Mybsn Cara Register Login Semakan Baki Akaun Online


myBSN:CARA REGISTER,LOGIN & SEMAKAN BAKI AKAUN ONLINE


Bila sebut sahaja duit Bantuan Sara Hidup(BSH) dan Bantuan Prihatin Nasional(BPN) 2.0, ia sinonim dengan Bank Simpanan Nasional(BSN) kan?
Ramai juga memuji tarikh bayaran BSH dan BPN akaun BSN lebih cepat dan awal berbanding bank lain.
Marilah kita daftar myBSN untuk menggunakan internet banking secara online. Mudah sahaja nak daftar,login dan buat semakan baki akaun menggunakan BSN ONLINE
APA ITU myBSN?
Bank Simpanan Nasional (BSN) telah memperkenalkan perkhidmatan online banking  untuk memudahkan anda sebagai pelanggan, menyelesaikan apa-apa transaksi melibatkan pindahan wang secara online.
Kepada golongan B40,anda boleh mohon BANTUAN B40 RM180 untuk perbelanjaan langganan internet atau menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baru
CARA LOGIN MYBSN ONLINE
Jika anda pengguna baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu keahlian anda.Berikut adalah cara untuk daftar:
Pastikan anda telah mendaftar nombor telefon anda untuk akaun BSN anda. Anda boleh melakukannya di cawangan BSN yang berhampiran. Pastikan anda sediakan kad pengenalan, kad ATM/debit/kredit serta nombor akaun anda untuk memudahkan proses mendaftar nombor telefon anda REGISTER MYBSN ONLINE BAGI PENGGUNA BARU
Langkah di bawah adalah untuk pengguna yang sudah ada akaun BSN yang ada buku, tetapi belum lagi ada akaun BSN online.
Bermakna, baru sahaja mahu register.
Layari https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do untuk membawa anda ke laman web rasmi  untuk bahagian login. Kemudian klik link Register untuk pelanggan yang ingin membuat keahlian baru di MyBSN. Pastikan anda membaca sepenuhnya terma & syarat yang telah ditetapkan oleh BSN untuk mendapat akses penggunaan Servis Perbankan Internet BSN (MyBSN), beserta dengan segala servis yang disediakan dalam MyBSN. Tick pada Accept sekiranya anda bersetuju dengan terma & syarat tersebut, manakala Decline untuk kembali ke laman utama. Selepas anda memilih Accept, tekan butang Next. Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu diisikan. Sebelum isi, pastikan anda mempunyai nombor kad debit/kredit, nombor PIN kad debit/kredit dan nombor telefon mudah alih yang berdaftar atas nama anda. Pada ruangan Debit / Credit Card Number, masukkan nombor kad kredit / debit yang tertera di bahagian hadapan kad kredit / debit anda. Kemudian, pada ruangan CVV2, masukkan nombor tiga digit yang tertera di bahagian belakang kad kredit/debit anda. Pada ruangan Expiry Date, anda perlu masukkan tarikh luput untuk kad kredit/debit anda. Untuk Month, pilih bulan, manakala untuk Year, pilih tahun. Bulan dan tahun ini boleh didapati pada bahagian hadapan kad anda, di bawah nombor kad anda, yang tertera tarikh. (Misalnya, sekiranya kad anda tamat pada Mei 2024, akan tertera di kad anda 05/24) Pastikan tarikh yang dimasukkan adalah betul. Bimbang akan ada masalah login BSN online nanti. Isikan nombor kad pengenalan anda pada ruangan New IC Number sekiranya anda warganegara Malaysia, ATAU masukkan nombor pengenalan yang lama pada Old IC sekiranya anda masih belum menggunakan MyKad, ATAU isikan pada ruangan Military IC/Passport Number jika anda tidak mempunyai kad pengenalan/MyKad atau bukan warganegara. Tekan butang Next. Di laman seterusnya, masukkan username yang anda mahu dan mengikut spesifikasi yang diberi pada ruangan Username. Kemudian, masukkan kata laluan pada ruangan Password (mestilah lebih daripada lapan angka). Masukkan semula kata laluan anda yang anda ingin gunakan untuk akaun anda ini pada ruangan Confirm New Password. Seterusnya, tekan Request OTP. Akan keluar pop-up box untuk mengesahkan nombor telefon anda. Tekan butang Confirm. Anda akan menerima kod OTP daripada BSN secara SMS ke telefon anda, melalui nombor telefon anda yang anda telah daftarkan dengan akaun BSN anda. Masukkan kod OTP tersebut di ruangan OTP Number. Pilih salah satu gambar yang tertera di ruangan Online Image. Gambar ini digunakan untuk proses pengesahan akaun anda setiap kali anda ingin login ke akaun online banking MyBSN anda. Anda dinasihatkan untuk menukar gambar online anda ini setiap bulan. Tekan butang Submit. Pendaftaran akaun online banking  anda berjaya. Sila ikut langkah di bawah untuk first time login CARA LOGIN MYBSN ONLINE (PENGGUNA FIRST TIME LOGIN)
Berikut adalah cara login bagi pengguna login buat kali pertama:
Layari https://www.mybsn.com.my Untuk pelanggan yang sudah mencipta akaun keahlian seperti langkah di atas, anda hanya perlu masukkan username Tekan butang Login untuk log masuk ke akaun MyBSN anda. Buat pengesahan Online Image milik akaun anda. Masukkan password akaun anda. Setelah dapat akses masuk, isikan maklumat peribadi anda. Pilih jenis soalan rahsia yang anda ingin jawab dan masukkan jawapan anda. Anda kini sudah berjaya login BSN online CARA LOGIN MYBSN ONLINE( TELAH BERDAFTAR)
Berikut adalah cara login myBSN bagi pengguna yang telah mendaftar akaun dan sudah pernah login sebelum ini :
Layari https://www.mybsn.com.my Untuk pelanggan yang sudah mencipta akaun keahlian seperti langkah di atas, anda hanya perlu masukkan username Tekan butang Login untuk log masuk ke akaun MyBSN anda. Buat pengesahan Online Image milik akaun anda. Masukkan password akaun anda. Anda kini sudah berjaya login MyBSN online SEMAK BAKI AKAUN myBSN
Layari laman web rasmi MyBSN di https://www.mybsn.com.my Tekan MyBSN di browser anda, dan pilih pilihan yang teratas. Kemudian, anda akan tiba di laman untuk login. Pada ruangan Username, masukkan username untuk akaun anda. Kemudian, tekan butang Login. Masukkan maklumat lain seperti Online Image dan password untuk akaun anda. Pilih menu My Account. Seterusnya, pilih Account Balance. Maklumat baki anda akan tertera di skrin. Jika pembayaran BPN 2.0 anda dalam kategori GAGAL KREDIT BPN 2.0,maka anda perlu menerima bayaran BPN 2.0 di Bank Simpanan Nasional(BSN) berhampiran dengan anda.
SOALAN LAZIM myBSN
Sebarang pertanyaan dan soalan lazim yang anda ingin tahu berkenaan dengan cara daftar myBSN, anda boleh rujuk SOALAN LAZIM/FAQ di bawah :
Adakah perlu membuka akaun baharu untuk Perbankan Internet?
Tidak perlu. Anda boleh gunakan dan nombor kad ATM yang sedia ada
Saya nak buka akaun secara online?
Setakat ini BSN belum lagi menawarkan perkidmatan ini.
Bilakah boleh mula menggunakan perkidmatan ini?
Selepas mendaftar MyBSN secara online dan berjaya mendaftar, anda boleh mula menggunakannya.
Bolehkah menggunakan perkhidmatan ini jika tidak memiliki akaun dengan myBSN?
Sila layari laman web BSN untuk mengetahui tentang bank, produk dan perkhidmatan yang disediakan.
Walaubagaimanapun anda perlu memiliki Akaun Simpanan dengan kad ATM dan PIN ATM untuk mendaftar dan berurusan dengan MyBSN.
Bolehkah daftar nombor telefon bimbit luar negara?
Pada masa ini, BSN tidak buka pendaftaran TAC menggunakan nombor telefon bimbit luar negara.
Perlukah daftar semula dengan MyBSN selepas kad ATM diganti baru (disebabkan kehilangan, dll)?
Anda tidak perlu mendaftar semuka. Selepas mendaftar, profil anda yang ada dalam MyBSN akan sentiasa sah.
Bolehkah gunakan Nama Pengguna sebagai Kata Laluan?
Dinasihati tidak menggunakan Nama Pengguna sebagai Kata Lalun sebagai langkah keselaman. Guna kata laluan yang berlainan
Jika lupa kata laluan, bagaimana untuk memohon kata laluan yang baru?
Anda cuma perlu klik Forgot Password dan masukkan butiran kad dan pin.
Bolehkah tukar kata laluan?
Boleh. Log masuk MyBSN dan klik Profile Management. Pilih Change Password dan mohon TAC yang akan dihantar melalui SMS. Masukkan nombor TAC dan tukar kata laluan.
Apakah langkah keselamatan yang perlu ambil untuk melindungi nombor PIN dan kata laluan?
Lebih selamat sekiranya anda menaip alamat URL BSN yang rasmi dan log masuk dari URL tersebut. Jangan log masuk MyBSN melalui mana-mana pautan emel.
Apa perlu buat jika ada masalah untuk log masuk dan terlupa Nama Pengguna?
Hubungi pusat khidmat pelanggan BSN di 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara)
Adakah dikenakan bayaran menggunakan MyBSN?
Tiada sebarang pembayaran dikenakan
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda perlukan maklumat lanjut dan sebarang pertayaan boleh rujuk dan hubungi ke :
1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara) [email protected]  
The post myBSN:CARA REGISTER,LOGIN & SEMAKAN BAKI AKAUN ONLINE appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/mybsn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Register Login Rumah Selangorku 2021 Cara Mohon Rumah Mampu Milik Bermula Rm42 000

Register Login Rumah Selangorku 2021 Cara Mohon Rumah Mampu Milik Bermula Rm42 000

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 850 hits
REGISTER LOGIN RUMAH SELANGORKU 2021 CARA MOHON RUMAH MAMPU MILIK BERMULA RM42 000 Melalui anda yang layak boleh membuat permohonan rumah mampu milik dengan harga permulaan sebanyak RM42 000 Berikut adalah senarai jenis rumah melalui Projek...
Register Online Cuepacscare Cuepacspa Cara Daftar Program Takaful Penjawat Awam

Register Online Cuepacscare Cuepacspa Cara Daftar Program Takaful Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 305 hits
REGISTER ONLINE CUEPACSCARE CUEPACSPA CARA DAFTAR PROGRAM TAKAFUL PENJAWAT AWAM Kepada yang berminat untuk register online Cuepacscare Cuepacspa boleh rujuk artikel ini Pusat Khidmat Pemasaran MyCuepacsCare melancarkan sistem permohonan sec...
Register Login Akpk Cara Daftar Akpk Org My

Register Login Akpk Cara Daftar Akpk Org My

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 379 hits
REGISTER LOGIN AKPK CARA DAFTAR akpk org my Bagaimanakah nak urus masalah kewangan contohnya bebanan hutang peribadi hutang kad kredit hutang perumahan Siapa boleh bantu anda Jawapannya adalah AKPK Bagaimana AKPK boleh bantu anda Melalui pr...
Cara Buat Janji Temu Online Kwsp

Cara Buat Janji Temu Online Kwsp

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 712 hits
AssalamualaikumBismillahAku baru tahu yang KWSP sekarang kena buat appointment untuk apa sahaja urusan Melalui Janji Temu Online korang boleh membuat janji temu secara dalam talian dengan lebih awal untuk berurusan di kaunter KWSP untuk per...
Register Login Epsa Daftar Kursus E Pembelajaraan Sektor Awam 2021

Register Login Epsa Daftar Kursus E Pembelajaraan Sektor Awam 2021

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 316 hits
REGISTER LOGIN EPSA DAFTAR KURSUS E PEMBELAJARAAN SEKTOR AWAM 2021 Kepada penjawat awam contohnya guru guru anda boleh layari portal EPSA bagi register kursus online bagi mengumpul mata kredit SPLKPM Melalui EPSA penjawat awam dapat belajar...
Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online Tanpa Introducer

Buka Akaun Perniagaan Maybank Secara Online Tanpa Introducer

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 250 hits
Baru aku tahu sekarang dah boleh buka akaun perniagaan Maybank secara online tak perlu introducer pulak tu Aku memang dah lama nak buka akaun perniagaan di Maybank Tapi disebabkan kena ada introducer jadi tertangguh tangguh Rupa rupanya tak...
Register Sabahtrace Cara Daftar Majlis Sosial Pemilik Premis Perniagaan

Register Sabahtrace Cara Daftar Majlis Sosial Pemilik Premis Perniagaan

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 267 hits
REGISTER SABAHTRACE CARA DAFTAR MAJLIS SOSIAL PEMILIK PREMIS PERNIAGAAN SabahTrace adalah satu kaedah pemeriksaan tanpa sentuhan dan kebersihan di setiap pelanggan di suatu lokasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sabah Individu yang be...
Register Login Myfuturejobs Portal Cari Pekerjaan

Register Login Myfuturejobs Portal Cari Pekerjaan

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 238 hits
REGISTER LOGIN MYFUTUREJOBS PORTAL CARI PEKERJAAN APA ITU MYFUTUREJOBS MYFutureJobs adalah portal di bawah seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial di bawah Kementerian Sumber Manusia Ianya dilancarkan susulan program PenjanaKerjaya iaitu Prog...
Register Login Sistem Eperolehan Ep

Register Login Sistem Eperolehan Ep

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 260 hits
REGISTER LOGIN SISTEM EPEROLEHAN eP Macam cara nak register login sistem ePerolehan sebagai pembekal dari Kementerian Kewangan Malaysia Jika sudah register boleh terus login sistem ePerolehan sebagai pembekal APA ITU EPEROLEHAN merupakan si...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025