Perlukah 2 Tahun Bangunkan Sistem Pendaftaran Automatik Undi 18


 





Alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa sistem Pendaftaran Automatik pengundi berumur 18 tahun baru hendak dibangunkan dan dalam proses memulakan libaturus dengan pemegang taruh amat mengecewakan.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Zaliha Mustafa, alasan sedemikian sukar diterima memandangkan Undi 18 telah diluluskan sejak 2019 lalu, bukannya beberapa bulan lepas.
"Adakah ini membayangkan ketidakcekapan SPR sebagai badan yang bertanggunjawab melaksanakan sistem automatik ini ataukah ia perkara yang sengaja dilengahkan?
"1.2 juta mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun itu bukanlah suatu angka yang kecil. Begitu juga 4.4 juta yang berusia 21 tahun ke atas yang telah layak mengundi dengan sistem pendaftaran kendiri yang ada sekarang, adalah suatu angka yang pastinya boleh menentukan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke15 kelak. Ini suatu penafian hak yang nyata," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas dalih yang ditimbulkan oleh Pas bahawa remaja berumur 18 tahun tidak matang untuk memilih kerajaan maka Undi 18 ditangguhkan, Dr Zaliha menyangkal pendapat itu.
Katanya, banyak perkara dibenarkan dilakukan apabila berumur 18 tahun, termasuk berkahwin yang implikasinya lebih berat berbanding mengundi bagi menentukan kerajaan.
"Tidak timbul masalah mereka tidak matang dalam berfikir kerana dalam banyak suasana, undang-undang membenarkan mereka untuk berkahwin bagi lelaki dan anak-anak perempuan di usia 16 tahun, walaupun kita menentang keras perkawinan di bawah umur.
"Lesen memandu juga dibenarkan di usia 18 tahun, bahkan lesen memandu motosikal boleh dimohon di usia 16 tahun. Lebih sadis lagi ada juga parti politik yang menerima pendaftaran keahlian remaja berusia 13 tahun, hanya selepas mereka menamatkan sekolah rendah, sedangkan pada usia itu kita sepatutnya memberikan mereka pembelajaran dan ilmu pengetahuan yang sewajarnya, bukan disogokkan dengan politik kepartian," katanya lagi.
Sehubungan itu, Dr Zaliha menggesa SPR mempercepatkan usaha membangunkan Sistem Pendaftaran Automatik supaya nama mereka yang berusia 18 - 21 tahun boleh segera dimasukkan ke dalam Daftar Pengundi Induk dan dapat melaksanakan hak sebagai pengundi dalam PRU ke15 yang dijangka akan berlaku dalam masa yang terdekat.
Katanya, walaupun SPR memberi gambaran PRU mungkin berlaku di tahun 2023, genap 5 tahun usia pentadbiran kerajaan namun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam situasi kerajaan yang tidak stabil.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/perlukah-2-tahun-bangunkan-sistem.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Bukan Secara Automatik Benarkan Anak Muda Daftar Sendiri Undi 18

Kalau Bukan Secara Automatik Benarkan Anak Muda Daftar Sendiri Undi 18

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 290 hits
Nailah HudaMac 27 2021 Pada Sabtu lebih 200 penunjuk perasaan mengadakan Himpunan Tuntut Undi 18 di hadapan bangunan Parlimen bagi meluahkan kekecewaan terhadap SPR yang gagal melaksanakan Undi 18 pada Julai ini Foto MUDABACA Sebelum ini be...
Tiktok Dijangka Memperkenalkan Ciri Perbualan Berkumpulan Pada Tahun Ini

Tiktok Dijangka Memperkenalkan Ciri Perbualan Berkumpulan Pada Tahun Ini

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 172 hits
TikTok pada hari ini sedia dikenali ramai sebagai aplikasi untuk perkongsian video ringkas Apa pun dalam meningkatkan interaksi pada aplikasi berkenaan kini Reuters melaporkan TikTok mungkin menambah ciri perbualan berkumpulan pada aplikasi...
Pegawai Imigresen Dipenjara 10 Tahun Kerana Terima Rasuah Bagi Melepaskan Warga Asing

Pegawai Imigresen Dipenjara 10 Tahun Kerana Terima Rasuah Bagi Melepaskan Warga Asing

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 368 hits
SEREMBAN Seorang pegawai Imigresen dipenjara 10 hari dan didenda RM10 000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah menerima rasuah bagi melepaskan warga asing dua tahun lalu Hakim Madihah Harullah memerintahkan Moham
Tak Patuh Sop Pelajar 17 Tahun Dikompaun Rm10k

Tak Patuh Sop Pelajar 17 Tahun Dikompaun Rm10k

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 288 hits
Tindakan kerajaan meningkatkan kompaun melanggar Prosidur Operasi Standard menghindari jangkitan Covid 19 daripada RM1 000 kepada RM10 000 membebankan pelbagai golongan Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd A...
Bahan Pendidikan Tahun 1 Subjek Matematik

Bahan Pendidikan Tahun 1 Subjek Matematik

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 324 hits
Bahan Pendidikan Tahun 1 Subjek Matematik yang disediakan ini adalah berkenaan dengan bahan latihan atau buku modul Modul latihan ini dikhaskan kepada murid murid tahap 1 bagi subjek Matematik Di dalam perkongsian ini kami memberikan bebera...
Kanak Kanak 3 Tahun Meninggal Lepas 4 Jam Tertinggal Dalam Kereta

Kanak Kanak 3 Tahun Meninggal Lepas 4 Jam Tertinggal Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 234 hits
ADitemui dalam kereta milik pengetua taska pada jam 12 15 tengah hari SUNGAI PETANI Seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun 11 bulan meninggal dunia selepas ditemui tertinggal di dalam kereta lebih empat jam di hadapan sebuah tadika d...
Ujian Diagnostik Bahasa Inggeris Pemahaman Dan Penulisan Tahun 6 Upsr

Ujian Diagnostik Bahasa Inggeris Pemahaman Dan Penulisan Tahun 6 Upsr

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 435 hits
Ujian Diagnostik Bahasa Inggeris Pemahaman Tahun 6 UPSR Perkongsian ini khas kepada guru mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi menilai tahap penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris Pemahaman Dengan melaksanakan Ujian Diagnostik ini para guru d...
10 Penimbang Digital Terbaik Paling Tepat Kiraan

Dododots Lancar Koleksi Istimewa Powerpuff Girls

Beli Jam Tangan Di Twg Angsana

Dolar As Menguat Tipis Di Tengah Ketidakpastian Global Begini Dampaknya Ke Pasar Forex Hari Ini

The Pros And Cons Of Different Mortgage Year Terms Choosing The Right Option For

Insurance Binders A Temporary Coverage Solution

Lebai Terus Memperbodohkan Walaun

Putra Heights Fire Ministry Undertakes 3 Phases To Rebuild Affected Area


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Agar Amal Diterima Dan Taubat Diterima Teladan Dari Nabi Ibrahim Dan Ismail

Video Pembongkaran Operasi Sindiket Geng Kartel Jual Air Dan Belon

Harvard Archives Discovering Treasures Of History

Prk Ayer Kuning Polis Kenal Pasti Individu Cenderung Buat Provokasi

Intense Rainfall Triggers Flash Floods In Selangor Impacting Four Areas

Resepi Boko Ubi Kayu Lapisan Bawah 1 Cawan Gula Merah Cawan Gula Pasir