Rasuah Antara Punca Rakyat Tak Dapat Perkhidmatan Sepatutnya Titah Sultan Nazrin


freemalaysiatoday.com
Bernama
-September 22, 2022 
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah bahawa negara juga memerlukan lebih ramai pendidik untuk tampil ke hadapan secara berani menggemakan mesej memerangi rasuah. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM: Gejala rasuah menjadi antara punca rakyat tidak mendapat perkhidmatan, pengagihan kekayaan tidak seimbang dan ketirisan khazanah negara, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah rasuah juga mengakibatkan pembangunan tidak lestari, pencemaran alam sekitar, membantutkan pertumbuhan ekonomi, menghilangkan minat pelabur asing, meningkatkan kos pentadbiran dan urus niaga serta mendorong berlakunya ketidakstabilan politik.

“Banyak negara dianugerahi rahmat Ilahi dengan pelbagai sumber kekayaan, tetapi kerana rasuah ada yang terbenam dalam kemelut kemunduran dan tertimbus dalam lumpur kemiskinan. Kekayaan negara disalah guna – hasil mahsul lesap.

“Akibatnya, kemunduran terus melanda, kemiskinan terus merebak. Apabila tidak ada kesungguhan untuk membanteras rasuah, perlakuan rasuah akan tumbuh melebar…lalu diterima sebagai norma dan meresap menjadi budaya, akhirnya memusnahkan sesebuah negara bangsa,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis pelancaran buku ‘Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu; Perlunya Disegerakan Transformasi Moral Etika’ hasil tulisan Mohd Kamal Hassan.

Sultan Nazrin bertitah daripada 180 negara yang dilaksanakan penilaian oleh Transparency International, Malaysia jatuh daripada kedudukan ke-57 dengan skor 52 pada 2020, ke kedudukan ke-62 mencatat skor 48 pada tahun lepas dan kini Malaysia dikelompokkan dalam kumpulan dua pertiga negara yang mencapai skor di bawah 50.

“Oleh yang demikian, kita tidak boleh memandang ringan, bersifat leka, memilih melakukan penafian, memikirkan segala justifikasi – bersilat dengan segala helah mahu menidakkan kewujudan ‘gajah’ rasuah di hadapan mata,” titah baginda.

Baginda menegaskan masyarakat wajib bersifat berani mengakui realiti bahawa amalan rasuah sedang berlaku pada skala yang membahayakan berdasarkan teguran berulang kali yang terkandung dalam laporan Ketua Audit Negara dan pelbagai penemuan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

“Bilangan aduan serta rungutan yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, subjek yang terkandung dalam surat layang, berita yang terpapar dalam media dan isu yang diuar-uarkan dalam media sosial, hendaklah dijadikan cermin serta dianggap petunjuk kepada situasi rasuah yang berlaku.

“Malah jalan raya berlopak, longkang tersumbat, bangunan runtuh, bumbung bocor, pencemaran alam, penerokaan haram, rumput dan taman yang tidak terurus, masing-masing mempunyai bahasa tersendiri, menyampaikan mesej akan standard tadbir urus yang sedang berlaku,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah bahawa negara juga memerlukan lebih ramai murabbi (pendidik) untuk tampil ke hadapan secara berani menggemakan mesej memerangi rasuah kerana golongan ini mempunyai peranan yang amat penting untuk mendidik dan menyuburkan kesedaran kerohanian serta moral.

Mengenai pelancaran buku hari ini, baginda bertitah bahawa pendekatan penulis, Mohd Kamal merupakan pendekatan baharu di luar kotak budaya bangsa melalui pemilihan dua kata kunci iaitu korupsi serta kemunafikan dan mengaitkannya dengan politik Melayu sebagai tajuk buku dan kandungan buku ini amat perlu disebarkan mesejnya ke setiap tempat dalam bahasa yang mudah difahami.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/rasuah-antara-punca-rakyat-tak-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuasa Prerogatif Pengampunan Sultan Selangor Sokong Titah Agong

Kuasa Prerogatif Pengampunan Sultan Selangor Sokong Titah Agong

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 360 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan pihak eksekutif agar sentiasa mendukung penuh prinsip kebebasan kehakiman dan mengelak dari sebarang cubaan untuk mempengaruhi proses pentadbiran keadilan badan kehakiman Baginda be...
Jangan Ampun Sewenang Wenangnya Titah Sultan Selangor

Jangan Ampun Sewenang Wenangnya Titah Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 265 hits
SHAH ALAM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah proses pengampunan perlu dilaksanakan mengikut lunas undang undang dan prosedur yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan dan undang undang berkaitan dengannya Sultan Selangor ...
Rasuah Punca Matawang Ringgit Menjunam

Rasuah Punca Matawang Ringgit Menjunam

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 175 hits
Rasuah punca matawang ringgit menjunam Posted By on September 17 2022Rakyat Malaysia perlu memikirkan agenda menentang rasuah menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 untuk membebaskan negara daripada jenayah berkenaan yang berleluasa ketika ini M...
Rentasan 1215 Panas Lagi Amaran Keras Sultan Nazrin Buat Pemimpin Ke

Rentasan 1215 Panas Lagi Amaran Keras Sultan Nazrin Buat Pemimpin Ke

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 153 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 12151 LUAR PENJARA MENYUSAHKAN DALAM PENJARA PUN MENYUSAHKAN 2 BERHENTILAH MENUDUH ORANG LAIN TIDAK BERAQIDAH 3 RASUAH MISKINKAN NEGARA SULTAN NAZRIN
Rakyat Mana Tak Bimbang Ringgit Jatuh

Rakyat Mana Tak Bimbang Ringgit Jatuh

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 167 hits
Rakyat mana tak bimbang ringgit jatuh Posted By on September 15 2022Kenyataan Menteri Kewangan Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz bahawa rakyat tidak perlu bimbang prestasi buruk matawang ringgit berbanding matawang utama lain dan beliau...
Umno Tak Perlu Malu Dengan Rakyat Jika Miliki Kluster Mahkamah

Umno Tak Perlu Malu Dengan Rakyat Jika Miliki Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 235 hits
Apa malu bossku telah membawa kejayaan besar di PRN Malaka dan Johor Sudah tentu masih relevan dengan bangga dan megah nya untuk dibawa slogan yang sama di PRU15 ULANG semula ITU fitnah pendakwaan terpilih konspirasi untuk meraih undi
36 Rakyat Palestin Hidup Di Bawah Garis Kemiskinan Lapor Unctad

36 Rakyat Palestin Hidup Di Bawah Garis Kemiskinan Lapor Unctad

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 186 hits
36 rakyat Palestin hidup di bawah garis kemiskinan lapor UNCTAD Dikemas kini 55 minit yang lalu Diterbitkan pada 16 Sep 202
Konvensyen Amanah Lulus Usul Wakil Rakyat Ingkar Arahan Automatik Hilang Keahlian

Konvensyen Amanah Lulus Usul Wakil Rakyat Ingkar Arahan Automatik Hilang Keahlian

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 180 hits
Usul itu disokong dan dibahas dua perwakilan sebelum diluluskan oleh majoriti perwakilan dalam Konvensyen Amanah di Seremban hari ini SEREMBAN Konvensyen Amanah meluluskan cadangan pindaan perlembagaan terhadap Ahli Parlimen Senator atau AD...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Salam Pembuka Bicara Tahun 2025

Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan