Rasis Adalah Masalah Mental


 

Pada 2002 terdapat seruan dalam kalangan pengamal perubatan melibatkan kesihatan mental yang mendesak Persatuan Psikiatrik Amerika Syarikat agar menamakan rasisme sebagai masalah atau penyakit mental.
Sejujurnya indeks perdana yang berperanan untuk mengukur atau memastikan simptom psikiatrik – Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders atau DSM – tidak mahu menamakan mereka yang rasis itu sebagai memiliki masalah mental.
Perkauman hanya disebut sebagai satu masalah kebudayaan. Misalnya jika ramai Melayu yang rasis hari ini maka ia dilihat sebagai isu kebudayaan yang mungkin faktornya ialah kerana agamawan masuk masjid itu memang suka membakar perasaan dan emosi jemaahnya agar membenci kaum tertentu. Demikian juga jika ada kumpulan pendidik masyarakat Cina yang demikian tegar memandang orang Melayu sebagai bangsa terkebelakang dari segi pandai bodohnya maka itu juga terlihat sebagai isu kebudayaan.
Namun, seruan untuk menjadikan rasisme dan seorang rasis itu sebagai seorang pesakit mental kini semakin kuat. Malah psikologis ternama G Allport dalam tulisan berpengaruhnya “The Nature of Prejudice” pada tahun 1954 telah pun menghitung skala tindak tanduk atau aksi bahaya rasisme.
Ia terpakai untuk mereka yang rasis. Dalam skala ini Allport meletakkan mereka yang rasis ini kepada lima tahap iaitu; pertama, meluahkan ekspresi verbal. Luahan kata secara lisan ini amat banyak boleh dikesan baik di dalam mesej media sosial berkumpulan, platform media sosial dan juga dapat ditangkap pada ceramah, khutbah, ucapan, kenyataan individu tertentu. Kadang-kala ekspresi verbal yang rasis ini dilakukan oleh pemimpin politik. Ketika kempen PRU15 sebelum ini, ekspresi verbal berbau perkauman ini dapat dikenali dengan berleluasa dalam platform TikTok dan tidak dikawal pihak berkuasa langsung. Bahkan ada pemimpin yang dengan sengaja menggunakannya. Hanya setelah mendapat teguran Majlis Raja-raja barulah nampaknya ia mereda.
Tahap kedua ialah apabila individu itu mulai menghindar kaum atau masyarakat yang tidak disukainya. Jika ada tanda pada seorang individu, misalnya, dia bangun dari duduk di kerusi sebelah seorang pekerja asing dari Bangladesh (di dalam kenderaan awam) maka itu memberi petunjuk. Waima apa pun alasannya (bau tengik, khuatir penyakit berjangkit dan sebagainya). Kadangkala ia merebak dalam bentuk masyarakat iaitu apabila sekumpulan kaum enggan menginap di kawasan tertentu kerana menyifatkan ia adalah kawasan dengan populasi sesuatu kaum yang mana akan membawa kepada keresahan (contohnya menyampah dengan azan, atau benci colok dan anjing belaan).
Tahap ketiga ialah apabila rasisme ini mulai menjadi bahaya iaitu apabila terdapat diskriminasi terhadap kumpulan tersebut dalam bentuk polisi awam berteras kebencian. Ini dapat kita lihat misalnya di sesetengah tempat di Amerika Syarikat. Kadangkala ia diadaptasi oleh sesebuah negara menjadi dasar tunjang nusa bangsa seperti terlihat pada Afrika Selatan di zaman Apartheid.
Tahap keempat skala Allport menyatakan rasisme yang makin perlu dibendung ialah apabila ia sudah melibatkan serangan atau kekasaran fizikal. Amerika Syarikat menanggung masalah ini secara kritikal. Dalam sejarah hubungan kaum mereka, ia amat parah.
Tahap kelima ialah apabila rasisme ini mendorong pembunuhan, penghapusan kumpulan atau kaum tersebut. Ini seperti terlihat pada masyarakat Rohingya, genosid terhadap bangsa Bosnia di Balkan pada 1990-an, dan pembunuhan besar-besar di Rwanda tatkala kaum Tutsi dibantai oleh militia Hutu sekitar tahun 1994. Allport menganggap tahap kelima ini adalah satu “perangai atau aksi yang tidak rasional dan ada masalah mental”.
Banyak tahun kemudian, pada 1996, M Sullaway dan E Dunbar iaitu dua orang psikiatris, dalam artikel ilmiah mereka “Clinical Manifestations of Prejudice in Psychotherapy: Toward a Strategy Assessment and Treatment” melihat individu yang terlalu prejudis sebagai satu indikator psikopatologi. Bahkan kedua-duanya dalam kajian klinikal mereka menemukan yang individu rasis juga terlihat pada pesakit yang mempunyai gangguan psikotik seperti mereka yang menghidap schizophrenia dan gangguan bipolar.
Kemudian pada 2002, pengamal kesihatan mental Alvin F Poussaint dari Harvard Medical School menuliskan laporan “Is extreme Racism a Mental Illness”. Beliau menyatakan berdasarkan ujikaji dan pengalamannya, individu rasis ini boleh dirawat dengan terapi dan kaunseling, yang mana apabila mereka ditunjukkan masalah sebenar ternyata masalah itu bukan melibatkan individu atau bangsa lain.
Berdasarkan kajian-kajian di atas kita boleh memutuskan mereka yang rasis ini mempunyai masalah kesihatan mental yang memerlukan rawatan. Untuk sesetengah yang kronik mungkin mereka perlu diberi dadah tertentu sebagai penenang agar tidak mengeluarkan kenyataan mengarut, khususnya jika kenyataan itu boleh mempengaruhi orang lain seperti dilakukan di dalam masjid atau kenyataan politik kepada pengikut dan ahli parti.
Perkauman adalah satu masalah serius dalam negara yang berbilang kaum dan kepercayaan seperti kita. Sudah tiba masanya, psikiatris tempatan ikut mengkaji aspek atau masalah ini. Tidak mustahil ada pengamal kesihatan mental negara kita dapat menyumbang kepada debat dan perbincangan berkaitan. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/01/rasis-adalah-masalah-mental.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Pun Masalah Suami Isteri Bincang Di Bilik Tidur Paling Privasi Tenang Anak Pun Tak Dengar

Apa Pun Masalah Suami Isteri Bincang Di Bilik Tidur Paling Privasi Tenang Anak Pun Tak Dengar

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 300 hits
Kebanyakan suami isteri akan membenarkan anak anak untuk tidur bersama mereka Yalah anak manja katakan Kadang kadang tu sampai dah besar pun masih tidur bawah ketiak ibu ayah Tak salah tidur dengan anak tetapi biarlah ada had masanya Dengan...
Masalah Kesihatan Ini Sering Menyerang Anak Prasekolah Ambil Tahu Supaya Dapat Cegah

Masalah Kesihatan Ini Sering Menyerang Anak Prasekolah Ambil Tahu Supaya Dapat Cegah

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 220 hits
Apabila anak memasuki alam prasekolah pastinya masalah kesihatan kanak kanak merupakan antara perkara yang mendatangkan kerisauan ibu bapa Buat mereka yang bergelar ibu bapa sudah tentu penting untuk memastikan anak membesar dengan sihat da...
Cara Betul Bedung Bayi Elak Masalah Hip Dysplasia

Cara Betul Bedung Bayi Elak Masalah Hip Dysplasia

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 300 hits
Qayla imani genap 20 hari berada di rumah selepas discharge dari hospital Alhamdulilah Throwback entry lepas klik link 1 Kenapa kena bedung bayi baru lahir Bayi sifat dia sukakan belaian dan pelukan Bila di bedung akan beri efek ketenangan ...
Masalah Brek Mungkin Punca 3 Nyaris Lemas Di Tasik

Masalah Brek Mungkin Punca 3 Nyaris Lemas Di Tasik

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 234 hits
Masalah brek mungkin punca 3 nyaris lemas di tasik BATU PAHAT Masalah pada brek dipercayai punca sebuah kereta terbabas masuk ke dalam tasik di Kampung Parit Jorak Elahi Bukit Pasir tengah hari tadi sehingga menyebabkan seorang pemandu dan ...
Breastfeeding Is Not For Everyone Sempat Bf 2 Minggu Uyaina Kongsi Anak Ada Masalah Tongue Tie

Breastfeeding Is Not For Everyone Sempat Bf 2 Minggu Uyaina Kongsi Anak Ada Masalah Tongue Tie

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 277 hits
Perjalanan penyusuan bukanya mudah dan itulah yang turut dilalui oleh pelakon serta pengacara popular Uyaina Arshad Uyaina yang baru beberapa bulan menimang cahaya mata sulung Raja Urhan berkongsi pengalaman penyusuan menerusi laman Instagr...
Meski Dibelenggu Masalah Ramai Puji Syamsul Tetap Sporting Layan Peminat

Meski Dibelenggu Masalah Ramai Puji Syamsul Tetap Sporting Layan Peminat

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 160 hits
Umum sedia maklum dengan isu rumah tangga yang sedang berlaku membabitkan pengarah terkenal Syamsul Yusof bersama pelakon Puteri Sarah sehingga menjadi tumpuan utama di media sosial pada ketika ini Bahkan menurut nbsp penerbit eksekutif Raz...
Rina Nose Klarifikasi Usai Dikritik Karena Bilang Punya Anak Nambah Masalah

Rina Nose Klarifikasi Usai Dikritik Karena Bilang Punya Anak Nambah Masalah

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 120 hits
Rina Nose mengungkap bahwa ada narasi yang nggak lengkap saat ia dimintai pendapat soal keputusan nggak punya anak hingga akhirnya terjadi salah paham
Dia Lebih Kecil Dari Tangan Saya Akui Ada Masalah Kesihatan Priyanka Chopra Terpaksa Guna Ibu Tumpang

Dia Lebih Kecil Dari Tangan Saya Akui Ada Masalah Kesihatan Priyanka Chopra Terpaksa Guna Ibu Tumpang

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 136 hits
Pasangan selebriti Priyanka Chopra dan Nick Jonas pernah mengumumkan meraka dikurniakan anak perempuan pada 21 Januari 2022 menerusi khidmat ibu tumpang Namun ada berita yang menyedihkan dikongsi oleh Priyanka Chopra di sebalik kelahiran an...
Kevin Feige Dedah Cara Marvel Studios Selesaikan Masalah Kelesuan Filem Superhero Dalam Dunia Mcu

Kevin Feige Dedah Cara Marvel Studios Selesaikan Masalah Kelesuan Filem Superhero Dalam Dunia Mcu

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 228 hits
MCU kini dalam fasa dimana filem filemnya sudah mula merudum dan jatuh Hal ini dikenalpasti berpunca daripada apa yang dikenali sebagai keseluan filem filem superhero Di MCU menurut Kevin Feige mereka sudah pun bersedia bagaimana untuk meng...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati

Ubat Kurus Merajai Tahun 2024 Bloomberg Xinhua

Lima Produk Apple Baru Bakal Muncul Awal 2025 Ini Yang Boleh Dijangkakan

Che Ta Tunggu Masa Sesuai Jelaskan Kenapa Dia Gagal Bayar Hutang Mara Yang Ramai Nak Tahu