Reformasi Pilihan Raya Tergugat Di Bawah Pn



Banyak pihak sangsi pembaharuan pilihan raya akan diteruskan di bawah kerajaan Perikatan Nasional yang menggabungkan BN suatu ketika dahulu dituduh menipu dalam pilihan raya umum.
Pengerusi pemerhati pilihan raya Bersih 2.0, Thomas Fann berkata, cadangan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) yang ditubuhkan PH lebih setahun lalu dijangka akan berkubur.
“Kami tidak meletakkan harapan kerana komposisi kerajaan baharu ini terdiri daripada struktur Barisan Nasional (BN) yang dibuat semula.
“Di bawah BN, semua cadangan ini diabaikan dan ditolak,” kata Fann dipetik The Malaysian Insight.
ERC ditubuhkan selepas pilihan raya umum. Bersih merupakan sebahagian daripada jawatankuasa itu.
Ia ditubuhkan untuk membuat semakan semula berkenaan sistem dan undang-undang pilihan raya sedia ada, dan diketuai oleh bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ab Rashid Ab Rahman.
“Cadangan yang dibuat oleh ERC adalah hasil laporan interim yang dikemukakan oleh Rashid kepada Dr Mahathir Mohamad pada Januari 2020.
“Laporan itu adalah usul kami yang termasuk untuk mengubah sistem pilihan raya untuk kerusi Parlimen. Bagi Dewan Undangan Negeri, sistem yang pertama sebelum ini akan digunakan.
“Kami tidak mengharapkan Perikatan Nasional di bawah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menggunakan cadangan ini.”
Menurutnya, cadangan itu perlukan perbincangan dan perlu dibahas sebelum dilaksanakan.
“Setakat ini kami tidak mendengar apa-apa dari kerajaan baharu dan saya tidak rasa mereka akan melihat pembaharuan besar ini.”
Fann berkata satu lagi cadangan ialah SPR dibahagikan kepada tiga badan pengurusan yang mana ia hanya berfungsi sebagai badan pengawas yang menguruskan pilihan raya.
“SPR akan melihat daftar pemilih dan penguatkuasaan undang-undang pilihan raya tetapi mereka tidak akan menjalankan pilihan raya.
“Pilihan raya akan dijalankan oleh badan lain yang dipanggil Pilihan Raya Malaysia. Badan lain akan menjadi Suruhanjaya Sempadan yang ditugaskan untuk melihat kawasan sempadan pilihan raya.”
Fann berkata PN mesti memberi pendirian jelas berhubung pembaharuan pilihan raya untuk memastikan keadilan kepada semua parti politik di Malaysia.
“Mereka adalah kerajaan pintu belakang tanpa dasar atau mandat. Jadi kita tidak tahu pendirian mereka.”
Fann juga berkata, Bersih 2.0 juga mendesak lebih banyak kuasa diberikan kepada SPR.
“Undang-undang sedia ada tidak memberi kuasa kepada SPR untuk mengambil tindakan terhadap pesalah. Malah, sekiranya mereka melihat parti atau calon melakukan kesalahan pilihan raya, mereka tidak boleh lakukan apa-apa selain membuat laporan polis.
“Jadi salah satu pembaharuan pilihan raya yang cuba kita ketengahkan melalui ERC ialah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dipinda untuk memberi lebih kuasa kepada SPR.”
Katanya, pindaan itu akan memberi kuasa kepada SPR untuk mengeluarkan saman kompaun bagi kesalahan pilihan raya sehingga RM10,000.
“Kompaun itu perlu tinggi untuk peringatan kepada mereka, bagaimanapun sekiranya seseorang itu dikenakan saman, mereka boleh mencabarnya di mahkamah.
“Ini tiada dalam undang-undang sedia ada dan ia perlu dipertimbangkan.”
Menurutnya, undang-undang itu perlu dipinda bagi mengatasi penyalahgunaan sumber negeri atau jentera kerajaan ketika pilihan raya.
“Ia bukan sahaja penggunaan kelengkapan, tetap juga penggunaan wang pembayar cukai untuk berkempen atau membeli undi.
“Cadangan ini penting bagi memperkukuhkan sistem dan institusi pilihan raya di bawah mana-mana kerajaan dan ia perlu diberi keutamaan.”
Katanya, ERC dijadualkan untuk bermesyuarat pada 25 Mac.
“Kita tidak pasti sama ada ia akan menjadi mesyuarat terakhir.
“Persoalan akan dibangkitkan pada mesyuarat itu mengenai hala tuju ERC di bawah kerajaan PN.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26711

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembangkang Kucar Kacir Sesuai Untuk Pilihan Raya Negeri Tahun Ini Masing

Pembangkang Kucar Kacir Sesuai Untuk Pilihan Raya Negeri Tahun Ini Masing

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 212 hits
Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing menjangka Pilihan Raya Negeri ke 12 akan diadakan pada tahun ini Beliau berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan dua faktor utama iaitu penggal Dewan Undangan Negeri sekarang su...
Tiada Pilihan Raya Mengejut Pm Dakwa Cukup Majoriti

Tiada Pilihan Raya Mengejut Pm Dakwa Cukup Majoriti

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 340 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pilihan raya mengejut tidak akan diadakan sambil menegaskan kerajaan Perikatan Nasional yang baru dibentuk akan berkhidmat kepada rakyat sehingga Pilihan Raya Umum ke 15 Jika anda mahu diadak...
Km Melaka Mohon Bubar Dun Beri Ruang Pilihan Raya Negeri

Km Melaka Mohon Bubar Dun Beri Ruang Pilihan Raya Negeri

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 360 hits
Ketua Menteri Melaka Adly Zahari membuat permohoan untuk membubarkan DUN negeri itu hari ini PETALING JAYA Ketua Menteri Melaka Adly Zahari memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi memberi peluang kepada pilihan raya negeri diadakan Da...
Jenama Qaysaa Jelajah Sepanyol Pink La Muralla Roja Jadi Pilihan Photoshoot Raya 2020

Jenama Qaysaa Jelajah Sepanyol Pink La Muralla Roja Jadi Pilihan Photoshoot Raya 2020

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 396 hits
Qaysaa Raya 2020 telah memilih Pink La Muralla Roja sebagai tempat photoshoot bagi koleksi raya untuk tahun ini Sesuai dengan gaya minimal yang sering menjadi tema reka bentuk mereka Tahun ini jenama yang ditubuhkan oleh dua anak muda Saifu...
Bn Dan Muafakat Nasional Terus Fokus Siap Siaga Jentera Pilihan Raya Annuar

Bn Dan Muafakat Nasional Terus Fokus Siap Siaga Jentera Pilihan Raya Annuar

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 641 hits
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata Barisan Nasional dan Muafakat Nasional akan kekal fokus bagi mempersiap siagakan jentera pilihan raya dan memperkemaskan pentadbiran parti Jelas beliau selain itu beliau juga berharap BN dan...
Minyak Mentah Brent Di Bawah Rintangan Trendline Menurun Bersedia Untuk Penurunan Seterusnya

Minyak Mentah Brent Di Bawah Rintangan Trendline Menurun Bersedia Untuk Penurunan Seterusnya

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 281 hits
Cadangan PerdaganganKemasukan 29 12Alasan untuk Kemasukan Anjakan semula Fibonacci 61 8 dan 23 6 Take Profit 21 28Alasan untuk Take Profit Anjakan semula Fibonacci 27 2 Stop Loss 30 86Alasan untuk Stop loss Anjakan semula Fibonacci 38 2 Gar...
Peguam Dedah Apa Yang Pdrm Atm Boleh Buat Jika Diberi Kuasa Bawah Perintah Kawalan

Peguam Dedah Apa Yang Pdrm Atm Boleh Buat Jika Diberi Kuasa Bawah Perintah Kawalan

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 318 hits
Setelah genap dua hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan masih ada segelintir individu yang mementingkan diri dan melanggar perintah tersebut Tindakan ini pastinya akan menyusahkan pihak berkuasa dan orang lain di kemudian hari sekira...
Keutamaan Diletakan Tempat Di Bawah Uolls Jual Ugama Untuk Hidup

Keutamaan Diletakan Tempat Di Bawah Uolls Jual Ugama Untuk Hidup

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 297 hits
Kalau kita berhajat nak minta kurnia dari Sultan kita bersusah payah ke Istana Kita tak duduk di rumah kalau sekadar call wassap agak Istana layan ke tidak Itu perumpamaan bagi yg suka melihat hanya dengan Mata
Pampasan Rm600 Sebulan Pekerja Pendapatan Bawah Rm4 000 Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Pampasan Rm600 Sebulan Pekerja Pendapatan Bawah Rm4 000 Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 721 hits
Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu yang diumumkan kerajaan malam tadi dibuat bagi mengekang penularan wabak Covid 19 namun pada masa sama ia menimbulkan persoalan tentang kesan yang bakal dihadapi oleh tenaga kerja Perintah yang ...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sepasang Telekung Siti Khadijah

Sedapnya Paru Goreng Kunyit

Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian