Rakyat Mahu At Takiri Serah Jawatan Bukan Serah Gaji



Ibarat kata, daripada 32 juta rakyat Malaysia yang ada, 35 juta tidak setuju dengan kompaun RM1000 yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia semalam terhadap Khairuddin Attakiri atas kesalahannya tidak menjalani kuarantin diri selepas pulang dari luar negara
Itulah gambaran bagaimana negara bagai bergegar sejak petang menolak hukuman kompaun yang dikenakan KKM terhadap Attakiri itu
Suara desakan rakyat yang mahukan KKM mengenakan hukuman lebih berat boleh didengar di mana-mana di seluruh negara, khususnya di alam maya
Suara yang cuba membela dan mempertahankan Attakiri pun jadi terdiam dan senyap sunyi dibuatnya
Sebagai menteri yang sepatutnya menjadi contoh teladan kepada rakyat, didenda RM1000 kerana tidak menjalani kuarantin diri sebaik kembali dari luar negara amatlah tidak patut berbanding pakcik dan makcik tua yang dikenakan denda RM12,000 serta RM8,000
Lantaran itu, semua orang mahukan Attakiri diberikan hukuman lebih berat, apatah lagi beliau telah menghadiri sekurang-kurangnya 12 program sepanjang tempohnya engkar kuarantin itu
Lebih mendukacitakan, mereka sedar denda itu bukan saja tidak adil berbanding apa yang diterima rakyat biasa, malah seperti menunjukkan ada campurtangan pihak lain untuk menyelamatkan Attakiri
Memandangkan selama ini Attakiri mengelak daripada memberi sebarang ulasan, tiba-tiba KKM memaklumkan denda itu sudah pun dibayar pada 7 Ogos lalu
Tidakkah ini pelik namanya kerana pendedahan tentang Attakiri tidak menjalani kuarantin baru didedahkan pada 18 Ogos dan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah pada 19 Ogos pula mengatakan akan menyiasatnya dengan teliti
Tiba-tiba diumumkan denda sudah dibayar pada 7 Ogos lalu
Tidakkah ini pelik dan ajaib namanya, melainkan mungkin ada campurtangan pihak lain
Begitu pun, meski masih tidak logik juga bunyinya, Dr. Noor Hisham menjelaskan, denda RM1000 itu hanya kerana kesalahan melanggar perintah kuarantin dan pihak polis masih lagi menyiasat Attakiri atas tindakannya tidak mematuhi arahan kerajaan
Lagi sekali, bagaimana denda itu sudah dikenakan pada 7 Ogos, walhal Dr. Noor Hisham sendiri berkata sedang menyiasatnya pada 19 Ogos
Apa pun, dengan siasatan polis masih berjalan, apa yang rakyat harapkan ialah Attakiri mesti didenda lebih daripada RM12,000 atau dipenjara sekali atas kesalahannya itu
Kalau rakyat biasa boleh didenda RM12,000 dan RM8,000, sebagai pemimpin yang berjawatan menteri, sudah tentu beliau patut dihukum lebih berat lagi
Tambah pula, Attakiri sendiri mengakui kesalahannya adalah serius dengan sedia menyerahkan empat bulan gajinya kepada Tabung Covid-19 KM berikutan denda RM1000 yang dikenakan terhadapnya
Bukankah dengan sedia berbuat demikian itu memperlihatkan Attakiri tak kisah kehilangan pendapatan selama empat bulan, asalkan kedudukan menterinya terus selamat
Atas apa pertimbangan sekali pun, Attakiri wajib diheret ke mahkamah untuk diadili dan dijatuhkan hukuman atas kesalahan yang dilakukannya
Sudahlah tidak menjalani kuarantin diri, hadir pula dalam sekurang-kurangnya 12 program ketika ingkar perintah kerajaan, mahu tidak mahu, dilakukan pula seorang menteri, ia adalah kesalahan berat dan serius yang harus menjadi pengajaran kepada seluruh rakyat
Hukuman mesti dilaksanakan dengan adil tanpa mengira terhadap menteri atau rakyat biasa
Dalam hal ini, sementara siasatan polis dijalankan untuk kemudiannya dibawa ke mahkamah, menyerahkan empat bulan gaji bukanlah sesuatu yang memadai sebenarnya buat Attakiri
Yang paling afdal ialah beliau harus menyerahkan surat perletakan jawatan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman terhadapnya
Attakiri tidak wajar lagi berada sebagai dalam kabinet dan kita pun tidak mahu lagi beliau menjadi menteri kepada kita semua. (Shahbudindotcom 23/08/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/rakyat-mahu-at-takiri-serah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuan Ibrahim Wajar Desak Khairuddin Takiri Letak Jawatan Menteri Dan Jadi Driver Lori Sayur Sahaja

Tuan Ibrahim Wajar Desak Khairuddin Takiri Letak Jawatan Menteri Dan Jadi Driver Lori Sayur Sahaja

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 789 hits
Adakah Timb Presiden Pas yang juga Menteri Mewa ini faham apa kepentingan dan beza tugas pemandu lori sayur yang membekalkan makanan dan pilot kapalterbang berbanding dengan seorang menteri yang ke luar negara untuk bercuti dan makan angin ...
Langgar Kuarantin Hanya Letak Jawatan Reda Kemarahan Rakyat

Langgar Kuarantin Hanya Letak Jawatan Reda Kemarahan Rakyat

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 277 hits
EDY NOOR REDUAN Menteri Langgar SOP Kuarantin Hanya Perletakkan Jawatan Menteri dan Ahli Parlimen Mampu Meredakan Kemarahan Rakyat 1 Beberapa laporan media telah menyebut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Raza...
Muhyiddin Patut Suruh At Takiri Lepaskan Jawatan Dan Bukan Beri Kenyataan Media

Muhyiddin Patut Suruh At Takiri Lepaskan Jawatan Dan Bukan Beri Kenyataan Media

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 236 hits
Sementara pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap Khairuddin Attakiri kerana melanggar SOP kuarantin diri Muhyiddin Yassin semalam mengeluarkan kenyataan media memberi jaminan bahawa tiada sesiapa terkecuali jika melanggar undang un...
Kepentingan Rakyat Lebih Penting Dari Kejar Jawatan Azmin

Kepentingan Rakyat Lebih Penting Dari Kejar Jawatan Azmin

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 336 hits
27 total views 27 views today Tanggungjawab meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai agenda utama adalah lebih penting daripada mengejar jawatan kata Ketua Penerangan Perikatan Nasional Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Beliau yang juga ...
Soalan Sebenar Spa Bagi Jawatan Penolong Juruaudit W29 Berserta Jawapan 2020

Soalan Sebenar Spa Bagi Jawatan Penolong Juruaudit W29 Berserta Jawapan 2020

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 331 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca pembaca sekalian Disebabkan kesukaran anda untuk study exam online saya dengan senang hati menaip semula kesemua soalan soalan dan jawapan bagi memudahkan urusan anda dalam menghadapi P...
Khairuddin Patut Letak Jawatan Muhyiddin Buat Selamba

Khairuddin Patut Letak Jawatan Muhyiddin Buat Selamba

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 297 hits
Tamrin Tun Ghafar 1 Politik Negara ini memang meriah tak sunyi dari berbagai isu dan kontroversi 2 Bermula dengan Langkah Sheraton kemudian diikuti oleh PERANCANGAN Muhyiddin bagi menguatkan kedudukan beliau dengan MERASUAH berbagai Jawatan...
Seret Menteri Pas Ke Mahkamah Atau Letak Jawatan

Seret Menteri Pas Ke Mahkamah Atau Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 351 hits
FAZLI RADZI Menteri Pas Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali perlu diheret ke mahkamah atau meletak jawatan ekoran gagal mematuhi prosedur operasi standard kuarantin wajib Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH Ustaz Zolkharnain Abidin berkata n...
Surat Sokongan Untuk Jawatan Anak Ph Lapor Polis Terhadap Tim Menteri

Surat Sokongan Untuk Jawatan Anak Ph Lapor Polis Terhadap Tim Menteri

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 307 hits
Pemuda AMANAH Nasional dan Pemuda Pakatan Harapan hari ini membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berhubung isu surat sokongan bagi melantik anaknya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pharma...
Beri Azmin Jawatan Lantikan Zuraida

Beri Azmin Jawatan Lantikan Zuraida

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 307 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia sekurang kurangnya boleh memberikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali jawatan lantikan yang bersesuaian Bagi Zuraida Kamaruddin beliau tidak kisah sekiranya tidak menyandang sebarang jawatan dalam parti berkenaan s...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur