Kembali Pada Manual
Azlan Zainal

1. Himpunan merebak seluruh negara. Di mana-mana ada solidariti buat ZARA. Aksi ‘genuine’ dan organik sekalipun ada politikus serta individu berkepentingan cuba mengambil kesempatan atas isu ini.
2. Pada waktu ini, tindakan Fadhlina serba tidak kena. Bermula reaksi dan respon awal kepada kes ZARA membawa kepada video ucapan selamat hari lahir serta We Love PMX memanaskan suasana. Malah video perwatakan agresif di Parlimen dikorek kembali warga net. Kini menjadi lelucun di alam maya. Kasihan juga, ruang komen telah ditutup dan banyak tindakan terkini termasuk terjah dia yang sebenarnya baik, disangkal sinis. Apapun setiap tindakan mesti tepat pada masanya.
3. Saat krisis, Fadhlina perlu tegas dan kembali kepada manual dan maudhu’ (tajuk) untuk mengawal situasi. Isu besar perlu ditangani dengan serius bukan defensif sekalipun sekarang ini dibawah siasatan PDRM. KPM perlu terus ‘engage’, mengemaskini informasi dan lebih kerap berinteraksi dengan semua pihak terlibat. Tunjukkan simpati berterusan, empati mendalam dan teguh bersolidariti.
4. Pasca ZARA, sekarang ibu bapa sedang bertungkus-lumus mengisi permohonan ke sekolah berasrama (SBP/I, MRSM, SMKA dll). Tapi yang terjadi ketakutan mulai mengganggu. Isu keselamatan anak-anak perlu kepada jaminan. Trauma ‘buli’ bukan sedikit. Banyak kisah-kisah muncul dalam media sosial melalui pengalaman peribadi atau perkongsian daripada ibu bapa yang anak-anak mereka pernah menjadi mangsa buli.
5. Pelajar tidak perlu kepada laungan ‘kami benci buli’, ‘anti buli’ atau sebagainya. KPM perlu menyelami ‘root cause’ kepada masalah ini. Buli berlaku saban hari, bulan dan tahun dalam banyak perspektif. Cuma diketahui atau kekal rahsia antara mangsa dan pelaku. Semua pemegang taruh perlu duduk bersama. Perkukuh kerjasama dengan pihak sekolah, sokongan pihak ibu bapa dan guru amat penting dalam situasi genting.
6. Fadhlina mungkin kurang pengalaman tapi dia serta pasukannya masih punya waktu. Dia harus banyak mendengar, memerhati, mengamati, bijak mengurus emosi dan segera bertindak dalam menangkis persepsi yang kian tidak terarah.
7. Keperluan utama adalah mengembalikan keamanan dalam pendidikan kita. Semua berasa selamat dan sejahtera semasa berada di sekolah. الله المستعان
Semoga dipandu Allah. Selamat maju jaya. 🫡👌🏻
#Sisipandang
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/08/kembali-pada-manual-kpm.html