Register Login Sistem Eperolehan Ep


REGISTER LOGIN SISTEM EPEROLEHAN eP(eperolehan.gov.my)

Macam cara nak register login sistem ePerolehan sebagai pembekal dari Kementerian Kewangan Malaysia?
Jika sudah register, boleh terus login sistem  ePerolehan sebagai pembekal.
APA ITU EPEROLEHAN?
ePerolehan merupakan sistem perolehan online, yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia secara atas talian.
Melalui ePerolehan para pembekal mendaftar dan memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
SENARAI PERKHIDMATAN EPEROLEHAN
Berikut adalah senarai perkhidmatan yang boleh dilakukan melalui sistem ePerolehan:
Menghantar cadangan Tender / Sebut Harga Menghantar permohonan Menerima Permohonan Menyemak status permohonan Menyerahkan tawaran tender Membuat / menerima pembayaran secara atas talian Katalog Elektronik (eCat) JENIS AKAUN PEMBEKAL EPEROLEHAN
Akaun Asas ePEROLEHAN
Akaun ini adalah khas bagi pembekal yang ingin daftar ePerolehan yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan (Bukan Perunding) tidak melebihi RM20,000.00.
Tiada bayaran dikenakan untuk permohonan Akaun Asas.
Akaun MOF ePEROLEHAN
Akaun ini adalah untuk pembekal yang ingin daftar ePerolehan yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan sehingga nilai RM20,000 dan juga yang melebihi had nilai RM20,000. Pembekal akaun MOF terbahagi kepada dua iaitu:
Kontraktor:
bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Bekalan & Perkhidmatan bukan perunding; atau bertransaksi dengan Lain-lain (Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan) Perunding – bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Perkhidmatan Perunding. Akaun G2G ePEROLEHAN
Bagi Agensi Kerajaan bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan menggunakan kaedah pembelian terus tanpa had nilai di sistem ePerolehan.
Agensi Kerajaan bermaksud Badan Berkanun Persekutuan/Negeri, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
SENARAI KOD BIDANG PENDAFTARAN (BEKALAN DAN PERKHIDMATAN)
Sila rujuk disini untuk buat semakan kod bidang pendaftaran ePerolehan.
SIJIL DIGITAL EPEROLEHAN
Sijil digital akan diberikan kepada Pentadbir Pembekal secara percuma untuk tempoh tiga (3) tahun pertama sahaja. Bagi setiap tambahan pengguna seterusnya dan pembaharuan Sijil Digital akan dikenakan bayaran sebanyak RM120.00 untuk tempoh tiga (3) tahun.
Semua permohonan sijil digital akan disahkan oleh Pihak BerkuasaPemerakuan selaras dengan Akta Tandatangan Digital 1997. Selepas permohonan sijil digital disahkan, syarikat hendaklah mengambil tindakan seperti berikut :
(a) Menerima emel yang mengandungi pautan untuk menetapkan soalan keselamatan dan no pin Sijil Digital; dan
(b) Syarikat hendaklah memastikan no pin sijil digital disimpan bagi tujuan transaksi dalam Sistem eP.
Bagi tambahan sijil digital kedua dan seterusnya, pembayaran hanya boleh dibuat secara atas talian melalui kaedah Gerbang Pembayaran Elektronik (Payment Gateway) iaitu Financial Process Exchange (FPX), Kad Debit atau Kad Kredit. Syarikat perlu mempunyai akaun perbankan elektronik dengan mana-mana bank yang menyertai FPX.
Untuk pembayaran menggunakan FPX dan Kad Debit, syarikat hendaklah terlebih dahulu mengaktifkan transaksi atas talian dengan Institusi Kewangan masing-masing.
KEPERLUAN PENDAFTARAN AKAUN ASAS
Syarikat hendaklah memastikan seorang Pentadbir Pembekal dilantik semasa membuat permohonan pendaftaran bagi membolehkan semua urusan pendaftaran/pengurusan akaun dan berurus niaga dalam perolehan Kerajaan. Syarikat boleh melantik maksimum tiga (3) orang Personel Yang Diberi Kuasa untuk diisytiharkan di dalam Sistem ePerolehan (eP).
Sekiranya Syarikat mempunyai lebih daripada seorang personel, maka Pentadbir Pembekal tersebut boleh melantik sama ada Pengguna Pembekal dan/atau Pengguna Katalog seperti dalam Peranan dan Fungsi Pembekal Bagi Sistem eP Baharu seperti di Lampiran 1.
Syarikat hendaklah mempunyai akaun simpanan/semasa yang aktif atas nama syarikat. Hanya akaun bank yang didaftarkan sahaja boleh digunakan bagi tujuan pembayaran.
Syarikat dibenarkan untuk menaiktaraf pendaftaran kepada Akaun MOF bagi perolehan bekalan/perkhidmatan (bukan perunding) pada bila-bila masa sahaja.
Syarikat hendaklah memastikan alamat emel yang didaftarkan dalam Akaun Asas adalah sah dan aktif untuk digunakan sebagai medium perhubungan rasmi serta pengaktifan akaun dan Sijil Digital. Perubahan alamat emel hendaklah dikemas kini dengan kadar segera.
Bagi membolehkan syarikat mengakses Sistem eP, perkara berikut hendaklah dilaksanakan :
(a) Membuat pengaktifan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas menerima emel pertama yang mengandungi kod pengaktifan untuk mencipta ID log masuk;
(b) Menukar kata laluan setelah menerima emel kedua yang mengandungi kata laluan sementara.
Bagi membolehkan urusniaga dengan perolehan Kerajaan dilaksanakan, syarikat hendaklah mengambil tindakan berikut :
(a) Memuat naik sekurang-kurangnya satu katalog mengikut jenis produk atau perkhidmatan yang ditawarkan ke dalam Sistem eP. Katalog ini boleh dikemas kini pada bila-bila masa mengikut keperluan;
(b) Mempunyai sijil digital yang masih sah laku. Bagi pendaftaran Individu, hanya satu Sijil Digital sahaja yang dibenarkan. Manakala bagi pendaftaran selain individu, Sijil Digital hanya terhad kepada tiga (3) pengguna sahaja iaitu bagi peranan Pentadbir Pembekal dan Pengguna Pembekal.
Jika anda seorang pembekal yang ingin mendaftar, anda dinasihatkan untuk menggunakan
e-mel syarikat (contohnya [email protected]) atau perkhidmatan GMail, iaitu servis e-mel Google seperti [email protected] Jangan guna perkhidmatan e-mel Yahoo iaitu @yahoo.com, @ymail.com dan @rocketmail.com dalam urusan Pendaftaran Pembekal bagi mengatasi masalah penerimaan notifikasi e-mel daripada Sistem ePerolehan.
Jom belajar cara register login sistem ePerolehan.
CARA REGISTER SISTEM EPEROLEHAN(eP)
Berikut adalah cara daftar ePerolehan:
Sila layari portal ePerolehan https://www.eperolehan.gov.my/online-registration Pilih jenis akaun iaitu Akaun Asas, Akaun MOF dan Akaun G2G. Sila pilih register akaun asas. Kemudian baca pengenalan akaun pembekal sebelum register ePerolehan. Klik SETETUSNYA Sila baca terma dan syarat dan isi nombor dan aksara Captcha yang dikehendaki Kemudian klik Seterusnya Tick pada Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat di atas dan mengesahkan bahawa maklumat Pentadbir Pembekal yang dilantik adalah tepat dan benar BAHAGIAN MAKLUMAT AKAUN
Sila lengkapkan: Jenis Perniagaan / Syarikat Nombor Pendaftaran Perniagaan Masukkan Nombor Kad Pengenalan jika dipinta Klik Seterusnya sehingga selesai dan berjaya register ePerolehan. CARA LOGIN SISTEM EPEROLEHAN(eP)
Selepas register,sekarang anda boleh login sistem ePerolehan. Terdapat beberapa cara untuk login ePerolehan,antaranya adalah menggunakan ePerolehan login mobile atau logi ePerolehan destop:
EPEROLEHAN LOGIN MOBILE
Berikut adalah cara login ePerolehan login mobile:
Sila muat turun dan install browser Google Chrome di telefon bimbit Kemudian layari https://www.eperolehan.gov.my Kepada pengguna Android:
Klik option di bahagian atas kanan (iaitu simbol 3 dot) dan Klik Desktop site
Kepada pengguna iPhone:
Klik option di bahagian atas kanan (iaitu simbol 3 dot) dan Klik Requst Desktop site
Klik LOG MASUK EPEROLEHAN(https://www.eperolehan.gov.my/ssologin) Masukan ID dan kata laluan ePerolehan,klik LOG MASUK Anda telah berjaya masuk ke sistem ePerolehan online EPEROLEHAN LOGIN DESTOP
Berikut adalah cara guna ePerolehan login desktop:
Layari portal ePerolehan: https://www.eperolehan.gov.my Klik ikon yang berwarna hijau dan Klik Log Masuk Ke ePerolehan Masukan ID dan kata laluan ePerolehan,klik LOG MASUK Anda telah berjaya masuk ke sistem ePerolehan online SOALAN LAZIM
Apa portal rasmi ePerolehan?
https://www.eperolehan.gov.my
Macam mana nak masuk ePerolehan tender?
Anda perlu buat permohonan pendaftaran untuk ID Log Masuk terlebih dahulu
Saya ada masalah proses pendaftaran MOF,macam mana nak buat?
Sila selesaikan masalah nombor pendaftaran MOF.
Jika dah berjaya daftar dan login ePerolehan,boleh ke masuk tender?
Ya boleh masuk mana-mana tender yang dikehendaki.
Saya terlupa ID/Kata laluan ePerolehan,macam mana nak buat?
Anda boleh reset semula id/kata laluan ePerolehan. ID /kata lalaun sementara akan dihantar melalui email.
Apakah kriteria bagi pembekal yang ingin berdaftar akaun asas?
Kriteria-kriteria yang perlu ada bagi pembekal yang ingin berdaftar akaun asas adalah:-
Syarikat atau Perniagaan atau Pertubuhan atau Koperasi atau Persatuan hendaklah berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkenaan mengikut peraturan semasa yang berkuatkuasa.  Contoh ROC / ROB berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Mempunyai akaun simpanan/semasa yang aktif atas nama syarikat. Hanya akaun bank yang didaftarkan sahaja boleh digunakan bagi tujuan pembayaran.
Seorang Pentadbir Pembekal dilantik semasa membuat permohonan pendaftaran bagi membolehkan semua urusan pendaftaran/pengurusan akaun dan berurus niaga dalam perolehan Kerajaan.
Berapakah caj yang akan dikenakan bagi pendaftaran akaun asas dan pendaftaran dengan Kementerian Kewangan (MoF)?
Pendaftaran akaun asas adalah percuma.
Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan bayaran fi pemprosesan sebanyak RM50 (tidak dikembalikan) hendaklah dijelaskan selepas pengisytiharan, manakala bayaran fi pendaftaran sebanyak RM400 hanya perlu dibuat setelah permohonan pendaftaran diluluskan.
Jika syarikat sudah berdaftar dengan Kementerian Kewangan, adakah syarikat tersebut perlu membuat akaun asas?
Tidak perlu.
Bagaimanakah saya boleh menjalani latihan penggunaan sistem ePerolehan?
Anda boleh menjalani latihan secara percuma dengan mengakses ke ePerolehan Online Learning (ePOL) yang menyediakan latihan secara kendiri (ePembelajaran). Bagi anda yang berminat untuk menghadiri latihan di dalam kelas, sila hubungi ePerolehan Centre yang berdekatan.
Adakah boleh login ePerolehan  menggunakan telefon bimbit?
Boleh, jika masuk secara mobile menggunakan telefon bimbit kerana paparan sangat kecil. ePerolehan login ini hanya sesuai digunakan untuk orang yang menggunakan PC ataupun komputer dan laptop.
Bagaimana cara pembekal ingin menyemak status permohonan sijil Kementerian Kewangan?
Semakan status boleh dibuat dengan Log Masuk ke sistem eP > Aplikasi saya > Pengurusan Pembekal> Sejarah Permohonan >Klik butang ‘Tindakan’ > Klik ‘Diari Pengesanan’.
Jika permohonan telah ditolak, perlukah pembekal membuat pembayaran wang proses untuk permohonan semula?
Sekiranya pembekal membuat permohonan semula dalam tempoh masa 60 hari selepas permohonan ditolak, tiada bayaran proses (RM50) dikenakan kepada Pembekal.
Bagaimana sistem akan membezakan Pembekal yang berdaftar dengan Akaun Asas dan Akaun MoF?
Untuk akaun asas hanya ada nombor eP sahaja manakala bagi Akaun MoF Pembekal yang berdaftar akan mendapat nombor seperti pendaftaran 357-xxxxxxxx bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan bukan perunding ataupun nombor pendaftaran 465-xxxxxxxx bagi perunding.
 
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Maklumat lanjut tentang register login sistem Eperolehan,sila rujuk:
Kementerian Kewangan Malaysia,No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62592 WP PUTRAJAYA
Hubungi :
03-8000 8000
03-88823893 / 03-88823894
Emel kepada  pro[at]treasury[dot]gov[dot]my
Anda boleh buat penetapan temujanji  dengan hubungi 03-8882 3166/4341 atau melalui emel kepada [email protected]
 
 
 
 
The post REGISTER LOGIN SISTEM EPEROLEHAN eP(eperolehan.gov.my) appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/register-login-sistem-eperolehan-epeperolehan-gov-my.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Register Login Myfuturejobs Portal Cari Pekerjaan

Register Login Myfuturejobs Portal Cari Pekerjaan

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 215 hits
REGISTER LOGIN MYFUTUREJOBS PORTAL CARI PEKERJAAN APA ITU MYFUTUREJOBS MYFutureJobs adalah portal di bawah seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial di bawah Kementerian Sumber Manusia Ianya dilancarkan susulan program PenjanaKerjaya iaitu Prog...
Perkeso Assist Portal Online Cara Register Login

Perkeso Assist Portal Online Cara Register Login

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 536 hits
PERKESO ASSIST PORTAL ONLINE CARA REGISTER LOGIN Bagaimana nak bayar caruman pekerja kepada PERKESO secara online Mudah sahaja iaitu melalui PERKESO ASSIST PORTAL ONLINE Sebelum ini ia dikenali sebagai iPerkeso sekarang ia dikenali matrix p...
Sppim Login Sistem Pendaftaran Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia

Sppim Login Sistem Pendaftaran Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 225 hits
SPPIM LOGIN SISTEM PENDAFTARAN PENGURUSAN PERKAHWINAN ISLAM MALAYSIA Melalui laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia anda kini boleh membuat memasuki Sistem Pendaftaran Pernikahan secara online APA ITU SPPIM Sistem Pengurusan...
Register Login Epsa Daftar Kursus E Pembelajaraan Sektor Awam 2021

Register Login Epsa Daftar Kursus E Pembelajaraan Sektor Awam 2021

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 273 hits
REGISTER LOGIN EPSA DAFTAR KURSUS E PEMBELAJARAAN SEKTOR AWAM 2021 Kepada penjawat awam contohnya guru guru anda boleh layari portal EPSA bagi register kursus online bagi mengumpul mata kredit SPLKPM Melalui EPSA penjawat awam dapat belajar...
Register Login Rumah Selangorku 2021 Cara Mohon Rumah Mampu Milik Bermula Rm42 000

Register Login Rumah Selangorku 2021 Cara Mohon Rumah Mampu Milik Bermula Rm42 000

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 802 hits
REGISTER LOGIN RUMAH SELANGORKU 2021 CARA MOHON RUMAH MAMPU MILIK BERMULA RM42 000 Melalui anda yang layak boleh membuat permohonan rumah mampu milik dengan harga permulaan sebanyak RM42 000 Berikut adalah senarai jenis rumah melalui Projek...
Register Login Akpk Cara Daftar Akpk Org My

Register Login Akpk Cara Daftar Akpk Org My

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 349 hits
REGISTER LOGIN AKPK CARA DAFTAR akpk org my Bagaimanakah nak urus masalah kewangan contohnya bebanan hutang peribadi hutang kad kredit hutang perumahan Siapa boleh bantu anda Jawapannya adalah AKPK Bagaimana AKPK boleh bantu anda Melalui pr...
Perlukah 2 Tahun Bangunkan Sistem Pendaftaran Automatik Undi 18

Perlukah 2 Tahun Bangunkan Sistem Pendaftaran Automatik Undi 18

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 210 hits
Alasan Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa sistem Pendaftaran Automatik pengundi berumur 18 tahun baru hendak dibangunkan dan dalam proses memulakan libaturus dengan pemegang taruh amat mengecewakan Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN D...
Kkr Sudah Memasang Sistem Eer Amaran Awal Tanah Cerun Runtuh Cameron Highlands

Kkr Sudah Memasang Sistem Eer Amaran Awal Tanah Cerun Runtuh Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 215 hits
IPOH Kementerian Kerja Raya sudah memasang Sistem Amaran Awal Tanah Runtuh di sekitar kawasan cerun di Seksyen 44 Jalan Simpang Pulai Blue Valley Cameron Highlands bagi mengesan sebarang runtuhan susulan KKR dalam satu kenyataan hari ini me...
Minyak Ikan Makanan Otak Untuk Anak Boleh Tingkatkan Sistem Imun Beri Pada Waktu Makan

Minyak Ikan Makanan Otak Untuk Anak Boleh Tingkatkan Sistem Imun Beri Pada Waktu Makan

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 291 hits
Anda pasti pernah mendengar tentang kebaikan mengambil minyak ikan dalam diet pemakanan seharian bukan Tetapi adakah anda benar benar memahami apa itu minyak ikan dan apakah manfaat dan kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya Artikel ini...
Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Lahirkan Generasi Fasih Digital Kpm Mahu Guru Jauhari Digital Jadi Pembimbing

Kes Denggi Meningkat



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Filem Ngesot

Zikir Hari Isnin Fadhilat Membacanya

Monosterio Jadi Raya Tak Jadi Chord

Shinta Angely Nyaman Ku Harap Luka Ku Dapat Chord

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office