Insentif Untuk Penjawat Awam


Oleh MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN Ismail Sabri Yaakob (kiri) menyampaikan anugerah kepada Komander Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Norhasram Mohd Muharami (dua, kanan) pada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan & Pekerti Terbilang Kementerian Pertahanan Tahun 2021 di ibu negara,hari ini - UTUSAN FARIZ RUSADIOKUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan memberi jaminan akan sentiasa memberikan pelbagai insentif kepada semua anggota perkhidmatan awam supaya lebih maju dalam kerjaya masing-masing.
Selain anugerah perkhidmatan cemerlang, kerajaan akan memberi peluang kepada anggota perkhidmatan awam untuk pencalonan darjah kebesaran bintang dan pingat serta tajaan melanjutkan pengajian dan kenaikan pangkat.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan juga akan menyediakan kemudahan pinjaman kepada kakitangan seperti pinjaman perumahan dengan kadar faedah lebih rendah berbanding bank-bank iaitu empat peratus melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Menurutnya, baru-baru ini, penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah telah menerima Bantuan Khas Penjawat Awam berjumlah RM600 manakala bagi pesara kerajaan, kerajaan telah mengagihkan bantuan khas sebanyak RM300 kepada mereka yang layak.
“Kerajaan juga ada menyediakan bentuk pinjaman lain seperti pinjaman pembelian komputer riba, motosikal dan telefon bimbit yang tertakluk kepada kelayakan dan syarat yang telah ditetapkan.
“Dengan insentif ini, jelas menunjukkan bahawa kerajaan walau dalam apa pun keadaan tetap menjaga kepentingan dan kebajikan penjawat awam,” katanya dalam ucapan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang Kementerian Pertahanan Tahun 2021 di ibu kota di sini hari ini.
Dalam program itu, seramai 292 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 yang terdiri daripada kakitangan awam Kementerian Pertahanan dan 45 orang penerima Anugerah Khidmat Cemerlang 2020 yang terdiri daripada anggota tentera diraikan.
Beliau turut menyampaikan ucapan itu khusus untuk 59 warga Kementerian Pertahanan yang telah dan akan bersara pada tahun ini sama ada secara wajib atau secara pilihan.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, menurut Laporan Daya Saing Global (GCR) Edisi Khas 2020, Malaysia berada di tangga kelima dalam penyediaan kerangka perundangan digital manakala di senarai Kedudukan Daya Saing Dunia (IMD), negara ini menduduki tangga ke 26 daripada 63 negara pada tahun lalu.
“Pengiktirafan ini mencerminkan tahap keupayaan dan ketersediaan kita dari segi rangka kerja sistem perundangan ke arah mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara berteraskan digital dalam semua aktiviti utama kehidupan rakyatnya sama ada iktisad, pendidikan dan sosiobudaya yang digerakkan oleh agensi dan penjawat awam selaku pemudah cara.
“Hasrat ini terserlah menerusi kebolehupayaan penjawat awam mengadaptasi norma baharu dalam pelaksanaan kerja dan penyampaian perkhidmatan secara digital menerusi Dasar Bekerja Dari Rumah yang kali pertama diperkenalkan oleh kerajaan sewaktu bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu,” katanya. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/insentif-untuk-penjawat-awam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelebihan Dan Insentif Bekerja Sebagai Penjawat Awam Di Malaysia

Kelebihan Dan Insentif Bekerja Sebagai Penjawat Awam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 552 hits
Bekerja dalam sektor awam di Malaysia sememangnya menjadi impian setiap manusia yang ingin mendapatkan pekerjaan di Malaysia Kelebihan Penjawat Awam Di MalaysiaPelbagai manfaat dan insentif yang boleh diperolehi apabila berada dalam sektor ...
Penjawat Awam Jangan Amal Budaya Bodek

Penjawat Awam Jangan Amal Budaya Bodek

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 213 hits
HARAKAH DAILY ALOR SETAR Penjawat awam dinasihat tidak mengamalkan budaya membodek sebaliknya menjalankan tanggungjawab dengan penuh berhemah Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerajaan negeri tidak mahu penjawat awam mengam...
Sprm Tahan Pengurus Syarikat Penjawat Awam Disyaki Kemuka Tuntutan Palsu Rm336 000

Sprm Tahan Pengurus Syarikat Penjawat Awam Disyaki Kemuka Tuntutan Palsu Rm336 000

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 177 hits
Pengurus syarikat dan seorang penjawat awam ditahan SPRM di Sandakan kerana disyaki membuat tuntutan palsu berjumlah RM326 000 SANDAKAN Pengurus syarikat dan seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyak...
Pelajar Antarabangsa Dakwa Diserang Polis Bantuan Direman 4 Hari Kerana Halang Tugas Penjawat Awam

Pelajar Antarabangsa Dakwa Diserang Polis Bantuan Direman 4 Hari Kerana Halang Tugas Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 234 hits
1 131 total views 1 131 views today Dakwaan yang dibuat pelajar antarabangsa sebuah universiti tempatan yang viral di media sosial semalam mendakwa dirinya diserang oleh anggota polis bantuan wanita di pintu masuk universiti mengundang pada...
Penjawat Awam Jangan Terlibat Kempen Antivaksin Kata Ksn

Penjawat Awam Jangan Terlibat Kempen Antivaksin Kata Ksn

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 245 hits
Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 Jabatan Perdana Menteri hari ini PUTRAJAYA Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali hari ini mengingatkan penjawat awam agar tidak terlibat dengan g...
Register Online Cuepacscare Cuepacspa Cara Daftar Program Takaful Penjawat Awam

Register Online Cuepacscare Cuepacspa Cara Daftar Program Takaful Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 269 hits
REGISTER ONLINE CUEPACSCARE CUEPACSPA CARA DAFTAR PROGRAM TAKAFUL PENJAWAT AWAM Kepada yang berminat untuk register online Cuepacscare Cuepacspa boleh rujuk artikel ini Pusat Khidmat Pemasaran MyCuepacsCare melancarkan sistem permohonan sec...
Myportfolio Panduan Kerja Sektor Awam

Myportfolio Panduan Kerja Sektor Awam

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 296 hits
myPortfolio PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM PENGENALAN Tujuan Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan kepada agensi Kerajaan berkaitan tatacara penyediaan myPortfolio yang lebih tuntas dan kebolehgunaannya sebagai radas pengurusan sumber manus...
Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 828 hits
Assalamualaikum dan hai kawan kawan Pada hari Ahad yang lalu iaitu pada 28 Mac 2021 saya dan sahabat saya Nadia telah berkunjung ke Perpustakaan awam Negeri Sembilan yang terletak di Seremban 2 Jujur saya hendak beritahu kepada kalian bahaw...
Register Login Epsa Daftar Kursus E Pembelajaraan Sektor Awam 2021

Register Login Epsa Daftar Kursus E Pembelajaraan Sektor Awam 2021

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 272 hits
REGISTER LOGIN EPSA DAFTAR KURSUS E PEMBELAJARAAN SEKTOR AWAM 2021 Kepada penjawat awam contohnya guru guru anda boleh layari portal EPSA bagi register kursus online bagi mengumpul mata kredit SPLKPM Melalui EPSA penjawat awam dapat belajar...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City