Razali Tak Bertanding Bukan Kerana Takut Kalah


malaysiakini.com
Shakira Buang
Diterbitkan: Oct 21, 2022
PRU15 | Pengerusi Bersatu Terengganu, Razali Idris, menyatakan dia yakin mampu menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang jika bertanding.

Namun, katanya, dia memilih untuk tidak menyertai PRU pada 19 Nov ini kerana mahu menumpukan perhatian kepada tugasannya selaku ahli Dewan Negara.

Pada masa sama, kata Razali, dia juga tidak mahu dicalonkan Perikatan Nasional (PN) Terengganu berdasarkan semangat setia kawan dengan PAS.

"Mana kalah... tak kalah, insya-Allah dan saya (tak tanding) bukan takut kalah sebaliknya beri laluan untuk PAS tanding di kerusi (yang akan ditentukan PN)," katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu Razali dihubungi untuk mendapatkan reaksi mengenai keputusannya tidak bertanding sebagai calon PN dalam PRU ke-15 bulan depan.

Ekoran pengumuman dibuat Razali baru-baru ini, timbul spekulasi yang menganggap keengganan tersebut didorong oleh kebimbangan dia sekali gagal mendapat kemenangan.

Dalam PRU ke-14, Razali diletakkan sebagai calon Bersatu-Pakatan Harapan (PH) di kerusi parlimen Hulu Terengganu. Bagaimanapun dia tertinggal jauh daripada pemenang, Rosol Wahid, dari Umno-BN yang memperoleh 30,926 undi.

Juga tidak merajuk

Tempat kedua pula dikuasai calon PAS, Muhyidin Abdul Rashid, yang mendapat 28,057 undi. Razali hanya memperoleh 3,364 undi.

Secara keseluruhan ada lapan kerusi parlimen di Terengganu dengan enam daripadanya dimenangi PAS. Selain Hulu Terengganu, Umno-BN juga memenangi Besut melalui Idris Jusoh.

Selepas PH membentuk kerajaan melalui mandat pada PRU ke-14, Rosol meninggalkan Umno untuk menjadi ahli parlimen bebas sebelum akhirnya menyertai Bersatu.

Bersatu kemudian meninggalkan PH sehingga membawa jatuhnya gabungan tersebut daripada menjadi kerajaan.

Kata Razali, sebagai senator dia mempunyai tugas yang perlu dilaksanakan sehingga penggalnya tamat pada 2024.

Keputusan enggan dicalonkan itu, menurutnya, sudah dimaklumkan kepada Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.
Mengulas lanjut, dia yang juga anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berkata memang tiada kerusi parlimen yang dilihat sesuai diperuntukkan kepadanya.

Jika ada sekali pun, katanya, ia adalah kawasan yang dimenangi oleh PAS pada 2018.

"Saya tak merajuk pun. Saya kekal sebagai senator sehingga habis penggal.

"Lagi pun saya tak ada kerusi dan kebetulan tempat saya itu (kerusi untuk) PAS. Jadi, kita tak boleh ganggulah dan sebab itu saya pilih untuk tidak bertanding dan kita bagi laluan kepada (penyandang) kerusi yang dah menang sekarang," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/razali-tak-bertanding-bukan-kerana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Pendidikan Menteri Takut Dikritik Dan Kalah Pilihanraya

Isu Pendidikan Menteri Takut Dikritik Dan Kalah Pilihanraya

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 197 hits
Hari ini agak gempita dengan posting yang dibuat oleh Cikgu Fadli Salleh Dia kongsikan surat tunjuk sebab daripada KPM atas kelantangannya menyuarakan perkara yang tidak betul dalam sistem pendidikan negara ini Klik pautan ini untuk baca Ak...
Cina Dap Cabar Soh Buat Laporan Polis Tu Takkan Lebai Takut Kot Ceh Cina Dap Pulak Tu Bukan Cina Mca

Cina Dap Cabar Soh Buat Laporan Polis Tu Takkan Lebai Takut Kot Ceh Cina Dap Pulak Tu Bukan Cina Mca

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 223 hits
BOB KELANANGKENAPA BARU SEKARANG CAKAP UMNO RASUAH LIM SIP ENG SOAL HADI PETALING JAYA Seorang pemimpin DAP mempersoalkan tindakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bersekongkol dengan pemimpin Umno yang didakwanya baru baru ini sebagai penerim...
Apa Lah Kelaku Pak Pak Lebai Penunggang Agama Dah Tak Ada Isu Lain Takut Makan Saman Kot

Apa Lah Kelaku Pak Pak Lebai Penunggang Agama Dah Tak Ada Isu Lain Takut Makan Saman Kot

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 214 hits
twitter comPAS Pusat on Twitter Mantan Menteri AGAMA PH sokong ElJiBiTi Waktu PH memerintah dahulu awal awal lagi mereka dah bangkitkan kemarahan rakyat dengan isu ElJiBiT Baca lanjut di https t co ZgLKWJbMdf TolakPH StabildanBersih PASBeri...
Takut Ada Spoiler Lee Seunggi Lee Seyoung Enggan Kongsi Ending Drama The Law Cafe

Takut Ada Spoiler Lee Seunggi Lee Seyoung Enggan Kongsi Ending Drama The Law Cafe

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 192 hits
Macam mana drama The Law Cafe setakat ini ARTIKEL BERKAITAN Menurut laporan dari Star News baru baru ini produksi bagi drama The Law Cafe kini sudah selesai dengan sesi penggambaran mereka Drama law mance ini menggabungkan keserasian antara...
Anwar Takut Nak Menentang Azmin Di Gombak Betoi Ka

Anwar Takut Nak Menentang Azmin Di Gombak Betoi Ka

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 220 hits
Perikatan Nasional menggesa Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk menepati kenyataannya yang mahu bertanding di kerusi yang disandang pengkhianat PKR pada pilihan raya akan datang menyifatkan sikap pemimpin pembangkang itu yang bertukar nada ker...
Gara Gara Takut Hantu Kawan Bukan Islam Sanggup Buka Surah Yassin Di Asrama

Gara Gara Takut Hantu Kawan Bukan Islam Sanggup Buka Surah Yassin Di Asrama

papar berkaitan - pada 14/10/2022 - jumlah : 177 hits
Baru baru ini perkongsian di Tik Tok ini menjadi tumpuan ramai memaparkan gelagat seorang pelajar berbangsa Cina di sebuah asrama Menerusi video yang dimuat naik ini pemilik video berkongsikan gelagat rakan sebiliknya yang bukan beragama Is...
Musa Hitam Semua Parti Termasuk Umno Takut Tiada Yakin Menang Pru15

Musa Hitam Semua Parti Termasuk Umno Takut Tiada Yakin Menang Pru15

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 233 hits
MalaysiakiniBekas timbalan perdana menteri Musa Hitam membuat spekulasi bahawa Umno dan BN tidak akan mampu menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya umum ke 15 nanti dan akan menjadi minoriti Bercakap pada program Bicara Tokoh Kecelaruan Po...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi