Rawatan Dermaplaning Dan Dragon Blood Bagi Masalah Jeragat Muka


khirnya ke Spa juga semalam, iaitu selepas 3 hari sambutan ulang tahun perkahwinan kami ke-13 tahun. Masya allah, tabarakallah. Kali ini, belanja spa ditaja oleh suami sendiri. Alhamdulillah, tercapai hasrat untuk tenangkan diri dengan pergi ke C  Manja Spa di Kuantan setelah burn out dengan kerja ghostwriting. Nak dapatkan rawatan jeragat muka ni. 
 
 
jeragat muka, rawatan dengan Dermaplaning


 
 
Spa dipercayai 
Oleh sebab, keberkesanan selepas melakukan rawatan di Spa tersebut. Jadi, saya terus setia dengan C Manja Spa. Kesannya tidak sampai seminggu sudah menampakkan hasilnya, kalian boleh tengok di hasil melakukan rawatan keatas muka. 
Saya ni, cerewet lah sikit. Sebab sebelum ni pun dah banyak laburkan duit ke spa tetapi hasil mengecewakan. 
 
 
 
 
kagum sebentar, apabila melihat banyak sijil treatment yang diperolehi C Manja Spa


 
Dari sudut pandangan saya, selaku pelanggan spa. C Manja ni berlainan sedikit. Boleh dipercayai. Selain hasil selepas mendapatkan servis di spa, saya juga suka melihat sijil-sijil yang mereka perolehi.
Dan, ternyata mereka mempunyai sijil setiap rawatan yang ada disediakan. Jadi, saya tidak lah ragu-ragu bagi mendapatkan servis daripada mereka. 
Yer lah, muka kita kot. Kalau tiada sijil. Bahaya lah, kemungkinan besar mereka tidak pakar dalam sesi rawatan tersebut. Kan ada kes, kecoh spa mana entah lah yang kulit terbakar dan melecur. Tapi bukanlah spa yang saya tuliskan artikel ini.
 
Rawatan jeragat jenis freckles Muka saya ni memang mempunyai jeragat. Setiap kali datang ke spa, memang suka bertanyakan jenis jeragat yang saya miliki sejak berumur 25 tahun. Katanya beautician kak Yuna, jenis jeragat di muka saya adalah jenis freckles. 
Bukanlah jeragat yang jenis sukar dibuang. Jenis saya yang jenis bertitik di muka. Ia berwarna coklat kehitaman bersaiz duit sepuluh sen.
 
Punca terjadi jeragat muka
Punca terjadinya jeragat muka, sebab saya sewaktu zaman anak dara (  18 tahun hingga 24 tahun ) mengabaikan penjagaan kulit. Tidak mengenakan sebarang sunscreen pada muka sewaktu berada di luar rumah. Hmmm, kesannya muka berjeragat  apabila menginjak ke umur 26 tahun. 
 
Rawatan di C Manja Spa
Sehari sebelum ke spa, saya lakukan appoinment dan memilih rawatan Dragon Blood  . 
Selain daripada itu, saya turut menambah sesi rawatan Dermaplane. Nampak perubahan lakukan Dermaplane keatas kulit saya yang berjeragat. 
 

Siapa yang perlukan rawatan DERMAPLANING? Rawatan jeragat muka 1. Mereka yang mempunyai kulit sunburn. Terbakar dek kerana panahan cahaya matahari. 
2. Mempunyai kedutan di muka.
3. Kulit kusam dan kering. 
4. Parut jerawat.
5. Bulu halus di muka. 
 
 
selepas jalani Dermaplaning treatment. 


 
 
 
    Sambil lakukan sesi rawatan muka, sempatlah saya bertanya mengenai kulit muka saya. Berkenaan blackhead banyak ke tidak. Lepas tu, tanya kedutan. Yer lah, kulit saya ni jeragat. Ada bahagian kering dan berminyak. Berpotensi untuk kedutan muncul awal sebelum waktu tau. 
 
Katanya beautician, kulit saya masih belum muncul kedutan. Blackhead pun sedikit. Alhamdulillah, syukur lah. Tahun ni, dah menjangkau usia 36. Dan, buat masa sekarang ni, hanya uban je yang tumbuh. Punya lah gatal kepala ni ha. 
 

Pengalaman sesi Dermaplaning tu, beautician kikis jeragat. Eheheh. Macam sedap lah pula kena kikis ni. Bunyi lah krukk kruk kat pipi ni. Hasilnya, nampak jeragat berkurangan selepas dikikis menggunakan peralatan yang sesuai. 
 
Kos keseluruhan rawatan bagi  jeragat muka ialah RM 185.00. Hampir 2 jam sesi rawatan. Saya ketika itu adalah pelanggan terakhir.

 
 
Dragon Blood iaitu serum yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan. Bukan darah naga yerr


 
1. Selepas muka bersih, baru lah proses untuk Dragon Blood ini dilakukan keatas muka. Serta proses menggunakan alatan mereka. Jika kalian dah pernah buat rawatan seperti BB Glow, pasti perasan mesin yang digunakan untuk Roll-On bahan-bahan ini untuk dimasukkan ke dalam kulit. 


2. Walaupun dimasukkan ke dalam kulit, tidak beerti ianya haram. Kerana hanya lapisan kulit pertama sahaja, Dragoon Blood ini dimasukkan.


3. Tetapi sebelum itu, ada menggunakan mask Dragon Blood juga dan saya diminta untuk berehat ke dalam mesin yang fokus bahagian muka sahaja.  Tujuannya , bagi kulit muka menyerap kolagen tumbuh-tumbuhan tadi. 


4. Akhir sekali, muka di pakaikan dengan mask Dragon Blood juga. Serta dibiarkan bahagian muka ditutup dengan mesin agar mask tersebut kering, supaya kolagen tersebut meresap kedalam kulit muka. 
 
Selain itu, saya turut menyukai sesi buang blackhead pun sedap juga, macam biasa masuk dalam pengewap muka. Diikuti menggunakan tools untuk cabut blackhead dan juga mesin untuk sedut. Erm, tapi bunyi macam pencukur. 




Lain-lain servis di C Manja Spa selain rawatan Dermaplaning, Dragon Blood, Laser, BB Glow dan lain-lain jenis rawatan mengikut masalah jenis muka.  


Rawatan lain iaitu Rebonding, Warna rambut, Eyelash Perming, Tangas, dan mandi susu. 


 

Kesimpulannya, saya berpuashati dengan servis layanan di C Manja Spa. Beautician juga memesan kepada saya untuk menggunakan serum untuk jeragat secara konsisten. Gunakan setiap hari untuk kekalkan kelembapan kulit serta merawat jeragat. 
 

Lokasi C Manja Spa, KuantanUntuk lokasi spa, boleh search di waze C Manja Spa. 
 Facebook : C Manja Spa  Hubungi : 017-737 3617   

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2023/02/rawatan-Dermaplaning-dragon-blood-jeragat-muka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyelesaian Masalah Lemah Tenaga Batin Pada Suami Cara Semula Jadi Dan Rawatan

Penyelesaian Masalah Lemah Tenaga Batin Pada Suami Cara Semula Jadi Dan Rawatan

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 205 hits
Masalah lemah tenaga batin pada suami adalah masalah yang kerap dialami oleh kebanyakan pasangan Ia boleh menjadi punca kebimbangan dan masalah bagi pasangan kerana ia mengurangkan kualiti hidup mereka dan menghalang hubungan mereka Banyak ...
Duduk Di Kerusi Belakang Noki K Clique Pasrah Muka Dilibas Baju Aina Abdul

Duduk Di Kerusi Belakang Noki K Clique Pasrah Muka Dilibas Baju Aina Abdul

papar berkaitan - pada 13/2/2023 - jumlah : 109 hits
Bahang Anugerah Juara Lagu ke 37 masih terasa lagi walaupun sudah melabuhkan tirai dengan jayanya apabila lagu dendangan Aina Abdul bertajuk Terus Hidup dinobatkan sebagai juara Dari vokal persembahan dan juga penampilannya malam tadi benar...
Masker Muka Bagus Untuk Kulit Berminyak Jerawat Kusam Kering

Masker Muka Bagus Untuk Kulit Berminyak Jerawat Kusam Kering

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 188 hits
Masker Muka Bagus Untuk Kulit Berminyak Jerawat Kusam KeringMasker Muka Bagus Untuk Kulit Berminyak Jerawat Kusam Kering Masker muka untuk kulit kering kombinasi atau berminyak boleh gunakan Youth Skincare Shaklee mask Fungsi utama masker m...
Petua Orang Tua Dulu Pudarkan Jeragat Dan Whitehead Murah Berkesan Pulak Tu

Petua Orang Tua Dulu Pudarkan Jeragat Dan Whitehead Murah Berkesan Pulak Tu

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 211 hits
Masalah jeragat dan whitehead hampir semua orang mengalaminya Kalau buat rawatan nak hilangkan masalah ini di spa sekarang memang agak mahal juga
Tips Guru 50 An Kerja Badan Lenguh Bertenaga Jeragat Hilang

Tips Guru 50 An Kerja Badan Lenguh Bertenaga Jeragat Hilang

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 213 hits
Tips Guru 50 an Kerja Badan Lenguh Bertenaga Jeragat HilangTips Guru 50 an Kerja Badan Lenguh Bertenaga Jeragat Hilang Saya bekerja sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur Setiap hari saya berulang alik ke seko...
Punca Cara Mengatasi Masalah Kerap Kencing

Punca Cara Mengatasi Masalah Kerap Kencing

papar berkaitan - pada 28/1/2023 - jumlah : 317 hits
Tips mengatasi kerap kencing dapatkan pengetahuan tentang punca cara rawatan masalah kerap kencing Kencing kerap atau sering disebut sebagai poliuria adalah suatu keadaan di mana seseorang mengeluarkan air kencing yang berlebihan Ini boleh ...
Rina Nose Klarifikasi Usai Dikritik Karena Bilang Punya Anak Nambah Masalah

Rina Nose Klarifikasi Usai Dikritik Karena Bilang Punya Anak Nambah Masalah

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 120 hits
Rina Nose mengungkap bahwa ada narasi yang nggak lengkap saat ia dimintai pendapat soal keputusan nggak punya anak hingga akhirnya terjadi salah paham
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran