Redline Fitness Games By Nissan Telah Kembali Untuk Edisi Ketiga


Hi Korang,
REDLINE Fitness Games by NISSAN telah kembali ke Malaysia untuk edisi ketiga pada 26 dan 27 Julai, bertempat di Pusat Pameran & Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC). Menyusuli kejayaan dua edisi terdahulu pada 2023 dan 2024, acara tahun ini telah mencatatkan penyertaan yang jauh lebih tinggi, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah satu pertandingan kecergasan paling besar dan inklusif di Asia Tenggara. Lebih 10,000 peserta dan penonton dari dalam dan luar negara membanjiri arena REDLINE Fitness Games pada hujung minggu lalu yang penuh aksi


REDLINE Fitness Games adalah gerakan serantau yang menggabungkan semangat kesukanan dan komuniti. Ia mengalu-alukan pernyertaan semua individu, tanpa mengira tahap kecergasan dan mendorong mereka untuk berani keluar dari zon selesa bagi mencabar diri dalam dunia kecergasan

Dianjurkan oleh Fresh Events Asia dan disokong oleh penaja utama NISSAN, REDLINE Fitness Games menyediakan platform untuk peminat gim dan gaya hidup aktif menguji had mereka dalam persekitaran yang dinamik dan penuh tenaga

REDLINE Fitness Games telah menampilkan satu rangkaian stesen senaman berturutan yang direka untuk menguji kekuatan, stamina, kelincahan dan ketahanan mental. Tahun ini, peserta berdepan dengan 12 cabaran yang melibatkan seluruh badan seperti larian 500 meter, SkiErg, BikeErg, RowErg, deadball burpees, sled push & pull, dan The Mule, cabaran membawa beg pasir yang akan bertambah berat


Turut disertakan adalah senaman seperti Russian twists, squat thrusts, shuttle runs dan sandbag gauntlet; semuanya direka untuk memberi latihan yang seimbang tetapi mencabar dari pelbagai sudut

Semua peserta bertanding secara solo, berpasangan atau berkumpulan (relay), dalam kategori lelaki, wanita dan campuran. Para peserta solo memilih daripada tiga tahap kesukaran: Permulaan (Tahap 1), Pertengahan (Tahap 2) dan Mahir (Tahap 3) - memastikan semua individu, dari pelbagai latar belakang boleh menyertai acara ini dengan lebih bermakna dan kompetitif

Menurut Jeff Ross, Pengurus Besar Fresh Events Asia, daya tarikan REDLINE Fitness Games terletak pada gabungan intensiti fizikal dan semangat komuniti

“Setiap tahun, REDLINE Fitness Games mengingatkan kita tentang semangat kental dan sokongan sesama peserta. Sejak mula lagi, REDLINE Fitness Games bukan sekadar sebuah acara kecergasan, ia adalah ruang yang dicipta bagi semua, sama ada atlet berpengalaman atau peserta kali pertama untuk menjadi sebahagian daripada satu gerakan yang lebih besar,” kata beliau

“Kami juga amat menghargai sokongan berterusan daripada NISSAN, MyCEB, Concept2 dan semua rakan kongsi serta pempamer yang menjayakan REDLINE Fitness Games di Malaysia.”
Kembalinya NISSAN sebagai penaja utama acara ini adalah bukti kukuh keserasian jenama tersebut dengan nilai-nilai REDLINE Fitness Games. Menurut Khoo Cheng Pah, Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, penglibatan berterusan NISSAN mencerminkan komitmen mereka dalam mempromosikan kekuatan, ketahanan, dan keberanian – semua kualiti utama yang menjadi teras kepada kedua-dua REDLINE Fitness Games dan juga rangkaian produk NISSAN

”Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada REDLINE Fitness Games sekali lagi! Secara dasarnya, REDLINE Fitness Games adalah tentang melangkaui had prestasi diri. Semangat dan usaha gigih untuk mencapai prestasi tertinggi ini mencerminkan aspirasi NISSAN dalam setiap apa yang kami bina dan lakukan – iaitu sentiasa berkembang dan menjadi lebih baik. Kerjasama ini menjadi amat bermakna buat kami kerana ia lahir daripada wawasan yang dikongsi bersama untuk melangkah lebih jauh,” tambah beliau

REDLINE Fitness Games 2025 turut mendapat sokongan daripada Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

“Kami gembira dapat menyokong REDLINE Fitness Games yang kini berkembang menjadi acara kecergasan ikonik di Malaysia dan rantau ini. Acara ini mencerminkan pengalaman dinamik berfokus komuniti yang selari dengan misi kami untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk acara sukan dan gaya hidup bertaraf dunia. Kami amat berbesar hati dapat menyumbang kepada kejayaan berterusan acara ini. Dengan sokongan strategik dan maklumat terperinci yang kami berikan, kami memastikan para peserta dapat menikmati pengalaman yang selamat, bermanfaat, dan kaya dengan elemen budaya,” kata Tan Mei Phing, Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB

Edisi ketiga REDLINE Fitness Games di Malaysia telah pun menjadi pembuka tirai bagi mengembangkan jenama ini ke seluruh rantau Asia Tenggara. Pada Disember 2025 kelak, Bangkok pula akan menjadi tuan rumah REDLINE Fitness Games buat kali pertama, diikuti oleh Vietnam pada awal 2026


Istilah ‘REDLINE’ merujuk kepada had prestasi maksimum, sama seperti enjin kereta yang dipacu ke tahap tertinggi. Dalam REDLINE Fitness Games, peserta telah digalakkan untuk mengenal pasti had kemampuan iaitu “REDLINE” masing-masing dan seterusnya mencabar had fizikal dan mental mereka

REDLINE Fitness Games by NISSAN terus mengembangkan potensi bagi acara kecergasan yang berasaskan komuniti. Ia bukan sekadar pertandingan tetapi pengalaman yang mencabar dari segi fizikal, memberi kepuasan emosi, dan mencetuskan inspirasi

Untuk maklumat lanjut tentang acara tersebut, sila layari www.redlinefitnessgames.com




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2025/08/redline-fitness-games-by-nissan-telah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Messi Kembali Pulih Sedia Jadi Taruhan Utama

Messi Kembali Pulih Sedia Jadi Taruhan Utama

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 244 hits
Messi kembali pulih sedia jadi taruhan utama LIONEL Messi FOTO Agensi Miami Lionel Messi sedia kembali memperkuatkan Inter Miami apabila mereka menerima kunjungan Los Angeles Galaxy dalam aksi Major League Soccer yang membuka siri perlawana...
Kembali Brisk Walk Di Kombes

Kembali Brisk Walk Di Kombes

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 246 hits
Lamanya berehat dari buat aktiviti brisk walk slow jogging dan hiking Encik suami maintain workout dirumah Saya je yang lama berehat akibat alahan kulit muka sejak Februari tahun ni Bila Encik suami bosan workout dirumah diajaknya ke KOMBES...
Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 1130 hits
SHAH ALAM Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan arahan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke supaya laporan polis dibuat terhadap Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Akmal Salleh berhubung himpunan di Kepala Batas sebagai tindaka...
Kembali Pada Manual

Kembali Pada Manual

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 227 hits
Azlan Zainal1 Himpunan merebak seluruh negara Di mana mana ada solidariti buat ZARA Aksi genuine dan organik sekalipun ada politikus serta individu berkepentingan cuba mengambil kesempatan atas isu ini 2 Pada waktu ini tindakan Fadhlina ser...
Leeds Kembali Ke Epl Dengan Kemenangan Hasil Penalti Nmecha Berita Sukan

Leeds Kembali Ke Epl Dengan Kemenangan Hasil Penalti Nmecha Berita Sukan

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 540 hits
LONDON Pengurus Leeds United Daniel Farke memuji Lukas Nmecha selepas sepakan penalti pemain baru itu pada lewat permainan menghadiahkan mereka kemenangan 1 0 ke atas Everton dalam perlawanan Liga Perdana England pada 18 Ogos Leeds yang kem...
Pocky Meraikan Hari Kebangsaan Dengan Pocky Durian Dan Pocky Ondeh Ondeh Edisi Terhad

Pocky Meraikan Hari Kebangsaan Dengan Pocky Durian Dan Pocky Ondeh Ondeh Edisi Terhad

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 1031 hits
Sempena pelancaran perisa baharu ini Pocky bekerjasama dengan artis jalanan tempatan untuk memperkenalkan seni jalanan sebagai penghormatan kepada warisan Malaysia Glico Malaysia menghargai keunikan cita rasa tempatan dengan melancarkan per...
Tahniah Ayda Jebat Dedah Hamil 4 Bulan Anak Ketiga

Tahniah Ayda Jebat Dedah Hamil 4 Bulan Anak Ketiga

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1568 hits
Pelakon dan penyanyi kesayangan ramai Ayda Jebat berkongsi khabar gembira buat para peminat apabila mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga Perkongsian manis itu dibuat menerusi akaun Instagram miliknya sekali gus mencuri perhatia...
Salah Cipta Sejarah Kali Ketiga Ungguli Pemain Terbaik Pfa

Salah Cipta Sejarah Kali Ketiga Ungguli Pemain Terbaik Pfa

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 451 hits
Salah cipta sejarah kali ketiga ungguli Pemain Terbaik PFA MOHAMED Salah bersama trofi Pemain Terbaik PFA yang dimenanginya FOTO AFP Manchester Mohamed Salah menjadi pemain pertama memenangi anugerah Pemain Lelaki Terbaik Tahunan Persatuan ...
Semakan Budi95 Dibuka Khamis Ini

Cara Sahkan Mykad Dalam Setel Untuk Guna Budi95

Mof Nafi Had Pembelian Ron95 Sekali Sehari Harga Subsidi Kekal Terjamin

Throw The Book At Them Public Urges Stiff Penalty For Taxi Tout Couple Who Extorted Chinese Tourists

Budi95 Shows Govt Failed To Make Targeted Subsidy System Work Muda

Over 254k Malaysians Are Obese Dzulkefly

Subsidi Budi95 Mungkin Akan Guna Ai Untuk Pemantauan Penebusan

Malaysia Sarong Music Run 2026 Kini Dibuka Untuk Pendaftaran


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuih Muih Keripik Nangka Dan Keripik Apel

Buli Mesti Ditegah Sepenuhnya Di Sekolah Ppim Harian Metro 23 09 2025

Ppim Bongkar Kes Buli Malaysia Gazette 23 09 2025

Siap Dah Bag Nak Pergi Umrah

Kopi Bagel

Cara Buat Sambal Belacan 2 Dalam 1 Boleh Jadi Perencah Nasi Goreng Juga