Zahid Hamidi Sudah Diberi Mandat Lebih Baik Penentang Penentangnya Lari Masuk Bersatu


 
Di bawah ini ialah petikan berita daripada portal UMNO Online bertarikh 28 Mac 2021 berhubung ucapan Zahid Hamidi ketika menyampaikan penggulungan dalam penutup PAU2020 di Dewan Merdeka, PWTC.
———————————————————–
Perwakilan telah bersetuju untuk memberikan mandat kepada presiden dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk menentukan tarikh penarikan diri parti dari kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurutnya, sekiranya sebarang ketetapan berkenaan penarikan diri tersebut dilakukan beliau berharap situasi itu mendapat kerjasama daripada pemimpin UMNO yang berada di kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
“Maka kalau dapat difahami bahawa perwakilan telah memberikan mandat kepada presiden dan MKT untuk menentukan bahawa kita boleh menarik diri dari kerajaan PN bila-bila masa.
“Kalau ini menjadi keputusan mereka, saya yakin rakan-rakan terutamanya menteri, timbalan menteri, pengerusi GLC malah seluruh ahli-ahli Parlimen akan 100 peratus akur dengan keputusan parti ini.
“Ertinya kalau menarik diri dan ini merupakan keputusan parti mereka tidak akan gusar untuk meletakkan jawatan demi mematuhi keputusan yang dibuat oleh parti,” katanya.
Berdasarkan berita di atas, adalah jelas bahawa Presiden dan MT UMNO telah diberi mandat oleh perwakilan PAU2020 untuk menentukan bila waktu yang sesuai untuk UMNO keluar daripada kerajaan.
Ini bermakna, selain PAU2020 telah memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang, penentuan bila UMNO mahu keluar daripada kerajaan PN adalah terletak di tangan Presiden dan MT membuat penentuan.
Dalam bahasa yang mudah, bila waktunya untuk UMNO harus berbuat demikian adalah terserah kepada Presiden dan MT membuat pertimbangan.
Tidak timbul isu bahawa UMNO akan terus berada dalam kerajaan sehingga PRU15 diadakan kerana yang sebetulnya berdasarkan mandat itu, UMNO akan berada dalam kerajaan selagi Presiden dan MT tidak membuat keputusan meninggalkan kerajaan.
Setelah MT membuat ketetapan keluar kerajaan diambil, maka terputuslah hubungan UMNO dengan kerajaan PN dan ia akan menjadi keputusan parti yang mesti dipatuhi oleh semua pemimpin, Ahli Parlimen, Adun dan ahli-ahli di semua peringkat.
Mereka yang enggan patuh kepada keputusan parti boleh memilih sama ada keluar daripada UMNO atau sedia berdepan tindakan disiplin.
Tiada lagi keperluan untuk Zahid Hamidi dan MT mendapat persetujuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO sebelum mengambil keputusan membawa keluar parti meninggalkan kerajaan PN.
Dalam keadaan ini, adalah sia-sia saja sebarang usaha sebahagian Ahli Parlimen UMNO, terutama daripada kalangan kluster kabinet yang dilaporkan tidak setuju dengan ura-ura Zahid Hamidi sedang menggerakkan usaha mendapatkan sokongan MT untuk membawa keluar UMNO daripada kerajaan menjelang 1 Ogos depan.
Malam tadi, sebahagian mereka dilaporkan berkumpul mengadakan pertemuan di rumah seorang menteri di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.
Di samping pertemuan bersemuka itu boleh dianggap melanggar SOP PKP, tidakkah mereka sedar perwakilan PAU2020 telah pun memberi mandat yang sah kepada Zahid Hamidi dan juga MT?
Dengan perhimpunan agung adalah kuasa membuat keputusan yang tertinggi sekali dalam parti, tiada apa lagi sebenarnya yang boleh dilakukan oleh penentang-penentang Zahid Hamidi mengubah keadaan.
Tambahan lagi dengan Zahid Hamidi juga telah berjaya memperolehi sokongan majoriti dalam MT untuk menangguhkan pemilihan UMNO selama 18 bulan atau sehingga tahun 2023, ini bererti beliau akan terus kekal memimpin parti sehingga PRU15 diadakan.
Maknanya, watikah calon untuk PRU15 nanti masih lagi perlu ditandatangani oleh Zahid Hamidi.
Untuk itu, mereka yang terus menentang usaha UMNO keluar daripada kerajaan PN boleh dikata akan memiliki nasib yang suram untuk terus dipilih lagi sebagai calon dalam PRU15 akan datang.
Mereka itu bukan saja ingkar kepada keputusan parti, malah boleh ditafsirkan sebagai golongan yang lebih memikirkan nikmat peribadi sebagai menteri dan timbalan menteri berbanding hasrat mengangkat semula matlamat perjuangan parti.
Mereka sebaiknya lebih wajar cepat-cepat-cepat menyertai Bersatu kerana laluan di dalam UMNO untuk terus jadi penentang kepimpinan adalah jalan mati, kalau pun tidak gaung yang menunggu di depan.
Dengan demikian, tiada masalah lagi untuk mereka jika ingin terus menjadi penentang UMNO sekali pun sambil menyokong, mempertahan, membodek dan mengampu Mahiaddin serta kerajaan PN walau setinggi langit sekali pun selepas itu. 
(ShahbudinHusin 03/07/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/zahid-hamidi-sudah-diberi-mandatlebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jajaran Baru Pemuda Pas Bersatu Tak Perlu Masuk Campur Urusan Parti Lain Kata Najib

Jajaran Baru Pemuda Pas Bersatu Tak Perlu Masuk Campur Urusan Parti Lain Kata Najib

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 178 hits
June 25 2021 Pemuda AMANAH Perak ingin mengingatkan Pemuda Pas dan Angkatan Bersatu Anak Muda supaya menjaga parti sendiri dan tidak perlu masuk campur urusan parti lain Kedua dua parti ini mempunyai masalah mereka sendiri dan masih bergelu...
Notis 14 Hari Gempar Zahid Hamidi Saja Tu

Notis 14 Hari Gempar Zahid Hamidi Saja Tu

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 203 hits
Dilihat tidak ada integriti mungkin punca banyak pandangan dan arahan Ahmad Zahid sudah tidak dipedulikan kata Penganalisis politik veteran Profesor Dr Ahmad Atory Hussain Barangkali kerana dia dilihat tidak ada integriti Semua orang tahu d...
Kumpulan Penentang Zahid Berdepan Risiko Disingkir Jadi Calon Pru

Kumpulan Penentang Zahid Berdepan Risiko Disingkir Jadi Calon Pru

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 227 hits
agendadaily comDatuk Seri Nazri Aziz meneruskan tekanan terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Kumpulan penentang dalam UMNO yang tidak sehaluan dengan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkemungkinan berdepan risiko akan...
Ismail Sabri Dilantik Sebagai Tpm Zahid Hamidi Umum Umno Tarik Diri Dari Kerajaan Pn

Ismail Sabri Dilantik Sebagai Tpm Zahid Hamidi Umum Umno Tarik Diri Dari Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 335 hits
Ismail Sabri dilantik sebagai TPM Zahid Hamidi umum UMNO tarik diri dari Kerajaan PNBerkuatkuasa serta merta semalam Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas sekian lama jawatan tersebut tidak diisi o...
Hiburan Nabila Huda Ujar Pkp Ubah Dirinya Jadi Lebih Baik

Hiburan Nabila Huda Ujar Pkp Ubah Dirinya Jadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 178 hits
Pelakon hebat Nabila Huda berkongsi kisah di laman media sosial Instagram beliau berkenaan dengan situasi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan di negara ini sejak tahun lalu AdvertisementTidak dinafikan dia turut merasa tidak...
Pkr Kata Jajaran Baharu Bergantung Keputusan Zahid Hamidi

Pkr Kata Jajaran Baharu Bergantung Keputusan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 153 hits
PKR kata Jajaran Baharu bergantung keputusan Zahid Hamidi Persoalan sama ada pembentukan jajaran baharu UMNO bersama Pakatan Harapan boleh berlaku dalam tempoh terdekat atau sebaliknya bergantung kepada keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hami...
It S Game Over For Anwar Ibrahim And Zahid Hamidi

It S Game Over For Anwar Ibrahim And Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 218 hits
It is now more or less game over for Anwar Ibrahim and Zahid Hamidi The plan for Umno to collaborate with Pakatan Harapan to oust Muhyiddin Yassin and the Perikatan Nasional government so that a new Umno Pakatan government with Anwar as the...
Zahid Hamidi Heed Agong S Titah And Let Parliament Sit By 4th July 2021

Zahid Hamidi Heed Agong S Titah And Let Parliament Sit By 4th July 2021

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 177 hits
Umno has given the Perikatan Nasional government 14 days from today to reconvene Parliament in line with the Yang di Pertuan Agong s decree or risk being seen as treasonous its president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said today Ahmad Zahid ...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

What You Should Know About New Construction Plumbing



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord