Referendum Tidak Menjadi Anwar Boleh Terus Kekal Hingga Hujung Penggal


 
Keputusan PRN enam negeri pastinya sudah diketahui keputusannya oleh kita semua.Apa pun keputusannya, yang penting sekali ialah PH/BN berjaya mengekalkan tiga negeri yang selama ini dikuasainya dan begitu juga dengan PN yang turut berjaya mengekalkan tiga negeri tadbirannya.Asasnya, sementara PN beria-ia mahu menjadikan PRN kali ini sebagai referendum kepada kerajaan perpaduan dan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, keputusan 3-3 yang diterjemahkan oleh undi rakyat memberi erti bahawa referendum itu langsung tidak menjadi.Referendum apa namanya kalau satu negeri PH pun gagal ditawan oleh PN?Kejayaan PN memenangi banyak kawasan majoriti Melayu, menjadikan UMNO semakin tidak bermaya serta menafikan kemenangan dua pertiga PH/BN di Selangor, ia pada hakikatnya tidak menggugat sama sekali kedudukan Anwar di peringkat pusat.Anwar boleh terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga hujung penggal kerana semua elemen kemenangan PN itu sama sekali tidak membuatkan Anwar tercedera, berdarah atau luka.Jika tidak sabar menunggu PRU16, Anwar hanya boleh dijatuhkan dengan Mahiaddin Md Yasin mesti ada keberanian mengusulkan undi tidak percaya di Parlimen dalam waktu terdekat ini.Tanpa keberanian membawa usul undi tidak percaya, sebaliknya hanya menjerit dalam sidang media saja mendesak Anwar meletak jawatan, tiada apa-apa akan berubah kerananya.Harus diingat, yang akan mengundi jika usul undi tidak percaya dibawa di Parlimen ialah Ahli-Ahli Parlimen, manakala Adun-Adun yang baru menang semalam tidak menyumbang apa-apa undi untuk menjatuhkan Anwar, melainlan sekadar boleh menjerit di luar pagar Parlimen saja.Kepada Mahiaddin, berhentilah mendesak Anwar meletak jawatan susulan keputusan PRN ini dan lebih baik beliau mengarahkan menantunya balik segera daripada luar negara untuk mengadap SPRM terlebih dahulu.Begitu pun, dengan keputusan PRN semalam, Anwar bermula sekarang tidak boleh lagi goyang kaki dan mengambil mudah cabaran PRU16 akan datang.PRU16 adalah titian siratul mustakim yang sebenar bagi masa depan politik Anwar bersama kerajaan perpaduan yang sedang dipimpinnya.Beliau mulai sekarang harus berani melakukan rombakan besar-besaran dalam semua struktur dan jentera di sekelilingnya – daripada menteri-menteri kabinet, agensi propaganda kerajaan, sayap penerangan parti dan lain-lain lagi.Bermula esok, perkara terpenting yang harus Anwar lakukan ialah memastikan semua jentera di sekelilngnya betul-betul berfungsi dan memberi nilai tambah kepadanya.Mana-mana yang tidak berfungsi dan tidak berbuat apa-apa sepanjang kempen PRN lalu hendaklah dirombak, dipecat atau ditukar penerajunya.Tempoh masa kira-kira empat tahun daripada sekarang sehingga PRU16 yang dijangka pada 2027 hendaklah digunakan sebaik-baiknya untuk menarik dan menambah lagi sokongan rakyat, bukan semata-mata untuk memberi orang tertentu dengan jawatan dan gaji lumayan semata-mata.Tidak kira Melayu, Cina, India dan lain-lainnya, semua kaum sebagai rakyat Malaysia mesti disatukan untuk bersama-sama membina negara secara harmoni melalui jenama kerajaan perpaduan ini.Sentimen kaum dan agama yang menjadi modal politik PN hendaklah ditangani dengan bijaksana dan tidak dibiarkan berterusan begitu saja meruntuhkan perpaduan yang menjadi asas negara ini dibina.Mendepani cabaran yang ada di hadapan, jenama kerajaan perpaduan adalah resepi terbaik untuk membina negara dan memastikan Malaysia yang pelbagai kaum ini terus bergerak ke hadapan dengan cemerlang.Di tangan Anwarlah kini bagaimana untuk meletak rempah ratus, cili, garam, gula dan lain-lainnya dimasukkan dengan sempurna agar hidangan yang disiapkan, bukan saja cantik hiasannya, tetapi juga enak untuk dinikmati. – ShahbudinHusin 13/08/2023.https://shahbudindotcom.net/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/referendum-tidak-menjadi-anwar-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
State Polls More Than A Referendum On Anwar Says Analyst

State Polls More Than A Referendum On Anwar Says Analyst

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 387 hits
Voters in six states may use the Aug 12 polls to express their acceptance of the makeup and policies of the federal unity government led by PH s Anwar Ibrahim and BN s Ahmad Zahid Hamidi an analyst said PETALING JAYA No more than 10 million...
Apa Salahnya Jika Prn Ini Suatu Referendum Terhadap Anwar

Apa Salahnya Jika Prn Ini Suatu Referendum Terhadap Anwar

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 190 hits
Hakikat bahawa PN mahu menjadikan keputusan PRN enam negeri pada 12 Ogos ini sebagai landasan untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bukanlah suatu rahsia lagi Para pemimpin mereka amat yakin jika PN menang empat atau lima ...
Foto Angkat Tangan Anwar Suntingan Pas Jangan Terus Sebar Berita Palsu

Foto Angkat Tangan Anwar Suntingan Pas Jangan Terus Sebar Berita Palsu

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 312 hits
Pas yang kononnya memperjuangkan Islam dinasihatkan agar jangan meneruskan kerja kotor menyebar berita palsu kononnya gambar pada 1998 Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sebelah tangan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur adalah has...
Kami Kekal Tiga Negeri Majoriti Dua Pertiga Tak Berubah Logik Apa Suruh Saya Berhenti Anwar Tempelak Mahiaddin

Kami Kekal Tiga Negeri Majoriti Dua Pertiga Tak Berubah Logik Apa Suruh Saya Berhenti Anwar Tempelak Mahiaddin

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 253 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas seteru politiknya Muhyiddin Yassin kerana mendesak dirinya supaya berundur susulan prestasi buruk Pakatan Harapan BN pada pilihan raya negeri Sabtu lalu Bercakap kepada pemberita pagi ini Anwar mempers...
Wait Till Ge16 For Referendum On Anwar S Govt Says Johari

Wait Till Ge16 For Referendum On Anwar S Govt Says Johari

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 509 hits
Umno vice president Johari Ghani said the next general election in 2027 would be the proper time to judge Anwar Ibrahim s government PETALING JAYA A genuine people s referendum on Prime Minister Anwar Ibrahim s unity government can only tak...
Murid Boleh Terus Pakai Baju Sukan Walaupun Cuaca Semakin Baik Fadhlina

Murid Boleh Terus Pakai Baju Sukan Walaupun Cuaca Semakin Baik Fadhlina

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 573 hits
NIBONG TEBAL Pelajar masih terus dibenarkan memakai baju sukan ke sekolah walaupun keadaan cuaca pada masa ini semakin baik Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementerian belum membuat ketetapan atau garis masa berhubung pemakaian se...
Anwar Lulus Referendum Rakyat Tapi Zahid Tewas

Anwar Lulus Referendum Rakyat Tapi Zahid Tewas

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 211 hits
Hassan KarimAnwar Ibrahim telah memimpin kerajaan Madani dalam perang pilihan raya di enam negeri Sebagai perdana menteri pengerusi PH presiden PKR dan ketua kerjasama PH BN Anwar boleh dikira telah berjaya mempertahankan tiga kubu kuat PH ...
Anwar Passed The Referendum Says Pkr Man

Anwar Passed The Referendum Says Pkr Man

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 332 hits
Anwar Ibrahim led Pakatan Harapan to victory in Penang Selangor and Negeri Sembilan PETALING JAYA Prime Minister Anwar Ibrahim passed the so called referendum after Pakatan Harapan retained the three states it governed since the 14th genera...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Seeking Clarity On Co Teaching Model

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Supermoon 5 November 2025 9 19 Malam

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih