ada antara mereka yang menggunakan alasan ketidakstabilan mental (mental instability), tidak siuman (insanity) dan kemurungan (depression) sebagai alasan untuk tidak dibicarakan.
“Insanity defense” atau pembelaan diri atas alasan tidak siuman (gila) adalah pembelaan yang dibenarkan dalam perbicaraan.
Propaganda murahan ini ditujukan kepada remaja MelayuMalangnya yang menjadi mangsa kepada kempen murahan “Malu Apa Bossku” ini adalah orang Melayu, khususnya golongan remaja, yang tohor pengetahuan dan pengalaman mengenai diayah dan muslihat politik.
Tol Janji PH
Di pihaknya kerajaan tidaklah bertujuan memperkecilkan atau memberi gambaran buruk mengenai mana-mana kumpulan orang.
Semua pihak dipedulikan, termasuklah yang mabuk. Mereka tidak dibenarkan memandu ketika mabuk. Berkenaan hantu pula, ia tidak termasuk dalam pertimbangan kerajaan PH kerana kita tidak mengamalkan sihir dan ilmu hitam.
Matlamat kerajaan PH adalah memenuhi janji pilihan raya, khususnya dalam usaha meringankan beban sara hidup rakyat.
Yang dicadangkan adalah merundingkan pengambilan alih empat lebuh raya tol di Lembah Klang yang akan memanfaatkan pengguna, pembayar cukai dan kerajaan.

Empat laluan bertol yang dimaksudkan itu ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Smart.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam kenyataan media semalam berkata, pengguna akan menikmati penjimatan sehingga RM180 juta setahun.

Penjimatan ini akan menyumbang kepada pendapatan isi rumah dan mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

Apabila dilaksanakan, kerajaan dapat mengurangkan pampasan kepada syarikat konsesi sebanyak RM5.3 bilion setahun.

Jadi manakala “bossku” ke hulu hilir tanpa malu sambil mencerca kerajaan PH, memperlekeh golongan tertentu dan menipu remaja Melayu, kerajaan terpaksa bertungkus-lumus membersihkan timbunan najis yang beliau dan Barisan Nasional (BN) tinggalkan.

Wallahuaklam.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kadirjasin.blogspot.com/2019/02/remaja-melayu-mangsa-terbaru-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Tak Nak Bayar Tol Bangunlah 4 Pagi Sindir Najib

Kalau Tak Nak Bayar Tol Bangunlah 4 Pagi Sindir Najib

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 285 hits
Diterbitkan Hari ini 11 14 malamPengguna kenderaan di empat lebuh raya di Lembah Klang tetap perlu membayar harga yang sama apabila kadar tol digantikan dengan caj kesesakan kata bekas perdana menteri Najib Razak Tol dicadangkan untuk dihap...
Why Time Toll Announcement With Semenyih By Election Asks Najib

Why Time Toll Announcement With Semenyih By Election Asks Najib

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 413 hits
Najib Razak posing for a selfie with shoppers during his walkabout at a Tesco outlet in Bangi BANGI Former prime minister Najib Razak has questioned the timing of the government s recent announcement over the fate of toll collections so nea...
Pengumuman Penting Mengenai Tol Untuk Pancing Undi Kata Najib

Pengumuman Penting Mengenai Tol Untuk Pancing Undi Kata Najib

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 290 hits
BANGI Datuk Seri Najib Razak hari ini mendakwa pengumuman berkaitan tol lebuh raya yang akan dibuat dalam masa terdekat seperti yang dimaklumkan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah untuk memancing undi Ditemui pemberita di gedung ...
No Need To Make Noise Just Tell Paul Stadlen To Come Back See Us Macc Roasts Najib S Ex Pr Guru S Lawyer

No Need To Make Noise Just Tell Paul Stadlen To Come Back See Us Macc Roasts Najib S Ex Pr Guru S Lawyer

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 240 hits
KUALA LUMPUR A Malaysian Anti Corruption Commission official said the UK law firm representing Paul Stadlen should end its theatrics and simply tell the fugitive to return here and stand trial MACC Deputy Chief Commissioner Datuk Azam Baki ...
Najib Mengeluh Kena Bayar Tol

Najib Mengeluh Kena Bayar Tol

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 309 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluh kerana terpaksa membayar tol sebanyak RM2 10 di Plaza Tol Bukit Mahkota tadi Dapatkan berita menarik di portal Sinar Harian prk prksemenyih bn ph politik semenyih tol hapus najibraza...
Optimal Iron Filtration For Well Water A Guide To Clean Water

Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Our Soft Offer

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik

Gambaran Suit Power Rangers X Digimon Adventure Bergabung Meletop

Ipang Sahabat Kecil Chord

Lyla Kamu Cantik Kamu Baik Chord

Isuzu Is Set To Build New Facility In The United States For 280 Million