Rayuan Kes Src Najib Fail Permohonan Kemuka Bukti Baharu


Oleh Bernama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengadakan sidang media berkenaan kes pecah amanah terhadap dana syarikat SRC International Sdn. Bhd di Bukit Tunku, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid DATUK Seri Najib Tun Razak memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk membenarkan bukti baharu dikemukakan dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd.
Bekas Perdana Menteri itu memfailkan permohonan tersebut semalam melalui Tetuan Shafee & Co, hanya seminggu sebelum Mahkamah Rayuan membuat keputusan rayuannya yang dijadualkan pada 8 Disember.
Menerusi notis usul yang diperoleh media, Najib memohon Mahkamah Rayuan membenarkan dan mengarahkan supaya keterangan viva voce (secara lisan) diambil daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki, pegawai penyiasat SPRM Rosli Hussein, yang merupakan saksi pendakwaan ke-57 dalam kes berkaitan SRC itu serta keterangan mana-mana saksi lain berhubung kes itu.
Dalam afidavit yang difailkan bagi menyokong permohonannya, Najib berkata permohonan itu dibuat olehnya tanpa berlengah-lengah sebaik sahaja dimaklumkan dan dapat mengumpul semua maklumat dan dokumen yang diperlukan.
Najib, 68, mendakwa maklumat sedemikian tidak ada atau tidak diperoleh semasa perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi dan semasa Mahkamah Rayuan mendengar rayuan berkenaan.
Najib berkata beliau membuat permohonan itu berikutan kenyataan akhbar SPRM bertarikh 19 November lepas, mengenai usaha mendapatkan semula aset dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antaranya dari Singapura.
“Dinyatakan bahawa, Kerajaan Singapura telah memulangkan sejumlah US$15.4 juta kepada Malaysia berkaitan akaun Cutting-Edge Industries Ltd (CEIL) yang dimiliki oleh Datuk Dr Tawfiq Ayman,  suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
“Pada Oktober dan Disember 2020, artikel diterbitkan oleh portal berita dalam talian yang melaporkan Zeti dan keluarganya telah menerima berjuta-juta dolar daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low termasuk dana yang dikaitkan dengan 1MDB,” katanya.
Najib mendakwa Tawfiq dan dua anak lelakinya iaitu Alif Ayman Aziz dan Abdul Aziz telah menandatangani akuan berkanun yang menyatakan bahawa mereka adalah pemilik benefisial akaun CEIL dan US$15.4 juta telah dihantar dan dipersetujui kepada permohonan Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura (CAD) supaya ia dipindahkan ke akaun 1MDB.
Dana itu dikatakan daripada Iron Rhapsody Ltd, sebuah syarikat yang berpangkalan di British Virgin Islands yang dikendalikan oleh Tawfiq dan seorang anak lelakinya.
Afidavit Najib menyatakan bahawa antara 2008 dan 2009, Iron Rhapsody menerima US$16.219 juta daripada syarikat-syarikat milik Jho Low hasil daripada Nota Jangka Sederhana Islam 1MDB sebanyak RM5 bilion yang dijual pada 2009.
Najib mendakwa bahawa pada 20 Jan 2021, peguamnya telah menulis surat kepada Monetary Authority Singapore (MAS) dan CAD untuk mendapatkan pengesahan dan dokumentasi berkaitan akaun CEIL, Iron Rhapsdoy Ltd, Jho Low serta Nik Faisal Ariff Kamil (bekas ketua pegawai eksekutif SRC) dan prosiding undang-undang yang diambil terhadap penyitaan harta kepunyaan mereka.
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengadakan sidang media berkenaan kes pecah amanah terhadap dana syarikat SRC International Sdn. Bhd di Bukit Tunku, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
“Beberapa e-mel susulan turut dihantar dan dibalas. Akhirnya, pada 24 Mac tahun ini, peguam saya menerima e-mel daripada pegawai Jabatan Hal Ehwal Komersial yang menolak permohonan peguam saya. Di sebalik usaha di atas, saya tidak dapat mendapatkan bukti yang kini telah disahkan secara boleh dipercayai melalui kenyataan akhbar SPRM bertarikh 19 Nov tahun ini.
“Saya benar-benar percaya bahawa bukti yang telah ditemui dan disahkan secara boleh dipercayai mendedahkan keterlibatan Zeti dalam rancangan Jho Low. Saya percaya bahawa peranan Zeti dalam memudahkan Jho Low menyebabkan tiada amaran atau isu luar aturan ditimbulkan mengenai perkara berkaitan urus niaga dalam akaun saya antara 2011 dan 2015 dan seterusnya menyediakan cara untuk Jho Low melakukan manipulasinya,” kata Najib.
Oleh itu, beliau memohon Mahkamah Rayuan memutuskan permohonan ini sebelum menyampaikan keputusannya.
Pada 23 November, Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Dis untuk keputusan rayuan Najib dan pada hari yang sama beliau memohon untuk menangguhkan tarikh keputusan rayuannya itu kerana beliau akan berada di Singapura sehingga 5 Dis.
Bagaimanapun, pada hari berikutnya, Mahkamah Rayuan menolak permohonan itu.
Sementara itu, pada sidang media di ibu negara, Malaysiakini melaporkan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa pihak pembelaan tidak mengetahui bahawa Zeti Akthar sedang disiasat.
Muhammad Shafee berkata demikian ketika menjawab soalan mengapa pihak pembelaan tidak menerima tawaran pihak pendakwaan supaya Zeti tampil memberi keterangan semasa perbicaraan rasuah RM42 juta bekas perdana menteri itu membabitkan SRC International.
“Dalam kes SRC, pihak pendakwaan menawarkannya kepada kami seolah-olah dia tidak penting. Mereka tidak pernah memberitahu kami Zeti sedang disiasat,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/rayuan-kes-src-najib-fail-permohonan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Najib Tangguh Keputusan Rayuan Hukuman Kes Src Ditolak

Permohonan Najib Tangguh Keputusan Rayuan Hukuman Kes Src Ditolak

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 195 hits
AGENDA DAILY Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta pada Julai 2020 selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan berkaitan dana RM42 juta milik S...
12 Tahun Dalam Tangan Mahu Rayuan Lagi Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Keputusan Kes Dana Src International

12 Tahun Dalam Tangan Mahu Rayuan Lagi Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Keputusan Kes Dana Src International

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 322 hits
Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh keputusan kes dana SRC International November 24 2021 Najib Razak yang kini berada di Singapura bersama anaknya yang baru baru ini bersalin hanya akan pulang pada 5 Dis dan perlu menjalani kuarantin h...
Rayuan Kes Src Najib Peguam Senaraikan Kemungkinan Senario

Rayuan Kes Src Najib Peguam Senaraikan Kemungkinan Senario

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 154 hits
Haniff Khatri Malaysiakini Pada hari Rabu 1 Disember lalu Najib Razak telah dilaporkan oleh media bahawa dia telah failkan satu Permohonan untuk kebenaran menampilkan dan menerima keterangan baru bagi tujuan diambilkira dalam rayuannya berh...
Tiada Perubahan Keputusan Rayuan Kes Src Babit Najib Esok

Tiada Perubahan Keputusan Rayuan Kes Src Babit Najib Esok

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 409 hits
PUTRAJAYA Esok tetap esok belum ada sebarang petunjuk untuk keputusan esok ditangguhkan kata Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil di Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa Beliau yang bersidang bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Ala...
Kes Najib Peguam Mohon Tangguh Keputusan Rayuan Dalam Kes Src

Kes Najib Peguam Mohon Tangguh Keputusan Rayuan Dalam Kes Src

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 203 hits
Pasukan peguam bela Najib Razak memohon agar perbicaraan kes SRC International hari ini dan esok di Mahkamah Rayuan ditangguhkan selepas seorang ahlinya disahkan positif Covid 19 kata pihak pendakwaan Pasukan pendakwaan dalam kes SRC Intern...
Menjelang Keputusan Rayuan Najib Mohon Kemuka Bukti Baru

Menjelang Keputusan Rayuan Najib Mohon Kemuka Bukti Baru

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 173 hits
Beberapa hari sebelum Mahkamah Rayuan dijadual membuat keputusan terhadap rayuan Najib Razak terhadap sabitan terhadapnya dalam kes rasuah RM42 juta SRC International bekas perdana menteri itu mengemukakan bukti baru untuk menyokong pembela...
Kes Src Keputusan Rayuan Najib Pada 8 Dis

Kes Src Keputusan Rayuan Najib Pada 8 Dis

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 169 hits
Putrajaya Mahkamah Rayuan di sini menetapkan 8 Dis ini untuk keputusan rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd Pejabat Ketua Pend...
Najib Buat Laporan Polis Minta Siasat Wujud Isu Persembunyian Bukti Kes 1mdb Dan Src

Najib Buat Laporan Polis Minta Siasat Wujud Isu Persembunyian Bukti Kes 1mdb Dan Src

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 210 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meminta Polis Diraja Malaysia menyiasat jika wujud persembunyian bukti material berhubung transaksi wang berkaitan 1Malaysia Development Berhad dan SRC International Bekas Perdana Menteri itu tur...
Kes Src Najib Bukti Kukuh Dan Menyakinkan

Kes Src Najib Bukti Kukuh Dan Menyakinkan

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 248 hits
KES SRC NAJIB BUKTI KUKUH DAN MENYAKINKAN Aku tak pasti apa keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Tetapi siapa yang baca penghakiman Sebelum dilantik Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali Bukti yang dikemukan Pendakwaraya masa tu Cukup kuat dan Menyakin...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih