California Raisins Semarakkan Raya Rasa Sayang Dengan Makanan Yang Lazat


Masa dapat jemputan untuk join pertandingan memasak bersama California Raisins ni memula memang mama tak yakin langsung. Entah macam mana last minit Eyza dan Sally ajak terus join. Hahahah bayangkan memang kami kumpulan terakhir bagi RSVP untuk join dah la kita orang discuss menu semua ni hanya melalui wassap sahaja. Untuk hidangan pun kami bahagi apa kena beli dan sediakan bahan untuk dibawa pada hari pertandingan. Gementar? Of coz la memang takut dengan saingan dari blogger yang hebat


Seramai 24 bloggers yang mengambil bahagian pada hari tersebut dan terdiri daripada 8 kumpulan semuanya dengan kerjasama Raisin Administrative Committee (RAC) bersama California Raisins untuk mencari kumpulan manakah yang berjaya memasak menggunakan kismis yang lazat dan berkhasiat untuk Hari Raya kelak di Berjaya Universiti College of Hospitality. Dengan bertemakan "Raya Rasa Sayang" bertujuan untuk membangkitkan suasana mesra menerusi makanan sempena musim perayaan Aidilfitri. Ia menunjukkan bahawa Kismis California ini bukan sahaja berkhasiat malah ia juga cukup sesuai dijadikan bahan utama dalam sajian makanan yang sedap dalam masakan Hari Raya kelak. 

Kismis merupakan makanan yang sangat digemari oleh orang dewasa dan juga kanak-kanak. Kismis yang dikeringkan di bawah sinar matahari di California ini mempunyai rasa manis semulajadi dan mengandungi khasiat yang banyak kerana ia dapat membantu mengekalkan gaya hidup sihat dan boleh digunakan untuk mencipta pelbagai sajian makanan yang lazat

Menurut Pengarah Promosi Perdagangan RAC bagi Asia Tenggara, Encik Richard Lieu, kebanyakan pengguna, terutama sekali kanak-kanak sangat sesuai makan Kismis California kerana kemanisannya sangat semulajadi dan ia tiada gula tambahan. Kismis juga bahan serba guna yang boleh diilhamkan pelbagai masakan yang menarik bagi pembuka selera dan sajian utama mahupun manisan pencuci mulut dan minuman. Sekarang ramai pengguna menitikberatkan kesihatan dan gemar mencuba sajian masakan yang sihat tetapi lazat


Setelah selesai dengar ucapan dari Encik Richard Lieu, kesemua blogger bersiap sedia untuk menyahut cabaran selama satu jam untuk mencipta resepi menggunakan Kismis California untuk Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Sajian menu yang dicipta nanti haruslah mencerminkan semangat Kasih Sayang (Love), Kemaafan (Forgiveness), Penghormatan (Honour), Penghargaan (Gratitude), Keredaan (Blessing), Kesyukuran (Togetherness), Kebaikan (Kindness) dan Saling Menghormati (Respect)

Untuk kumpulan kami diberi nama "Mahalo Aidilfitri" terdiri dari mama, Sally dan juga Eyza. So pagi tu kami mengenakan baju hitam dan bertudung biru. Kumpulan kami menaruhkan hidangan sate daging goreng dan kuah kacang bersama perut muda. Tapi untuk nama hidangan menu ini, Sally telah beri nama "Bumbu Kacang Nenda & Sate Goreng" Memula tu memang kami mengambil risiko untuk memasak daging almaklum la daging mengambil masa yang lama untuk lembut jadi mama telah perap daging semalaman untuk mendapatkan rasa rempah meresap ke dalam daging tersebut. 

Di dapur kami diagihkan tugas memasak masing-masing. Macam mama memang fokus untuk masak sate daging goreng dengan harapan sate tu lembut. Manakala Sally ditugaskan untuk memasak kuah kacang bersama perut muda. Eyza pula ditugaskan untuk bahagian potong dan juga plating hidangan. Dalam setengah jam pertama kami boleh lagi cool dan relax memasak siap posing bergambar lagi. Selepas setengah jam mulalah kesemua kelam kabut untuk siapkan hidangan masing-masing. 

Bumbu Kacang Nenda & Sate Goreng
Setelah 1 jam berlalu alhamdulillah siap juga hidangan kami Bumbu Kacang Nenda & Sate Goreng. Puas hati dengan sate daging goreng tu lembut dan kuah kacang perut muda tu pun sedap apabila dimakan bersama dengan nasi impit, timun dan juga bawang. Kemudian kumpulan kami perlu membawa hidangan tersebut untuk para chef mencuba dan merasainya. Masa ni jangan cakap takut, gementar semua ada. Pertama kali hidangan kami akan dirasa dan diadili oleh chef-chef yang berpenggalaman. 

8 sajian dari 8 kumpulan yang bertanding
Kismis California ini bukan sahaja boleh menambah kelazatan pada sajian makanan malah ia boleh menjadi sumber makanan yang sesuai untuk menambah khasiat bagi yang mempunyai isu kesihatan seperti diabetes (kencing manis). Untuk orang dewasa disyorkan mengambil 1 1/2 hingga 2 cawan buah-buahan setiap hari. Memang sedap buah kismis ni dah la mudah untuk dimakan dan mudah dibawa kemana-mana. Antara kelebihan Kismis California adalah :-Rasa yang semulajadiTidak mengandungi gula tambahanTidak mengandungi lemak, kolestrol dan rendah natrium (garam) secara semulajadiSumber kalium yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem sarafKaya dengan sumber seratSumber nutrienMengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi
Setelah selesai semua hidangan dari 8 kumpulan yang diadili oleh chef-chef dan chef popular Ili Sulaiman pula menunjukkan cara menyediakan hidangan dengan menggunakan kismis California iaitu "Beriani Ayam Kismis California" dan "Roti Sosej Masala Kismis California". Chef Ili menjelaskan bahawa masakan ini sangat digemari oleh rakyat Malaysia kerana rasanya lazat dan menyelerakan untuk dinikmati oleh seisi keluarga dan juga sanak saudara dan sahabat handai yang datang untuk berhari raya. 

Sambil menunggu keputusan pertandingan, kami dijamu makan tengahari yang telah dimasak oleh Chef Ili Sulaiman. Memang sedap nasi beriani yang dimasak oleh Chef Ili ni memang habis la mama makan. Tengah menjamu selera, pengacara umumkan untuk 2nd Runner Up. Masa makan tu memang tak ingat nama kumpulan Gratitude ni sebab duk ingat Mahalo Aidilfitri jer. Sekali kak Ayu cakap Jue kumpulan korang menang hahaha hampir tersedak makan tau. Alhamdulillah memang tak sangka sajian kami telah menambat hati chef-chef sebab kita orang rasa sajian kami biasa-biasa jer. Tambah pulak hidangan daging memang ambil risiko yang tinggi

Alhamdulillah. syukur sangat

Bagi pemenang 1st Runner Up pula dimenangi oleh kumpulan Abanjers yang terdiri daripada Kak Ayu Rafikah, Ruby dan Zharif dengan hidangan mereka Ayam Masak Masam Manis Kerinduan Bersama Ketupat Kemaafan. Bagi pemenang Grand Prize Winner pula dimenangi oleh Spice girl dengan menu hidangan yang awesome iaitu Ramadhan Blessing

Tahniah kepada semua.


Walau kumpulan kami hanya dapat tempat 2nd Runner Up, Alhamdulillah kami tetap bersyukur dan ia jadi satu kenangan manis serta beri satu pengalaman menarik buat kami semua. Terima kasih sekali lagi kepada pihak California Raisins memberi kami peluang untuk menyertai pertandingan memasak dan tahniah kepada semua yang menyertai pertandingan ini. Untuk maklumat dan ingin mengetahui pelbagai resepi California Raisins, boleh hubungi www.calraisins.org atau www.caraisins.com dan follow Facebook @RACAsean. 
Love,


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mamajue.com/2019/04/california-raisins-semarakkan-raya-rasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Memasak Di Pertandingan Califonia Raisins Bertemakan Raya Rasa Sayang

Pengalaman Memasak Di Pertandingan Califonia Raisins Bertemakan Raya Rasa Sayang

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 345 hits
Tahniah kepada pemenang yang tak memang termasuk diri ni you guys doing great Ivy Kam Comel ChalotteKali ni nak update tentang pengalaman pertama kali join competition masakan Betul betul tak sangka sangat berpeluang join aktiviti memasak b...
Haiwan Pun Ada Rasa Kasih Sayang Pertama Kali Lihat Foto Burung Hantu Bela Anak Itik Jadi Anak Angkatnya

Haiwan Pun Ada Rasa Kasih Sayang Pertama Kali Lihat Foto Burung Hantu Bela Anak Itik Jadi Anak Angkatnya

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 1087 hits
Haiwan pun Ada Rasa Kasih Sayang Pertama Kali Lihat Foto Burung Hantu Bela Anak Itik Jadi Anak Angkatnya Haiwan juga mempunyai rasa belas kasihan sama seperti manusia cuma yang membezakan kita dengan haiwan ialah mungkin rasa belas kasihan ...
Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Tetel Bersama Kentang Lazat Dan Secukup Rasa Rencahnya

Resepi Masak Lemak Cili Api Daging Tetel Bersama Kentang Lazat Dan Secukup Rasa Rencahnya

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 1042 hits
Untuk kesekian kakinya aku up lagi lauk kegemaran en suami yang mesti ada dan aku masak lebih kurang 4 5 kali seminggu Susah sangat fikir apa nak masak semestinya masak lemak cili api yang terpacul di mulutnya Cuma tukar rencahnya dari ikan...
Kenapa Rasa Makanan Bisa Bikin Kita Teringat Masa Lalu

Kenapa Rasa Makanan Bisa Bikin Kita Teringat Masa Lalu

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 290 hits
Kenapa rasa makanan kadang bisa membuat kita teringat satu momen spesifik di masa lalu Penelitian menunjukkan kalau ini merupakan bagian dari mekanisme pertahanan diri yang dikembangkan oleh otak manusia
Demam Abang Macam Ni Netizen Mula Buat Parodi Baby Sayang Mira Filzah

Demam Abang Macam Ni Netizen Mula Buat Parodi Baby Sayang Mira Filzah

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 713 hits
Baru baru ini telah tular video IG Live pelakon popular Mira Filzah yang sedang melakukan Ask Me Question bersama peminat Pertanyaan daripada peminat yang bertanyakan soalan sama ada pelakon itu lebih gemar menggunakan panggilan baby atau s...
Ibu Sayang Kamu Lebih Air Dalam Kepala Kurang Sel Otak Dalila Suka Susu Ibu

Ibu Sayang Kamu Lebih Air Dalam Kepala Kurang Sel Otak Dalila Suka Susu Ibu

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 732 hits
Ibu akan terus menyayangi anak anaknya selagi hayat dikandung badan Kisah ibu ini benar benar mengusik perasaan tatkala mengetahui anak istimewa sejak dari dalam kandungan lagi Bertuahnya Nur Dalila Sofea ini mempunyai ibu penyayang ibu 3 o...
Stress Dah Dok Sidai Benda Ni Malu Kalau Orang Tengok Isteri Stress Suami Enggan Buang Spender Koyak Sayang Katanya

Stress Dah Dok Sidai Benda Ni Malu Kalau Orang Tengok Isteri Stress Suami Enggan Buang Spender Koyak Sayang Katanya

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 624 hits
Semua orang pasti memiliki barang kesayangannya yang langsung tak boleh disentuh dibuang atau diapa apakan Pantang barang itu hilang maka muncullah bermacam macam soalan nbsp Dalam rumah tangga pun begitu Sama ada suami atau isteri pasti pe...
Mommy Ada Kat Syurga Sayang Pergi Ketika Melahirkan Permintaan Ibu Ini Buat Ramai Sebak

Mommy Ada Kat Syurga Sayang Pergi Ketika Melahirkan Permintaan Ibu Ini Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 723 hits
Mommy Ada Kat Syurga Sayang Pergi Ketika Melahirkan Permintaan Ibu Ini Buat Ramai Sebak Selepas sembilan bulan mengandungkan zuriat ke empat seorang wanita meninggal dunia akibat komplikasi semasa melahirkan bayi Meskipun si ibu tidak dapat...
Sayang Mungkin Tak Mampu Beri B Anak Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Kandung Cyst

Sayang Mungkin Tak Mampu Beri B Anak Wanita Ini Kongsikan Pengalaman Kandung Cyst

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 587 hits
The ReporterSetiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza beza Hanya individu yang kuat mampu menanggung segala ujian yang diberikan Wanita tabah ini tidak terkecuali menerima ujian ini Pada mulanya dia berasa kehidupannya gelap seketika a...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff

Two Unidentified Soy Sauce Factories Closed Netizens Demand Their Identity Among Other Issues

Sabah Mulls Pufferfish Ban After Recent Poisoning Deaths

223 Moto Booster

Dari Mana Datangnya Kutu Beras

Sejarah Bakar Mercun Tahun Baru Cina