Bahaya Jenayah Atasi Undang Undang Kemungkinan Negara Diperintah Mafia


BANGI – Negara bakal berdepan dengan malapetaka, sekiranya kedudukan kes-kes jenayah yang berlaku ketika ini mengatasi undang-undang.

Tidak mustahil jika perkara berkenaan berlaku, hala tuju pemerintah mungkin perlu mengikut telunjuk golongan berkepentingan seperti oganisasi mafia.

Amir gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, keadaan itu akhirnya akan menyebabkan nasib rakyat yang bergantung kepada kedaulatan undang-undang tidak terpelihara.

“Bahaya jenayah yang berada atas undang-undang, kemungkinan negara diperintah ikut kepentingan mafia, kes berprofil tinggi akan dilepaskan, nasib rakyat bawahan tidak akan terbela.

“Kartel Cina yang kuasai atasan Melayu mendedahkan hakikat di sebalik tabir yang tersembunyi selama ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas artikel bertajuk ‘As IGP Hamid Bador said, the Mafia runs PDRM’ tulisan blogger kontroversi Raja Petra Kamarudin yang disiarkan Malaysia Today, semalam.

Artikel tersebut mendedahkan, gerakan bawah tanah Cina dan sindiket jenayah mengawal Polis Diraja Malaysia (PDRM), bahkan memutuskan siapa yang dinaikkan pangkat dan siapa akan dipindahkan.

Sehubungan itu, Ustaz Abdullah Zaik berharap, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador terus teguh dengan tekadnya untuk membanteras gejala yang sedang membelenggu PDRM itu.

“Harap IGP dapat teruskan perjuangan dan rakyat akan menyokong usaha membersihkan PDRM dari pengaruh kartel Cina,” katanya lagi.

Ogos tahun lalu, PDRM dilaporkan memerlukan sekurang-kurangnya 16,000 anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bagi membanteras penyalahgunaan dadah dilakukan lebih efektif di seluruh negara.

Abdul Hamid berkata, keanggotaan JSJN di seluruh negara kira-kira 5,000 orang atau hanya lima peratus berbanding anggota dan pegawai di jabatan PDRM lain.

“Sebab itu jika JSJN tidak dibekalkan dengan senjata dan keanggotaan mencukupi serta peruntukan undang-undang yang tegas, tidak mustahil kita akan berdepan dengan masalah seperti di Amerika Latin iaitu mafia atau ‘war lord’ menguasai negara kita,” katanya.

Abdul Hamid kemudian mendedahkan, kewujudan kartel pegawai muda yang didakwa cuba menjatuhkan beliau.

Beliau mendakwa gerakan itu juga merupakan kumpulan sama yang mendalangi kartel dalam PDRM dengan hasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.

Pada 19 Oktober 2017, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa, kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral di negara ini didakwa didalangi oleh sembilan ketua digelar dragon selain mengutip hasil RM5 bilion sebulan.

Beliau mendakwa, sistem sembilan dragon itu telah lama diamalkan oleh kumpulan sindiket jenayah terbabit hinggakan semuanya mempunyai kuasa di dalam agensi penguat kuasa di negara ini.

Malah, dakwanya, kumpulan itu juga berkeupayaan untuk menukarkan penguat kuasa yang dirasakan mengganggu gugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.

Kesukaran untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan berkenaan, ujar beliau, disebabkan pihak atasan organisasi terbabit telah menjalin hubungan rapat dan saling bekerjasama dalam beberapa urusan selain turut menerima wang ‘perlindungan’.

Susulan dakwaan itu, PDRM mendedahkan terdapat dalang dan ketua sindiket perjudian di negara ini terdiri daripada kalangan orang kenamaan berpangkat Datuk, Datuk Seri serta Tan Sri.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara pada ketika itu, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan menyifatkan golongan orang kenamaan tersebut menggunakan pengaruh mereka untuk melindungi sindiket haram berkenaan. - ismaweb.net
Lihat disini juga: The Mafia Runs PDRM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/bahaya-jenayah-atasi-undang-undang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Undang Undang Persaingan Di Negara Ini Perlu Di Kaji Semula Hentikan Monopoli Grab

Pkr Undang Undang Persaingan Di Negara Ini Perlu Di Kaji Semula Hentikan Monopoli Grab

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 207 hits
PETALING JAYA Undang undang persaingan di negara ini perlu dikaji semula berdasarkan amalan monopoli oleh syarikat seperti Grab kata dua anggota parlimen PKR selain menyarankan agar syarikat pemula niaga bernilai berbilion dolar itu harus d...
Malaysia Rumah Keduaku Berisiko Jadikan Malaysia Negara Jenayah

Malaysia Rumah Keduaku Berisiko Jadikan Malaysia Negara Jenayah

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 383 hits
PETALING JAYA Kerajaan digesa mengkaji semula program Malaysia Rumah Keduaku yang dilihat gagal menapis pemohon sehingga Malaysia berisiko dijadikan negara jenayah Bercakap kepada Utusan Malaysia penganalisis jenayah Shahul Hamid Abdul Rahi...
Pemerintah Ajak Berbagai Negara Ikut Terlibat Program Travel Safe Corridor Di Bali

Pemerintah Ajak Berbagai Negara Ikut Terlibat Program Travel Safe Corridor Di Bali

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 209 hits
Tim dari Kementerian Luar Negeri telah menjalin komunikasi hingga tahap akhir dengan sejumlah negara
Berapa Kali Kita Nak Negara Disamun Diliwat Ditebuk

Berapa Kali Kita Nak Negara Disamun Diliwat Ditebuk

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 270 hits
MASIH Tak sedar diri Gambar semburit bukan main tergedik gedik kata nampak Tak blur Tapi gambar sendiri sikap sendiri PERANGAI sendiri tergedik gedik sokong penyamun peliwat penebuk Tak pula nampak
Pemerintah Tata Ulang Pipa Dan Kabel Bawah Laut Guna Tingkatkan Pendapatan Negara

Pemerintah Tata Ulang Pipa Dan Kabel Bawah Laut Guna Tingkatkan Pendapatan Negara

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 278 hits
Penertiban tersebut dilakukan agar pemanfaatan ruang bawah laut menjadi disiplin dan tidak dimanfaatkan pihak yang tak bertanggungjawab dalam akibat kesemrawutan penataan pipa dan atau kabel bawah laut
Mantan Dirut Btn Didakwa Rugikan Negara Rp 279 Miliar

Mantan Dirut Btn Didakwa Rugikan Negara Rp 279 Miliar

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 174 hits
Jaksa penuntut umum meyakini Maryono telah melakukan perbuatan melawan hukum secara bersama sama
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord