Covid19 Penjarakan Sosial Ketika Ziarah Raya Hampir Mustahil Pakar Beri Amaran


 Pakar kesihatan bimbang tindakan kerajaan membenarkan ziarah pada hari pertama raya Aidilfitri membawa risiko peningkatan kes Covid-19.


Pakar runding kanak-kanak Datuk Profesor Dr Zulkifli Ismail berkata penjarakan sosial mustahil dalam suasana sambutan perayaan.


“Kita perlu realistik. Apabila keluarga berkumpul, penjarakan sosial mungkin berjaya dalam tempoh beberapa jam pertama tetapi lama kelamaan mereka akan lupa garis panduan itu,” katanya kepada Malay Mail.

Setiausaha agung Persatuan Pediatrik Asia Pasifik itu berkata ahli keluarga biasanya bersembang semasa berkumpul malah bercakap secara kuat dalam rumah yang padat.


Memetik kajian, katanya hal itu menyebabkan titisan air akan tersebar dan berlegar di ruang udara yang dikongsi dengan ahli keluarga lain.




“Jika titisan air ini mengandungi virus, begitulah cara ia tersebar,” katanya.

Katanya cukup hanya seorang individu yang tidak bergejala, terutamanya kanak-kanak, menyebarkan virus kepada tetamu lain selepas berswafoto atau menyentuh makanan di meja hidangan.

Jadi bagaimana mahu memastikan kesihatan semasa menerima tetamu?

Bagi meminimumkan risiko, pakar berkata tiada cara lain melainkan patuh kepada garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Dr Dri Wahyu Taher menggesa agar jumlah tetamu yang menziarah dihadkan.

“Setiap rumah perlu sediakan cecair pembasmi kuman, mengesan suhu badan sebelum menerima tetamu masuk dalam rumah dan mengehadkan jumlah tetamu.

“Tetamu juga dinasihatkan agar memakai pelitup muka dan mengekalkan jarak, jika tidak raya sahaja dengan ahli keluarga yang tinggal serumah,” tambahnya.

Beliau juga menasihatkan golongan warga emas, bayi, kanak-kanak dan individu yang ada masalah kesihatan agar membatalkan hasrat untuk beraya.

“Jika dalam rumah itu ada individu yang berisiko tinggi, mereka tidak perlu menerima tetamu.

“Mereka yang baru pulang daripada zon merah, luar negara dan negeri lain perlu kuarantin diri dan elakkan berjumpa orang lain,” katanya.



Doktor kesihatan awam Dr Aidalina Mahmud pula berkata mereka yang ingin menziarahi saudara mara perlu ada pemahaman yang tinggi tentang pentingnya penjarakan sosial dan disiplin diri.

Katanya tuan rumah perlu menentukan jumlah tetamu yang boleh muat dalam rumah pada satu masa.

“Buat sistem temu janji bagi mengelakkan kesesakan.

“Tuan rumah boleh memaklumkan kepada keluarga masa lawatan yang diperuntukkan (contoh antara 10 pagi hingga 3 petang sahaja), maksimum masa sejam dan 15 minit masa senggang untuk sanitasi rumah,” katanya.

Namun beliau masih ragu-ragu sama ada rakyat Malaysia mampu mematuhi garis panduan dengan betul semasa menyambut perayaan.

“Saya percaya, malangnya majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai cukup pengetahuan, pandangan dan sikap untuk mengamalkan penjarakan sosial,” katanya.

Disebabkan itu, katanya adalah terbaik jika tidak menyambut perayaan secara fizikal, sebaliknya secara maya tanpa perlu risau tentang pelitup muka atau membasuh tangan

MMO

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/covid19-penjarakan-sosial-ketika-ziarah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Media Perlu Patuh Sop Penjarakan Sosial Ketika Bertugas

Media Perlu Patuh Sop Penjarakan Sosial Ketika Bertugas

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 354 hits
KUALA LUMPUR Pengamal media yang bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat perlu mematuhi semua prosedur operasi standard ditetapkan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka juga tertakluk dengan per...
Perutusan Aidilfitri Sambut Hari Raya Kekalkan Penjarakan Sosial Anwar

Perutusan Aidilfitri Sambut Hari Raya Kekalkan Penjarakan Sosial Anwar

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 427 hits
Peruntuan Hari Raya Aidilfitri Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat Malaysia dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri agar tidak lupa wabak maut Covid 19 yang masih mengganas Beliau berpesan rakyat agar meneruskan pembatas...
Can You Save The World Game Covid 19 Ajar Anak Anak Pentingnya Penjarakan Sosial

Can You Save The World Game Covid 19 Ajar Anak Anak Pentingnya Penjarakan Sosial

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 419 hits
Richard Wiseman telah mendapat idea untuk membuat permainan komputer khusus buat kanak kanak bagi membantu mereka memahami konsep penjarakan sosial dikala penyebaran wabak koronavirus Professor dalam subjek Psikologi dari University of Hert...
Demi Nak Jaga Penjarakan Sosial Kafe Di Jerman Wajibkan Topi Khas Buat Pelanggan

Demi Nak Jaga Penjarakan Sosial Kafe Di Jerman Wajibkan Topi Khas Buat Pelanggan

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 350 hits
Sebuah kafe di Jerman telah membuatkan para pelanggannya memakai topi swimming noodle bagi memastikan mereka mematuhi peraturan penjarakan sosial ketika menikmati makanan di kafe tersebut Cafe Konditorei Rothe yang terletak di Schwerin Germ...
Tak Amalkan Penjarakan Sosial Dengan Warga Emas Di Dewan Rakyat Komen Najib

Tak Amalkan Penjarakan Sosial Dengan Warga Emas Di Dewan Rakyat Komen Najib

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 416 hits
Pada zaman Covid ini kita sering disuruh patuh SOP pakai mask dan amalkan penjarakan sosial terutamanya dengan kumpulan warga emas yang paling berisiko tinggi Lalu Teresa Kok pun buat posting kata mereka patuh SOP pakai mask dan amalkan pen...
Umat Islam Bersolat Di Gereja Berlin Akibat Penjarakan Sosial

Umat Islam Bersolat Di Gereja Berlin Akibat Penjarakan Sosial

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 417 hits
Reuters Jemaah menunaikan solat Jumaat di Gereja Martha Lutheran di Berlin semalam BERLIN Sebuah gereja di Berlin membenarkan umat Islam yang tidak dapat dimuatkan dalam masjid kerana peraturan penjarakan sosial untuk menunaikan solat Jumaa...
Sepatutnya Tiada Lagi Budaya Ziarah Selepas Hari Raya Pertama

Sepatutnya Tiada Lagi Budaya Ziarah Selepas Hari Raya Pertama

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 663 hits
Ismail Sabri menegaskan kebenaran mengunjungi rumah ahli keluarga hanya diberi pada hari raya pertama sahaja Tiada lagi budaya ziarah selepas hari raya pertama Ismail Sabri Orang ramai perlu menerima perubahan dengan tidak lagi boleh meneru...
Tanda Indonesia Terserah Dinaikkan Pasukan Hadapan Indonesia Yang Kecewa Ramai Abaikan Penjarakan Sosial

Tanda Indonesia Terserah Dinaikkan Pasukan Hadapan Indonesia Yang Kecewa Ramai Abaikan Penjarakan Sosial

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 390 hits
Tanda Indonesia Terserah sudah mula trending di media sosial Indonesia yang dipercai menunjukkan kekecewaan frontliners mereka terhadap rakyat Indonesia yang masih tidak sedar dengan bahayanya wabak pandemik Covid 19 Kebanyakan warga Indone...
Cuci Tandas Jika Ingkar Penjarakan Sosial Di Jakarta

Cuci Tandas Jika Ingkar Penjarakan Sosial Di Jakarta

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 295 hits
Keluar rumah tak pakai penutup mulut dan hidung boleh didenda JAKARTA Indonesia menarik perhatian negara negara lain apabila mengenakan hukuman membasuh tandas sekiranya rakyat negara itu ingkar atau melanggar peraturan penjarakan sosial se...
Alamak Kembar Lah

What Happens In Vegas Must See Motorcycles From The 2025 Aimexpo

The Leadership Versatility Index Unlocking The Power Of Adaptive Leadership

Antara Punca Masalah Kesihatan Makanan Yang Tidak Halalan Toiyibban

Cafe Aesthetic Warunk Koffie By Wood Steel

Yeay Dah Beli Tiket Flight Dah

Sawan Demam Punca Jenis Tanda Tanda Awal

Petua Buat Kuih Talam Berlauk Sedap Ikut Cara Ni Paling Simple


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39


10 Individu Terkaya Di Malaysia

Atikah Suhaime Dipuji Rendah Diri Walaupun Kaya Beli Barang Bayi Online Je

The Commitment To Excellence What Makes Canadian Cigarettes A Premium Choice

10 Pelanggan Pasar Raya Disembur Minyak Cili

Ppim Selar Rayer Dakwa Obses Campuri Hal Ehwal Islam

Ministers Made 236 Overseas Trips In 2024 Cost Rm44m Parliament Told