Rekod Pn Tadbir Negara Tak Sebaik Kerajaan Perpaduan Kata Penganalisis


 
Penganalisis tidak nampak prestasi kerajaan perpaduan begitu teruk sehingga perlu menukarnya dan tiada jaminan pembangkang boleh mentadbir negara lebih baik jika menjadi kerajaan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Tiga penganalisis senada rekod pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan terdahulu tidak menjanjikan mereka mampu mentadbir negara lebih baik daripada kerajaan perpaduan, selepas PAS menolak gesaan menunggu sehingga PRU16 untuk pertukaran kerajaan.
Semalam, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, pertukaran kerajaan boleh berlaku apabila parti berkuasa kehilangan majoriti di Dewan Rakyat kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan “pelbagai cara” untuk membentuk kerajaan.
Hisomuddin Bakar.Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar bagaimanapun berkata, PN sepatutnya memainkan peranan semak dan imbang dengan lebih berkesan terhadap pentadbiran kerajaan perpaduan, bukannya cuba menubuhkan kerajaan tebuk atap.
Katanya, kerajaan PN terdahulu juga bergelut dengan isu kos sara hidup seperti dihadapi kerajaan perpaduan, justeru peluang perlu diberikan kepada kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim untuk menambah baik kekurangan mereka yang baru setahun mentadbir negara.
“Tiada jaminan yang boleh memastikan secara sahih pembangkang akan lebih baik apabila menjadi kerajaan. Semasa PN menjadi kerajaan, mereka juga terdedah kepada kelemahan sama dalam memerintah.
“Walaupun pencapaian setahun kerajaan perpaduan kurang memuaskan, namun kerajaan mempunyai empat tahun lagi bagi mengisi kemenangan penggal ini, ruang wajar diberikan seluasnya untuk kerajaan melaksanakan setiap polisi kepada rakyat.
“Buat pembangkang, peranan sebagai semak imbang penting untuk memastikan rakyat mendapat untung apabila suara pembangkang kuat,” katanya kepada FMT.
Mazlan Ali.Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia juga senada prestasi kerajaan perpaduan jauh mendahului kerajaan PN terdahulu, dengan menilai polisi, ekonomi, pelaburan, hubungan antara kaum serta hubungan diplomatik.
“Kita lihat bagaimana perdana menteri ke-10 bawa Malaysia ke arena antarabangsa sekarang. Malaysia begitu dikenali, diberi pengiktirafan, banyak pelabur asing tunjuk minat melabur dalam negara, jauh lebih baik berbanding kerajaan sebelum ini.
“Sokongan diterima perdana menteri begitu kukuh. Lebih 150 kerusi (daripada 222 Ahli Parlimen) sekarang sokong perdana menteri, kerajaan sekarang mampu tawar kestabilan dan beri fokus untuk bangunkan negara.”
Beliau menyifatkan pertukaran kerajaan melalui kaedah selain pilihan raya sebagai amalan demokrasi tidak baik dan mencermin politik negara tidak stabil.
“Rakyat dah buat keputusan dalam PRU lalu. Masing-masing (parti) dapat sejumlah kerusi dan bergabung menubuhkan kerajaan perpaduan. Maka, kena hormati kerajaan yang dipilih hasil kerjasama antara parti politik.”
Awang Azman Pawi.Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya pula tidak nampak prestasi kerajaan perpaduan begitu teruk sehingga perlu menukarnya, sebaliknya beliau menyifatkan ia “mainan pembangkang untuk mengekalkan sokongan dan memberi harapan kepada penyokong”.
“Dalam tempoh berpuluh bulan mereka (mentadbir negara) tidak dapat menunjukkan prestasi sebenar. Dari segi imej kepimpinan, Anwar jauh lebih baik daripada 22 bulan pentadbiran Dr Mahathir Mohamad atau ketika Ismail Sabri Yaakob dan Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.” - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/12/rekod-pn-tadbir-negara-tak-sebaik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jatuhkan Kerajaan Perpaduan Hanya Mimpi Kosong Dr M Kata Puad

Jatuhkan Kerajaan Perpaduan Hanya Mimpi Kosong Dr M Kata Puad

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 126 hits
Puad Zarkashi tidak mudah untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan yang disokong lebih 148 Ahli Parlimen PETALING JAYA Provokasi Dr Mahathir Mohamad yang membangkitkan cadangan menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim ibarat mimpi...
Mahathir Kata Kerajaan Perpaduan Akan Tumbang Jika

Mahathir Kata Kerajaan Perpaduan Akan Tumbang Jika

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 348 hits
PUTRAJAYA Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan perpaduan boleh tumbang sekiranya ada Ahli Parlimen pemerintah mengalih sokongan daripada Anwar Ibrahim tanpa keluar parti sama seperti dilakukan lima wakil rakyat Bersatu kini Mengambil contoh...
Rombakan Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan 2023

Rombakan Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan 2023

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 375 hits
12 Disember Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan masing masing lima menteri dan timbalan menteri termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan Beriku...
Hamzah Tercabar Pemimpin Bersatu Canang Samsuri Calon Pm Kata Penganalisis

Hamzah Tercabar Pemimpin Bersatu Canang Samsuri Calon Pm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 156 hits
Hamzah Zainudin sebelum ini diuar uarkan calon utama menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai presiden Bersatu PETALING JAYA Ketua pembangkang Hamzah Zainudin berdepan satu lagi cabaran menerajui Putrajaya apabila ada pemimpin Bersatu mencanan...
Tahniah Kerajaan Madani Jangan Benarkan Angan Angan Tebuk Atap Menjadi Kerajaan Rosak Negara

Tahniah Kerajaan Madani Jangan Benarkan Angan Angan Tebuk Atap Menjadi Kerajaan Rosak Negara

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 171 hits
Detik bersejarah sempena program setahun bersama krjn Malaysia Madani Dlm tempoh 365 hari antara kejayaan krjn termasuk berjaya mempertahankan kestabilan politik negara serta menyakinkan pelabur2 asing menjadikan negara kita destinasi perla...
Setahun Kerajaan Madani Hala Tuju Ekonomi Negara Makin Jelas

Setahun Kerajaan Madani Hala Tuju Ekonomi Negara Makin Jelas

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 307 hits
Selepas setahun terbentuknya Kerajaan Perpaduan hala tuju ekonomi negara semakin jelas dan menyakinkan kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri berkata kerajaan telah menyusun pendekatan yang mampan di bawah Ekonomi MADANI Memperkasa R...
Kerajaan Lancar Skim Galak Guna Motosikal Elektrik Esok Kata Zafrul

Kerajaan Lancar Skim Galak Guna Motosikal Elektrik Esok Kata Zafrul

papar berkaitan - pada 7/12/2023 - jumlah : 221 hits
SKIM Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang menawarkan pemberian rebat sehingga RM2 400 bagi pembelian motosikal elektrik akan dilancarkan esok kata Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz Beliau berka...
Bagaimana Jika Tulisan Doktor Dijadikan Logo Jenama Terkemuka Boleh Teka Tak

Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

T13k19 Ops Cantas Pokok Lada

Jadual Waktu Berbuka Imsak Ramadan 2025 Negeri Perak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Johor Ramadan 1446h 2025m

Drama Haluan

Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Merumput Di Raised Bed Keladi

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Dua Pendaki Wanita Maut Di Puncak Jaya

Sawi Jepun Dan Tauhu Telur Dengan Sos Tiram Credit Mighaaa8

Jejak Ke Zaman Silam Setiap Benang Mengisahkan Cerita Dari Songket Diraja Ke Intr

Dulu Kalau Lantai Kotor Mop Kena Guna Kalau Berhabuk Vakum Wajib Bila Basah Sikit Kena