Recall System Beri Mandat Kepada Pengundi



‘Recall system’ beri mandat kepada pengundi
JOHOR BAHRU: Institut pemikir UMNO Johor, Bait Al Amanah menyokong usaha yang dilakukan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menerusi kaedah Simulasi Pilihan Raya Pecat (PRP) bagi menyingkirkan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon yang melompat parti.
Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, inisiatif yang dipanggil ‘recall system’ itu memberi mandat kepada rakyat di kawasan tertentu yang tidak berpuas hati terhadap wakil rakyat yang tidak berprestasi, tidak menjalankan tugas serta mengambil keputusan bertentangan dengan janji pada Pilihan Raya Umum (PRU).
Katanya, perkara itu sudah dipersetujui ketika mengadakan webinar membincangkan hal sama bersama wakil Bersih 2.0, ahli akademik serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sebelum ini.
Veteran UMNO itu berkata, tindakan itu wajar dibuat memandangkan tidak ada peruntukan undang-undang yang menghalang seseorang wakil rakyat melompat parti, malah Fasal 8 Perlembagaan juga menyebut bahawa mereka ada hak untuk bersama dalam mana-mana pertubuhan.
“Untuk mengatasi politik katak ini, pertamanya adalah dengan menyaman wakil rakyat secara sivil seperti yang dibuat oleh pengundi Gombak terhadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Bagaimanapun ia mengambil masa yang panjang kerana kes itu perlu didengar di mahkamah.
“Satu cara lagi ialah melalui ‘recall system’ ini yang membolehkan Pilihan Raya Kecil diadakan di kawasan terbabit. Memandangkan sistem itu belum ada lagi, maka wujud idea simulasi ini yang menunjukkan ia mudah dilakukan.
“Sebab itu Bersih 2.0 akan mengadakan simulasi ini secara maya untuk mendapatkan tiga peratus daripada pengundi sebagai ukuran bagi menandatangani petisyen terhadap wakil rakyat dan ini hanyalah simulasi sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada pemandu teksi dan e-hailing di hadapan Bangunan UMNO Bahagian Johor Bahru di sini hari ini.
Jumaat lalu, Bersih 2.0 memaklumkan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor telah menghubungi mereka untuk tujuan itu susulan tindakan Steven Choong yang mengumumkan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Shahrir yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, beliau berharap terdapat pihak yang memajukan permintaan ‘recall system’ ini kepada kerajaan yang akan datang untuk dilaksanakan.

SHAHRIR Abdul Samad (tengah) bersama Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Hairi Mad Shah (kiri) menyampaikan sumbangan kepada pemandu teksi dan e-hailing di hadapan Bangunan UMNO Bahagian Johor Bahru, di Johor. – UTUSAN/MOHAMAD FAIZAL HASHIM
Jelasnya, perkara itu perlu setelah mengambil kira jumlah yang sangat besar iaitu seramai 20 Ahli Parlimen melompat dari parti asal ke parti lain.
“Penggal Parlimen ke-14 ini paling istimewa kerana ramai yang melompat parti, perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Dalam hal ini, UMNO dan PKR menjadi mangsa kepada politik katak.
“Dengan adanya sistem itu, kita dapat perkasakan undi rakyat dan wakil rakyat pula tidak boleh berbuat sesuka hati mereka. Pengundi mesti ada hak terhadap seorang wakil rakyat bagi menepati janji mereka. Jika tidak, rakyat ada ruang untuk meminta mereka meletak jawatan.
“Saya juga berharap UMNO turut melakukan simulasi yang sama di kawasan wakil rakyat parti itu melompat ke parti lain,” katanya.-UM
‘Recall system’ beri mandat kepada pengundi Baca Artikel Menarik :
Azhan Rani Lega Akaun Ada Lebih Setengah Juta FAZURA : MATA KETUMBIT TAPI MASIH CANTIK [VIDEO] Agong panggil Speaker Dewan menghadap Berhutang Dalam Tempoh Pandemik Bukan Jalannya Lelaki dakwa wujud perkauman dalam pemberian vaksinasi Resepi Kek Ogura Pandan Bergedik Layari Laman Facebook MYKMU
Lindungi hak pengundi majoriti

Rampasan 3 tan ayam disumbang kepada Zoo Melaka

The post ‘Recall system’ beri mandat kepada pengundi appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/06/27/recall-system-beri-mandat-kepada-pengundi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Hamidi Sudah Diberi Mandat Lebih Baik Penentang Penentangnya Lari Masuk Bersatu

Zahid Hamidi Sudah Diberi Mandat Lebih Baik Penentang Penentangnya Lari Masuk Bersatu

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 314 hits
Di bawah ini ialah petikan berita daripada portal UMNO Online bertarikh 28 Mac 2021 berhubung ucapan Zahid Hamidi ketika menyampaikan penggulungan dalam penutup PAU2020 di Dewan Merdeka PWTC Perwakilan telah bersetuju untuk memberikan manda...
Tiong More Medical Equipment Arrive To Boost Healthcare System

Tiong More Medical Equipment Arrive To Boost Healthcare System

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 242 hits
Tiong takes a closer look at the medical equipment soon on arrival BINTULU More equipment to fight Covid 19 have arrived here to boost the healthcare system and safeguard more lives against the virus in the division Bintulu MP Dato Sr
Op Patuh Mandat Di Bahu Kdn Lancarkan Pelan Pemulihan Negara

Op Patuh Mandat Di Bahu Kdn Lancarkan Pelan Pemulihan Negara

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 449 hits
Tindakan tegas berterusan bantu negara bebas COVID 19 PBPM BANGI Persatuan Bekas Polis Malaysia menyokong penuh keputusan Majlis Keselamatan Negara memberikan mandat kepada Kementerian Dalam Negeri bagi menyelaraskan segala tindakan penguat...
Pas Bakal Ditolak Pengundi Atas Pagar Pada Pru15

Pas Bakal Ditolak Pengundi Atas Pagar Pada Pru15

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 245 hits
BOB KELANANG Orang agama ni sepatutnya lebih dekat dengan rakyat marhaen mustad afin tapi ntah la yang ader sekarang semua macam jilaker Dalam kes Kempen Bendera Putih ni yang lebih meroyan adalah PAS UMNO relaks jer Aper nak jadi ngan PAS ...
Azmin Gagal Batalkan Saman Pengundi Gombak

Azmin Gagal Batalkan Saman Pengundi Gombak

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 182 hits
malaysiakini comDiterbitkan 30 Jun 2021 10 45 amDikemaskini 11 12 amMahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali untuk membatalkan saman yang difailkan 10 pengundi di kawasan parlim...
Doctors Call For Clear Data And Traffic Light System To Handle Crisis

Doctors Call For Clear Data And Traffic Light System To Handle Crisis

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 263 hits
Inside a Covid 19 centre in Kuching A medical group has called for more data driven decisions in handling the pandemic PETALING JAYA A group of doctors has urged Putrajaya to use more detailed data and performance targets and a simpler traf...
Fight To Change The System Anwar Tells Pkr Congress

Fight To Change The System Anwar Tells Pkr Congress

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 229 hits
PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim gives his opening speech during PKR s 15th National Congress held virtually June 20 2021 Bernama pic KUALA LUMPUR June 20 In his opening speech for PKR s 15th National Congress today party president Da...
Mma Urges Reparative Actions To Strengthen Ailing Healthcare System

Mma Urges Reparative Actions To Strengthen Ailing Healthcare System

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 197 hits
Malaysian Medical Association president Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy said the country s healthcare system has been ailing for several years now and is on the verge of collapse 8211 Bernama File Photo BINTULU The Malaysian Medica
Muhyiddin Remains Hospitalised Due To Infection Of Digestive System

Muhyiddin Remains Hospitalised Due To Infection Of Digestive System

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 275 hits
PETALING JAYA Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin is receiving treatment for an infection to his digestive system and not a recurrence of a tumour says the Prime Minister s Office on Sunday In a statement the PMO said that after further...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding