Jangan Ampun Sewenang Wenangnya Titah Sultan Selangor



SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah proses pengampunan perlu dilaksanakan mengikut lunas undang-undang dan prosedur yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan dan undang-undang berkaitan dengannya.
Sultan Selangor menerusi kenyataan bertitah, rakyat diseru agar sentiasa menghormati kedaulatan undang-undang dan kebebasan Badan Kehakiman (Judiciary) yang menjadi teras dan paksi kepada kedaulatan sistem demokrasi raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.
Menerusi titah berkenaan, Sultan Sharafuddin turut menzahirkan sokongan terhadap titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini berkaitan kuasa prerogatif pengampunan yang tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya demi kepentingan pihak tertentu.
Titah baginda, Perlembagaan Persekutuan meletakkan martabat Institusi Kehakiman di satu tahap yang tinggi sebagai sebuah Badan Kehakiman yang bebas serta berwibawa dan ia benteng terakhir yang perlu dipertahankan bagi memastikan pentadbiran keadilan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
"Rakyat perlu mengambil maklum bahawa Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja sebagaimana peruntukan Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
"Malah Perdana Menteri sebelum memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong berkaitan dengan lantikan seseorang Hakim hendaklah terlebih dahulu berunding dengan Ketua Hakim Negara dan perlu mendapat pengesyoran daripada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.
"Proses lantikan seseorang hakim yang perlu melalui proses yang teliti. Ini menunjukkan Badan Kehakiman berbeza dengan institusi-institusi kerajaan yang lain dan menggambarkan betapa pentingnya peranan Badan Kehakiman dalam sistem pentadbiran negara," titah baginda.
Sultan Sharafuddin bertitah, kebebasan kehakiman membawa pengertian bahawa para hakim yang mengadili sesuatu kes dapat mentafsirkan undang-undang bersandarkan semata-mata kepada fakta dan keterangan tanpa rasa takut, pilih kasih dan bebas daripada sebarang pengaruh yang tidak diingini.
Seorang Hakim telah mengangkat sumpah untuk mengamalkan kesamarataan, memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan serta bebas dari segala bentuk tekanan dalaman dan luaran.
"Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan bahawa semua rakyat adalah sama rata di sisi undang-undang. Ini bermakna bahawa rakyat tidak mengira status, jawatan, bangsa dan keturunan adalah tertakluk dan bertanggungjawab kepada undang-undang yang sama.
"Setiap rakyat di negara ini berkehendakkan keadilan, kesaksamaan serta ketelusan daripada Badan Kehakiman atas sesuatu kes yang diadili. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk sentiasa memelihara nama baik Badan Kehakiman agar ia tidak tercemar daripada sebarang bentuk pengaruh dan tekanan," titah baginda.
Dalam titah kenyataan itu, baginda turut mengingatkan pihak Eksekutif agar sentiasa mendukung penuh prinsip kebebasan kehakiman dan mengelak daripada sebarang cubaan untuk mempengaruhi proses pentadbiran keadilan Badan Kehakiman.
Titah baginda, kebebasan Badan Kehakiman memerlukan sokongan, dokongan, kefahaman dan iltizam dari semua pihak terutama dari pihak Eksekutif.
"Sehubungan dengan itu, beta menyeru semua pihak berganding bahu dengan mengambil langkah-langkah ke arah mempertahankan dan menjamin kebebasan Badan Kehakiman demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.
"Rakyat perlu memberi sepenuh kepercayaan kepada sistem kehakiman negara tanpa perlu melemparkan tohmahan yang tidak berasas tanpa mengetahui fakta dan alasan-alasan penghakiman terhadap sesuatu kes," katanya ~ Berita Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/09/jangan-ampun-sewenang-wenangnya-titah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuasa Prerogatif Pengampunan Sultan Selangor Sokong Titah Agong

Kuasa Prerogatif Pengampunan Sultan Selangor Sokong Titah Agong

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 407 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan pihak eksekutif agar sentiasa mendukung penuh prinsip kebebasan kehakiman dan mengelak dari sebarang cubaan untuk mempengaruhi proses pentadbiran keadilan badan kehakiman Baginda be...
Najib Jangan Mimpi Bn Tadbir Selangor Lebih Baik

Najib Jangan Mimpi Bn Tadbir Selangor Lebih Baik

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 156 hits
Najib jangan mimpi BN tadbir Selangor lebih baikPosted By on August 06 2022Kenyataan Pengerusi Lembaga Penasihat BN Najib Razak kononnya Umno mampu mengubah kemajuan negeri Selangor kepada lebih baik dalam Konvensyen BN Selangor kelmarin me...
Pengampunan Ada Prosedur Perlu Ikut Undang Undang Tegas Sultan Selangor

Pengampunan Ada Prosedur Perlu Ikut Undang Undang Tegas Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 197 hits
freemalaysiatoday com September 12 2022 4 31 PMSultan Sharafuddin Idris Shah berkata kuasa prerogatif pengampunan yang tidak boleh dilaksanakan sewenang wenangnya PETALING JAYA Pengampunan diraja tidak boleh digunakan sewenang wenangnya dan...
Sultan Selangor Tarik Darjah Kebesaran Najib Rosmah Najib Ada Gelaran Lain Bossku Mat Sakaw Macam Macam Lagi

Sultan Selangor Tarik Darjah Kebesaran Najib Rosmah Najib Ada Gelaran Lain Bossku Mat Sakaw Macam Macam Lagi

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 210 hits
September 12 2022 PETALING JAYA Sultan Selangor menarik balik darjah kebesaran daripada Najib Razak dan Rosmah Mansor Dalam kenyataan Setiausaha Kerajaan Selangor Haris Kasim berkata penarikan balik itu berkuat kuasa 12 Sept
Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran Datuk Amp Datin Dari Najib Rosmah

Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran Datuk Amp Datin Dari Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 180 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri dan Datuk yang dikurniakan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkuat kuasa hari ini Setiausaha Kerajaan Negeri Da...
Isu Pengampunan Najib Mp Sanjung Titah Yang Di Pertuan Agong

Isu Pengampunan Najib Mp Sanjung Titah Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 183 hits
SURI LAILAAhli Parlimen Hulu Langat Datuk Hassanuddin Mohd Yunus menyanjung tinggi titah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang bertitah bahawa kuasa menghukum dan memberi pengampunan tidak wajar d...
Titah Agong Tentang Keadilan Dan Pengampunan Umpama Air Sejuk Dari Pergunungan

Titah Agong Tentang Keadilan Dan Pengampunan Umpama Air Sejuk Dari Pergunungan

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 168 hits
Di sebalik riuh rendah ramai orang ghairah bercakap mengenai pengampunan Najib Razak titah Yang Dipertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ketika merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang di Kuantan Isni...
Kuasa Menghukum Pengampunan Tidak Wajar Digunakan Sewenang Wenang Agong

Kuasa Menghukum Pengampunan Tidak Wajar Digunakan Sewenang Wenang Agong

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 262 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah kuasa menghukum dan pengampunan tidak wajar digunakan sewenang wenangnya Titah baginda sekiranya undang undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adi...
Agong Ucap Terima Kasih Kepada Najib Titah Agar Tidak Jadikan Masjid Gelanggang Politik

Agong Ucap Terima Kasih Kepada Najib Titah Agar Tidak Jadikan Masjid Gelanggang Politik

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 207 hits
MARAN Jangan sekali kali menjadikan masjid sebagai sebuah gelanggang politik Demikian titah Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdulllah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini Seri Paduka bertitah demikian i90ketika berkenan berangkat da...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Drama Pabila Dia Tersenyum

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

User Acquisition And Retention

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Doakan Rayhana Ya

Melissa Memikat Cahaya Chord

Cerita Raya Pertama Kami Di Segamat

Quote Guru Sempena Hari Guru 2025

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r