Dr M Tiada Kaitan Isu Bayaran Uksb Peguam Pejuang


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jun 18, 2022 5:18 PM

Bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad tidak mempunyai kaitan dengan pendedahan bahawa syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) membuat pembayaran kepada beberapa ahli politik, kata peguam Pejuang

Dalam satu kenyataan, Muhammad Rafique Rashid Ali mengulas kenyataan ahli majlis tertinggi Umno, Razlan Rafii yang mendakwa bekas perdana menteri itu melakukan pendakwaan terpilih berkaitan kes berkenaan semasa menjadi perdana menteri.

Dia juga membidas tindakan pemimpin Umno, Lokman Adam membuat laporan polis terhadap Mahathir berhubung pendedahan di mahkamah semalam.

"Yang begitu jelas sekali dalam isu UKSB ini adalah bahawa "penerima-penerima" wang ini dari UKSB yang didakwa kata wakil UKSB sendiri dan menurut lejer UKSB adalah Mahiaddin, Khairy Jamaluddin, Shafie Apdal, Hishamuddin Hussein Onn, Reezal Merican dan Anifah Aman.

"Di mana nama Tun Mahathir? Jelas setakat ini seperti juga dakwaan-dakwaan lain selama ini oleh pemimpin-pemimpin Umno dan/atau pihak pembangkang tiada secebis bukti, laporan kepada pihak berkuasa apatah lagi sebarang pendakwaan atau penghakiman terhadap Tun Mahathir.

"Maka, apa yang dikatakan oleh orang-orang seperti Lokman Adam serta Razlan Rafii tidak lain tidak bukan picisan politik sahaja semata-mata untuk sensasi di dada akhbar atau untuk kekal relevan," kata Rafique dalam satu kenyataan.

UKSB ialah syarikat yang disebut dalam perbicaraan rasuah terhadap bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Sistem Visa Asing (VLN).

Reezal merupakan timbalan menteri luar ketika Zahid menyelia VLN dalam kapasitinya sebagai menteri dalam negeri.

Nama Khairy, Reezal, Hishammuddin dan Anifah direkodkan dalam lejar pembayaran UKSB dan laporan forensik SPRM.

Nama mereka disebut dalam perbicaraan semalam ketika bekas pengurus pentadbiran syarikat itu, David Tan memberi keterangan.

Dalam keterangannya, Tan juga mendakwa UKSB membuat bayaran berjumlah RM1.3 juta kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin antara Jun dan Ogos 2018 ketika menjadi menteri dalam negeri.

Dia juga berkata projek VLN itu terletak di bawah bidang kuasa Muhyiddin selepas mengambil alih Kementerian Dalam Negeri daripada Zahid.

Muhyiddin menafikan menerima bayaran daripada UKSB dan mengatakan dia sedang menjalani rawatan kanser di luar negara ketika bayaran itu.

Dia juga berkata semasa sedang bercuti untuk rawatan kanser, Dr Mahathir adalah pemangku menteri dalam negeri ketika itu.

Bagaimanapun, Muhyiddin menyatakan kesediaannya untuk memberikan kerjasama terhadap siasatan SPRM.

Ahmad Zahid, 69, menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/dr-m-tiada-kaitan-isu-bayaran-uksb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cubaan Majlis Peguam Alih Isu Rasuah Hakim Kepada Isu Seperation Of Powers

Cubaan Majlis Peguam Alih Isu Rasuah Hakim Kepada Isu Seperation Of Powers

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 224 hits
Oleh Sirajuddin AhmadMajlis Peguam tidak faham terma Conflict of interest tapi faham terma Seperation of powers Jika rakyat berharap badan badan yang ditubuhkan untuk menjaga kebajikan rakyat atau keluhuran undang undang akan menjadi jaguh ...
Neve Campbell Tidak Akan Muncul Dalam Scream 6 Sebab Isu Bayaran Rendah

Neve Campbell Tidak Akan Muncul Dalam Scream 6 Sebab Isu Bayaran Rendah

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 174 hits
Pelakon utama untuk filem francais Scream Neve Campbell mendedahkan yang dia tidak akan muncul dalam filem keenam Scream kerana tidak puas hati dengan bayarannya untuk filem keenam tersebut Deadline melaporkan bahawa Neve Campbell tidak aka...
Pejuang Dr M Not Involved In Uksb Case Contrary To Allegations

Pejuang Dr M Not Involved In Uksb Case Contrary To Allegations

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 223 hits
Pejuang has denied allegations of Dr Mahathir Mohamad s involvement in the Ultra Kirana Sdn Bhd case In a statement prepared by the party s counsel Muhammad Rafique Rashid Ali he said several prominent names were mentioned during the trial ...
Baffling How Macc Was Clueless Over Graft Unveiled In Uksb Trial

Baffling How Macc Was Clueless Over Graft Unveiled In Uksb Trial

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 219 hits
The fact that the MACC is only now probing the incidences of corruption as testified by a witness in the Ultra Kirana Sdn Bhd trial shows the agency needs a large scale shake up said Bagan MP Lim Guan Eng In a statement today he said what i...
Anifah Nafi Terima Dana Uksb Sedia Beri Keterangan Kepada Pihak Berkuasa

Anifah Nafi Terima Dana Uksb Sedia Beri Keterangan Kepada Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 209 hits
CYBERJAYA 8211 Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menafikan menerima wang daripada syarikat Ultra Kinrara Sdn Bhd seperti yang disebut dalam keterangan saksi David Tan pada perbicaraan kes rasuah melibatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ...
Kenapa Sprm Tidak Siasat Pemimpin Umno Yang Terima Dana Dari Uksb

Kenapa Sprm Tidak Siasat Pemimpin Umno Yang Terima Dana Dari Uksb

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 218 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu bertanggungjawab kerana gagal melakukan siasatan menyeluruh ekoran pendedahan nama lima pemimpin dalam buku lejar Ultra Kirana Sdn Bhd berkaitan kes rasuah Presiden UMNO Datuk Seri ...
Anwar Demands Full Probe Into Uksb And Bestinet

Anwar Demands Full Probe Into Uksb And Bestinet

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 193 hits
Opposition leader Anwar Ibrahim said addressing the issue was important as it involved the country s image and reputation PETALING JAYA Opposition leader Anwar Ibrahim has demanded a full investigation into two companies Ultra Kirana Sdn Bh...
Muhyiddin Shafie Terima Dana Uksb Perbicaraan Zahid Diberitahu

Muhyiddin Shafie Terima Dana Uksb Perbicaraan Zahid Diberitahu

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 204 hits
Seorang bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan rasuah Ahmad Zahid Hamidi bahawa Muhyiddin Yassin bersama Shafie Apdal menerima dana daripada syarikat itu
Jackfruit And What Are The Dishes Or Snacks Made From This Fruit

Kembali Ke Realiti Kehidupan

Ringgit Opens Higher Against Greenback After Washington Pauses Tariffs

15 Evacuated After Kajang Flash Flood

Prk Ayer Kuning Polis Kenal Pasti Individu Cenderung Buat Provokasi

Startup Ecosystem And Innovation

Harvard Archives Discovering Treasures Of History

Flavors Of Malaysia S 13 States At Doubletree By Hilton Johor Bahru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Kempen Double Treats Double Fortune Anjuran Elba Malaysia

Qi Razali Feat Kis Aisha Lagu Cinta Chord

Bertambah Setahun Lagi

Lirik Lagu Datang Dan Pergi Mucien

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project

Meski Wajah Nampak Disunting Park Bom Nafi Guna Filter Dalam Gambar