Register Online Cuepacscare Cuepacspa Cara Daftar Program Takaful Penjawat Awam


REGISTER ONLINE CUEPACSCARE CUEPACSPA:CARA DAFTAR PROGRAM TAKAFUL PENJAWAT AWAM

Kepada yang berminat untuk register online Cuepacscare Cuepacspa,boleh rujuk artikel ini.
Pusat Khidmat Pemasaran MyCuepacsCare (MyCuepacsCare) melancarkan sistem permohonan secara online Program Takaful Penjawat Awam CuepacsCare dan CuepacsPA bagi memudahkan kakitangan kerajaan menyertai program perlindungan takaful tersebut.
Sistem ini boleh diakses melalui www.cuepacscare.my itu memudahkan penjawat awam memohon borang lengkap bagi menyertai kedua-dua program takaful tersebut.
APA ITU CUEPACSCARE?
Ianya merupakan pelan takaful / insurans untuk penjawat awam serendah RM32 sebulan untuk satu keluarga.
KELEBIHAN CUEPACSCARE
Antara keistimewaan CUEPACSCARE termasuklah:
PELAN PERLINDUNGAN CUEPACSCARE
Terdapat dua jenis pelan perlindungan di bawah CUEPACSCARE:
Pelan Individu – Pelan Individu memberi perlindungan kepada ahli daripada umur 18 tahun sehingga 60 tahun dan pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun.
Pelan Keluarga – Pelan Keluarga memberi perlindungan kepada ahli, pasangan dan semua anak (bilangan anak TIADA HAD). Had umur anak dari 30 hari sehingga 18 tahun dan perlindungan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun jika belum berkahwin dan masih belajar sepenuh masa.
bila duit BPR FASA 2 masuk?
SENARAI  RAWATAN YANG DILINDUNGI CUEPACSCARE
Antara rawatan yang dilundingi di bawah pelan insurans ini termasuklah:
Kemalangan Pembedahan Rawatan dialisis buah pinggang Rawatan kanser Penyakit Had perlindungan pelan keluarga ialah RM80,000 setahun manakala pelan individu RM60,000 setahun.
Cuepacscare melindungi kos rawatan untuk tempoh 30 hari pra dan pasca penghospitalan.
Berikut adalah maklumat sebelum anda mendaftar:
Cuepacscare terbuka kepada semua penjawat awam berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun. Anak pemohon akan dilindungi seawal umur 30 hari hingga 18 tahun dan perlindungan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun jika belum berkahwin dan masih belajar sepenuh masa di Malaysia. Kadar bayaran bulanan berbeza mengikut pelan. Bagi pemohon berumur 18 – 55 tahun (pelan keluarga) kadar sumbangan bulanan adalah sebanyak RM106. Manakala RM40 untuk pelan individu. Bagi yang berumur 56 – 59 tahun pula, kadar sumbangan untuk pelan keluarga adalah RM174 sebulan dan RM69 untuk pelan individu. CARA PERMOHONAN CUEPACSCARE CUEPACSPA ONLINE
Sila layari laman web www.cuepacscare.my/registration. Buat permohonan online Setelah selesai memohon secara online, MyCuepacsCare akan menghantar borang lengkap kepada penjawat awam melalui perkhidmatan pos untuk diisi CARA DAFTAR CUEPACSCARE CUEPACSPA  MANUAL
Untuk mendaftar,sila ikut step dibawah:
Muat turun BORANG PERMOHONAN CUEPACSCARE, isikan dengan lengkap dan ditandatangani. http://cuepacscare.my/wp-content/uploads/2018/muatturun/borang/Borang%20Permohonan%20CuepacsCare.pdf Sertakan BORANG BIRO ANGKASA BPA 1/79 (**Borang Asal Sahaja) beserta pengesahan majikan. Sertakan salinan kad pengenalan pemohon. Sertakan salinan slip gaji terkini. Kemudian sila poskan kesemua dokumen tersebut ke alamat: MEDICARE ASSISTANCE Sdn Bhd,A-1-8 Pusat Perdagangan Intania,Jalan Intan 1 KS/1, Persiaran Raja Muda Musa,41200 Klang Selangor
Tel: 03-33714248
Faks: 03-33714258
APA ITU CUEPACSPA?
Program Takaful Kemalangan Diri CUEPACSPA menyediakan skop perlindungan yang komprehensif seperti berikut:
MANFAAT 1
KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN SEBAGAI PENUMPANG DI DALAM PENGANGKUTAN AWAM BERLESEN
Kematian Akibat kemalangan akan dilindungi apabila peserta CuepacsPA terlibat sebagai penumpang di dalam Pengangkutan Awam Berlesen
MANFAAT 2
KEMATIAN AKIBAT PENGANGKUTAN SENDIRI
Kematian Akibat Kemalangan Di Jalan raya Dengan Pengangkutan Sendiri
MANFAAT 3
KEMATIAN AKIBAT LAIN-LAIN KEMALANGAN
Pembunuhan atau serangan Mogok, rusuhan,kekacauan awam atau perampasan Keracunan makanan secara kemalanagn Lemas secara kemalangan Panahan petir Pendedahan dan kehilangan MANFAAT 4
KELUMPUHAN MENYELURUH ATAU KETIDAKWARASAN AKIBAT KEMALANGAN
Perlindungan CuepacsPA bagi kelumpuhan menyeluruh dari leher kebawah atau ketidakwarasan menyeluruh dan tidak dapat diubati akibat kemalangan
MANFAAT 5
HILANG UPAYA KEKAL AKIBAT KEMALANGAN
CuepacsPA melindungi hilang upaya kekal ( sila rujuk skala manfaat ) atau kehilangan anggota badan akibat kemalangan yang menghalang sama sekali peserta daripada menjalankan perniagaan atau sebarang pekerjaan dalam tempoh sekurang-kurangnya selama 12 bulan dari tarikh kecederaan anggota badan dan tiada harapan untuk sembuh
MANFAAT 6
PERBELANJAAN PERUBATAN AKIBAT KEMALANGAN
Pembayaran balik bagi semua perbelanjaan perubatan akibat
kemalangan ditanggung oleh CuepacsPA semasa dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta
MANFAAT 7
ELAUN TUNAI HARIAN DI HOSPITAL KERAJAAN
Elaun tunai harian di Hospital Kerajaan sebanyak RM100 sehari diberi semasa penghospitalan akibat kemalangan kepada peserta CuepacsPA
MANFAAT 8
ELAUN PERJALANAN MINGGUAN
Elaun perjalanan mingguan diberi kepada ahli keluarga terdekat untuk melawat peserta semasa di hospital akibat kemalangan
MANFAAT 9
KHAIRAT KEMATIAN
Manfaat tambahan untuk digunakan sebagai belanja pengebumian, penguburan atau pembakaran jenazah (bagi bukan islam) dan upah haji (bagi beragama islam)
Berikut Merupakan Senarai Pengecualian Program Perlindungan Kemalangan Diri CuepacsPA:
Perang atau keadaan seumpama perang. Penyertaan secara langsung atau aktif dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam. Ketidaksiuman, bunuh diri (siuman atau tidak siuman) atau apa-apa cubaan membunuh diri. Terbang sebagai salah seorang anak kapal. Kehamilan,kelahiran anak atau keguguran. Tentera, Polis atau sebarang tugas sebagai anggota berpakaian seragam bersenjata sewaktu bertugas. Menyelam skuba,akualung, memanjat/mendaki gunung, luncur tangan, sukan musim sejuk, sukan profesional atau perlumbaan selain perlumbaan jalan kaki. Dipengaruhi (sementara atau sebaliknya) oleh alkohol atau dadah. Sebarang tindakan jenayah. Apa-apa jenis hernia dan penyakit sedia ada sebelum sijil ini. FASAL PENGECUALIAN KEGANASAN (392) Tambahan – Upah Haji atau Khairat Kematian tidak akan dibayar sekiranya berlaku kematian biasa yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh : Cubaan membunuh diri dalam masa 12 bulan dari tarikh kuatkuasa perlindungan perjanjian.
AIDS atau komplikasinya atau jangkitan HIV.
MUAT TURUN BORANG CUEPACSPA
Boleh muat turun borang-borang disini https://cuepacspa.my/muat-turun/
SOALAN LAZIM MyCUEPACSCARE  
Kenapa penjawat awam tidak menggunakan rawatan di hospital kerajaan sahaja?
Memang benar penjawat awam layak menerima rawatan yang komprehensif di rangkaian hospital kerajaan dengan mudah dan tanpa bayaran berbanding yang bukan berkhidmat dalam sektor awam.
Namun begitu, jumlah doktor pakar yang terhad di hospital kerajaan ada masanya menyebabkan pesakit terpaksa menunggu giliran yang lama.
Macam mana cara nak dapat kad medikal CuepacsCare?
Anda perlu daftar CuepacsCare terlebih dahulu,baru diberikan kad kad medikal CuepacsCare.
Di mana perkhidmatan kad medikal CuepacsCare boleh digunakan?
Program Takaful Penghospitalan Dan Pembedahan CuepacsCare mempunyai lebih daripada 70 hospital panel di seluruh Malaysia.
Untuk senarai penuh hospital – hospital tersebut, anda boleh melayari laman web CuepacsCare.
Adakah boleh claim jika terima rawatan di hospital bukan panel CuepacsCare?
Boleh,mereka yang mendapatkan rawatan di hospital bukan panel CuepacsCare boleh mendahulukan bayaran dan membuat tuntutan balik.
Adakah CuepacsCare  memberi kemudahan tuntut elaun di hospital kerajaan?
Bagi yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, mereka akan menerima elaun harian berjumlah RM50.
Bagaimanakah cara nak hubungi hotline?
Para pencarum juga tidak perlu bimbang kerana Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan ini memberi perlindungan 24 jam.
Anda boleh menghubungi talian khidmat tuntutan 24 jam di 03-33746268.
Macam mana nak sertai CuepacsCare dan CuepacsPA
CuepacsCare dan CuepacsPA amat mudah disertai oleh penjawat awam. Mereka boleh mendaftar secara online melalui laman web www.cuepacscare.my/registration. Terdapat lebih 300 wakil pemasaran di seluruh negara bagi memudahkan penjawat awam mendaftar.
Boleh ke bayaran caruman bulanan dibuat melalui potongan gaji Biro Angkasa?
Ya,bayaran bulanan pula adalah secara potongan gaji melalui Biro Angkasa. Peserta tidak perlu bersusah payah untuk membuat potongan secara manual.
Bagaimana cara nak dapatkan rawatan?
Cara penggunaan CuepacsCare pula amat mudah dengan hanya menunjukkan kad CuepacsCare semasa urusan kemasukan untuk mendapatkan surat jaminan.
Berapa kadar sumbangan bulanan CuepacsCare?
Sumbangan bulanan untuk CuepacsCare adalah pada kadar serendah RM32 untuk individu dan RM85 bagi pakej keluarga.
Berapa kadar sumbangan bulanan CuepacsPA?
Sumbangan bulanan untuk CuepacsPA pula adalah serendah RM6 dan RM12 sebulan bagi setiap pemohon dan pasangan.
CuepacsPA turut melindungi anak-anak pemohon dengan kadar caruman sekitar RM1.59 hingga RM6.36 bergantung kepada umur.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Untuk maklumat lanjut tentang REGISTER ONLINE CUEPACSCARE CUEPACSPA:
sila layari portal CUEPACSCARE : http://cuepacscare.my/
sila layari portal CUEPACSPA:https://cuepacspa.my/
 
The post REGISTER ONLINE CUEPACSCARE CUEPACSPA:CARA DAFTAR PROGRAM TAKAFUL PENJAWAT AWAM appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/register-online-cuepacscare-cuepacspa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkeso Assist Portal Online Cara Register Login

Perkeso Assist Portal Online Cara Register Login

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 591 hits
PERKESO ASSIST PORTAL ONLINE CARA REGISTER LOGIN Bagaimana nak bayar caruman pekerja kepada PERKESO secara online Mudah sahaja iaitu melalui PERKESO ASSIST PORTAL ONLINE Sebelum ini ia dikenali sebagai iPerkeso sekarang ia dikenali matrix p...
Register Login Epsa Daftar Kursus E Pembelajaraan Sektor Awam 2021

Register Login Epsa Daftar Kursus E Pembelajaraan Sektor Awam 2021

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 316 hits
REGISTER LOGIN EPSA DAFTAR KURSUS E PEMBELAJARAAN SEKTOR AWAM 2021 Kepada penjawat awam contohnya guru guru anda boleh layari portal EPSA bagi register kursus online bagi mengumpul mata kredit SPLKPM Melalui EPSA penjawat awam dapat belajar...
Login Myeg Cara Daftar Online Portal Myeg Com My

Login Myeg Cara Daftar Online Portal Myeg Com My

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 615 hits
LOGIN MYEG CARA DAFTAR ONLINE PORTAL myeg com my Jika anda ingin check saman atau bayar saman secara online tanpa perlu ke balai polis atau JPJ anda boleh daftar dan login MYEG melalui portal myeg com my bagi tujuan tersebut Berikut adalah ...
Mybsn Cara Register Login Semakan Baki Akaun Online

Mybsn Cara Register Login Semakan Baki Akaun Online

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 605 hits
myBSN CARA REGISTER LOGIN SEMAKAN BAKI AKAUN ONLINE Bila sebut sahaja duit dan ia sinonim dengan Bank Simpanan Nasional kan Ramai juga memuji tarikh bayaran BSH dan BPN akaun BSN lebih cepat dan awal berbanding bank lain Marilah kita untuk ...
3 Cara Daftar Program Imunisasi Covid 19 Untuk Negeri Pahang

3 Cara Daftar Program Imunisasi Covid 19 Untuk Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 399 hits
Khusus untuk rakyat Pahang kini terdapat 3 cara mudah untuk anda daftar Program Imunisasi COVID 19 atau daftar sebagai penerima vaksin COVID 19 Anda sudah boleh mula daftar bagi melayakkan menerima suntikan vaksin secara percuma untuk Fasa ...
Register Sabahtrace Cara Daftar Majlis Sosial Pemilik Premis Perniagaan

Register Sabahtrace Cara Daftar Majlis Sosial Pemilik Premis Perniagaan

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 267 hits
REGISTER SABAHTRACE CARA DAFTAR MAJLIS SOSIAL PEMILIK PREMIS PERNIAGAAN SabahTrace adalah satu kaedah pemeriksaan tanpa sentuhan dan kebersihan di setiap pelanggan di suatu lokasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sabah Individu yang be...
Register Login Akpk Cara Daftar Akpk Org My

Register Login Akpk Cara Daftar Akpk Org My

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 379 hits
REGISTER LOGIN AKPK CARA DAFTAR akpk org my Bagaimanakah nak urus masalah kewangan contohnya bebanan hutang peribadi hutang kad kredit hutang perumahan Siapa boleh bantu anda Jawapannya adalah AKPK Bagaimana AKPK boleh bantu anda Melalui pr...
Sprm Tahan Pengurus Syarikat Penjawat Awam Disyaki Kemuka Tuntutan Palsu Rm336 000

Sprm Tahan Pengurus Syarikat Penjawat Awam Disyaki Kemuka Tuntutan Palsu Rm336 000

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 214 hits
Pengurus syarikat dan seorang penjawat awam ditahan SPRM di Sandakan kerana disyaki membuat tuntutan palsu berjumlah RM326 000 SANDAKAN Pengurus syarikat dan seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyak...
Insentif Untuk Penjawat Awam

Insentif Untuk Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 197 hits
Oleh MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN Ismail Sabri Yaakob menyampaikan anugerah kepada Komander Tentera Laut Diraja Malaysia Norhasram Mohd Muharami pada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan Pekerti Terbilang Kementerian Pertaha...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025