Bn Dan Muafakat Nasional Terus Fokus Siap Siaga Jentera Pilihan Raya Annuar




Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN) akan kekal fokus bagi mempersiap siagakan jentera pilihan raya dan memperkemaskan pentadbiran parti.
Jelas beliau, selain itu beliau juga berharap BN dan MN dapat belajar daripada kejatuhan Pakatan Harapan (PH).
“Kejatuhan PH adalah kerana tumbangnya kerjasama antara sesama mereka. Dengan mengambil iktibar dari perkara itu, BN dan MN berazam untuk terus memperkasakan konsep yang kita bawa supaya kita boleh benar-benar memberikan khidmat kepada rakyat sebaik yang boleh. Kerana itu juga kita merasakan kita harus sentiasa berada dalam keadaan terbaik dari segi penyusunan, jentera, strategi dan sebagainya.
“Jadi dalam perbincangan pertemuan saya dengan MCA, kita telah mengadakan perbincangan bertukar maklumat dan pandangan, tidak kurang juga membincangkan suasana politik menerusi pemerhatian parti masing-masing berhubung dengan sentimen rakyat berkaitan perkembangan semasa supaya kita sentiasa mengambil perhatian apakah yang dirasai oleh rakyat dan para pengundi bagi mempastikan parti masing-masing mengambil pendekatan yang sensitif dan responsif kepada sentimen dan perasaan para pengundi.
“Sebagai sebuah gabungan parti yang lama, kita ingin memastikan yang terbaik kerana kita tidak mahu menjadi parti yang disalahertikan… kalau bekerjasama rapat dengan MCA kononnya nak membelakangkan agenda Melayu, kalau bercakap kepentingan orang Melayu atau perpaduan Melayu kononnya kita mahu menjadi Taliban dan bila perkara seperti ini disebut berulang kali maka akhirnya terbina persepsi yang tertentu yang akhirnya menyebabkan kita ditolak atau dihukum oleh rakyat kerana kita lemah dari segi membina persepsi yang tepat dan benar berhubung parti kita,” ujar beliau kepada media selepas menerima kunjungan hormat daripada Ibu Pejabat MCA di Menara Dato’ Onn, hari ini.
Tambah Annuar, dalam keadaan sekarang ini dinamika yang sedang berubah dengan pantas dan lanskap politik semasa yang agak berbeza dari lazim maka seharusnya rakan komponen termasuk MN hendaklah mempersiapsiagakan diri supaya tidak ada batas komunikasi, tidak ada pembinaan persepsi yang salah tentang apa-apa yang kita lakukan.
“Jadi, dalam hubungan ini kerjasama dengan media juga sangat mustahak. Saya berharap UMNO dan MCA akan mengamalkan dasar penuh keterbukaan, tidak boleh ada ‘secretive’ misalnya dalam masa dua minggu lepas banyak perkara yang berlaku, tetapi kita akan menjadi telus namun secara prinsip umum kita merasakan UMNO, MCA dan parti-parti yang sudah berada dalam saf parti memerintah, kita harus terbuka memahami apa sentimen rakyat di bawah, bersikap sensitif dan rensponsif, jangan berada dalam dunia sendiri.
“Kita harus menganggap semua masalah rakyat adalah masalah bersama dan saya juga berharap parti-parti kita sebagai komponen kepada Perikatan Nasional (PN), dapat menjadi parti yang menyumbang untuk memperkukuhkan kepimpinan kerajaan sekarang di bawah Perdana Menteri.
“Justeru, kita diperingkat parti berazam untuk mempersiap siagakan diri membantu mengukuhkan jentara pentadbiran kerajaan baru,” ujar beliau lagi. – UMNO ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/04/bn-dan-muafakat-nasional-terus-fokus-siap-siaga-jentera-pilihan-raya-annuar/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bn-dan-muafakat-nasional-terus-fokus-siap-s

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fokus Agenda Muafakat Nasional Jangan Tiru Ph Yang Ego Sombong Annuar

Fokus Agenda Muafakat Nasional Jangan Tiru Ph Yang Ego Sombong Annuar

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 341 hits
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menyeru semua ahli khususnya para pemimpin Barisan Nasional dan Muafakat Nasional untuk terus fokus kepada aganda asal tanpa ada rasa ego dan sombong ekoran perkembangan tampuk pentadbiran kerajaan ...
Muafakat Nasional Mengorak Langkah Bersama Jalinkan Muafakat Lebih Istiqamah Annuar

Muafakat Nasional Mengorak Langkah Bersama Jalinkan Muafakat Lebih Istiqamah Annuar

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 393 hits
Zylan Moha KUALA LUMPUR Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata Muafakat Nasional akan mengorak langkah bersama untuk menjalinkan muafakat secara yang lebih istiqamah Dalam satu ciapannya di Twitter Annuar yang juga Ahli Parlimen ...
Najib Ikrar Terus Lawan Di Mahkamah Walaupun Muafakat Nasional Bersatu Berkuasa

Najib Ikrar Terus Lawan Di Mahkamah Walaupun Muafakat Nasional Bersatu Berkuasa

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 220 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak berkata peletakan jawatan Peguam Negara Tommy Thomas di sebalik jangkaan peralihan kuasa di Putrajaya tidak akan beri kesan padanya sebaliknya beliau mahu melawan pertuduhan rasuah dan salah g...
Dr Rais Tak Terlibat Dalam Rundingan Muafakat Nasional Annuar

Dr Rais Tak Terlibat Dalam Rundingan Muafakat Nasional Annuar

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 347 hits
Annuar Musa KUALA LUMPUR Ulasan Ketua Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia Dr Rais Hussin berkaitan syarat ditetapkan Muafakat Nasional dalam membentuk kerajaan perpaduan mengelirukan Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar M...
Umno Pas Kerah Jentera Pilihan Raya

Umno Pas Kerah Jentera Pilihan Raya

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 221 hits
KUALA LUMPUR UMNO dan PAS mengerahkan jentera di seluruh negara untuk menggerakkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 Mengumumkan keputusan itu Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata langkah berkenaan selari pendirian M...
Annuar Musa Ingatkan Muafakat Nasional Jangan Berniat Gugur Kes Pendakwaan

Annuar Musa Ingatkan Muafakat Nasional Jangan Berniat Gugur Kes Pendakwaan

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 346 hits
Hari ini Perdana Menteri Malaysia Ke 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin sudahpun memulakan tugasannya di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya Semua sedia maklum yang kerajaan kali ini berjaya dibentuk dari gabungan Muafakat Nasional yang terdiri da...
Muafakat Nasional Siap Untuk Pru Mengejut

Muafakat Nasional Siap Untuk Pru Mengejut

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 219 hits
Gabungan PAS Umno mempunyai kekuatan jauh lebih besar berbanding Bersatu Lagi pula PAS Umno selama ini telah bersusah payah membina Muafakat Nasional lama sebelum kemunculan kem Muhyiddin Yassin yang membuka peluang untuk berlakunya kudeta ...
Siap Maju Pilwalkot Tangsel Pengusaha Ini Fokus Bangun Insfrastruktur Dan Sdm

Siap Maju Pilwalkot Tangsel Pengusaha Ini Fokus Bangun Insfrastruktur Dan Sdm

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 249 hits
Puluhan tahun berkecimpung di dunia usaha Rizal Bawazier pria kelahiran Tangerang bertekad maju dalam Pemilihan Kepala Daerah Kota Tangerang Selatan Lama berkecimpung di dunia usaha dijadikannya sebagai modal untuk membangun tanah kelahiran...
Perikatan Nasional Masih Longgar Sekretariat Akan Diwujudkan Kata Annuar Musa

Perikatan Nasional Masih Longgar Sekretariat Akan Diwujudkan Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 321 hits
KUALA LUMPUR Suatu sekretariat melibatkan setiausaha agung parti parti dalam Perikatan Nasional akan ditubuhkan dalam masa terdekat kata Setiausaha Agung Umno Annuar Musa Perikatan itu gandingan Umno PPBM PAS dan kumpulan bekas timbalan pre...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Online Presence Is Critical For Business

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Gummy Eyeball Bawa Maut Mak Ayah Minta Haramkan Penjualan Jajan Merapu


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

Pgzeed42 Bonuses Promotions Your Ticket To Jackpot Success

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital

Ura Kekalkan Ambang Persetujuan 100 Peratus Pemilik Tanah Akmal

Ura Jangan Sampai Sudah Terhantuk Baru Terngadah