Jatuhkan Kerajaan Perpaduan Hanya Mimpi Kosong Dr M Kata Puad


 
Puad Zarkashi tidak mudah untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan yang disokong lebih 148 Ahli Parlimen.PETALING JAYA: Provokasi Dr Mahathir Mohamad yang membangkitkan cadangan menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim ibarat “mimpi kosong” dan sukar dicapai, kata seorang pemimpin Umno.
Bercakap kepada FMT, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Puad Zarkashi berkata berkata tiada sebab untuk mereka menyokong Perikatan Nasional (PN) ketika parti itu dalam “mood” kebangkitan dan pemulihan.
“Kenyataan Dr M bahawa kerajaan perpaduan boleh tumbang adalah provokasi. Ia sukar untuk dicapai. Hanya mimpi kosong,” kata Puad yang juga Adun Rengit.
“Umno dalam mood kebangkitan dan pemulihan sejak berkongsi kuasa dengan Pakatan Harapan (PH). Tidak ada sebab mereka akan tarik sokongan daripada Anwar Ibrahim.”
Semalam, Mahathir berkata Perikatan Nasional (PN) mampu mengambil alih Putrajaya sekiranya terdapat Ahli Parlimen blok kerajaan mengalihkan sokongan kepada gabungan itu, seperti dilakukan lima wakil rakyat Bersatu yang “menyeberang”.
Mengambil contoh situasi berlaku sebelum PRU15, bekas perdana menteri itu berkata kaedah berkenaan pernah digunakan 15 Ahli Parlimen Umno yang tidak lagi percaya terhadap Muhyiddin Yassin, menyebabkan pentadbiran diserahkan kepada Ismail Sabri Yaakob.
Mengulas kenyataan itu, Puad berkata bukan mudah kerajaan perpaduan yang dinaungi lebih 148 Ahli Parlimen rentas parti untuk menarik sokongan terhadap pengerusi PH itu.
“Kewujudan kerajaan perpaduan atas rundingan dan tolak ansur,” katanya merujuk kepada titah Yang di-Pertuan Agong supaya suatu kerajaan perpaduan dibentuk agar sebuah pentadbiran stabil dapat ditubuhkan.
Dakwanya, ia berbeza dengan penubuhan kerajaan PN diketuai Muhyiddin Yassin sebelum ini yang didasari atas buruk sangka dan menikam belakang. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/11/jatuhkan-kerajaan-perpaduan-hanya-mimpi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Kata Kerajaan Perpaduan Akan Tumbang Jika

Mahathir Kata Kerajaan Perpaduan Akan Tumbang Jika

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 451 hits
PUTRAJAYA Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan perpaduan boleh tumbang sekiranya ada Ahli Parlimen pemerintah mengalih sokongan daripada Anwar Ibrahim tanpa keluar parti sama seperti dilakukan lima wakil rakyat Bersatu kini Mengambil contoh...
Anwar Hargai Kesetiaan Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan

Anwar Hargai Kesetiaan Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 376 hits
PARTI politik yang membentuk kerajaan perpaduan menolak dengan tegas segala percubaan pembangkang untuk menebuk atap dalam usaha meruntuhkan kerajaan hari ini kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Anwar yang juga Presiden PKR berkata malahan p...
Beri Perhatian Pada Aspek Pembangunan Ahmad Zahid Kukuhkan Pimpinan Kerajaan Perpaduan

Beri Perhatian Pada Aspek Pembangunan Ahmad Zahid Kukuhkan Pimpinan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 5/12/2023 - jumlah : 283 hits
Tanggal 24 November 2022 Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke 10 melalui kebijaksanaan Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja Raja Pelantikan itu membuka lembaran baharu dalam karier politik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid H...
Sambutan Setahun Kerajaan Perpaduan Di Putrajaya Semalam

Sambutan Setahun Kerajaan Perpaduan Di Putrajaya Semalam

papar berkaitan - pada 24/11/2023 - jumlah : 289 hits
Alhamdulillah malam tadi saya berkesempatan hadir menunaikan solat Maghrib dan Isyak bersama ribuan jemaah di Putrajaya yang hadir dalam majlis kesyukuran sempena setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan Majlis kesyukuran ini diisi dengan sol...
Pn Fokus Ambil Alih Kerajaan Anwar Bukan Calon Pm Kata Pemimpin Bersatu

Pn Fokus Ambil Alih Kerajaan Anwar Bukan Calon Pm Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 248 hits
Razali Idris berkata PN kini fokus menguatkan gabungan itu untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan ditadbir Anwar Ibrahim PETALING JAYA Seorang pemimpin Bersatu berkata gabungan Perikatan Nasional mahu memfokuskan kepada usaha menumbangka...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Bronzed Beauty A Lithe Yamaha Xsr700 Street Tracker By Crooked