Permohonan Najib Tangguh Keputusan Rayuan Hukuman Kes Src Ditolak


AGENDA DAILY

Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, pada Julai 2020 selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan berkaitan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Tarikh keputusan bagi rayuan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak membabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC) kekal pada 8 Disember ini.
Keputusan mengekalkan tarikh keputusan tersebut dibuat selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib yang mahu menangguhkannya kerana berada di Singapura pada tarikh sama itu.
Perkara itu dimaklumkan melalui surat yang ditandatangani Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron kepada Najib, firma guaman Tetuan Shafee & Co dan Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara.
Melalui surat berkenaan, menyatakan permohonan menangguhkan tarikh keputusan adalah tidak dibenarkan dan semua pihak dikehendaki hadir pada tarikh keputusan rayuan yang sudah ditetapkan sebelum ini.
Media semalam, melaporkan bahawa Najib memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan tarikh keputusan rayuan berkenaan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya.
Beliau memohon untuk menangguhkannya ke tarikh selepas 13 Disember kerana bekas perdana menteri itu perlu menjalani kuarantin di rumah sekembalinya dari Singapura.
Melalui surat kepada Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan, Najib memohon supaya tarikh 8 Disember dilapangkan dan tarikh keputusan ditetapkan pada minggu seterusnya iaitu minggu 13 Disember hingga 17 Disember ini (atau mana-mana tarikh lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.
Permohonan itu dibuat kerana Najib selaku perayu akan berada di Singapura untuk melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang melahirkan anak kedua sehingga 5 Disember ini dan sejurus pulang, beliau diwajibkan untuk kuarantin kendiri selama tujuh hari.
Najib merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lalu yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta dana SRC.
SRC ialah subsidiari kepada syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram (masing-masing tiga tuduhan) serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun, bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Bagaimanapun, beliau hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun selepas hakim itu memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.
Rayuan Najib akan diputuskan paneltiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/permohonan-najib-tangguh-keputusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Tahun Dalam Tangan Mahu Rayuan Lagi Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Keputusan Kes Dana Src International

12 Tahun Dalam Tangan Mahu Rayuan Lagi Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Keputusan Kes Dana Src International

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 423 hits
Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh keputusan kes dana SRC International November 24 2021 Najib Razak yang kini berada di Singapura bersama anaknya yang baru baru ini bersalin hanya akan pulang pada 5 Dis dan perlu menjalani kuarantin h...
Kes Src Keputusan Rayuan Najib Pada 8 Dis

Kes Src Keputusan Rayuan Najib Pada 8 Dis

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 221 hits
Putrajaya Mahkamah Rayuan di sini menetapkan 8 Dis ini untuk keputusan rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd Pejabat Ketua Pend...
Kes Terowong Rayuan Guan Eng Pindah Mahkamah Tinggi Ditolak

Kes Terowong Rayuan Guan Eng Pindah Mahkamah Tinggi Ditolak

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 205 hits
BERNAMA PROSIDING perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng membabitkan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang kekal di Mahkamah Sesyen Ini berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan di yang diketuai Hakim ...
Najib Buat Laporan Polis Minta Siasat Wujud Isu Persembunyian Bukti Kes 1mdb Dan Src

Najib Buat Laporan Polis Minta Siasat Wujud Isu Persembunyian Bukti Kes 1mdb Dan Src

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 257 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meminta Polis Diraja Malaysia menyiasat jika wujud persembunyian bukti material berhubung transaksi wang berkaitan 1Malaysia Development Berhad dan SRC International Bekas Perdana Menteri itu tur...
Najib Di Sabitkan Bersalah 7 Pertuduhan Kes Src International

Najib Di Sabitkan Bersalah 7 Pertuduhan Kes Src International

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 225 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Naj1b Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tujuh pertuduhan tuduhan pecah amanah salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC International...
Pm10 Rakyat Tak Sabar Najib Jangan Minta Tangguh

Pm10 Rakyat Tak Sabar Najib Jangan Minta Tangguh

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 318 hits
GST dan makan semula kangkong kerana harga sayur naik perlu dilaksana semula KUALA LUMPUR Nov 24 The Court of Appeal has rejected an application by Datuk Seri Najib Razak to reschedule the decision date for his conviction and sentencing fro...
Kes Umno Terima Rm16 Juta Wang Src International Akan Dibicara

Kes Umno Terima Rm16 Juta Wang Src International Akan Dibicara

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 207 hits
AGENDA DAILY Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan UMNO untuk membatalkan saman sivil SRC International Sdn Bhd Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan UMNO untuk membatalkan saman sivil SRC International...
Najib Wants Ruling On Src International Case Delayed

Najib Wants Ruling On Src International Case Delayed

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 215 hits
Najib Razak s lawyers requested for the court to deliver the ruling between Dec 13 and 17 PUTRAJAYA The defence in Najib Razak s RM42 million SRC International case is seeking to defer the Dec 8 decision date on the former prime minister s ...
Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025