Remaja 16 Tahun Alami Trauma Dipaksa Makan Ubat Kuat Untuk Layan Nafsu Janda Berulang Kali



Foto hiasan

Malang nasib seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang hanya dikenali sebagai 'R', mengalami trauma teruk ekoran dipaksa melayani nafsu seorang janda, 'SR', berusia 43 tahun, berulang kali, setelah diberi ubat kuat secara paksaan dalam kejadian di Kabupaten Nunukan, Kalimantan, Indonesia.

Pengarah Utama Hospital Nunukan, Dr Dulman berkata, mangsa disahkan mengalami trauma dan sedang menerima rawatan. Dia juga telah mengarahkan tiga doktor pakar memberi rawatan kepada remaja yang menjadi mangsa serangan seksual itu. 


"Saya menugaskan tiga orang doktor pakar untuk melakukan pemantauan dan perubatan terhadap mangsa. Doktor pakar kesihatan jiwa, doktor pakar kesihatan kanak-kanak dan pakar kulit dan kelamin," katanya. 


Menurut Dr Dulman, mangsa mengalami depresi teruk disebabkan serangan seksual berulang kali. Mangsa dirawat di hospital itu sejak Selasa, 17 Mei dan keadaannya jiwanya yang memerlukan pemantauan. Tetapi pada waktu ini, mangsa tidak lagi dipantau oleh doktor pakar kesihatan kanak-kanak dan pakar kulit dan kelamin. 


"Pada awal kedatangannya, mangsa mengadu gatal di bahagian kelamin dan bimbang menghidap penyakit kelamin. Dia juga mengalami masalah jiwa yang mengambil sedikit masa untuk pulih. Mangsa selalu menyendiri, mengelamun, kadangkala ketawa dan bercakap sendiri. 


"Semoga dia cepat sembuh. Kita bimbang kerana dia masih bersekolah dan masa depannya juga masih panjang," katanya. 


Ketua Polis Nunukan, Ricky Hadiyanto berkata, suspek dipercayai memberi ubat kuat dan ubat peransang kepada mangsa untuk melayani nafsunya. Pihaknya sedang mengenalpasti jenis ubat-ubatan yang diberi dan menunggu laporan perubatan serta mengambil keterangan daripada mangsa. 


"Katanya vitamin, tetapi perlu ditentukan jenis ubatnya. Suspek masih direman dan belum disoal siasat secara mendalam," katanya. 


Difahamkan, mangsa dan suspek berkenalan melalui aplikasi TikTok sejak Mac lalu sebelum beralih ke aplikasi WhatsApp. 


Ibu bapa mangsa bekerja di Keningau, Sabah, dan remaja itu ditempatkan di sekolah berasrama penuh. Suspek dikatakan pernah datang ke asrama sekolah dan memaklumkan kepada warden bahawa mangsa adalah anak saudaranya. Sejak dari itu, suspek sering datang melawat mangsa. 


Pada hari kejadian, mangsa yang baru tamat sesi persekolahan meminta izin dari warden asrama untuk pergi beribadah. Tetapi kebenaran yang diberi telah disalahgunakan dan mangsa pergi ke rumah sewa janda tersebut. 


Pertemuan itu mengundang kejadian yang tidak diingini berlaku di mana mangsa diserang secara seksual yang menyebabkan dia mengalami perubahan drastik. Mangsa yang sebelum ini dikenali sebagai pelajar yang ceria berubah, murung, sering mengelamun dan bercakap seorang diri. 


Menyedari perubahan mangsa, guru kelasnya cuba mendekati dan bertanya mengenai apa sebenarnya yang telah berlaku. Mangsa kemudian mendedahkan dia telah menjadi mangsa serangan seksual janda terbabit dan menghubungi ibu bapa pelajar berkenaan untuk datang ke sekolah. 


Sebaik tiba di sekolah, ibunya secara tidak sengaja menemui lambakan gambar  tidak senonoh janda berkenaan yang dihantar sendiri oleh suspek kepada anaknya. Mangsa mendakwa, suspek selalu menghantar gambar-gambar sedemikian dan mengakui dia telah menjadi tempat untuk memuas nafsu suspek beberapa kali. 


Terkejut dengan pengakuan tersebut, ibu bapa mangsa terus pergi ke balai polis untuk membuat laporan. 


Sumber: Tribun News


source https://www.thereporter.my/2022/05/remaja-16-tahun-alami-trauma-dipaksa.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2022/05/remaja-16-tahun-alami-trauma-dipaksa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 4 Kali Seminggu Makan Daging Tinggi Proses Anak Boleh Ada Masalah Kesihatan

3 4 Kali Seminggu Makan Daging Tinggi Proses Anak Boleh Ada Masalah Kesihatan

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 188 hits
Makanan berproses mungkin cepat dan menjimatkan masa tetapi buat jangka masa panjang ia memudaratkan anak kecil kita Sebab apa Menurut perkongsian makanan tinggi proses seperti sosej meatball nuget dan sebagainya mempunyai kandungan yang ti...
Zahid Terima Wang Tunai 40 Kali Dalam Tempoh 4 Tahun

Zahid Terima Wang Tunai 40 Kali Dalam Tempoh 4 Tahun

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 254 hits
Bayaran SGD200 000 sebulan bermula pada hujung tahun 2014 dan berterusan sehingga pertengahan 2015 Dalam tempoh itu kami ada pergi ke rumah beliau di Country Heights Kajang dan dalam perjumpaan itu Datuk Seri Zahid meminta sumbangan bulanan...
Ravichandran Tawan Everest Kali Ke 3 Rancang Guna Tanpa Bantuan Oksigen Tahun Depan

Ravichandran Tawan Everest Kali Ke 3 Rancang Guna Tanpa Bantuan Oksigen Tahun Depan

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 127 hits
Misi pendakian T Ravichandran kali ini lebih manis apabila berjaya merealisasikan impiannya bersama seorang lagi pendaki negara N Elanghovan di puncak tertinggi dunia itu PETALING JAYA Pendaki negara T Ravichandran sekali lagi berjaya menaw...
S4yu Adegan Di Mesin Atm Anak Belum Masuk Duit Bapa Tetap Berulang Kali Cvcuk Kad Walau Baki Dalam Akaun Cuma Rm11

S4yu Adegan Di Mesin Atm Anak Belum Masuk Duit Bapa Tetap Berulang Kali Cvcuk Kad Walau Baki Dalam Akaun Cuma Rm11

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 339 hits
LAIN orang lain rezeki dan ujiannya Begitulah juga kisah perkongsian wanita ini mengenai seorang lelaki warga emas yang ditemui secara tidak sengaja di sebuah bank baru baru ini Menerusi kapsyen yang ditulis wanita itu pada perkongsian vide...
Ubat Kuat Lelaki Terbaik 2022

Ubat Kuat Lelaki Terbaik 2022

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 413 hits
Ubat Kuat Lelaki Terbaik 2022 BINI TAPI ANDA RASA MACAM TAK LARAT NAK MENDAYUNG GARA GARA TAKDE MOOD STRESS DI TEMPAT KERJA BADAN LETIH LESU BALIK LEWAT KURANG TIDUR DAN MACAM MACAM LAGI KALAU TERUSKAN JUGA MENDAYUNG ANDA KHUATIR BINI TAK S...
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke 51 Tahun 2022 Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke 51 Tahun 2022 Perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 384 hits
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 51 TAHUN 2022 PERUTUSAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIABismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Apa khabar semua PENDAHULUAN1 Alhamdulillah sy...
Cinta Pernah Ditolak Berkali Kali Wanita Tak Sangka Berjodoh Lelaki Tua 18 Tahun

Cinta Pernah Ditolak Berkali Kali Wanita Tak Sangka Berjodoh Lelaki Tua 18 Tahun

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 252 hits
Walaupun cinta pernah ditolak berkali kali ianya bukan satu titik noktah buat seorang lelaki untuk memiliki wanita idamannya dan sekali gus dijadikan isteri sebagai peneman hidup Menerusi video yang mendapat hampir 2 1 juta tontonan dikongs...
Ubat Kuat Testosterone Booster Stamina Natural Perkasa Gold Tingkatkan Tenaga Seksual Lelaki Keras Besar Halal

Ubat Kuat Testosterone Booster Stamina Natural Perkasa Gold Tingkatkan Tenaga Seksual Lelaki Keras Besar Halal

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 297 hits
Ubat Kuat Testosterone Booster Stamina Natural Perkasa Gold Tingkatkan Tenaga Seksual Lelaki Keras Besar Halal BINI AJAK BERADU TAPI ANDA RASA MACAM TAK LARAT NAK MENDAYUNG GARA GARA TAKDE MOOD STRESS DI TEMPAT KERJA BADAN LETIH LESU BALIK ...
Datuk 69 Tahun Kahwin Janda 19 Tahun

Datuk 69 Tahun Kahwin Janda 19 Tahun

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 155 hits
Datuk 69 tahun kahwin janda 19 tahun JAKARTA Seorang warga emas dari Bone Sulawesi Selatan menjadi perhatian ramai apabila jatuh cinta dengan janda muda berusia 19 tahun dan mengambil keputusan mengahwini wanita itu lapor portal Wolipop sem...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatul Qadar

Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly