Relax Semua Cikgu Ka Dah Terang Dah Kos Rendang Nyet Berapi
Relax Semua, Cikgu KA Dah Terang Dah Kos Rendang Nyet Berapi
Nama Khairul Aming (KA) sememangnya tidak asing lagi dalam dunia media sosial dan keusahawanan tempatan.
Daripada Sambal Nyet Berapi hinggalah Dendeng Nyet, setiap produknya sentiasa dinanti-nantikan.
Terbaharu, KA tampil pula dengan satu lagi produk yang pastinya sekali lagi mencipta fenomena, iaitu Rendang Nyet Berapi.
Macam diumumkan sebelum ni, pelancaran rasmi produk akan berlangsung pada 8 Ogos ini. Seperti biasa, jualan akan dibuka secara siaran langsung di TikTok KA tepat jam 9 malam.
Yang pasti, sebanyak 70,000 unit sudah bersedia untuk ‘diserbu’ peminat setia.
“Thank you cikgu di atas penjelasan yang amat clear.” – Netizen
Lebih menarik, meski ramai yang ‘kecoh’ kerana harga produk terbaru ini mungkin lebih tinggi sedikit daripada produk lainnya, KA tampil dengan penjelasan lengkap mengenai kos pembuatannya.
“Rendang Nyet Khairulaming ialah rendang ayam yang guna 50 peratus chicken thigh dan 50 peratus chicken breast.
“18 bahan kita gunakan bersama dengan slow cooking method untuk hasilkan rendang yang creamy, kick dan bau best.
“Shelf life 1 tahun, boleh simpan di rumah atau bawa pergi travel,” jelas KA di Threads.
Untuk perbandingan, KA turut menjelaskan bahawa Rendang Nyet dimasak menggunakan 18 bahan, berbanding Sambal Nyet (9) dan Dendeng Nyet (12).
Berat pek juga lebih besar, iaitu 220g bagi rendang, berbanding dendeng (180g).
Tidak hanya itu, proses penyediaan Rendang Nyet juga menelan masa 40 peratus lebih lama berbanding dendeng.
“Contohnya jika sebelum ini 12,000 hingga 14,000 pek dendeng boleh dihasilkan sehari, rendang pula hanya sekitar 8,000 hingga 10,000 pek sahaja,” jelas KA.
Kos operasi seperti utiliti, sewa kilang dan pengangkutan turut meningkat seiring masa dan tenaga yang diperlukan.
“Masa umum produk rendang ni, orang rumah minta saya teka harga. Calculation saya at least RM19.99 sebab barang mentah yang makin naik.” – Netizen
KA bagaimanapun menjelaskan bahawa di sebalik semua itu, ada juga bahagian yang berjaya dijimatkan.
Contohnya penggunaan ayam dalam rendang yang lebih murah berbanding daging dalam dendeng.
KA memperkenalkan Rendang Nyet Berapi pada harga RM17.99 bagi 220g. Meskipun ada yang beranggapan ia sedikit mahal, beliau tampil beri penjelasan yang cukup masuk akal.
“Sebenarnya, jika Dendeng Nyet dinaikkan ke berat yang sama macam rendang, harga dendeng akan jadi lebih mahal,” kata KA.
@khairulaming
Ini harga sepaket Rendang Nyet Berapi

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming
BACA: Gelagat Anak Gunting Rambut ‘Pesakit ICU’, Buat Ramai Terhibur
BACA: Mufti Selangor Perjelas Hukum Jual Beli “Blind Box”
BACA: Hantar Adik Bongsu Sambung Belajar, “Abang Paling Garang” Gagal Tahan Tangis
Sumber: Threads @khairulaming
The post Relax Semua, Cikgu KA Dah Terang Dah Kos Rendang Nyet Berapi appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/08/06/relax-semua-cikgu-ka-dah-terang-dah-kos-rendang-nyet-berapi/