Tidak Wajar Hadkan Bantuan Rm300 000 Untuk Barang Dapur Saja



Peruntukan RM300,000 oleh Kerajaan Persekutuan kepada setiap Parlimen untuk agihan bantuan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tidak sewajarnya terhad kepada pemberian keperluan asas sahaja.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, rakyat yang memerlukan bantuan mempunyai masalah yang tidak sama mengikut lokaliti masing-masing.
“Kerajaan Pusat memberikan peruntukan sebanyak RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen. Akan tetapi peruntukan itu hanya untuk penyediaan 3,000 bakul makanan.
“Semua Ahli Parlimen perlu mematuhi peraturan dan garis panduan termasuk item barangan dapur yang telah ditetapkan oleh pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Hal ini telah menjadi topik perdebatan dalam kalangan Ahli Parlimen kerana keperluan setiap kawasan adalah berbeza. Sebagai contoh, apakah rasionalnya pemberian beras kepada penduduk yang memang merupakan pesawah padi?
“Maka persoalannya, adakah bantuan bakul makanan ini efektif atau releven? Atau seharusnya kita mempertimbangkan pemberian bantuan wang tunai agar para penerima bantuan dapat memanfaatkan wang tunai itu mengikut keutamaan masing-masing,” kata Sim dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Pengarah Strategi KEADILAN itu lagi, terdapat rakyat yang memerlukan bantuan seperti pampers, susu bayi atau duit untuk membayar bil utiliti, tunggakan sewa rumah, top up kad prabayar data telefon atau kenderaan yang akan ditarik oleh pihak bank.
Oleh itu, beliau telah bekerjasama dengan Dr David Benjamin Lim, seorang anak watan dari Pulau Pinang lulusan Stanford University, Amerika Syarikat untuk memulakan kempen bantuan yang lebih menyeluruh melalui kutipan derma di laman web: https://give.asia/campaign/2021-bayan-baru-food-drive#/
“Dengan cara ini kami berjaya mengumpulkan sumbangan derma lebih kurang RM20,000 melalui give.asia. Dr David percaya setiap penerima mempunyai masalah atau situasi yang berbeza, maka mereka memerlukan bantuan yang berbeza
“Setiap orang juga mempunyai kebijaksanaan untuk membuat keputusan terbaik untuk diri sendiri atau untuk keluarganya, lebih-lebih lagi ketika dalam keadaan terdesak ini,” kata Sim.
Tambahnya, kutipan derma melalui tabung Give.Asia itu telah disalurkan kepada penerima yang layak setelah beberapa tapisan dan semakan dibuat. Penerima yang telah lulus akan menerima wang tunai sebanyak RM100 secara one off.
“Golongan penerima pertama ialah rumah anak yatim Peace Children Center di Pantai Jerejak dan Rumah Kebajikan Sri Cahaya di Batu Maung. Jumlah wang tunai yang diterima oleh anggota kedua-dua pertubuhan itu adalah sebanyak RM7,100.
“Kami percaya bantuan sebegini lebih efektif dan releven untuk memenuhi keperluan para penerima,” katanya lagi.
Mengambil pengalaman tersebut, Sim berharap Kerajaan Pusat boleh memberi kelonggaran kepada peruntukan RM300,000 kepada Ahli Parlimen dan dibenar memberi bantuan mengikut keadaan dan keperluan rakyat setempat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32544

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peruntukan Rm300 000 Bantuan Bakul Makanan Disalur Kepada Ahli Parlimen Kata Pmo

Peruntukan Rm300 000 Bantuan Bakul Makanan Disalur Kepada Ahli Parlimen Kata Pmo

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 357 hits
Pejabat PM berkata peruntukan itu akan mula disalurkan hari ini KUALA LUMPUR Peruntukan RM300 000 bagi program Bantuan Bakul Makanan kepada setiap ahli Parlimen termasuk pembangkang menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi m...
Cara Mohon Bantuan Rm300 Barangan Dapur Dalam Prihatin Kasih Dengan Mykad

Cara Mohon Bantuan Rm300 Barangan Dapur Dalam Prihatin Kasih Dengan Mykad

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 691 hits
Cara Mohon Bantuan RM300 Barangan Dapur Dalam Prihatin Kasih Dengan MyKad Program Prihatin Kasih mendapat peruntukan sebanyak RM100 juta telah diumumkan sebagai salah satu langkah pakej PEMERKASA bagi membantu kos sara hidup bagi golongan m...
Bantuan Barangan Dapur Cara Mohon Bantuan Rm300

Bantuan Barangan Dapur Cara Mohon Bantuan Rm300

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 927 hits
Di bawah pakej pemulih 2021 terdapat sedikit penambaikan bagi pemberian barang keperluan asas serta bantuan barangan dapur kepada rakyat Malaysia yang sedang susah akibat pandemik ini baik miskin tegar b40 mahupun m40 yang tersepit sekarang...
Rm300 000 Disalur Kepada Setiap Ahli Parlimen Kerajaan Pembangkang Untuk Bantuan Bakul Makanan

Rm300 000 Disalur Kepada Setiap Ahli Parlimen Kerajaan Pembangkang Untuk Bantuan Bakul Makanan

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 377 hits
RM300 000 akan disalurkan kepada setiap Ahli Parlimen kerajaan dan juga pembangkang bertujuan untuk Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Sidang Media PEMULIH sebentar tadi Tambahn...
Kita Semua Sebuah Keluarga Ebit Liew Tekad Beri Bantuan Barang Dapur Kepada Mangsa Covid 19

Kita Semua Sebuah Keluarga Ebit Liew Tekad Beri Bantuan Barang Dapur Kepada Mangsa Covid 19

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 327 hits
Ebit Liew tidak merujuk kepada kempen bendera putih namun menyuarakan rasa sedih sayu mengenai nasib sesetengah orang termasuk mereka yang membunuh diri kerana tekanan hidup PETALING JAYA Kurang 24 jam tiba di tanah air selepas mengetuai mi...
Hiburan Sumbang Susu Anak Dan Barang Dapur Ozlynn Hulur Bantuan Pada Golongan Memerlukan

Hiburan Sumbang Susu Anak Dan Barang Dapur Ozlynn Hulur Bantuan Pada Golongan Memerlukan

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 268 hits
Pelakon dan juga personaliti TV Ozlynn meluahkan rasa bimbang kepada golongan yang benar benar terjejas di kala negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan yang masih belum diketahui bila akan berakhir Disebabkan oleh itu Ozlynn dal...
Syarat Kelayakan Bantuan Mahasiswa Selangor Bantuan Ipt Barang Makanan Mohon Disini

Syarat Kelayakan Bantuan Mahasiswa Selangor Bantuan Ipt Barang Makanan Mohon Disini

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 373 hits
Golongan mahasiswa juga tidak dilupakan 9 Jun yang lalu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan inisiatif Bantuan Mahasiwa Selangor menerusi Pakej Kita Selangor 2 0 Apakah syarat kelayakan yang diperlukan Semak sahaja d...
Ini Senarai Lokasi Masjid Amp Surau Di Wilayah Yang Terlibat Dengan Sumbangan Makanan Amp Barang Dapur

Ini Senarai Lokasi Masjid Amp Surau Di Wilayah Yang Terlibat Dengan Sumbangan Makanan Amp Barang Dapur

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 363 hits
Susulan penularan wabak COVID 19 boleh dikatakan ramai individu yang terjejas pendapatan berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan sebelum ini Ambil jika perlu sumbang sekadar mampu Prihatin terhadap nasib m...
Semak Kelayakan Bantuan Barangan Dapur Rm100 Sebulan Selama 3 Bulan

Semak Kelayakan Bantuan Barangan Dapur Rm100 Sebulan Selama 3 Bulan

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 945 hits
Prihatin Kasih dengan peruntukan RM100 juta telah diumumkan sebagai salah satu langkah pakej PEMERKASA bagi membantu kos sara hidup bagi golongan miskin bandar Program bantuan barangan dapur ini disalurkan secara tanpa tunai atau cashless m...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023