Remaja Derita Tumor Saraf Tunjang Rayu Bantuan Pembedahan Rm60 000


 
Syakhir Razuan, 20, seorang remaja yang sebelum ini begitu ceria dan sihat tiba-tiba berubah menjadi individu yang pendiam selepas menderita tumor saraf tunjang sejak tiga tahun lalu.PETALING JAYA: Syakhir Razuan, seorang remaja yang sebelum ini begitu ceria dan sihat, tiba-tiba berubah menjadi individu pendiam selepas disahkan menderitai tumor saraf tunjang sejak tiga tahun lalu.
Sejak itu, anak bongsu daripada lima beradik berusia 20 tahun itu sering mengadu tidak mampu berjalan sempurna kerana kedua kakinya yang lemah dan sering kebas, selain mengalami masalah membuang air kecil dan besar.
Ketika diuji, remaja yang mesra dipanggil Akir ini sedang berdepan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tanpa berlengah keluarganya merujukkan beliau kepada pakar neurologi di sebuah hospital di Seremban, Negeri Sembilan, berdekatan tempat tinggal mereka.
Namun pihak hospital memaklumkan bahawa ia tidak boleh merawat Akir kerana kekurangan pakar dan sumber dan menasihatkan supaya Akir dirujuk ke hospital di ibu negara.
Kakaknya, Nurshazwani Razuanbe berkata, selepas menjalani pemeriksaan kesihatan dengan beberapa hospital di ibu negara, Akir diterima untuk dirawat di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).
Pembedahan Akir yang pertama pada 31 Ogos 2018 pada mulanya tampak sempurna dan berjalan lancar. Ketumbuhan di sekitar saraf tunjangnya berjaya dibuang.
“Selepas pembedahan, Akir mampu berjalan seperti biasa dan kesakitan yang dialami sebelum ini beransur hilang,” katanya kepada FMT.
Tumor kembali menyerang
Namun panas tidak sampai ke petang. Keluarganya reda apabila Akir diuji semula dengan penyakit sama apabila awal Julai lalu beliau mengadu kakinya kembali berasa kebas dan susah untuk membuang air kecil.
Nurshazwani berkata, tanpa berlengah keluarganya merujukkan semula Akir ke SJMC untuk pemeriksaan dan dimaklumkan bahawa tumor di saraf tunjang Akir semakin mengganas apabila doktor mengesahkan terdapat tumor aktif, “ependymoma” di sepanjang saraf tunjangnya.
Akir kembali bertarung nyawa di dewan pembedahan pada 8 Julai lalu untuk membuang tumor berkenaan, namun pembedahan kali ini agak mencabar.
Hanya panggilan video dengan keluarga menjadi peneman Akir sebelum pembedahan kedua pada 8 Julai lalu.“Pada 14 Julai, doktor maklumkan kepada kami bahawa hasil imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) dan ‘ultrasound’ selepas pembedahan berkenaan mendapati masih ada saki baki tumor dan lebih memilukan, tumor berkenaan dikesan di pangkal saraf tunjang, yang terletak di tengah dan bawah otak,” kata Nurshazwani, anak ketiga daripada lima adik beradik.
Selain itu, Nurshazwani berkata, mereka dimaklumkan oleh doktor bahawa masih terdapat enam ketul tumor di sepanjang saraf tunjang Akir dan menyarankannya melalui pembedahan kali ketiga.
“Ketika dapat tahu, Akir ada hubungi saya namun tanpa sebarang kata-kata, hanya tangisan menjadi penghubung antara kami pada waktu itu,” katanya yang tidak dapat melawat adik bongsunya di wad berikutan SOP pihak hospital semasa wabak Covid-19 kini.
RM60,000 kos pembedahan segera
Justeru, Nurshazwani berkata, beliau sekeluarga memohon bantuan kewangan untuk membiayai pembedahan segera adiknya berjumlah RM60,000.
Katanya, kos pembedahan dan rawatan yang mencecah hampir RM95,000 sebelum ini menyebabkan kad insurans Akir sudah tidak boleh digunakan kerana melebihi had penggunaan tahunan.
“Kami sekeluarga buntu mencari dana pembedahan sebanyak itu. Walaupun menerima sumbangan daripada kenalan, ia masih tidak mencukupi untuk menanggung kos keseluruhan,” katanya.
Beliau berkata, perniagaan kanopi ibu bapanya juga terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 menyebabkan keluarganya tidak mempunyai pendapatan dan terpaksa bergantung pada simpanan.
“Namun, simpanan kami juga makin lama makin susut dan pada masa sama perlu meneruskan rawatan untuk Akir supaya beliau dapat menjalani kehidupan normal seperti rakan lain,” luahnya. - FMT
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Jika anda mahu membantu Akir, mesej kami di Whatsapp FMT Helpline @0193899839.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/07/remaja-derita-tumor-saraf-tunjang-rayu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Remaja Hidap Tumor Jalani Pembedahan Cabut 82 Batang Gigi

Remaja Hidap Tumor Jalani Pembedahan Cabut 82 Batang Gigi

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 267 hits
Remaja Hidap Tumor Jalani Pembedahan Cabut 82 Batang Gigi SEORANG remaja dari India mengejutkan netizen kerana mempunyai 82 batang gigi tambahan Nitish Kumar 17 menderita tumor kompleks yang dikenali sebagai odontome di rahangnya sejak lima...
Lelaki Buta Bakal Diusir Rayu Bantuan Cari Rumah Baharu

Lelaki Buta Bakal Diusir Rayu Bantuan Cari Rumah Baharu

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 293 hits
Harrichandran Manokaran yang tinggal di tingkat 17 sebuah flat di Taman Bukit Jambul Pulau Pinang terpaksa menaiki tangga selama satu jam setengah untuk sampai ke rumahnya jika lif rosak GEORGE TOWN Bekas penjual bunga Harrichandran Manokar...
5766 Ppim Terima 50 000 Permohonan Bantuan Di Seluruh Negara Utusan Malaysia 03 07 2021

5766 Ppim Terima 50 000 Permohonan Bantuan Di Seluruh Negara Utusan Malaysia 03 07 2021

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 385 hits
KLANG Sebanyak 50 000 permohonan bantuan makanan diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia daripada orang ramai di seluruh negara berikutan terhimpit dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Jumlah itu dikatakan meningkat menandak...
Awas Penipuan Bantuan Ppkm Rp 300 000 Catut Nama Merdeka Com

Awas Penipuan Bantuan Ppkm Rp 300 000 Catut Nama Merdeka Com

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 593 hits
Kami mengimbau hati hati jika mendapat pesan hoaks tersebut Jangan memasukan data apa pun untuk keamanan data diri pribadi anda
Alasan Pemerintah Kembali Beri Bantuan Gaji Rp500 000 Per Bulan

Alasan Pemerintah Kembali Beri Bantuan Gaji Rp500 000 Per Bulan

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 417 hits
Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah mengatakan alasan pemerintah memberikan bantuan tersebut dalam rangka memberi bantalan kepada masyarakat akibat adanya penurunan aktivitas selama Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat level 4
Bantuan Prihatin Maik Sudah Bantu 50 000 Penerima

Bantuan Prihatin Maik Sudah Bantu 50 000 Penerima

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 256 hits
Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sudah mengagihkan bantuan sebanyak RM40 juta kepada 50 000 penerima yang terkesan akibat penularan Covid 19 menerusi Bantuan Prihatin Maik sejak tahun lalu Bantuan itu termasuk peruntukan tabun...
Awani Borneo 19 07 2021 Kluster Tembok Bantuan Bakul Makanan 1 000 Pendaftaran

Awani Borneo 19 07 2021 Kluster Tembok Bantuan Bakul Makanan 1 000 Pendaftaran

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 295 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut Tumpuan AWANIBorneo 19 Julai 2021 Sabah terus catat kes positif COVID 19 lebih 600 kes untuk tiga hari berturut turut Belia Sandakan ...
Tidak Wajar Hadkan Bantuan Rm300 000 Untuk Barang Dapur Saja

Tidak Wajar Hadkan Bantuan Rm300 000 Untuk Barang Dapur Saja

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 358 hits
Peruntukan RM300 000 oleh Kerajaan Persekutuan kepada setiap Parlimen untuk agihan bantuan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tidak sewajarnya terhad kepada pemberian keperluan asas sahaja Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin ber...
Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze

Ada Tak Orang Menyesal Lepas Berdoa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Jeruk Madu Pak Ali Seberang Jaya

Drama Dia Bukan Syurga

Petua Isi Ayam Kembali Segar Selepas Disimpan Lama Dalam Freezer

Drama Permatang Pauh Nepotisme Directed By Pkr