Razlan Dakwa Ramai Pemimpin Pas Jadi Buta Tuli Selepas Dapat Habuan Dari Kerajaan Pn
Panas!!! Razlan dakwa ramai pemimpin PAS jadi “buta tuli” selepas dapat habuan dari kerajaan PN. Seorang pemimpin Umno hari ini meminta Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin supaya bertanyakan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mengenai siapa pengkhianat sebenar yang menghalang penyatuan ummah antara parti itu dan Umno.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Razlan Rafii, mendakwa ramai pemimpin PAS yang menjadi “buta tuli” selepas mendapat habuan jawatan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Nada seiring dengan PPBM (Bersatu) yang mengaitkan PRN Melaka kononnya salah Umno, walhal semua tahu Anwar (Ibrahim) menawarkan jawatan ketua menteri kepada Idris (Harun) dan habuan untuk tiga lagi Adun.
“Elok diam dan tak perlu nak ugut-ugut, penyatuan ummah dimulakan oleh Umno dan PAS, Bersatu adalah penghalang ketika itu.
“Tanya Takiyuddin, siapa pengkhianat sebenar! Siapa yang menghalang penyatuan ahli akar umbi dengan Umno? Ramai ahli PAS mahu bersama Umno tanpa PPBM, yang memegang jawatan dan habuan dari kerajaan PN sudah buta tuli melihat kebenaran perjuangan ummah sebenar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu Khairil Nizam dalam satu wawancara bersama Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berpandangan siri “pengkhianatan” oleh Umno bukan dicetuskan parti itu, tetapi oleh kumpulan tertentu di dalamnya.
Katanya, kesabaran PAS dalam mendepani kerenah Umno ada batasnya.
“Jadi kita tak boleh letakkan Umno secara keseluruhan dalam satu bakul. Ada kluster-kluster tertentu. Penghormatan PAS kepada Umno adalah terhadap kluster yang mahukan penyatuan ummah dan yang fokus untuk Malaysia kembali kepada tempatnya selepas berdepan dengan Covid-19,” katanya dalam wawancara itu.
Dalam ada itu Razlan mendakwa antara pemimpin PAS yang bersikap berdiam diri apabila menerima habuan PN termasuk Khairil Nizam sendiri selepas dilantik sebagai senator.
“Mana-mana pihak dalam PAS yang mendapat habuan pangkat serta jawatan seeloknya mengambil sikap senyap, takkala ketua pemuda PAS dilantik Senator, ketua pemuda Umno terus berjuang, takkala Muhyddin Yassin membeli hati PAS dengan jawatan dan pangkat, akar umbi Umno dan PAS terus bergelut berjuang tanpa hilang sekelumit sayang pada ummah.
“Selagi ada yang memikirkan keuntungan peribadi, selagi itu semangat kesatuan ummah akan dikuburkan,” katanya lagi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/02/razlan-dakwa-ramai-pemimpin-pas-jadi.html