Lima Pertemuan Dengan Tun M Bukan Isu Kes Mahkamah Tapi Hal Kerjasama Umno Bersatu


 

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, lima pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan bertujuan membangkitkan isu pendakwaan kes mahkamah, sebaliknya untuk membincangkan hala tuju dan peluang kerjasama di antara UMNO dan Bersatu.
Presiden UMNO mendakwa, dalam beberapa pertemuan itu Dr. Mahathir telah menggesa beliau untuk membubarkan UMNO manakala ahli-ahlinya menyertai Bersatu.
Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri, antara pertemuan itu berlaku di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 7 Jun 2018 sempena bulan Ramadan manakala pertemuan pada 13 September 2018 turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang lain termasuk Datuk Seri Mohamad Hassan.

Ujar beliau, pertemuan lima kali antara 7 Jun 2018 dan 25 Februari 2020 turut berlaku di beberapa lokasi termasuk kediaman Dr. Mahathir di Mines Resort City, Seri Kembangan dan Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra.
Dakwa Ahmad Zahid, perjumpaan itu susulan desakan daripada akar umbi UMNO yang mahukan perubahan dalam hala tuju parti bagi membincangkan kemungkinan kerjasama antara UMNO dan Bersatu dalam jangka masa pendek atau panjang.
Menurut beliau, mustahil pertemuan pada 7 Jun 2018 itu bagi membangkitkan kes prosiding jenayah terhadapnya kerana ketika itu plaintif (Ahmad Zahid) masih belum didakwa bagi sebarang pertuduhan jenayah atau dipanggil untuk siasatan.
Ahmad Zahid dituduh di Mahkamah Sesyen di sini pada 19 Oktober 2018 atas 12 pertuduhan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram. Kes itu masih dibicarakan pada peringkat bela diri.
Ahmad Zahid juga mendakwa, mustahil pertemuan itu berkaitan isu peribadi berhubung prosiding mahkamah dengan kehadiran ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang lain yang sudah tentu akan memberi kesan kepada nama baik dan integriti beliau selaku Presiden UMNO.
Pernyataan itu turut menyebut, Ahmad Zahid mengadakan beberapa siri pertemuan dengan Dr. Mahathir pada Februari 2020 dan Februari lalu yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin politik lain.
Sehubungan itu, beliau menyatakan berdasarkan perkembangan politik yang berlaku sekitar Februari 2020 dan 12 Mac lalu, jelas bahawa pertemuan dengan Dr. Mahathir bukan berkaitan prosiding jenayah, sebaliknya untuk menyelesaikan kemelut politik ketika itu.
Ahmad Zahid menyatakan demikian dalam jawapan kepada pernyataan pembelaan yang difailkan oleh Dr. Mahathir. Jawapan itu difailkan pada 31 Mei lalu.
Beliau memohon mahkamah menolak pernyataan pembelaan itu itu atas alasan pernyataan itu cacat, remeh, menyusahkan dan bertentangan dengan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Ahmad Zahid selanjutnya mendakwa, kenyataan defendan ketika soal jawab bersama wartawan selepas majlis itu jelas dibuat dengan niat menjatuhkan reputasi dan nama baiknya sebagai ahli politik yang memegang jawatan tertinggi dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Ujarnya, kenyataan fitnah itu dibuat dengan niat jahat kerana ia tidak benar, tidak berasas, jahat dan bersifat menghina terhadap plaintif.
Sementara itu, Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 5 Julai ini bagi mendengar permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan perintah injunksi interim bagi menghalang Dr. Mahathir daripada terus mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap beliau.
Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Nor Afidah Idris pada sesi pengurusan kes yang turut dihadiri oleh peguam Aina Dalila Daman Huri yang mewakili Ahmad Zahid manakala Mior Nor Haidir Suhaimi mewakili Dr. Mahathir.
Ahmad Zahid Hamidi memfailkan saman fitnah terhadap Dr. Mahathir berhubung dakwaan beliau meminta bekas Perdana Menteri itu mencampuri urusan kes yang sedang dihadapinya di mahkamah.
Presiden UMNO berkata, pada 23 Februari lalu, Dr. Mahathir telah mengeluarkan kenyataan palsu dan disifatkan berbaur fitnah dalam suatu Majlis Pelancaran Aspirasi Parti Pejuang sempena Pilihan Raya Negeri Johor ke-15 di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Ahmad Zahid berkata, pada hari yang sama, rakaman video majlis berdurasi 56 minit dan 46 saat itu telah diterbitkan secara langsung di Akaun Youtube Astro Awani.
Rakaman kenyataan palsu defendan itu katanya, telah diterbitkan oleh pelbagai portal berita antaranya Tiktok MalaysiaGazette TV, Berita Harian Online, Malaysia Now dan The Malaysian Reserve.
Dakwa plaintif, setakat tarikh writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan, rakaman video majlis tersebut telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 23,443 kali dengan akaun Youtube Astro Awani mempunyai 1.44 juta pelanggan.
“Kenyataan itu menunjukkan bahawa saya menggunakan jalan pintas untuk menyelesaikan dan menangguh perbicaraan jenayah yang masih berjalan,” kata Ahmad Zahid.
Saman tersebut merupakan tindakan undang-undang kedua yang difailkan oleh Ahmad Zahid terhadap pemimpin parti politik berhubung isu sama.
Pada 5 April lalu, Presiden UMNO menfailkan saman fitnah terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan beliau meminta bantuan untuk menyelesaikan atau menangguhkan perbicaraan kes jenayah yang masih berjalan di mahkamah. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/06/zahid-lima-pertemuan-dengan-tun-m-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Dakwa Pertemuan Dengan Tun M Hal Politik Bukan Kes Mahkamah

Zahid Dakwa Pertemuan Dengan Tun M Hal Politik Bukan Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 190 hits
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa lima pertemuan membabitkan mereka antara Jun 2018 dan Februari 2020 adalah untuk membincangkan kes mahkamah dihadapi Presiden Umno itu Pengerusi Barisan Nasio...
Rakyat Tak Desak Tapi Kluster Mahkamah Desak Macam La Umno Boleh Menang Tak Adanya Macam Zaman Dulu Dulu

Rakyat Tak Desak Tapi Kluster Mahkamah Desak Macam La Umno Boleh Menang Tak Adanya Macam Zaman Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 178 hits
Rakyat tak desak PRU15 diadakan lebih awal ia hanya desakan politik kata KJ June 5 2022 Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Negeri Melaka S...
Pejuang Tak Gerak Solo Tapi Takkan Kerjasama Penyangak Tun M

Pejuang Tak Gerak Solo Tapi Takkan Kerjasama Penyangak Tun M

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 202 hits
wartarakyat com myBy June 4 2022PARTI Pejuang Tanah Air membuka pintu kerjasama dengan golongan profesional dan badan bukan kerajaan Melayu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pejuang tidak ...
Umno Bn Akan Menang Percuma Jika Khemah Besar Ketepikan Muhyiddin Dan Juga Bersatu

Umno Bn Akan Menang Percuma Jika Khemah Besar Ketepikan Muhyiddin Dan Juga Bersatu

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 257 hits
KUANTAN Kemenangan percuma pasti menjadi milik UMNO dan Barisan Nasional jika khemah besar yang dimaksudkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mengetepikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan BERSATU Ketua Bahagian BERSATU Maran Datuk Jasri Jamaludin be...
Tun Dr Mahathir Dakwa Bersatu Tak Pernah Terima Wang Rm1 3 Juta Daripada Muhyiddin

Tun Dr Mahathir Dakwa Bersatu Tak Pernah Terima Wang Rm1 3 Juta Daripada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 180 hits
BALAKONG Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak pernah menerima wang sebanyak RM1 3 juta untuk dimasukkan kedalam akaun parti Bekas Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara berkenaan ketika m...
Najib Mohon Mahkamah Persekutuan Isyhtihar Quot Batalkan Quot Keseluruhan Perbicaraan Kes Src

Najib Mohon Mahkamah Persekutuan Isyhtihar Quot Batalkan Quot Keseluruhan Perbicaraan Kes Src

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 191 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak memohon Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan keseluruhan perbicaraan penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi batal dan tidak sah Beliau juga memohon mahk...
Veteran Umno Najib Penyakit Mental Bukan Pencuri Tapi Perompak

Veteran Umno Najib Penyakit Mental Bukan Pencuri Tapi Perompak

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 210 hits
VETERAN UMNO BEGITU MARAH DENGAN NAJIB YANG DIKATAKAN TIDAK TAHU MALU DAN KINI ADA PENYAKIT MENTAL JUGA DIA NYATAKAN NAJIB BUKAN PENUCIRI TAPI PEROMPAK
Tun Tolak Anwar Dap Tolak Kerjasama Dengan Pejuang

Tun Tolak Anwar Dap Tolak Kerjasama Dengan Pejuang

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 133 hits
Tun tolak Anwar DAP tolak kerjasama dengan PejuangPosted By on June 05 2022Sikap Pengerusi Perjuang Tun Mahathir Mohamad yang menyalahkan Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya penyebab beliau tidak lagi menjadi Perdana...
Kerana Zuraida Hahaha Umno Vs Bersatu

Kerana Zuraida Hahaha Umno Vs Bersatu

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 151 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob diminta untuk terus kekal istiqomah dalam menjalankan tugasan hariannya selaku ketua kerajaan Ahli Majlis Tertinggi Umno Razlan Rafii berkata Ismail juga tidak perlu melayan sebarang ugutan mahupun desaka...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator