Apa Salahnya Jika Prn Ini Suatu Referendum Terhadap Anwar




Hakikat bahawa PN mahu menjadikan keputusan PRN enam negeri pada 12 Ogos ini sebagai landasan untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bukanlah suatu rahsia lagi.


Para pemimpin mereka amat yakin jika PN menang empat atau lima negeri dalam PRN itu nanti, ia adalah petanda kerajaan perpaduan tidak diterima rakyat, sekaligus juga bererti penolakan terhadap kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri.


Seterusnya, mereka percaya akan menyusul selepas itu ialah terbentuknya sebuah kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan perpaduan sedia ada serta hadirnya seorang Perdana Menteri baharu.


Dalam erti kata lain, keputusan PRN enam negeri nanti, bagi PN adalah suatu referendum terhadap Anwar.


Berdepan gelombang keghairahan PN yang kian memberahi itu, sentiasa saja ada pemimpin PH/BN atau kerajaan perpaduan yang tampil menangkis dan menolak perkara tersebut.


Mereka berhujah, PRN ini adalah pilihan raya peringkat negeri semata-semata yang hanya bertujuan untuk membentuk kerajaan negeri dan tiada kaitan dengan kerajaan pusat atau kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri.


Siapa pun yang menang nanti, kata mereka, kerajaan di peringkat pusat tidak akan tergugat kerana Adun-Adun yang baru terpilih itu tidak mampu mengusulkan apa-apa undi terhadap Anwar.


Kata mereka, Anwar hanya boleh dijatuhkan jika beliau berjaya dikalahkan melalui usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat oleh Ahli-Ahli Parlimen saja.


Dalam hal ini, meski dicabar Anwar beberapa kali untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadapnya, PN tetap tiada keberanian melakukannya.


Disebut lagi oleh mereka yang berada dalam kerajaan perpaduan, bagaimana PRN ini mahu dikaitkan dengan referendum, sedangkan ia hanya melibatkan enam negeri dan tidak merangkumi seluruh Malaysia?


Dengan segala hujah yang dikemukakan itu, PH/BN dan pimpinan kerajaan perpaduan pada umumnya menolak mentah-mentah PRN enam negeri 12 Ogos ini sebagai referendum terhadap Anwar.


Wajarkah cakap-cakap referendum oleh PN itu ditolak dan disanggah mentah-mentah oleh PH/BN dan pimpinan kerajaan perpaduan?


Isunya di sini, semakin isu referendum yang dimainkan PN itu ditolak, ia seperti memberi lebih semangat kepada mereka untuk membuktikan penolakan terhadap Anwar itu benar-benar menjadi kenyataan.


Secara psikologi juga, menolak mentah-mentah hakikat referendum itu dengan sendirinya memperlihatkan PH/BN dan kerajaan perpaduan sedang lemah, tidak mampu berlawan dan sedia dikalahkan dalam PRN nanti.


Untuk berlawan secara anak jantan dan memperlihatkan kerajaan perpaduan ini benar-benar kuat, tidak lemah dan sanggup berdepan apa juga cabaran, apa lagi bersandarkan majoriti dua pertiga atau 148 Ahli Parlimen yang dimiliki, pimpinan parti-parti yang membentuk kerajaan sepatutnya menyahut cabaran referendum itu dengan terbuka dan sedia berlawan dengannya.


Mereka seharusnya menunjukkan sikap mahu berlawan dan membuktikan keinginan untuk mencipta kemenangan, dan akhirnya referendum itu menyebelahi Anwar dan kerajaan perpaduan.


Dengan segala kekuatan yang ada dan kuasa sebagai kerajaan di peringkat pusat, PRN ini sepatutnya dimanfaatkan oleh PH/BN sebagai referendum yang mampu menekan lagi PN.


Jika PH/BN mampu menekan blok pembangkang dan mencipta kejayaan gemilang dalam PRN ini, PN akhirnya tiada pilihan lain melainkan terpaksa bersabar sehingga PRU16 akan datang untuk menukar kerajaan.


Sebab itu, menolak dan menyanggah mentah-mentah PRN ini sebagai referendum adalah suatu sikap yang silap kerana ia hanya memperlihatkan kerajaan perpaduan sedang lemah, mengalah dan tiada daya melawan untuk berdepan PN.


Hello…janganlah mengalah sebelum berlawan dan sebelum peluh membasahi badan.


Lagi pun, dengan adanya hujah bahawa PRN tidak mungkin menyebabkan Anwar dapat dijatuhkan, ia hanya pilihan raya peringkat negeri dan macam-macam hujah lagi yang tidak pun memihak kepada PN, kenapa dalam masa yang sama, PH/BN takut pula dengan referendum yang digembar-gemburkan itu?


Sepatutnya terimalah referendum itu sebagai pemberi semangat dan tonik kekuatan untuk tambah bekerja kuat mengukuhkan lagi kedudukan Anwar dan bukan jadi tertekan kerananya. – ShahbudinHusin 02/08/2023.


https://shahbudindotcom.net/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/apa-salahnya-jika-prn-ini-suatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Prn Yang Dipilih Adalah Yang Terbaik Anwar

Calon Prn Yang Dipilih Adalah Yang Terbaik Anwar

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 225 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu tidak puas hati sesetengah pihak berhubung senarai pencalonan yang diumumkan menjelang Pilihan Raya Negeri di enam negeri pada 12 Ogos ini adalah perkara biasa pada setiap pilihan raya Perdana Menteri ya...
Prn Dari Jeneri Ke Alor Setar Usaha Anwar Lawan Gelombang Sanusi Di Kedah

Prn Dari Jeneri Ke Alor Setar Usaha Anwar Lawan Gelombang Sanusi Di Kedah

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 293 hits
Isabelle Leong Raveena NagotraTidak jauh dari perlawanan bola sepak persahabatan yang disertai Muhammad Sanusi Md Nor di Stadium Darul Aman di Alor Setar Pengerusi PH Anwar Ibrahim berusaha meraih sokongan bagi melawan menteri besar sementa...
Prn Anwar Serah Watikah Calon Pkr Terengganu Kelantan

Prn Anwar Serah Watikah Calon Pkr Terengganu Kelantan

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 243 hits
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan watikah kepada calon yang akan mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Negeri di Terengganu dan Kelantan pada 12 Ogos ini Bagi Terengganu Anwar menyerahkan watikah itu kepada W...
Prn Anwar Tepis Dakwaan Gelombang Pn Di 6 Negeri

Prn Anwar Tepis Dakwaan Gelombang Pn Di 6 Negeri

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 368 hits
Dineskumar RaguSEBERANG JAYA Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim menepis dakwaan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan bahawa Perikatan Nasional akan mengatasi gabungan dalam kerajaan perpaduan pada PRN enam negeri 12 Ogos ini Perdana ...
Siapa Anwar Nak Ajar Ahli Umno Undi Siapa Dalam Prn Kata Akar Umbi

Siapa Anwar Nak Ajar Ahli Umno Undi Siapa Dalam Prn Kata Akar Umbi

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 168 hits
agendaily com20 07 2023Anwar atas pentas UMNO bersama anak muridnya Zahid semasa Perhimpunan Agung UMNO 2023 Foto kredit Astro AwaniGesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada ahli UMNO supaya tidak mengundi Perikatan Nasional menimbulkan kecama...
Prn Ahli Umno Hilang Kepercayaan Terhadap Presiden

Prn Ahli Umno Hilang Kepercayaan Terhadap Presiden

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 363 hits
suaramerdeka com my28 07 2023PRN kali ini sebagai referundum dan pungutan suara tidak percayaAHLI UMNO mengakui hilang kepercayaan terhadap Presiden Datuk Seri kerana beliau menjadikan UMNO seolah olah milik individu dan sesiapa sahaja yang...
Prn Uji Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan

Prn Uji Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 231 hits
bharian com myOleh Ogos 6 2023 10 00am Foto hiasanApa ada pada Pilihan Raya Negeri dan apa kaitannya dengan perjalanan politik Malaysia Hakikatnya PRN di Negeri Sembilan Selangor Pulau Pinang Kedah Kelantan dan Terengganu pada 12 Ogos ini a...
Prn Bukan Tumbangkan Putrajaya Tetapi Tolak Pentadbiran Anwar Kata Muhyiddin

Prn Bukan Tumbangkan Putrajaya Tetapi Tolak Pentadbiran Anwar Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 186 hits
Muhyiddin Yassin berkata kemenangan PN di enam negeri beri isyarat rakyat menolak pentadbiran kerajaan persekutuan PETALING JAYA Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin berkata keputusan PRN di enam negeri Sabtu ini tidak akan menumba...
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti

Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef