Remaja Cuba Nasib Pos Bungkusan Syabu Ke Sabah


ANBALAGAN menunjukkan dadah yang berjaya dirampas. FOTO Zulfadli Zulkifli.
Remaja cuba nasib 'pos' syabu ke Sabah
Serdang: Bungkus dadah syabu seberat 20 kilogram dalam serbuk teh cina sebelum di hantar menggunakan kurier. I tu dilakukan remaja lelaki berusia 18 tahun yang mencuba nasib untuk mengirim dadah bernilai RM720,000 ke Kota Kinabalu, Sabah.

Bagaimanapun, tindakan remaja berkenaan berjaya dihidu pihak polis selepas menyerbu syarikat penghantaran di Bandar Puteri Puchong, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, suspek yang juga seorang penganggur dipercayai ditugaskan sindiket pengedaran dadah untuk mengirim satu kotak mengandungi 20 ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua helai t-shirt putih pada bahagian atas kotak dan di bawahnya terdapat 20 bungkusan bertulis 'Da Guan Yin' yang mengandungi ketulan kristal dadah syabu yang dianggarkan berat keseluruhan berjumlah 20.4 kg.

"Hasil soal siasat juga mendapati suspek berperanan untuk menghantar barang parcel (bungkusan) ke destinasi yang diarahkan melalui kurier ke destinasi yang menjadi sasaran pengedaran dadah berkenaan iaitu Kota Kinabalu, Sabah," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga turut bekerjasama dengan polis Sabah dalam mengesan suspek yang juga penerima kiriman berkenaan namun alamat yang diberikan didapati tidak wujud.

"Ini juga satu daripada taktik sindiket pengedaran dadah yang tidak akan memberikan alamat penerimaan yang tepat bagi mengelak dikesan pihak polis sekiranya proses pengiriman gagal.

"Namun mereka (penerima) akan memberikan alamat yang tepat apabila syarikat kurier menghubungi mereka kembali dan dalam kes ini penerima mungkin sudah mengetahui bekalan dadah mereka sudah dirampas," katanya.

Menurutnya, pada masa ini remaja terbabit ditahan reman selama tujuh hari sehingga esok.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39 B, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung.

"Saya menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya sekiranya ditawarkan untuk membuat kiriman barang tanpa diketahui apakah sebenarnya benda yang dibawa," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/06/remaja-cuba-nasib-pos-bungkusan-syabu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Sabah Tahan Lans Koperal Terima Rasuah Daripada Warga Pakistan

Sprm Sabah Tahan Lans Koperal Terima Rasuah Daripada Warga Pakistan

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 431 hits
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sabah dipercayai meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira kira RM3 500 SPRM TAHAN ANGGOTA POLIS TERIMA RASUAH DARIPADA WARGA PAKISTAN Seoran...
Permohonan Tajaan Biasiswa Pinjaman Yayasan Sabah Pengajian Tinggi 2021

Permohonan Tajaan Biasiswa Pinjaman Yayasan Sabah Pengajian Tinggi 2021

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 532 hits
Permohonan Tajaan Biasiswa Pinjaman Yayasan Sabah Pengajian Tinggi 2021 dibuka sehingga 31 Julai 2021 Biasiswa ini dibuka kepada anak Negeri Sabah yang ingin melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi pada tahun 2021 Yayasan Sabah mempelawa ...
Dine In Sabah Bung Moktar Sokong Penuh Longgar Sop

Dine In Sabah Bung Moktar Sokong Penuh Longgar Sop

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 317 hits
Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyokong keputusan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berhubung isu melonggarkan prosedur operasi standard di negeri berkenaan Dine in Sabah Bung Moktar sokong penuh longgar SOP B...
Premature Baby Found On Muddy Ground In Sabah

Premature Baby Found On Muddy Ground In Sabah

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 591 hits
The baby boy was found at about 7 30pm yesterday by the owner of the house after hearing the sound of crying and dogs barking Pic courtesy of PDRMLAHAD DATU A newborn was found under a house at Kampung Dasar Baru here The baby boy was found...
After Dine In Tussle Sabah Says Has Constitutional Right To Enact Own Health Laws Amid Covid 19

After Dine In Tussle Sabah Says Has Constitutional Right To Enact Own Health Laws Amid Covid 19

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 333 hits
Datuk Jeffrey Kitingan speaks during a press conference in Kota Kinabalu Sabah September 22 2020 Picture by Firdaus LatifKOTA KINABALU July 1 As the wait for Putrajaya to green light its latest dine in and other SOPs continue a senior Sabah...
Pasar Ikan Masin Sabah

Pasar Ikan Masin Sabah

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 651 hits
Hi Assalamualaikum apa khabar sedia maklum Sabah terkenal dengan ikan masin yang dijual di pasar pasar Di sini korang boleh dapatkan ikan masin udang kering ikan bilis kering dan banyak jenis lagi dengan harga yang murah Dah la murah segar ...
Anifah Yong Back Hajiji Over Sabah Sop Issue

Anifah Yong Back Hajiji Over Sabah Sop Issue

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 332 hits
Former foreign minister Anifah Aman and SAPP president Yong Teck Lee are against one size fits all SOPs for the whole country KOTA KINABALU Former foreign minister Anifah Aman wants the federal government to respect the Sabah government s d...
Sabah Leaders Rally Behind Chief Minister Over Decision To Ease Lockdown Restrictions

Sabah Leaders Rally Behind Chief Minister Over Decision To Ease Lockdown Restrictions

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 259 hits
Sabah Chief Minister Datuk Hajiji Noor announced that dine in was to be allowed as of yesterday but has since hit a snag because it had not obtained a federal gazette Picture by Firdaus LatifKOTA KINABALU June 30 Sabah leaders have rallied ...
Saya Sakiti Semua Gosip Cinta Tersebar Minhyuk Monsta X Mohon Maaf Pada Peminat

Telefilem Joie De Vivre

Hari Penyu Sedunia Lima Fakta Menarik Mengenai Penyu

Teen Murder Suspect Preoccupied With Thoughts Of Younger Sibling Says Nancy

Sst Expansion For Imported Food Aimed At High Income Earners Says Anwar

Sharnaaz Ahmad Terima Ucapan Penuh Makna Daripada Noor Nabila Sempena Hari Bapa

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2

New Reasons Prevent Pages From Being Indexed On Site Tgktvonline Blogspot Com


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bandingkan Harga Internet Home Fibre Malaysia Unifi Vs Maxis Vs Time

Popiah

Inilah Sensor Kamera Terkecil Di Dunia Bersaiz Sebutir Pasir

Mudahnya Bertukar Lelaki Macam Tukar Pampers Anak Dia Disindir Mudah Lekat Jodoh Netizen Tampil Backup Noor Nabila

Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Exploring The World S Quietest Place The Anechoic Chamber At Orfield Labs