Pampasan Rm600 Sebulan Pekerja Pendapatan Bawah Rm4 000 Ketika Perintah Kawalan Pergerakan


Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu yang diumumkan kerajaan malam tadi dibuat bagi mengekang penularan wabak Covid-19, namun pada masa sama ia menimbulkan persoalan tentang kesan yang bakal dihadapi oleh tenaga kerja.


Perintah yang berkuat kuasa mulai 18 Mac ini bakal menyaksikan penutupan semua premis kerajaan dan swasta, kecuali perkhidmatan penting. Bermakna, kebanyakan pejabat diarahkan tutup.

"Apa akan terjadi kepada pendapatan peniaga dan gaji para pekerjanya? Adakah ia akan ditanggung oleh kerajaan?" soal bekas menteri kewangan Lim Guan Eng.

Sesetengah pekerja di sektor swasta yang dihubungi Malaysiakini memberitahu, syarikat mereka memberi arahan agar mereka bekerja dari rumah. Bagaimanapun, bukan semua kerja mempunyai keanjalan sedemikian.

Penularan Covid-19 sebelum ini memberi kesan terhadap pekerja industri pelancongan dan penerbangan. Ramai yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.

Kerajaan berkata ia akan membayar RM600 sebulan selama enam bulan buat pekerja berpendapatan bawah RM4,000 yang bercuti tanpa gaji.

Beri kesan besar

Bagaimanapun, pengumuman itu hanya membabitkan peruntukan RM120 juta untuk menampung kira-kira 33,000 pekerja.

Tidaklah jelas bagaimana kerajaan akan mengembangkan pakej itu buat pekerja yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan. Adakah kosnya mampu ditampung kerajaan?

Bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Hannah Yeoh, turut menyuarakan kebimbangan bagaimana perintah kawalan pergerakan itu akan memberikan kesan kepada mereka yang meraih pendapatan secara harian.

Selain menutup semua pejabat yang tidak termasuk dalam perkhidmatan penting, perintah kawalan pergerakan itu turut melarang rakyat keluar dari Malaysia.

Ini boleh memberi kesan signifikan buat warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura. Lim menganggarkan ia akan melibatkan sehingga kira-kira 300,000 pekerja.

Adun Parit Yaani di Johor, Aminolhuda Hasssan, berkata kerajaan perlu memberi penjelasan terperinci mengenai hal berkenaan.

"Kerajaan sudah berbincangkah dengan pihak berkuasa Singapura?" soalnya ketika dihubungi.

Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad, memberitahu Malaysiakini bahawa perbincangan akan dilakukan bagi mendapatkan penyelesaian terbaik buat rakyat Johor.

Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Chan Chun Sing, berkata perniagaan yang terjejas dengan larangan itu mungkin perlu menjalankan pelan sokongan untuk kesinambungan perniagaan mereka.

Kes direkodkan naik ketara

"Perniagaan yang menggaji pekerja Malaysia yang berulang-alik antara Singapura dan Malaysia setiap hari mungkin perlu menjalankan pelan sokongan untuk kesinambungan perniagaan mereka.

"Jika mereka perlukan bantuan, mereka patut hubungi agensi ekonomi (di Singapura) yang sentiasa bersedia untuk membantu," katanya di Facebook.

Tambahnya lagi, Singapura akan terus berhubung dengan Putrajaya dan keutamaan mereka adalah untuk memastikan rakyat dan perniagaan di Singapura dapat meneruskan kehidupan serta mata pencarian mereka.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dijangka menjawab soalan-soalan yang berlegar tentang perintah berkenaan hari ini. Talian khidmat pelanggan juga akan diaktifkan bermula 12 tengah hari ini.

Perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa esok, Rabu, 18 Mac, sehinggalah 31 Mac.

Keputusan itu diambil setelah negara menyaksikan peningkatan mendadak kes Covid-19, dengan 533 kes dilaporkan semalam.

Perkhidmatan penting yang akan terus beroperasi sepanjang perintah kawalan pergerakan itu adalah air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
5 Perkara Penting Perintah Kawalan Pergerakan Dan Senarai Jabatan Kerajaan Yang 'Bercuti'Apa Itu 'Hand Sanitizer' Yang Di Gunakan Untuk Membunuh Kuman Berbahaya?
sumber: malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/03/pampasan-rm600-sebulan-pekerja-gaji-bawah-rm-4000.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Didenda Rm10 000 Jika Langgar Perintah Kawalan Pergerakan Kata Peguam

Boleh Didenda Rm10 000 Jika Langgar Perintah Kawalan Pergerakan Kata Peguam

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 485 hits
V Anbalagan PETALING JAYA Individu yang melanggar perintah kawalan pergerakan berkuat kuasa semalam bagi membendung penyebaran Covid 19 boleh didenda sehingga RM10 000 jika pendakwa raya memfailkan kes di Mahkamah Majistret kata peguam A Sr...
Perintah Kawalan Pergerakan Majikan Jangan Tekan Pekerja Mtuc

Perintah Kawalan Pergerakan Majikan Jangan Tekan Pekerja Mtuc

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 418 hits
MARCH 19 2020KUALA LUMPUR Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia menggesa majikan agar tidak mengambil kesempatan terhadap pekerja mereka yang kehilangan pendapatan hasil kerja lebih masa dan komisyen susulan penularan wabak COVID 19 Setiausaha ...
Hampir 50 000 Anggota Pantau Perintah Kawalan Pergerakan

Hampir 50 000 Anggota Pantau Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 311 hits
KUALA LUMPUR Lebih kurang 50 000 anggota terdiri daripada tentera polis RELA dan pihak berkuasa tempatan kini memantau pematuhan orang ramai terhadap Perintah Kawalan Pergerakan dalam mengekang penularan wabak COVID 19 Menteri Kanan Datuk S...
Akad Nikah Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Akad Nikah Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 384 hits
Akad nikah ketika Covid 19 melanda dan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan MR Macam nebeng aje sepatut boleh buat dalam ruang bilikUntuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subscribe via telegram dan untuk forum sila ke o...
Berkebun Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19

Berkebun Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 838 hits
BERKEBUN KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID 19 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini Masih boleh bertahan sepanjang perintah kawalan pergerakan yang kini sudah masuk hari ke 6 Sama ada boleh bertahan atau...
Arahan Pertukaran Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Arahan Pertukaran Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 393 hits
DAY 7 Aku diarahkan bertukar unit Hah Kena tukar Tapi kenapa mesti dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni Dalam keadaan WFH ni apa yang boleh aku buat Susah hati dah ni Dalam dok fikir pasal arahan tu telefon aku berbunyi Eh Takkan aku...
Ketika Ada Kematian Di Kala Perintah Kawalan Pergerakan

Ketika Ada Kematian Di Kala Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 560 hits
Allahu Akhbar Dunia sedang tenat Kalau dahulu kita lihat bagaimana ianya terjadi di luar negara siapa sangka ia kini berlaku pada tanahair kita Negara sedang di uji dengan musibah virus COVID 19 kini sedang melanda Semua orang takut panik p...
Tidak Boleh Adakan Majlis Kahwin Tahlil Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Mkn

Tidak Boleh Adakan Majlis Kahwin Tahlil Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Mkn

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 723 hits
Bagi mengekangpenularan wabak Covid 19 di negara ini kerajaan telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan bermula esok sehingga 31 Mac 2020 sewperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam Namun begitu timbul persoalan ramai adakah m...
Lelaki Ditahan Halang Tugas Polis Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Lelaki Ditahan Halang Tugas Polis Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 387 hits
Bernama SUNGAI PETANI Seorang lelaki berusia 30 an ditahan di sebuah rumah ibadat di sini kerana menghalang tugas penjawat awam dengan mempertikai dan menghamburkan kata kata kesat kepada polis selepas diminta akur kepada perintah kawalan p...
When Boiling Eggs Does Adding Salt Really Do Anything Beneficial For The Eggs

Woman Who Tried To Hug Perak Ruler Charged With Assault

Blood Moon Draws Crowd To National Planetarium Despite Cloudy Skies

Buasir Otak Tv Budak Jumpa Duit Dalam Longkang Be Like

Cara Mudah Masak Murtabak Mi Segera Sedap Resipi Padu Untuk Orang Bujang

Dahulu Pergi Sekarang Tidak Lagi

Buasir Otak Tv Bila Budak Cakap Ayam Boleh Terbang

Kerajaan Pihak Industri Perlu Bertindak Metro Ahad 07 09 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berehat Seketika Dari Tulis Artikel Seo

Flyhigh My Kelas Online Terbaik Malaysia Dengan Guru Berkualiti Harga Berpatutan

Johor Wau Bulan Di Muzium Layang Layang Pasir Gudang

Resipi Sayur Lemak Putih Tauge

First Time Lunch Date Sempena Hari Lahir Ke 56

Bermain Sambil Belajar Ilmu Kewangan Di Mortgagecalculator Org