Register Sabahtrace Cara Daftar Majlis Sosial Pemilik Premis Perniagaan
REGISTER SABAHTRACE(sabahtrace.my):CARA DAFTAR MAJLIS SOSIAL/PEMILIK PREMIS PERNIAGAAN
SabahTrace adalah satu kaedah pemeriksaan tanpa sentuhan dan kebersihan di setiap pelanggan di suatu lokasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Individu yang berpotensi melakukan hubungan rapat dengan orang yang disahkan dijangkiti COVID-19 akan diberitahu dengan segera oleh pihak berkuasa yang berkenaan mengenai langkah pencegahan seterusnya yang harus diambil.
Selain itu,anda juga boleh membuat pendaftaran premis atau pendaftaran majlis sosial melalui aplikasi ini.
Baca tentang CARA BUAT QR CODE MySEJAHTERA PREMIS PERNIAGAAN/PEJABAT/SEKOLAH
APA ITU SABAHTRACE?
SabahTrace ialah sistem daftar masuk secara digital yang diletakkan di ruang hadapan premis-premis terpilih di negeri Sabah seperti premis pejabat kerajaan untuk perkhidmatan perlu (essential services), kawasan khas pelawat dan ruangan orang awam untuk membolehkan individu membuat pendaftaran nama dan nombor telefon mudah alih bagi memudahkan usaha pengesanan kontak.
Seperti juga MySejahtera, penggunaan aplikasi ini membolehkan pengesanan sosial di antara komuniti. Ini memudahkan orang ramai mendaftar masuk dengan cepat di lokasi tanpa perlu beratur menulis pendaftaran di dalam buku log.
SabahTrace digunakan untuk mengumpul dan mengesahkan data di pintu masuk melalui (1) imbasan kod QR seperti yang dipaparkan di lokasi atau (2) memasukkan secara manual QR ID yang dipaparkan di imej kod QR dalam laman web : https://sabahtrace.my.
SENARAI TEMPAT MENGGUNAKAN SABAHTRACE
Penggunaan SabahTrace adalah diwajibkan untuk tempat-tempat yang padat dengan orang ramai yang boleh menyebabkan kesesakan dalam jarak yang dekat untuk tempoh yang lama atau tempat yang tertutup atau tempat tumpuan orang ramai.
Tempat-tempat yang menggunakan SabahTrace ialah :
Kedai makan contohnya restoran, medan selera, pusat penjaja, kedai kopi
Tempat kerja contohnya pejabat, kilang
Sekolah dan Institut Pengajian
Pusat penjagaan kesihatan contohnya hospital, klinik dan klinik TCM
Rumah penjagaan kesihatan contohnya kediaman perawatan
Pra-sekolah
Kedai gunting rambut
Pasar raya
Pasar keding atau basah yang terpilih
Pusat beli belah
Hotel
SabahTrace akan dilancarkan secara berperingkat kepada lain-lain perkhidmatan contohnya tempat terbuka kunjungan orang ramai, teksi dan bas untuk menyokong usaha pengesanan kontak.
Senarai tempat-tempat yang menggunakan SabahTrace akan dikemaskini melalui https://sabahtrace.my.
REGISTER SABAHTRACE
REGISTER PEMILIK PREMIS
Layari http://sabahtrace.my
Pilih Pendaftaran Premis.
Masukkan butiran yang diperlukan dengan maklumat yang tepat.
Setelah pendaftaran selesai, anda akan menerima QR Code dan e-mel dengan salinan kod QR yang boleh dicetak.
Cetak dan paparkan salinan ini di pintu masuk premis di mana-mana bahagian yang sesuai.
REGISTER MASUK KOD QR SABAHTRACE
Imbas Kod QR premis yang telah anda kunjungi.
Dapatkan bacaan suhu.
Masukkan nama, IC, nombor telefon bimbit dan bacaan suhu untuk meneruskan daftar masuk.
REGISTER MASUK MANUAL
Akses halaman daftar masuk melalui URL (http://sabahtrace.my) dan masukkan ID QR.
Dapatkan bacaan suhu.
Masukkan nama, IC, telefon bimbit dan bacaan suhu dan teruskan ke daftar masuk.
REGISTER/PENDAFTARAN MAJLIS SOSIAL SABAHTRACE
Kerajaan Negeri Sabah menggalakan orang ramai / individu yang ingin mengadakan majlis sosial atau acara persendirian agar mendaftar melalui web aplikasi Sabah Trace yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri di pautan https://sabahtrace.my/.
Langkah ini bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan pemantauan ke lokasi majlis yang didaftarkan. Penganjur majlis disaran sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan kompaun.
Layari http://sabahtrace.my
Pilih Menu Acara.
Masukkan butiran yang diperlukan dengan maklumat yang tepat.
Setelah pendaftaran selesai, anda akan menerima QR Code dan e-mel dengan salinan kod QR yang boleh dicetak.
Cetak dan paparkan salinan ini di pintu masuk premis di mana-mana bahagian yang sesuai.
SOALAN LAZIM
KENAPA KITA HARUS MENGGUNAKAN SABAHTRACE SEDANGKAN KITA MEMPUNYAI SISTEM PENGURUSAN UNTUK PENGUSAHA (VENDOR MANAGEMENT SYSTEM) YANG TELAH SEDIA ADA?
Penggunaan SabahTrace adalah sangat digalakkan kerana data yang disediakan oleh pihak berkuasa berkaitan dan agensi kerajaan akan memudahkan dan mempercepatkan pengesanan kontak.
Maklumat pelawat dan kakitangan yang berkemungkinan sebagai kes kontak kepada COVID-19 akan dihantar secara automatik kepada pihak berkuasa melalui SabahTrace.
Data yang dikumpul oleh SabahTrace hanya digunakan oleh pegawai yang diberi kuasa untuk tujuan pengesanan kontak dan langkah-langkah yang ketat akan diambil untuk melindungi data tersebut.
ADAKAH PERNIAGAAN DAN TEMPAT-TEMPAT HARUS MENGUATKUASAKAN KEDUA-DUANYA IAITU DAFTAR MASUK DAN KELUAR?
SabahTrace hanya untuk daftar masuk. Ini juga akan terpakai di tempat kerja.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika perlukan maklumat lanjut dan pertayaan tentang register SabahTrace,sila layari laman web https://sabahtrace.my
The post REGISTER SABAHTRACE(sabahtrace.my):CARA DAFTAR MAJLIS SOSIAL/PEMILIK PREMIS PERNIAGAAN appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/register-sabahtrace.html