Pengalaman Memasak Di Pertandingan Califonia Raisins Bertemakan Raya Rasa Sayang
Tahniah kepada pemenang!!! yang tak memang termasuk diri ni.. you guys doing great!!
Ivy Kam Comel Chalotte
Kali ni nak update tentang pengalaman pertama kali join competition masakan. Betul-betul tak sangka sangat berpeluang join aktiviti memasak beramai-ramai. Kali ini Califonia Raisins ada menganjurkan pertadingan memasak bersempena menyambut Bulan Ramadhan dengan Tema"Raya Rasa Sayang".so untuk team I, terpilih untuk memikul tanggujawab menghidangkan masakan berkonsepkan "Kindness". Untuk pengetahuan korang konsep masakan yang ditampilankan kali ini sepeti, Honour, gratitude, blessing, togetherness, forgiveness, love dan respect. Bermakna setiap kumpulan mewakili konsep masakan yang dilampirkan.
Menarik bukan? I punya team ni last minute schedule tau. Disebabkan keadaan I yang tak mengizinkan, tapi Challotte sangat lah memahami dan Ivy juga. nak kata kami rapat tidak juga, sekadar berkenalan di media sosial. Tapi disebabkan kebaikkan dan kefahaman masing-masing terciptanya team "I C RAISINS" dengan nama dish " BLACK RAISINS KERABU. (thanks to Ivy for the recipe).
Nak tengok tak masakan kami yang hebat ni. Ia mudah dan bahan pun senang didapati.
Nampak tak? cantik kan rupa hidangan kami? Rasa pun sedap yer. bagi I secara jujur hidangan ini sangat sesuai untuk yang merancang berdiet di musim ramadhan. Yela baju raya nak fit dan solid so nanti boleh lah plan makan sayur sebulan. Hihi
Tapi sebenarnya secara jujur hidangan ini sangat lah ringan dan ia mesra untuk perut bagi yang gemarkan sayuran tapi nak dihidang dengan rasa yang tidak bosan disamping mampu mengantikan snack bila menonton. bahan pun semua adalah organik dan sangat sedap personally speaking.
Ini adala bahan-bahan jika ada yang ingin mengetahui bagaimana juadah ini disediakan.
RaisinsKacang tanahSengkuangTimunKubisKacang panjangsreaded chicken (gantian protein)Cili padibawang merahSos ThaiCara penyediaan
Cincang atau hiris nipis semua bahan digaul rata dan perasakan ikut tahap kepedasan. Owh jangan letak garam sebab kita nak kekalkan tahap kegegaran n fresh kerabu tersebut. Fungsi Sos thai adalah, andai inginkan perasa pedas manis boleh lah diletakkan sedikit dan perasakan.
Bila dah buat jangan lupa tag kami ok.
Walaupun kumpulan kami tidak berjaya dalam pertandingan ini, namun secara jujurnya I amat happy dan bersyukur. We managed to siapkan hidangan. yeah truely our recipe is the most simplest and yet its delicious tau untuk dijamu tetamu. Rasa segar dan juicy kerabu hasil dari capuran semua bahan akan buatkan lidah dan tekak rasa selesa dan sedap.
Bonding Antara Kumpulan kami akrab dan alhamdulillah I suka recipe Kerabu Ivy ni. Sedap. So Next year please invite me lagi yer Charlotte. I will make my time available after this and yes will come out with a new dish idea.
Sedikit tentang California Raisins
Kismis pada dasarnya dikeringkan anggur jenis varieti "Seedless Vitis vinifera" dan biasanya dikeringkan oleh matahari, sama ada pada dulang kertas atau dikeringkan pada pokok anggur. Kismis tanpa biji semulajadi (Matahari-kering) termasuk Thompson seedless dan kultivar baru yang lain seperti Selma Pete, Fiesta dan DOVine.
California Golden Seedless dan California Dipped Seedless raisin secara mekanikal dikeringkan dan diproses. Jenis-jenis varieti kismis lain termasuk Zante Currant, Muscat, Monnuka, Sultana, dan Seedless yang lain. Kismis juga boleh diproses menjadi Raisin Paste dan Kismis Juice Concentrate. Setelah kering, kismis dibawa dari kebun-kebun anggur, disimpan di dalam tong kayu, dan diproses seperti yang diperlukan dengan memotong batang dan capstemnya, kemudian disusun mengikut saiz, dibersihkan dan dibasuh di dalam air untuk memastikan produk akhir yang selamat dan selamat.
Nak tahu lebih tentang recipe manrik dari Califonia Raisins sila ke : https://calraisins.org/recipe/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://comot-pink.blogspot.com/2019/04/pengalaman-memasak-di-pertandingan.html