Kebanjiran Warga Asing Jadikan Malaysia Negara Imigran


PETALING JAYA: Dasar kerajaan yang tidak jelas dan diburukkan lagi dengan kedudukan geografinya yang mudah dibolosi, menjadikan Malaysia tarikan buat warga asing sama ada memasuki secara `haram’ atau sah.

Kebanjiran migran dari pelbagai benua itu secara tidak langsung menjadikan negara ini ibarat `pusat himpunan’ pelbagai kerakyatan.

Situasi tersebut tidak `bagus’ dan tidak `selamat’ buat Malaysia kerana ia mengundang pelbagai masalah seperti jenayah dan sosial.

Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose berkata, antara faktor penyumbang kepada fenomena itu ialah ketiadaan polisi yang jelas kerajaan membabitkan pengambilan pekerja warga asing.

“Pengambilan pekerja asing yang masih berterusan itu telah memberi implikasi besar kepada struktur masyarakat, ekonomi dan sosial negara ini.

“Sepatutnya kita ambil contoh seperti Arab Saudi iaitu setiap pekerja warga asing tidak akan diberi berpeluang untuk mendapat taraf hidup sebagai penduduk tetap. Pekerja asing di Arab Saudi perlu cop pas pekerja pada setiap tahun dan status pekerja asing akan tetap dipegang sampai bila-bila,” kata beliau kepada Utusan Malaysia semalam.

Menurut beliau, memburukan lagi apabila pengambilan pekerja asing yang dikategorikan sebagai tidak mahir paling banyak memasuki Malaysia.

“Terlalu ramai pekerja asing yang ada di Malaysia dalam kalangan pekerja tidak mahir. Pekerja tidak mahir tersebut seperti buruh kontrak, pekerja ladang dan operator kilang.

“Kumpulan tidak mahir ini tidak banyak boleh menyumbang kepada pembangunan berbanding masalah sosial yang dibangkitkan,” katanya.

Katanya, antara masalah sosial tersebut ialah kumpulan tersebut akan cuba meminta taraf penduduk tetap atau warganegara, menjadi penjenayah dan bersedudukan dengan rakyat tempatan.

Menurut beliau, sebagai sebuah negara membangun Malaysia memerlukan lebih banyak tenaga kerja mahir untuk memajukan negara bukan berterusan menerima pekerja tidak mahir yang kemudian `merebut’ peluang rakyat sendiri.

“Ini boleh dilihat contoh seperti warga Bangladesh, Nepal, Vietnam dan Indonesia yang dalam katogeri pekerja tidak mahir kini ramai yang beralih cari peluang kerja lain dengan menjadi tauke kepada rakyat Malaysia dalam sektor peruncitan atau pembinaan,” jelasnya.

Raduan berkata, kehadiran kumpulan imigran secara `beramai-ramai’ itu juga menyebabkan kumpulan tersebut lebih berani membuat pelbagai tuntutan tidak berasas antaranya mahu lokasi khas buat mereka untuk bermasyarakat dalam kalangan rakan senegara.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan `buka mata’ menilai semula polisi kemasukan pekerja asing selain memperkasakan penguat kuasa menjaga laluan tikus agar tidak terus dibolosi warga asing.

Dalam pada itu, pakar Geostrategis, Prof. Dr. Azmi Hassan berkata, secara umumnya, kesan kebanjiran migran sudah nyata apabila berlaku perkahwinan antara rakyat tempatan dengan warga asing.

Menurut beliau, perkara tersebut terus berlaku dan lama-kelamaan etnik atau budaya setiap bangsa terutama Melayu, Cina dan India negara ini akan hilang.

“Lihat sahaja sekarang ini, berapa banyak sudah anak-anak yang lahir dalam kalangan kahwin antara dua negara.

“Jika kahwin Melayu dengan Bangladesh, keturunan anak tersebut sudah tidak tulen untuk bergelar Melayu lagi,” jelas beliau.

Azmi berkata, Malaysia sebagai negara migran semakin jelas apabila kebanyakan negeri sudah mempunyai kawasan yang dikuasai kelompok rakyat dari sesebuah negara.

“Malah di Lembah Klang, ada sahaja restoran atau kedai yang menjual makanan asas buat warga asing seperti kedai peruncitan khas menjual barang dari Indonesia, Vietnam, Filipina dan Arab Saudi,” kata beliau.

Jelasnya, perkembangan tersebut tidak baik untuk negara kerana kemasukan warga asing itu jika terus dibiarkan, mereka akan menguasai negara ini.

Justeru, tambahnya, kerajaan dan penguat kuasa harus melihat kebanjiran migran ini sebagai keutamaan mungkin sama keutamaan seperti kerajaan membanteras Covid-19. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/kebanjiran-warga-asing-jadikan-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Rumah Keduaku Berisiko Jadikan Malaysia Negara Jenayah

Malaysia Rumah Keduaku Berisiko Jadikan Malaysia Negara Jenayah

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 384 hits
PETALING JAYA Kerajaan digesa mengkaji semula program Malaysia Rumah Keduaku yang dilihat gagal menapis pemohon sehingga Malaysia berisiko dijadikan negara jenayah Bercakap kepada Utusan Malaysia penganalisis jenayah Shahul Hamid Abdul Rahi...
Pegawai Imigresen Dipenjara 10 Tahun Kerana Terima Rasuah Bagi Melepaskan Warga Asing

Pegawai Imigresen Dipenjara 10 Tahun Kerana Terima Rasuah Bagi Melepaskan Warga Asing

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 340 hits
SEREMBAN Seorang pegawai Imigresen dipenjara 10 hari dan didenda RM10 000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah menerima rasuah bagi melepaskan warga asing dua tahun lalu Hakim Madihah Harullah memerintahkan Moham
Pdrm Usaha Ekstradisi Tiga Warga Thailand Ke Malaysia

Pdrm Usaha Ekstradisi Tiga Warga Thailand Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 233 hits
Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI Seorang anggota PGA Koperal Judin Awi menunjukkan lokasi pertempuran antara polis dan penyeludup hingga mengakibatkan Baharuddin mati ditembak manakala Norihan cedera parah di kawasan hutan berhampiran pos sem...
Malaysia Negara Pertama Guna Bas Tanpa Pemandu Di Asia Tenggara

Malaysia Negara Pertama Guna Bas Tanpa Pemandu Di Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 349 hits
FMT ReportersBas tanpa pemandu pertama akan beroperasi di Iskandar Malaysia PETALING JAYA Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai sistem pengangkutan bas tanpa pemandu atau bas pandu sendiri yang akan direalisa...
Warga Asing Pujuk Liwat Remaja Lelaki Hadiah Rm5 Sebagai Ganjaran

Warga Asing Pujuk Liwat Remaja Lelaki Hadiah Rm5 Sebagai Ganjaran

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 366 hits
274 total views 274 views today Pengalaman ke kedai runcit seorang remaja lelaki bertukar menjadi tragedi apabila dia dikatakan telah diliwat oleh seorang pekerja kedai runcit di Kota Kinabalu Terbaru dilaporkan seorang pembantu kedai warga...
Negara Jiran Terus Membangun Di Malaysia Hanya Takat Berebut Jadi Perdana Menteri

Negara Jiran Terus Membangun Di Malaysia Hanya Takat Berebut Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 512 hits
DI SINGAPURA kerajaan Singapura SIBUK membina pelantar solar terapung terbesar di dunia untuk menjana kuasa tenaga elektrik https www straitstimes com singapore singapore now home to one of the worlds largest floating solar farms DI INDONES...
Berkahwin Dengan Warga Asing Wanita Melayu Ini Kongsi Pengalaman Yang Tidak Dijangka Terhadapnya

Berkahwin Dengan Warga Asing Wanita Melayu Ini Kongsi Pengalaman Yang Tidak Dijangka Terhadapnya

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 660 hits
Perkahwinan campur dalam masyarakat kita bukanlah perkara asing lagi Cuma cara penerimaan sahaja yang kadang kadang berbeza MentaIiti rakyat kita kadang kadang memandang hin4 kepada pasangan yang berkahwin campur Bukankah kalau sudah itu jo...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life