Reformasi Masih Jadi Hasrat Rakyat


Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT, dapat kita bersama-sama dalam siri Jelajah Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), kali ini sampai ke Selangor Darul Ehsan.
Insya-Allah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, KEADILAN tetap kukuh di Selangor. Bukan mudah halangan yang harus kita tempuhi, bukan enteng kecaman dan cabaran yang kita lalui seperti yang saya laporkan dalam beberapa pertemuan termasuk Konvensyen Penerangan KEADILAN baru-baru ini.
Walaupun asas, akar, sudut perubahan dan Langkah Sheraton bermula di Selangor; pimpinan negeri, Alhamdulillah tiada satu cabang pun di Selangor terbubar daripada episod itu. Walau mereka cuba menarik satu-dua orang untuk keluar dan bersama-sama dengan musuh kita yang masih tidak berubah – caranya, kaedahnya, tidak lagi bersuara ‘reform’. Yang bersuara sekarang ini seolah-olah sama dengan Barisan Nasional.
Saya lihat ia bukan melemahkan seperti sahabat saya Najwan Halimi dan Rodziah Ismail sebutkan tadi – digoyang dan digoncang, termasuk ketua Wanita KEADILAN Selangor keluar, parti masih kukuh termasuk sayap AMK dan Wanita. Malah, kita boleh lupakan perbezaan akibat pemilihan lepas dan kita sedia mempertahankan Selangor sebagai wilayah KEADILAN.
Tadi saudara Datuk Seri Shamsul Iskandar mulakan dengan pantun, jadi saya kena jawab tapi ini pantun lama-lama orang Melaka, begini:
Cau Pandan Anak Bubunnya,
Hendak menyerang negeri Melaka;
Ada cincin berisi bunga,
Bunga berladung si air mata.
Ini untuk ingatan rakan-rakan kita yang telah keluar ataupun berhasrat mahu keluar.
Seperti ingin bina mahligai, dapat kekuasaan tapi kehebatan itu berladung air mata; hatinya gelisah. Mana mungkin dia boleh kompromi setelah lebih 20 tahun mengkritik rasuah, penyelewengan dan kekejaman. Mana mungkin tidurnya tenang kalau kezaliman masih berlanjutan. Lebih merisaukan mereka, ramai rakan-rakan kita, daripada awal dan baharu, terus kekal bersama KEADILAN – tidak reda atas nama kekuasaan ataupun pangkat; terus kekal bersama perjuangan ini.
Bukan sekali kena serang
Cau Pandan ini bukan ‘kacau’ tetapi nama putera raja Siam yang tewas selepas menyerang Melaka pada zaman Sultan Muzaffar Shah. Melaka kecil tapi ada kepintaran bendaharanya – Tun Perak. Beliau arahkan orang-orang daripada Klang untuk apa? Untuk pertahankan Melaka daripada tentera Siam. Walau Cau Pandan ada senjata hebat, boleh memanah tetapi berkat doa dan kekuatan Tun Perak dan Sultan Muzaffar Shah, mereka dapat pertahankan Melaka.
Itulah kita di Selangor. Bukan sekali kena serang, bukan satu perdana menteri cuba menarik dan menjatuhkan atau merampas kerajaan ini. Sebelum pilihan raya, selepas pilihan raya mereka serang kita. Serang bermacam-macam, keluarkan dakwaan bermacam-macam. Tidak boleh buat apa-apa, mereka fitnah.
Contohnya, apabila Selangor berjaya tangani Covid-19 dengan kaedah yang sedikit berbeza, ada yang ‘sentap’ di Putrajaya. Ada yang tidak senang dengan kemampuan kita mentadbir, mengurus dengan kaedah kita, lalu mereka serang. Mereka pujuk, cuba dapatkan wakil-wakil rakyat kita. Adalah satu-dua yang ‘bergerak’ tapi Alhamdulillah, kita masih dikurniakan kerajaan dan majoriti lebih dua pertiga dalam Dewan Negeri Selangor.
Hasilnya, kita buktikan; kita dapat laksanakan. Mereka seranglah macam manapun, fitnahlah apapun, pencapaian kita tidak boleh dinafikan.
Tahun lepas, Selangor jadi negeri nombor satu mencatat pelaburan tertinggi dengan RM17 billion, mengatasi negeri-negeri seluruh Malaysia. Tahun lepas juga mencatatkan, sumbangan KDNK Selangor daripada tahun ke tahun, kian bertambah. Sebelum ini, 22.7 peratus pada 2018, naik kepada 23.7 peratus pada 2019. Selangor sumbang 24.2 peratus, hampir sepenuhnya kek ekonomi dalam negara ini disumbangkan pentadbiran dan pengurusan rakyat yang kita cintai ini.
Bela rakyat
Sebab itu kita harus ada keyakinan, harus positif. Kena lupakan tragedi yang ‘menghempas’ kita. Bukan sekali kita dicuba, bukan sekali kita hilang pemimpin utama tetapi parti terus mara. Parti ini pernah berdepan situasi paling buruk. Tahun itu pilihan raya 2004, kita hilang semua kerusi. Tinggal satu di Permatang Pauh, menang dengan 600 undi sahaja masa itu.
Saya ketika itu bekerja di Melaka. Shamsul kalah berapa? Kalah di Bukit Katil – nama dulu Batu Berendam – dengan 24,000 undi. Siapa jangka kita bangkit dan menang bergaya pada 2008, mencatat kecemerlangan hingga 2013. Akhirnya bendera kitalah yang membawa Pakatan Harapan merampas Putrajaya pada 2018.
Berbanding serangan hari ini, kekuatan kerajaan pusat pada masa ini, sebenarnya kita pernah berdepan dengan kerajaan yang lagi ampuh. Pak Lah (Tun Abdullah Badawi) ada lebih tiga perempat kerusi di Parlimen. (Datuk Seri) Najib Razak, ada kekuatan dan ada masa lebih banyak.
Selain itu, sekarang orang sebut kita bimbang dengan undi Melayu, saya sebutkan – kita kena tangani. Tapi, kita tangani undi Melayu bukan bererti kita rasis kerana kita ada prinsip; ini sikap yang harus jelas. Kadang-kadang kita cakap undi Melayu, undi Melayu, undi Melayu, habis tidak boleh jaga macam mana? Masuk Umno, duduk dengan Umno, berbual dengan Umno, berbual dengan pencuri, berkompromi dengan perompak – itu bukan cara kita.
Ingat 1999 tahun pertama kita bertanding pilihan raya? Sebagai parti, 60 peratus orang Melayu ketika itu memberi sokongan hingga diwujudkan banyak kerusi campuran pada 2004. Justeru saya yakin prinsip ini, perjuangan ini – Reformasi masih menjadi pusat kepada hasrat dan nurani rakyat. Masih lagi menjadi niat dan keinginan rakyat. Cuma, kita tahu ada satu-dua silap tetapi kesilapan itu bukanlah besar hingga meruntuhkan akar-akar yang diperjuangkan dalam Reformasi – pentadbiran yang bersih, bertanggungjawab dan prihatin kepada rakyat.
Kerajaan yang pentadbirannya mahu memastikan semua rakyat mendapat pembelaan seadil-adilnya; politik yang bukan berasaskan warna kulit, yang berasaskan keperluan, berasaskan nasib semua orang yang harus dibela. Inilah perjuangan Reformasi yang begitu tegar dalam nadi dan jiwa kita. Dan sebenarnya diterima rakyat pada 2018.
Yang pergi, biarkan pergi
Yakinlah kita berada di landasan kebenaran dan terus membawa jalan kebenaran. Dengan semangat positif itulah, kita tidak boleh terus menangis, tidak boleh bersedih. Yang pergi biarkan pergi. Pasti ada pengganti, silap-silap yang ganti lebih hebat lagi.
Saya teliti perkembangan parti ini sejak awal, daripada saya masih belajar. Kita hilang ramai pimpinan. Berganti orang cemuh kita, orang mencebik – parti tidak ada kelas, tidak ada standard. Tetapi kerana keyakinan, kerja kita yang berterusan, pendirian kita tekal pada perjuangan.
Saya bersama Shamsul dulu dengan AMK. Kita tidak berhenti bergerak. Tinggal tiga hari hendak raya, sedar-sedar belum balik kampung. Sebab apa? Sebab ketika itu kita yakin walau orang mencebik; walau masa itu kita tidak ada kerajaan, walau masa itu kita tinggal hanya satu ahli parlimen. Sebab kita ada keyakinan.
Dengan keyakinan itu, harus diikuti dengan kerja keras. Sekarang kita harus kumpulkan kekuatan. Pakatan Harapan Selangor telah mengarahkan untuk buka bilik-bilik gerakan pilihan raya. Jangan lagi tertangguh-tangguh, jangan lagi tertunggu-tunggu – bekerjasama, mesyuarat, susun jentera. Kalau kita tidak susun, kita tengok orang sana sini, siapa yang hendak kerja, sampai bila kita mahu terus macam ini?
Lawan kita makin bersedia, tetapi mereka pun masih ada bergaduh lagi. Tapi kalau kita asyik tengok lawan, kita tidak tengok apa nasib kita, sampai bila-bila kita akan terus bersedih, diserang hendap dan akhirnya kita akan kehilangan sesuatu yang pernah kita miliki, yang kita miliki sekarang.
Jadi, saya berterima kasih pada rakan-rakan pimpinan yang berikan sokongan, terus berikan kekuatan dan komitmen jelas sehingga kita di Selangor dianggap sebagai benteng KEADILAN yang kukuh.
*Sedutan siri pertama ucapan Dato’ Seri Amirudin Shari selaku pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN dalam program Jelajah Presiden KEADILAN ke Selangor pada 7 Ogos

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/08/reformasi-masih-jadi-hasrat-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Hasrat Prabowo Maju Pilpres 2024 Masih Besar Sandi Sebaiknya Tak Banyak Berharap

Jika Hasrat Prabowo Maju Pilpres 2024 Masih Besar Sandi Sebaiknya Tak Banyak Berharap

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 318 hits
Jaringan yang sedang dibangun Sandiaga Salahuddin Uno selama ini akan sia sia jika hasrat Ketua Umum Partai Gerindra Prabowo Subianto masih kuat untuk maju di Pemilihan Presiden 2024 Begitu kata pakar politik dan hukum Universitas Nasional ...
Ph Masih Merasakan Mereka Mempunyai Sokongan Rakyat Che Abdullah

Ph Masih Merasakan Mereka Mempunyai Sokongan Rakyat Che Abdullah

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 197 hits
TANJUNG MALIM Rakyat di Dewan Undangan Negeri Slim perlu menggunakan peluang Pilihan Raya Kecil ini untuk menunjukkan bahawa pemilihan pada Pilihan Raya Umum lalu adalah satu kesilapan Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan Datuk C
Rakyat Mahu At Takiri Serah Jawatan Bukan Serah Gaji

Rakyat Mahu At Takiri Serah Jawatan Bukan Serah Gaji

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 331 hits
Ibarat kata daripada 32 juta rakyat Malaysia yang ada 35 juta tidak setuju dengan kompaun RM1000 yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia semalam terhadap Khairuddin Attakiri atas kesalahannya tidak menjalani kuarantin diri selepas pul...
Eks Seskab Sby Jadi Saksi Rizal Ramli Konsisten Perjuangkan Ekonomi Rakyat

Eks Seskab Sby Jadi Saksi Rizal Ramli Konsisten Perjuangkan Ekonomi Rakyat

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 263 hits
Penanganan wabah corona yang dilakukan pemerintah terus menjadi sasaran kritik ekonom senior DR Rizal Ramli Bahkan dalam acara virtual Tanya Jawab Cak Ulung yang digelar Kantor Berita Politik RMOL pada Jumat gamblang mengurai keraguannya me...
Sekolah Partai Calon Kepala Daerah Pdip Diminta Sentuh Rakyat Dan Pertajam Tagline

Sekolah Partai Calon Kepala Daerah Pdip Diminta Sentuh Rakyat Dan Pertajam Tagline

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 375 hits
Ketua Bidang Pemenangan Pemilu PDI Perjuangan Bambang Pacul Wuryanto meminta calon kepala daerah dan wakil kepala daerah untuk menyentuh rakyat untuk memenangkan Pilkada Serentak 2020
Gelar Sekolah Partai Pdip Dinilai Persiapkan Cakada Terbaik Untuk Rakyat

Gelar Sekolah Partai Pdip Dinilai Persiapkan Cakada Terbaik Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 320 hits
PDI Perjuangan serius menghadapi Pilkada serentak 9 Desember mendatang Seluruh calon kepala daerah yang sudah mendapatkan rekomendasi langsung digembleng melalui sekolah Partai untuk cakada angkatan I
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran