Dulu Apu Angkatan Perpaduan Ummah Sekarang Kerajaan Isle Dua Dua Lingkup Jika Berkawan Dengan Pas Yang Gila Berkuasa


 
Melihat reaksi tindak balas pimpinan UMNO terhadap gelaran itik patah kaki yang diberi Presiden Pas, Hadi Awang kepada parti itu, satu perkara yang nyata ialah tiada langsung tanda keinginan untuk menjernihkan suasana.
Malah, serangan balas UMNO terhadap kenyataan Hadi itu lebih keras dan menyakitkan lagi.
Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata, UMNO tidak kisah walau digelar apa sekali pun.
“Bagi mereka yang menggelar UMNO dengan pelbagai gelaran seperti itik, angsa, harimau dan sebagainya – gelarlah dengan pelbagai gelaran apa pun.
“Tetapi, UMNO masih lagi parti Melayu terbesar. Malah parti politik terbesar di Malaysia,” ujarnya seperti menyindir Pas.
Malah, Mohamad yang juga popular dengan gelaran Tok Mat berkata, UMNO mampu bangkit semula selepas kekalahan PRU14 bukanlah kerana ‘ubatan mujarab’ daripada PAS.
“UMNO bukan seperti parti lain. Tiada wala’ kepada presiden dan tiada seorang yang berkuasa memutuskan segalanya.
“UMNO adalah parti untuk semua dan bukan dikuasai oleh kelompok tertentu sahaja,” tambah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu lagi.
Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin pula berkata, walaupun Pas sebuah parti yang kuat dan hebat, tetapi UMNO tidak mahu menumpang kekuatan dan kehebatan tersebut.
Khaled juga mengingatkan Hadi dan PAS bahawa “kluster mahkamah” tidak ada kena-mengena dengan PRN Johor.
Bahkan katanya, beliau sendiri berpendirian isu mahkamah membabitkan pemimpin UMNO wajar diselesaikan melalui proses perundangan.
Bagaimanapun, tegas Khaled, dalam keseriusan Hadi mahu menyatukan semua pihak di bawah kemajmukan PN dan MN, diharapkan Presiden Pas itu tidak lupa untuk turut menjemput Amanah dan DAP bersama sekali.
“Barulah benar-benar majmuk,” sindirnya.
Sementara itu, ahli MT UMNO, Shabery Chik secara sinis menempelak Pas yang disifatkannya suka bermain banyak kolam dalam politik.
Beliau berkata, mereka yang suka bermain banyak kolam umpama “berudu” yang bergantung kepada air sebagai punca kuasa.
“Bagi yang suka bermain di banyak kolam sepatutnya kenal apa itu berudu. Hidup berudu terlalu bergantung kepada air kerana banyak makanan di situ.
“Air itu seperti kuasa, kering air akan menyebabkan berudu mati.
“Berudu dalam masa beberapa minggu tumbuh kaki dan menjadi katak.
“Katak akan terus melompat dan mencari air untuk melahirkan lebih banyak berudu,” ujarnya lagi.
Dengan respon sedemikian rupa, malah reaksi pimpinan UMNO di pelbagai peringkat yang lain tentu lebih kurang saja nadanya, berbaik semula dengan Pas sudah seperti jauhnya panggang dengan api saja layaknya.
Dalam erti kata lain, laungan penyatuan ummah dan perpaduan Melayu yang didendangkan ketika berbaik sebelum ini sudah tidak bermakna lagi.
Ia umpama sudah hancur dan punah, walaupun tidak diumumkan secara rasmi oleh kedua-dua parti.
Barangkali, kalah dan hilang kuasa sekali lagi pun belum tentu mereka mahu berbaik kembali.
Setelah puluhan tahun bermusuhan, kemudian berbaik semula, akhirnya ternyata berbalah dan bergaduh lebih menyeronokkan buat UMNO dan Pas. – ShahbudinHusin 29/01/2022.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/dulu-apu-angkatan-perpaduan-ummah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanpa Umno Pas Tak Akan Jadi Sebahagian Dari Kerajaan Tok Mat Bidas Hadi

Tanpa Umno Pas Tak Akan Jadi Sebahagian Dari Kerajaan Tok Mat Bidas Hadi

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 230 hits
SURI LAILATimbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengingatkan Pas bahawa tanpa Umno Pas tidak mungkin akan berada di dalam kerajaan seperti hari ini Beliau berkata Umno juga bangkit semula bukan kerana ubat mu...
Pas Bersatu Ingatkan Kerajaan Tentang Sokongan Bersyarat Pn

Pas Bersatu Ingatkan Kerajaan Tentang Sokongan Bersyarat Pn

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 230 hits
PAS dan Bersatu hari ini mengingatkan kerajaan bahawa sokongan yang diberikan kepada Ismail Sabri Yaakob bukanlah dibuat dengan begitu saja sebaliknya bersyarat Menurut Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sokongan yang diberikan sehingga memu...
Kerajaan Gagal Vaganza Pru15 Nak Jalankan Sekarang Selfish

Kerajaan Gagal Vaganza Pru15 Nak Jalankan Sekarang Selfish

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 210 hits
Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Pengarah Komunikasi KEADILAN YB Fahmi Fadzil mengulas kenapa kerajaan sekarang diberi nama jolokan KERAJAAN GAGAL VAGANZA Beliau juga menyentuh terdapat beberapa pihak yang mahukan PRU15 diadakan sekarang
Owhhh Penyatuan Pas Umno Ada Bisikan Syaiton Perpecahan Sekarang Sebab Kewujudan Malaikat Pembohong Kuat Pak Lebai

Owhhh Penyatuan Pas Umno Ada Bisikan Syaiton Perpecahan Sekarang Sebab Kewujudan Malaikat Pembohong Kuat Pak Lebai

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 245 hits
SHAHBUDIN HUSINRupa rupanya penyatuan UMNO dengan Pas selama ini adalah angkara bisikan syaitan tapi apakah perpecahan yang terjadi sekarang disebabkan kewujudan malaikat
Nik Aziz Dan Hadi Pernah Perang Dingin Kerana Kerajaan Perpaduan Kata Tantawi

Nik Aziz Dan Hadi Pernah Perang Dingin Kerana Kerajaan Perpaduan Kata Tantawi

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 320 hits
MALAYSIA DATELINEBuat pertama kalinya secara rasmi seorang pemimpin kanan Pas mengesahkan bekas Mursyidul Am Pas Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menentang kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Aw...
Melayu Isle Berkuasa Melingkup Juga Negara

Melayu Isle Berkuasa Melingkup Juga Negara

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 191 hits
Sejak PRU14 habis dicanang dan dijual retorik Kerajaan Melayu Islam Untuk kesatuan ummah dan kekuatan bangsa kata mereka Semualah perkara dijadikan modal Islam terancam Kemuncaknya berlakukah Langkah Sheraton maka tertubuhlah Kerajaan Idama...
Dulu Pegang Mikrofon Sekarang Pegang Sepana

Dulu Pegang Mikrofon Sekarang Pegang Sepana

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 281 hits
Oleh AMRAN MULUP AIDA Hajat di hadapan bengkel membaiki kereta dan motosikal miliknya di Taman Kota Laksamana Melaka UTUSAN AMRAN MULUP MELAKA Berbekalkan prinsip di mana ada kemahuan di situ ada jalan Kata kata itu menjadi pegangan bekas f...
Strategi Pembangkang Fokus Serang Pas Dan Bersatu Rela Umno Berkuasa

Strategi Pembangkang Fokus Serang Pas Dan Bersatu Rela Umno Berkuasa

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 245 hits
agendaily com1 2 2022Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim Berbanding serangan kepada UMNO kebiasaannya akan diserang parti pembangkang nampaknya berlainan sedikit kali ini apabila fokus kecaman lebih tertumpu kepada PA...
Apakah Politik Dan Sikap Kerajaan Sekarang Lebih Wibawa Dan Bermoral

Apakah Politik Dan Sikap Kerajaan Sekarang Lebih Wibawa Dan Bermoral

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 265 hits
Satu contoh kes Azam Baki Setakat mana PM kerajaan Parlimen tangani isu tersebut Apakah Azam ada berlori rahsia hingga ia begitu kebal dan tidak boleh disentuh Apakah rahsia ITU pula berbentuk skandal yang sekali lagi memalukan NEGARA dan a...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Rahsia Telur Dadar Padang Rangup Gebu Ini Cara Asli Orang Minang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Ayam Phet

Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998