Ratusan Peneroka Felda Lembah Klau Luahkan Rasa Kecewa Terhadap Isu Pampasan Tanah


RAUB - Ratusan peneroka Felda Lembah Klau, Parlimen Raub, Pahang meluahkan rasa kecewa perbezaan harga melampau bagi seekar tanah mereka iaitu 99 sen kaki persegi, yang dijual bagi projek Pembinaan Empangan Klau pada tahun 2008.
Bantahan 447 peneroka ini sudah berlangsung 14 tahun namun tidak diendahkan, nilai tanah yang amat rendah dibayar berbanding RM3.45 kaki persegi ketika perjanjian asal.
Ia membabitkan pengambilan tanah seluas kira-kira 4,470 ekar yang asalnya dibuka pada tahun 1965 untuk penanaman kelapa sawit.
Bagaimanapun pada tahun 2008, tanah ini diambil untuk Projek Empangan Klau yang menelan kos RM3.8 bilion di bawah Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor (Pahang-Selangor ISRWT) dilaksanakan pada 2008.
Wakil peneroka, Tengku Badri berkata,
ketika harga ditawarkan kepada peneroka harganya, RM3.45 kaki persegi tetapi selepas peneroka tandatangan, bayaran diterima hanyalah 99 sen kaki persegi.
“Cara pengambilan tanah juga ada unsur khianat dan rasuah, pemilik tanah diminta menyerahkan juga tanah walaupun mereka tidak sepenuh hati menjualnya dan tidak dijelaskan secara terperinci kesan kepada masa depan mereka.
“Selepas tanah dijual, mereka hilang pendapatan daripada hasil tanah yang sepatutnya diperolehi, tanah yang diambil jadi ‘tasik takungan air’ sedangkan sebelum ini dijanjikan walaupum seinci tanah dinaiki air empangan kerajaan akan bayar kepada pemilik tanah terbabit.
“Apabila penduduk bersuara, ada pula ugutan untuk menghalau mereka keluar dari tanah mereka sendiri,” katanya kepada Media Variasi di Majlis Perjumpaan Peneroka Felda Lembah Klau dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini pada Selasa.
Turut hadir adalah Pengerusi Pertubuhan Anti Diskriminasi dan Salah Laku, Datuk Mohd Fakrunizam Ibrahim, wakil PPIM Suzana Abdullah dan juga Zulkifli Hassan.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan hadir secara video konferensi, bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat kepada peneroka.
Tinjauan kumpulan Media Variasi ke Felda Lembah Klau hari ini mendapati wujud salah laku pelbagai peringkat dalam proses pengambilan tanah sehingga menyebabkan peneroka tidak mendapat hak sewajarnya.
Perbezaan harga adalah beratus kali ganda jauh jika dibandingkan harga bagi tanah-tanah lain.
Tanah Felda Bukit Cerakah nilainya adalah RM160,000 bagi seekar, tanah Felda Sungai Buaya harganya RM150,000 seekar, ikut harga pada tahun 1994.
Mengikut rekod lain, perbandingan harga tanah yang ditawarkan untuk Felda Sendayan di Labu Negeri Sembilan, adalah pampasan berbentuk sebuah rumah, wang tunai RM400,000 dan juga empat ekar tanah.
Ini bermakna nilai yang sepatutnya mereka terima adalah RM150,000 bagi seekar tanah tetapi hanya dibayar RM43,000 seekar.
Pelbagai kisah diluahkan, ada pemilik tanah yang sepatutnya terima pampasan RM99,000 tetapi hanya menerima RM1,000.
Ada yang sepatutnya menerima pampasan RM1.5 juta tetapi hanya terima RM400,000 malah paling teruk ada yang tidak terima langsung pampasan walaupun tanah dinaiki air.
Dalam pada itu, Suzana berkata, PPIM akan menemui dan berbincang dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan pengesahan daripada dakwaan peneroka-peneroka mengikut perjanjian asal mereka.
“Kita mahu tahu siapa yang menjadi orang tengah dalam urusan pampasan ini dan bagaimana bayaran pampasan tidak mengikut spesifikasi asal,” katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/06/peneroka-felda-lembah-klau-luah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Husam Musa Mazlan Aliman Isu Politik Kelantan Felda Dialog Bersam

Husam Musa Mazlan Aliman Isu Politik Kelantan Felda Dialog Bersam

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 139 hits
HUSAM MUSA MAZLAN ALIMAN ISU POLITIK KELANTAN FELDA DIALOG BERSAMA WARGA PENEROKA YBhg Datuk Husam Musa Datuk Mazlan Aliman Penasihat Persatuan Anak Felda Kebangsaan
Hiburan Nak Tunggu Ada Vip Tergolek Baru Repair Lantai River Of Life Retak Teruk Pengunjung Luah Rasa Kecewa

Hiburan Nak Tunggu Ada Vip Tergolek Baru Repair Lantai River Of Life Retak Teruk Pengunjung Luah Rasa Kecewa

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 182 hits
Baru baru ini tular di laman satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Ruud Irwan yang berkongsi keadaan terkini di salah satu tempat tarikan pengunjung di Kuala Lumpur Menerusi hantaran tersebut Irwan meluahkan rasa kecewa apabi...
Tokoh Korporat Ts Rozali Ismail Mahu Ceburi Dunia Politik Wakili Suara Peneroka Felda

Tokoh Korporat Ts Rozali Ismail Mahu Ceburi Dunia Politik Wakili Suara Peneroka Felda

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 139 hits
SHAH ALAM Tokoh korporat Tan Sri Rozali Ismail menyuarakan hasrat untuk menyertai bidang politik melalui penubuhan parti baharu bagi mewakili generasi peneroka terutamanya penduduk Felda Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd itu ber...
Lelaki Failkan Saman Terhadap Bekas Anak Tiri Tuntut Pampasan Rm23 000 Kerana Telah Membesarkannya

Lelaki Failkan Saman Terhadap Bekas Anak Tiri Tuntut Pampasan Rm23 000 Kerana Telah Membesarkannya

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 160 hits
Lelaki failkan saman terhadap bekas anak tiri tuntut pampasan RM23 000 kerana telah membesarkannyaMedia sosial China baru baru ini dikejutkan dengan kisah kontroversi seorang lelaki yang memfailkan saman terhadap bekas anak tirinya selepas ...
Jenazah Adibah Noor Selamat Dikebumikan Diiringi Ratusan Individu Ke Tanah Perkuburan

Jenazah Adibah Noor Selamat Dikebumikan Diiringi Ratusan Individu Ke Tanah Perkuburan

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 207 hits
Jenazah arwah Adibah Noor dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan selepas selamat disembahyangkan di Masjid Al Ansar sebentar tadi Menurut laporan semasa AWANI dan BERNAMA jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kerama...
Dr M Tiada Kaitan Isu Bayaran Uksb Peguam Pejuang

Dr M Tiada Kaitan Isu Bayaran Uksb Peguam Pejuang

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 146 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 18 2022 5 18 PMBekas perdana menteri Mahathir Mohamad tidak mempunyai kaitan dengan pendedahan bahawa syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd membuat pembayaran kepada beberapa ahli politik kata peguam Pejuang Dalam sa...
Lima Pertemuan Dengan Tun M Bukan Isu Kes Mahkamah Tapi Hal Kerjasama Umno Bersatu

Lima Pertemuan Dengan Tun M Bukan Isu Kes Mahkamah Tapi Hal Kerjasama Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 190 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan lima pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan bertujuan membangkitkan isu pendakwaan kes mahkamah sebaliknya untuk membincangkan hala tuju dan peluang kerjasama di antara UMNO d...
Kenapa Kerajaan Tidak Komen Isu Gaji Rm30k Tak Hadir Mesyuarat

Kenapa Kerajaan Tidak Komen Isu Gaji Rm30k Tak Hadir Mesyuarat

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 431 hits
Kenapa kerajaan tidak komen isu gaji RM30k tak hadir mesyuarat Posted By on June 18 2022Sikap berdiam diri Kerajaan BN terhadap pendedahan di mahkamah mengenai pelantikan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai Ahli ...
Ketua Pemuda Pas Tak Mahu Jawab Isu Royalti Jeming Hassan Bertegas Roya Kah Kah Kah Woii Dah Tahu Pak Lebai Kaki Penipu

Ketua Pemuda Pas Tak Mahu Jawab Isu Royalti Jeming Hassan Bertegas Roya Kah Kah Kah Woii Dah Tahu Pak Lebai Kaki Penipu

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 211 hits
Dah 2022 x leh tunai le tu sbb tu x nak jawab padan d tipu lgi umno msuk lubang 2x tak cerdik betul la pas ni umno nak bgabung tu nak jdi kjaan balik skrg ha adan uke
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner