Foto Angkat Tangan Anwar Suntingan Pas Jangan Terus Sebar Berita Palsu











 Pas yang kononnya memperjuangkan Islam dinasihatkan agar jangan meneruskan kerja kotor menyebar berita palsu kononnya gambar pada 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sebelah tangan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur adalah hasil suntingan.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, berita palsu yang disebar oleh lidah rasmi Pas, Harakahdaily itu tidak sewajarnya berlaku pada era teknologi maklumat yang mana maklumat sahih boleh disahkan dengan mudah.

"Saya kasihan melihat terdesaknya Pas yang terus menerus membina naratif palsu demi menyerang ketokohan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Walaupun Pas begitu bangga mendabik dada dengan ‘Gelombang Hijau’, parti ini masih begitu laparkan publisiti murahan berasaskan fitnah dan kepalsuan, seolah-olah ia tidak akan kenyang dengan politik fitnah dan adu-domba yang diamalkan.

"Hanya kerana mahu menang dalam perdebatan atas talian, seolah-olah tidak ada kerja lain yang boleh dilakukan, lidah rasmi parti Pas tiba-tiba mencetuskan fitnah kononnya gambar Anwar Ibrahim mengangkat tangan kepada penyokong dengan mata yang lebam pada tahun 1998 adalah kerja suntingan.

"Ini tidak lain untuk mengangkat profil Datuk Seri Sanusi Md Nor, yang mengajuk gaya terbabit ketika didakwa di mahkamah tempoh hari. Tindakan Harakahdaily ini sangat kebudak-budakan dan memalukan profesyen kewartawanan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tegas Nie Ching, gemuruh reformasi 1998 bukan sahaja dirakam oleh media tempatan atau jurugambar dalam negara tetapi juga agensi berita luar negara.

Malah gambar Anwar mengangkat tangan tersebut diambil oleh juruganbar agensi berita The Associated Press (AP), tetapi diputar belit dalam laporan berita Harakahdaily.

"Langkah Harakahdaliy dan Pas untuk menjadikan hal ini sebagai modal politik bagi menyerang legasi gerakan reformasi yang mereka sendiri sertai ketika itu adalah sangat memalukan, dan menghina memori Almarhum Ustaz Fadzil Noor, presiden Pas ketika itu yang berada di baris hadapan pergerakan terbabit.

"Sebegitu mudahkah Pas mahu cuba mengubah sejarah demi manfaat politik populis media sosial, sehingga sanggup menimbulkan fitnah dan menggelarnya pendedahan eksklusif?

"Tiadakah akal budi yang waras untuk menyedari bahawa pengamal media boleh melakukan semakan fakta secepat kilat, dan mengesahkan bahawa gambar ikonik tersebut diambil oleh jurugambar Ed Wray dari agensi berita Associated Press, dan disahkan lagi oleh demikian ramai wartawan dan jurugambar yang turut membuat liputan ketika itu," katanya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kulai itu menggesa agar Harakahdaily memohon maaf kepada para pengamal media veteran yang menjadi saksi kejadian, selain memohon maaf kepada jurugambar terbabit kerana telah memfitnah hasil kerja beliau.

"Harakahdaliy wajar membuat permohonan maaf terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia atas usaha dangkal untuk cuba memperbodohkan khalayak umum.

"Harakahdaily, sidang pengarang dan pucuk pimpinan Pas perlu segera bertaubat dan insaf daripada kerja-kerja menjaja fitnah di zaman teknologi tinggi ini. Pada akhirnya nanti, Pas dan juak-juaknya juga akan dilondehkan sebagai pemfitnah terbesar akhir zaman," katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/foto-angkat-tangan-anwar-suntingan-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gerakan Bantah Hudud Kenapa Kerjasama Dengan Pas Tanya Anwar

Gerakan Bantah Hudud Kenapa Kerjasama Dengan Pas Tanya Anwar

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 228 hits
Dineskumar RaguBUKIT MERTAJAM Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim mempertikaikan langkah Gerakan bekerjasama dengan PAS dalam Perikatan Nasional sedangkan ia menentang undang undang hudud dan pengajaran tulisan jawi di sekolah sebelum i...
Jangan Mimpi Anwar Jatuh Bulan Lapan Ini

Jangan Mimpi Anwar Jatuh Bulan Lapan Ini

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 186 hits
Kalau dengar ucapan pemimpin pemimpin PN ketika kempen PRN yang sedang berlangsung sekarang tiada lain yang paling banyak keluar daripada mulut mereka melainkan gembar gembur Anwar Ibrahim akan jatuh pada bulan lapan ini Daripada Mahiaddin ...
Explain Why Kelantan Can T Resolve Water Woes Anwar Asks Pas Perikatan

Explain Why Kelantan Can T Resolve Water Woes Anwar Asks Pas Perikatan

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 282 hits
KOTA BARU PAS and Perikatan Nasional must explain to Kelantan voters the reason they were unable to resolve water issues in the state when they were part of the Federal Government says Datuk Seri Anwar Ibrahim During a mega ceramah in Kelan...
Anwar Kalau Betul Sanusi Tak Bersalah Kenapa Pas Menghadap Sultan

Anwar Kalau Betul Sanusi Tak Bersalah Kenapa Pas Menghadap Sultan

papar berkaitan - pada 22/7/2023 - jumlah : 233 hits
Awani GOMBAK Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mencampuri urusan penahanan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Namun beliau mempersoalka...
Anwar Slams Pas Man S Kelantan Stepchild Claim

Anwar Slams Pas Man S Kelantan Stepchild Claim

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 220 hits
Anwar Ibrahim said the allocation for Kelantan by the unity government was much bigger than what the state was given when PAS and Bersatu were in the government KUALA LUMPUR Prime Minister Anwar Ibrahim has chided Bachok MP Syahir Sulaiman ...
Tidak Setuju Dengan Saya Tidak Mengapa Tapi Jangan Fitnah Kata Anwar

Tidak Setuju Dengan Saya Tidak Mengapa Tapi Jangan Fitnah Kata Anwar

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 275 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak kisah dengan mana mana pihak yang tidak bersetuju dengan pendapatnya namun meminta agar dirinya tidak difitnah Anwar mengakui dirinya bukanlah Tok Guru justeru jika ada sebarang kesalahan b...
Mahathir Telah Kembali Ke Pangkuan Pas Tetapi Anwar Pula

Mahathir Telah Kembali Ke Pangkuan Pas Tetapi Anwar Pula

papar berkaitan - pada 25/7/2023 - jumlah : 198 hits
Abdul Hadi Awang hari ini menganggap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad kini sudah kembali ke pangkal perjuangan namun Anwar Ibrahim pula meneruskan perjalanannya Kata Abdul Hadi ahli ahli PAS ialah Melayu yang tidak pelupa dan masih...
Banjir Besar Pakistan Penduduk Sepanjang Sungai Sutlej Diarah Pindah Serta Merta

Delicious Healthy Ground Turkey Zucchini Recipes

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Drama Rumah Tanpa Luka

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelancong Israel Lunyai Dibelasah Penghuni Resort

Jawatan Presiden Fam Bakal Bertukar

My Chemical Romance Mama Chord

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air

Mr D I Y S Invites Malaysians To Celebrate Merdeka With Bersama Satu Bazaar

Thunderstorm Warning Until 2am For Kl Putrajaya Selangor And 5 Other States