Lelaki Buta Bakal Diusir Rayu Bantuan Cari Rumah Baharu


 
Harrichandran Manokaran yang tinggal di tingkat 17 sebuah flat di Taman Bukit Jambul, Pulau Pinang, terpaksa menaiki tangga selama satu jam setengah untuk sampai ke rumahnya, jika lif rosak.GEORGE TOWN: Bekas penjual bunga, Harrichandran Manokaran terpinga-pinga apabila mendengar mengenai kempen bendera putih untuk membantu individu memerlukan.
Apabila diberitahu ada pihak akan tampil membantunya jika beliau mengibarkan bendera putih, lelaki berusia 42 tahun berkenaan memberitahu beliau pasti akan mengibarkan baju lama pada batang penyapu jika tahu lebih awal mengenai kempen itu.
Harrichandran, yang lebih mesra dipanggil Harri, hilang penglihatan akibat kencing manis dan memerlukan tempat tinggal baharu.
Rumah sedia ada yang dihuninya di tingkat 17 sebuah flat di Taman Bukit Jambul, di sini, akan dijual tidak lama lagi.
Beliau mencari sebuah rumah di tingkat lebih rendah dan hanya mampu membayar sewa sekitar RM350 sebulan menggunakan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan PERKESO.
Lif di flat yang didiaminya ketika ini tidak boleh diharapkan dan beliau perlu menaiki tangga selama satu jam setengah untuk sampai ke rumahnya di tingkat 17.
Beliau bercadang menyewa sebuah flat lima tingkat berhampiran tapak Pesta di Sungai Dua, di sini.
“Saya hanya memerlukan bantuan untuk mencari tempat tinggal baharu dengan sewa berpatutan,” katanya kepada FMT.
Harri tinggal bersendirian. Isterinya meninggalkannya pada 2014, dua tahun selepas beliau diserang angin ahmar, dan membawa anak lelaki mereka berusia 11 tahun bersamanya. Beliau sering berhubung dengan anaknya melalui telefon.
Selepas hilang penglihatan, beliau terus mengusahakan kedai bunga sehingga 2018 sebelum kesihatannya mula merosot dan mengalami kegagalan buah pinggang yang menyebabkan beliau memerlukan rawatan dialisis secara berkala.
Aktivis kebajikan, Vimalan Chandrasekaran menyerahkan barangan keperluan asas kepada Harrichandran Manokaran di flatnya. Beliau terus menghasilkan kalungan bunga melati dan menggunakan beberapa jenis bunga lain mengikut permintaan pelanggan di rumah selain menjual vitamin untuk sebuah syarikat jualan langsung dengan memperoleh RM30 bagi setiap jualan.
Namun perniagaannya terjejas ketika pandemik dan beliau hanya mampu menjual tiga kotak sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula tahun lalu.
“Saya boleh beritahu vitamin mana yang baik untuk anda berdasarkan penyakit anda. Walaupun buta, saya masih boleh membuat kalungan bunga. Ia adalah keupayaan memori otot yang saya miliki sejak berusia 12 tahun. Saya juga tidak menyimpan nombor telefon, tetapi mengingatnya,” katanya kepada FMT.
Beliau menerima bantuan kebajikan masyarakat berjumlah RM300 sebulan dan RM900 daripada PERKESO yang digunakan untuk menanggung kos rawatan dialisis mingguan.
Bagaimanapun, RM1,200 tidak mencukupi kerana separuh digunakan untuk membayar sewa, lebih RM500 lagi untuk pengangkutan Grab ke pusat dialisis tiga kali seminggu. Selebihnya dihabiskan untuk makanan dan kadangkala beberapa rakan dan adiknya di Klang turut menghantar makanan vegetarian menggunakan aplikasi e-panggilan.
Harri diperkenalkan kepada FMT oleh aktivis Vimalan Chandrasekaran yang menyumbang barangan keperluan asas kepadanya sejak bulan lalu selepas mendapat tahu keadaannya.
Vimalan juga berjanji mendapatkan makanan panas untuknya setiap hari. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/07/lelaki-buta-bakal-diusir-rayu-bantuan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Ketuk Pintu Setiap Rumah Cari Anak Hilang Ketika Ribut

Bapa Ketuk Pintu Setiap Rumah Cari Anak Hilang Ketika Ribut

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 317 hits
Seorang bapa nekad mencari anak lelakinya selepas mendapati kanak kanak berusia 12 tahun itu hilang ketika ribut melanda Perumahan Padang Setengge Kuala Berang Hulu Terengganu semalam
Hiburan Kami Serius Mahu Berumah Tangga Dini Cari Duit Untuk Beli Rumah Impian Dengan Janna Nick

Hiburan Kami Serius Mahu Berumah Tangga Dini Cari Duit Untuk Beli Rumah Impian Dengan Janna Nick

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 689 hits
Siapa sahaja yang tak tahu mengenai pasangan dua merpati sejoli iaitu Dini Schatzmann dan Janna Nick Sentiasa berkongsi gambar bersama pasangan itu nyata sedang hangat dilamun cinta BACA AdvertisementBagi membuktikan bahawa dia serius dalam...
Edisi Khas Mingguan 030 Gempar Jajaran Baharu Umno Umno Bakal Bers

Edisi Khas Mingguan 030 Gempar Jajaran Baharu Umno Umno Bakal Bers

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 200 hits
MENARIK DALAM EDISI KHAS 0301 JAJARAN BAHARU BUKAN JANJI MANIS 2 LANTIKAN TPM SIAPA YANG MENGHINA SIAPA 3 UMNO TARIK SOKONGAN DRAMA TERBAHARU PN
Aku Tak Mainlah Pakai Pampers Brand Cap Ayam Ni Suri Rumah Demand Bantuan Pampers Branded Untuk Anaknya Berusia 5 Tahun

Aku Tak Mainlah Pakai Pampers Brand Cap Ayam Ni Suri Rumah Demand Bantuan Pampers Branded Untuk Anaknya Berusia 5 Tahun

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 616 hits
Aku tak mainlah pakai pampers brand cap ayam ni Suri rumah demand bantuan pampers branded untuk anaknya berusia 5 tahun Ko simpan jelah pampers buruk tu untuk rakyat yang selayaknya pergi mampossss demikian kata seorang suri rumah terhadap ...
Mca Mic Perlu Cari Angin Baharu Jika Mahu Kekal Relevan Kata Penganalisis

Mca Mic Perlu Cari Angin Baharu Jika Mahu Kekal Relevan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 204 hits
PETALING JAYA Dua parti teras utama komponen Barisan Nasional sejak sekian lama perlu mencari angin baharu dengan menyertai gabungan yang lebih kuat jika mahu mencapai prestasi lebih baik pada pilihan raya umum akan datang kata penganalisis...
Sukarelawan Terkejut Rumah Peminta Bantuan Penuh Dengan Stok Membukit

Sukarelawan Terkejut Rumah Peminta Bantuan Penuh Dengan Stok Membukit

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 206 hits
tuncarlos com PETALING JAYA Sekeping gambar memaparkan seorang penerima bantuan mengumpul sumbangan barangan keperluan harian sehingga membukit tular di pelbagai platform media sosial sejak semalam Pemilik akaun Facebook bernama Mohammad Fa...
Hiburan Cari Bendera Putih Sekitar Ipoh Cik B Hulur Bantuan Kepada Individu Terjejas

Hiburan Cari Bendera Putih Sekitar Ipoh Cik B Hulur Bantuan Kepada Individu Terjejas

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 250 hits
Anak kepada pengusaha kosmetik terkenal DS Vida Cik B turut tidak ketinggalan dalam memberi bantuan kepada golongan memerlukan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kali ini Difahamkan Cik B kini giat mencari bendera putih seki...
Sang Ayah Diberitakan Meninggal Dunia Aurel Hermansyah Murka Jahat Banget Bakal Saya Cari

Sang Ayah Diberitakan Meninggal Dunia Aurel Hermansyah Murka Jahat Banget Bakal Saya Cari

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 157 hits
Pembuat berita sengaja menggunakan foto Anang yang terbaring lemah saat akan menjalani operasi beberapa waktu lalu agar terlihat semakin meyakinkan
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega