Rcep Negara Hilang As 4 1b Setahun



 
PETALING JAYA: Malaysia berpotensi kehilangan AS$4.1 bi­lion (RM16.93 bilion) setahun dari segi imbangan dagangan apabila menyertai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), menurut simulasi yang dijalankan pegawai kanan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD).
Kehilangan tersebut adalah yang terbesar berbanding negara-negara ASEAN lain dalam RCEP, dengan peratus perubahan imbangan dagangan pada -36.5 peratus selepas menyertai perjanjian itu berbanding -27.7 peratus untuk Myanmar dan -22.5 peratus Thailand.
Negara-negara ASEAN lain turut mencatatkan perubahan imbangan dagangan negatif kecuali Brunei yang menca­tatkan perubahan positif 0.1 peratus.
Menurut Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Kanan UNCTAD, Dr. Rashmi Banga yang menjalankan simulasi tersebut, import Malaysia dijangka meningkat AS$3.8 bilion (RM15.71 bilion) setahun manakala eksport berkurang AS$336 juta (RM1.39 bilion) setahun.
“Import dijangka meningkat AS$1.8 bilion (RM7.44 bilion) dari China dan kira-kira AS$500 juta (RM2.07 bilion) dari Jepun. Import Malaysia sebahagian besarnya datang dari China pasca-RCEP,” katanya menjawab soalan Utusan Malaysia dalam sidang akhbar maya berkenaan impak RCEP terhadap negara-negara ASEAN baru-baru ini.
Menurut beliau, Malaysia juga dijangka kehilangan AS$2.2 bilion (RM9.08 bilion) setahun dari segi hasil tarif selepas meratifikasi RCEP.
Jumlah tersebut merupakan yang tertinggi dalam kalangan negara ASEAN dan ia merangkumi 57.58 peratus daripada keseluruhan kerugian hasil tarif yang dicatatkan semua negara ASEAN.
“Untuk memberikan gambaran jumlah kehilangan hasil tarif ini, kos vaksin untuk keseluruhan populasi Malaysia adalah lebih kecil berbanding kehilangan yang dicatatkan,” katanya.
Pengarah Third World Network, Chee Yoke Ling ketika mengulas dapatan Banga berkata, kehilangan hasil tarif akan memberi kesan yang lebih besar dan berpanjangan kepada negara seperti Malaysia.
“Perlu diberi perhatian, kehilangan hasil tarif disebabkan liberalisasi perdagangan untuk negara membangun adalah kekal, tidak seperti negara maju,” katanya.
Yoke Ling sebelum ini pernah menyuarakan kebimba­ngannya terhadap kemampuan syarikat tempatan untuk bersaing dengan syarikat antarabangsa dari negara-negara RCEP apabila perjanjian itu diratifikasi kelak.
Antara yang dibimbangi adalah wujudnya persaingan yang tidak adil untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta golongan petani selain kesukaran meningkatkan nilai eksport selepas India menarik diri daripada perjanjian itu.
Malaysia bersama 14 negara lain menandatangani RCEP pada penghujung Sidang Kemuncak ASEAN November lalu dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bulan lalu berkata, Malaysia akan meningkatkan usaha untuk mempercepat proses ratifikasinya menjelang tahun hadapan.
 
The post RCEP: Negara hilang AS$4.1b setahun? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/07/rcep-negara-hilang-as4-1b-setahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerana Cvrang Saya Jatuh Terduduk Dan Hilang Gaji Setahun Shuk Bagitahu Apa Janji Dia Kepada Isteri

Kerana Cvrang Saya Jatuh Terduduk Dan Hilang Gaji Setahun Shuk Bagitahu Apa Janji Dia Kepada Isteri

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 326 hits
Saya memang tak akan cvrang lagi Demikian kata kata kekesalan pelawak Shuk Sahar berjanji tidak akan berlaku cvrang lagi terhadap isterinya Rossalennah Natassiah Asshaferah Malah Shuk turut menyatakan dia berasa menyesal dengan setiap perbu...
Stress Dengan Signal Wifi Asyik Hilang Slow Ini Jalan Penyelesaian Nya

Stress Dengan Signal Wifi Asyik Hilang Slow Ini Jalan Penyelesaian Nya

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 370 hits
Hi Korang Cuba korang semua baca dulu situasi di bawah ni Adik tengah main online Mobile Game Ayah pula tengah zoom meeting Abang tengah Video call dengan budak kolej Mak tengah layan Nextflix Kakak pula tengah layan K Drama Senario family ...
Freddy Numberi Roh Otonomi Khusus Yang Hilang

Freddy Numberi Roh Otonomi Khusus Yang Hilang

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 224 hits
Roh Otonomi Khusus yang HilangOleh Ambassador Freddy Numberi Founder Numberi CenterPengantarOtonomi Khusus nomor 21 Tahun 2001 merupakan jalan tengah Pemerintah RI dalam menyelesaikan masalah masalah di masa lalu sejak 1 Mei 1963 sampai den...
Anak Aliff Syukri Hilang Di Pusat Membeli Belah

Anak Aliff Syukri Hilang Di Pusat Membeli Belah

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 212 hits
Yusoff Hilang Anak Aliff Syukri Ini Ditemui Di Tempat Yang Unik Membeli belah adalah satu aktiviti yang meyeronokkan kerana ia dapat menghilangkan kebosanan berada di rumah Namun aspek keselamatan perlu dijaga jika membawa anak anak bersama...
Kebanjiran Warga Asing Jadikan Malaysia Negara Imigran

Kebanjiran Warga Asing Jadikan Malaysia Negara Imigran

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 396 hits
PETALING JAYA Dasar kerajaan yang tidak jelas dan diburukkan lagi dengan kedudukan geografinya yang mudah dibolosi menjadikan Malaysia tarikan buat warga asing sama ada memasuki secara haram atau sah Kebanjiran migran dari pelbagai benua it...
Bahaya Jenayah Atasi Undang Undang Kemungkinan Negara Diperintah Mafia

Bahaya Jenayah Atasi Undang Undang Kemungkinan Negara Diperintah Mafia

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 329 hits
BANGI Negara bakal berdepan dengan malapetaka sekiranya kedudukan kes kes jenayah yang berlaku ketika ini mengatasi undang undang Tidak mustahil jika perkara berkenaan berlaku hala tuju pemerintah mungkin perlu mengikut telunjuk golongan be...
Short Pentingnya Integriti Allah Akan Persoal Pemimpin Negara

Short Pentingnya Integriti Allah Akan Persoal Pemimpin Negara

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 238 hits
WACANA SINAR 242 25 MAC 2021 Berikut merupakan petikan Wacana Sinar Siri 242 bertajuk Integriti Anak Muda Penyelamat UMNO bersama penulis buku Rasuah Politik Prof Madya Dr Ishak Sulaiman UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI https bit ly 3sqdmYg Mu...
Kartel Pdrm Perlu Didedahkan Ini Soal Keselamatan Maruah Negara

Kartel Pdrm Perlu Didedahkan Ini Soal Keselamatan Maruah Negara

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 369 hits
BANGI Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk segera menyiasat isu kartel di dalam Polis Diraja Malaysia Ini susulan pendedahan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador baru baru ini ber...
Drama Kiblat Yang Hilang Lakonan Azhan Rani Wafariena Awesome Tv

Drama Kiblat Yang Hilang Lakonan Azhan Rani Wafariena Awesome Tv

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 1260 hits
Drama Kiblat Yang Hilang Lakonan Azhan Rani Wafariena Awesome TV Drama Kiblat Yang Hilang mulai siar pada 12 April 2021 petang ini Bersiaran setiap hari Isnin hingg Jumaat 7 00 malam di Awesome TV Drama Kiblat Yang Hilang bersiaran sebanyak...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord