Ratusan Juta Ringgit Tidak Berjaya Beli Maruah Sabah



Via WhatsApp
Sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8, beliau telah menghabiskan banyak masa berpolitik.
Hanya orang gila sahaja yang termakan umpan kononnya beliau sibuk melawan Covid-19.
Cuba fikir sejenak. Bagaimanakah Muhyiddin boleh duduk diam sedangkan Kerajaan Pintu Belakang pimpinannya boleh tumbang pada bila-bila masa sahaja?
Persidangan Parlimen ditangguh untuk menghalang usul undi tidak percaya.
Jawatan-jawatan GLC diagih kiri kanan untuk kekalkan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO, PAS dan Bersatu.
Kesemua 46 kes rasuah Tan Sri Musa Aman digugur agar wang yang dibekukan boleh digunapakai untuk membeli katak.
Dalam usaha menyelamatkan diri, Perdana Menteri Pintu Belakang ini telah sibuk menggerakkan segala percaturan politik. Sudah pasti, beliau tidak mahu mencatat nama sebagai Perdana Menteri tersingkat dalam sejarah politik Malaysia.
Musa Aman, sosok di sebalik kartel mafia balak yang terbesar di Sabah telah dibebaskan begitu sahaja.
Bagaimanakah kesemua 46 kes jenayah rasuah, penyelewengan dana, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan sebagainya boleh digugurkan oleh Peguam Negara lantikan Muhyiddin begitu sahaja?
Di manakah keadilan untuk penduduk asal Sabah yang dirampas tanah dan sebagainya?
Tujuan dan hasrat Kerajaan Pintu Belakang Semenanjung Malaysia amat nyata.
Muhyiddin nak menggunakan Musa – orang yang terkaya di Sabah menggulingkan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal.
Jika Shafie tumbang, blok Ahli Parlimen Warisan akan berpecah, secara langsung memberi semangat dan keyakinan kepada Kerajaan Pintu Belakang Semenanjung Malaysia. Majoriti tipis mereka akan bertambah dan kedudukan mereka akan semakin selesa.
Sabah mungkin satu-satunya negeri di Malaysia yang mampu tumbang meski pun selesa dengan majoriti dua pertiga. Ini Sabahans tahu berdasarkan sejarah politik Sabah yang mempunyai ramai katak.
Akan tetapi, kredit harus diberi kepada Shafie kerana berjaya melahirkan generasi dan lapisan pemimpin yang berintegriti dan bermaruah.
Tidak ada satu pun pejuang asal atau pengasas Warisan yang membelot. Kesemua YB yang mengasas Warisan telah kekal setia kepada parti dan perjuangan untuk Sabah.
Satu-satunya pejuang yang lahir dalam pangkuan pembangkang tetapi membelot adalah Kenny Chua Teck Ho, Ahli Dewan Undangan Negeri Inanam. Itu pun partinya PKR yang diasaskan di Semenanjung Malaysia.
YB-YB Warisan yang membelot pula, mereka asalnya dari BN tetapi menukar baju pasca Mei 2018. Mungkin sebab tunggu lagi tunggu, selepas dua tahun masih tidak diberi jawatan atau ganjaran, maka mereka berasa tidak puas hati dan berpaling tadah untuk menagih habuan yabg ditawar pihak lain.
Semalam, Ketua Menteri, Shafie Apdal mengumum bahawa Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin telah perkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah, sekaligus membuka jalan kepada Pilihan Raya Negeri dalam masa 60 hari.
Menariknya, Musa cuba meyakinkan TYT bahawa beliau mempunyai majoriti untuk diangkat sebagai Ketua Menteri.
Menggunakan alasan bahayanya wabak Covid-19, Musa yang juga dikenali sebagai Encik 30 Peratus berhujah bahawa nyawa orang ramai berada dalam bahaya.
Encik 30 Peratus turut mengatakan Pilihan Raya adalah membazir wang dan masa.
Peliknya, tidakkah Encik 30 Peratus memikirkan perkara-perkara ini sebelum cubaan merampas kuasa?
Nampaknya Musa dan Muhyiddin tidak yakin memenangi kuasa melalui undian rakyat. Mereka lebih gemar mengguna cara Pintu Belakang.
Jika rampasan di Sabah berjaya, ini akan menjadi kudeta kedua yang dijayakan oleh Muhyiddin.
Muhyiddin telah berjaya di peringkat Putrajaya melalui pakatan sulit bersama UMNO dan PAS. Tetapi di Sabah, Ketua Menteri Shafie telah bersiap sedia sejak awal.
Selepas pengumuman Musa, Shafie telah serta merta menggerakkan percaturan taktikal beliau. Shafie telah berjumpa dengan TYT untuk mendapatkan perkenaan membubar DUN Sabah. Perkenaan tersebut dipersetujui pagi seterusnya.
Jika Shafie berdolak dalih dua selepas pengumuman Musa dengan retorik-retorik kosong, mungkin Kerajaan Sabah pimpinan beliau akan berjaya ditumbangkan.
Kerajaan Sabah tidak tumbang kerana keputusan dan tindakan pantas Shafie.
Melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah, usaha-usaha merampas kuasa dan membelakangkan mandat rakyat telah gagal.
Kini, mandat berjaya dikembalikan kepada rakyat Sabah. Rakyat Sabah akan memilih Kerajaan Sabah yang diinginkan.
Apa yang lebih menarik adalah kepantasan pasukan Shafie menyebar surat perkenaan TYT yang melaksanakan kuasanya di bawah Perkara 1(2) Perlembagaan Sabah.
Pembubaran Dewan turut digazet serta merta dan pemakluman dihantar ke pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.
Langkah-langkah ini sekaligus membantutkan Musa dan pasukan katak-kataknya. Ianya juga mematikan segala keraguan dan ketidaktentuan yang cuba dibangkitkan oleh Encik 30 Peratus.
Bersenjatakan berpuluh-puluh buah kereta mewah, Encik 30 Peratus telah bergerak ke Istana. Namun, rombongan mereka dihentikan oleh sekatan yang dinaikkan PDRM.
Nampak jelas TYT tak nak jumpa Musa. Malah “mesej” daripada Muhyiddin turut ditolak bulat-bulat.
Masihkah Sabahans ingat, Musa adalah Drama Queen yang sama yang menghilangkan diri sejurus selepas BN tumbang dalam PRU ke-14?
Encik 30 Peratus ini telah ghaib dari bumi Sabah untuk beberapa bulan. Alasannya? Sakit tenat.
Namun selepas kes-kes rasuah digugurkan, tiba-tiba Encik 30 Peratus menjadi sihat balik.
Kerana keterdesakan, YB-YB Sabah dikhabarkan ditawar sehingga RM 60 juta untuk berpaling tadah.
Ratusan juta wang tunai yang diusung sini sana untuk membeli katak sudah pastinya mengejutkan Sabahans. Dalam pengiraan Musa dan Muhyiddin, beratus-ratus juta adalah lebih berbaloi dibelanjakan kerana mereka tidak yakin memenangi Pilihan Raya.
Tidak pasti sama ada 13 pengkhianat yang berpaling tadah telah menerima habuan mereka atau tidak. Namun logik memberitahu bahawa lazimnya wang akan tiba selepas kerja disiapkan.
Dengan kegagalan sebegini, apakah pula nasib 13 pengkhianat tersebut? Adakah mereka telah menerima deposit sebelum melompat?
Jika tidak, sia-sialah lompatan mereka kerana orang Sabah sudah pastinya akan menghukum mereka dalam 60 hari ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/29042

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm100 Juta Untuk Pikat Adun Kerajaan Sabah Gagal

Rm100 Juta Untuk Pikat Adun Kerajaan Sabah Gagal

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 225 hits
Tidak kelihatan seorang pun Yang Berhormat Pro Kerajaan Negeri Sabah hadir di istana negeri untuk menghantar SD kepada TYT Sabah sebagai tanda sokongan terhadap musa aman sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru Tindakan ini adalah cubaan kali...
Hiburan Hasil Simpanan 10 Tahun Achey Berjaya Beli Rumah Tiga Tingkat

Hiburan Hasil Simpanan 10 Tahun Achey Berjaya Beli Rumah Tiga Tingkat

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 463 hits
Bagai mampu menarik nafas lega pelawak dan usahawan Achey Bocey zahir rasa syukur dan gembira apabila impiannya untuk memiliki kediaman sendiri buat keluarganya kini tercapai Menurut Achey rumah teres tiga tingkat yang terletak di Sungai Bu...
Ph Sokong Bubar Dun Sabah Kecam Sogokan Hingga Rm32 Juta

Ph Sokong Bubar Dun Sabah Kecam Sogokan Hingga Rm32 Juta

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 356 hits
BORHAN AHMAD Pakatan Harapan mengumumkan sokongan penuh kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang bertindak membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah Dalam kenyataan bersama tiga pemimpinnya PH yakin hanya rakyat mampu mene...
Lebih 4 5 Juta Pengguna Berjaya Menebus Kredit Rm50 Ke Dompet Digital Melalui Epenjana Dalam 3 Hari Pertama

Lebih 4 5 Juta Pengguna Berjaya Menebus Kredit Rm50 Ke Dompet Digital Melalui Epenjana Dalam 3 Hari Pertama

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 341 hits
Kerajaan telah pun menawarkan inisiatif ePenjana sejak 31 Julai 2020 lepas menawarkan kredit sebanyak RM50 melalui dompet digital sekaligus meransang perniagaan runcit dan membudayakan pembayaran secara nirtunai Berkongsi berkenaan denganny...
Tawaran Rm20 Juta Jawatan Projek Tinggalkan Dap Sabah

Tawaran Rm20 Juta Jawatan Projek Tinggalkan Dap Sabah

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 254 hits
Politik Sabah kembali bergelora apabila Pembangkang di negeri itu cuba menjatuhkan kerajaan Shafie Apdal dengan tawaran wang tunai projek dan jawatan Menurut Elopura Calvin Chong wang tunai RM20 juta jawatan dan projek adalah antara tawaran...
Sempat Bohong Suami Kinem Jujur Terima Bantuan Rp 50 Juta Tidak Jadi Operasi Beli Motor Dan Sapi

Sempat Bohong Suami Kinem Jujur Terima Bantuan Rp 50 Juta Tidak Jadi Operasi Beli Motor Dan Sapi

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 221 hits
Pernyataan mengejutkan datang dari suami Kinem penderita kanker di Boyolali Jawa Tengah Setelah sempat mengatakan tak menerima uang bantuan suami Kinem yang bernama Nursam mengklarifikasi pernyataannya Rupanya uang bantuan itu telah diterim...
Rs Surabaya Dituduh Meng Covid Kan Pasien Demi Terima Ratusan Juta Ini Faktanya

Rs Surabaya Dituduh Meng Covid Kan Pasien Demi Terima Ratusan Juta Ini Faktanya

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 243 hits
Sebuah postingan di Twitter mendadak viral lantaran menyebutkan seorang pasien yang dicovidkan oleh pihak rumah sakit agar pihak RS tersebut mendapat kucuran dana dari pemerintah Adalah akun BalqisRrzq yang menyebutkan seorang pasien di RS ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023