Remaja China Bawa Pulang Covid 19 Ke Wuhan Dari Uk


Seorang remaja lelaki dari China yang sedang belajar di United Kingdom (UK) menjadi orang pertama yang membawa ‘pulang’ semula Covid-19 ke Wuhan, kawasan yang pernah menjadi pusat penyebaran wabak tersebut.
Difahamkan, pada minggu lalu bandaraya tersebut telah mengisytiharkan bahawa mereka telah menghapus sebahagian besar wabak berkenaan selepas mencatatkan hanya satu jangkitan baharu dalam tempoh 10 hari.
Menurut laporan daripada Pegawai Kesihatan Wuhan, remaja berusia 16 tahun itu dikenalpasti sebagai ‘kes import’ pertama di bandaraya tersebut.
Gambar: Bandaraya Wuhan – South China Morning Post Remaja itu yang dikenali dengan nama Zhou, didakwa tidak menunjukan sebarang gejala ketika dijangkiti.
Pihak berkuasa menyatakan bahawa Zhou telah melakukan perjalanan ke Wuhan dari Newcastle melalui Dubai dan Beijing.
China setakat ini telah merekodkan 691 kes import Covid-19, manakala UK disebut sebagai ‘pesalah’ kerana ‘menghantar’ kes ke China.
Statistik rasmi menunjukkan bahawa lebih daripada satu pertiga daripada kes yang diimport di Beijing, ibu negara China dikesan dalam kalangan mereka yang tiba dari Britain, diikuti oleh Sepanyol dan Itali.
Menurut rekod, lebih daripada 1,800 orang telah meninggal dunia akibat Covid-19 dan lebih 25,000 orang telah dijangkiti wabak ini di UK.
Pegawai di Hubei telah mengenalpasti 982 kes yang tidak menunjukkan sebarang gejala sekaligus boleh menyebarkan virus tanpa disedari.
Mereka yang diangkiti tanpa gejala ini sedang berada di bawah pemerhatian pihak perubatan, kata pihak berkuasa.
Menurut Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan, Zhou tinggal di daerah Caidian, Wuhan, dan kini belajar di UK.
Dia dikatakan telah menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Newcastle pada 21 Mac lalu dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada hari berikut selepas berhenti di Dubai.
Gambar: Daily Mail Selepas melepasi pemeriksaan kesihatan di lapangan terbang, dia dibawa ke sebuah bilik untuk melalui pemerhatian pihak perubatan.
Kemudian, perjalanan pulang ke kampung halamannya diuruskan dari Beijing pada 23 Mac dengan menaiki keretapi berkelajuan tinggi dan dia dimasukkan untuk kuarantin di pusat isolasi.
Pihak berkuasa berkata, Zhou tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dijangkiti tetapi hasil ujian asid nukleik yang dijalankan ke atasnya mendapati dia positif jangkitan pada 28 Mac lalu.
Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Pulmonary Wuhan.
Zhou adalah satu-satunya jangkitan baharu yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan pada Rabu.
Pihak berkuasa juga melaporkan terdapat lima kematian baharu dan 173 kes jangkitan yang telah sembuh dan pulih.
Di seluruh dunia, wabak ini telah membunuh lebih daripada 42,300 orang dan mereka yang dijangkiti kini mencecah 860,000 kes.
Sumber: Daily Mail
The post Remaja China Bawa ‘Pulang’ Covid-19 Ke Wuhan Dari UK appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/04/01/remaja-china-bawa-pulang-covid-19-ke-wuhan-dari-uk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jerantut Pekan Dan Raub Dilarang Jual Makanan Secara Bawa Pulang Mulai Esok Hanya Delivery Service Dibenarkan

Jerantut Pekan Dan Raub Dilarang Jual Makanan Secara Bawa Pulang Mulai Esok Hanya Delivery Service Dibenarkan

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 281 hits
KUANTAN Semua premis makanan di daerah Jerantut Pekan dan Raub tidak dibenarkan melakukan operasi penjualan secara bawa pulang atau takeaway mulai Selasa ini kata Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak Beliau berk...
China Segera Cabut Lockdown Di Wuhan Kota Lain Di Hubei Pusat Pandemi Virus Corona

China Segera Cabut Lockdown Di Wuhan Kota Lain Di Hubei Pusat Pandemi Virus Corona

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 205 hits
China mengumumkan akan mencabut lockdown di Wuhan kota pusat pandemi virus corona pada 8 April menandai tonggak penting dalam pertempuran melawan wabah mematikan ini
Bilakah Covid 19 Akan Berakhir Versi Covid 19 Tanpa Gejala Mula Menular Di China 10097

Bilakah Covid 19 Akan Berakhir Versi Covid 19 Tanpa Gejala Mula Menular Di China 10097

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 722 hits
Allah datangkan sesuatu untuk hamba Nya insafi kehidupan masing masing sebelum mati Dari virus kepada kehilangan aktiviti kehilangan kebebasan kehilangan pendapatan terkurung di rumah sendiri Manusia sesama manusia bercakaran bab politik ba...
Pemkot Magelang 9 Orang Pdp Covid 19 Dinyatakan Sembuh Dan Sudah Pulang

Pemkot Magelang 9 Orang Pdp Covid 19 Dinyatakan Sembuh Dan Sudah Pulang

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 114 hits
Selama 24 jam ini keadaan statis mudah mudahan keadaan ini bisa lebih baik di hari kemudian katanya
China Lapor 1 300 Kes Covid 19 Tanpa Gejala

China Lapor 1 300 Kes Covid 19 Tanpa Gejala

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 274 hits
BEIJING China hari ini merekodkan lebih 1 300 kes positif COVID 19 tetapi mangsa terbabit tidak menunjukkan sebarang gejala dikaitkan dengan serangan coronavirus baharu itu Ini kali pertama negara tembok besar itu mendedahkan data sedemikia...
Kenapa Diorang Masih Tak Serik China Kembali Jual Kelawar Di Pasar Selepas Berjaya Tewaskan Covid 19

Kenapa Diorang Masih Tak Serik China Kembali Jual Kelawar Di Pasar Selepas Berjaya Tewaskan Covid 19

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 375 hits
Anjing dan kucing ditangkap disumbat dalam sangkar besi Burung kelawar dan kala jengking pula dijual untuk kegunaan perubatan tradisional Arnab dan itik disembelih dan lantai dipenuhi dengan darah serta anggota badan haiwan tersebut Begitul...
Larangan Bawa Pulang Makanan Di 3 Daerah Pahang Mulai Selasa

Larangan Bawa Pulang Makanan Di 3 Daerah Pahang Mulai Selasa

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 187 hits
Penjualan bawa pulang di 3 daerah Pahang itu meliputi restoran makanan segera dan ia berkuat kuasa sehingga Putrajaya menarik balik PKP bagi membendung penularan Covid 19 KUANTAN Semua premis makanan di daerah Jerantut Pekan dan Raub tidak ...
Can China Save The World From Covid 19

Can China Save The World From Covid 19

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 204 hits
As this is written China has placed the Covid 19 pandemic in Wuhan under control if not the whole of the country This is quite a feat for a population of 1 3 billion that has only begun its serious lockdown of Wuhan a city in Hubei province...
Skenario Terburuk Ekonomi China Tak Tumbuh Di 2020 Akibat Pandemi Covid 19

Skenario Terburuk Ekonomi China Tak Tumbuh Di 2020 Akibat Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 178 hits
Hal ini sesuai dengan prediksi Bank dunia yang memprediksi kinerja ekonomi China di tahun ini menjadi yang terlemah selama 44 tahun terakhir bahkan lebih buruk dari resesi global di tahun 2008
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Lunch Di Restoran Saffani Ipoh Perak

Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms